Harian Metro: Setempat |
- Sambut raya, buat doa selamat
- Tiga remaja ditahan bantu siasatan kes bunuh, samun guru
- PDRM kenal pasti 'bakal' militan
- PM lahir rasa syukur
- Ombak tinggi ganggu operasi tunda CB204
Posted: 07 Oct 2014 12:45 PM PDT Kota Kinabalu: "Meskipun Aidiladha sudah berlalu, saya bercadang menyambut hari raya bersama suami dan akan mengadakan majlis doa selamat bersama keluarga," kata Leftenan Komander Fazilah Makun, isteri kepada Leftenan Azri Bakar yang ditemui selamat bersama enam kru CB204, kelmarin. Fazilah berkata, cadangan itu bagi membolehkan dia merasai sambutan Aidiladha bersama suami selepas tidak sempat merayakan bersama Ahad lalu, berikutan kejadian kehilangan CB204.
"Selain doa selamat, saya juga akan menyediakan sambal goreng makanan kegemaran Azri untuk dimakan bersama keluarga," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
BINTARA Kanan, Charles Cristopher Muni dibawa ke hospital selepas diselamatkan. HELIKOPTER Super Lynx bersedia berlepas dari Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar. "Saya hanya dapat mengetahui perkembangan suami dan kru lain melalui rakan setugas dan tentera laut, namun masih belum dapat bercakap dengannya," katanya.
|
Tiga remaja ditahan bantu siasatan kes bunuh, samun guru Posted: 07 Oct 2014 12:31 PM PDT Kota Kinabalu: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun di Kundasang Ranau, malam kelmarin, bagi membantu siasatan kes samun dan bunuh seorang guru, Masina Samadi, 50, Jumaat lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, semua suspek berusia antara 17 dan 28 tahun itu ditahan antara jam 10.30 hingga 11.30 malam di kampung yang sama dengan mangsa.
"Pemeriksaan terhadap suspek menemui beberapa barang milik mangsa yang dilaporkan hilang, termasuk buku akaun bank mangsa," katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan ke institut kewangan di sekitar bandar raya, di sini, semalam. Menurutnya, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek warga tempatan dan tinggal di kampung yang sama dengan mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.35 pagi, Jumaat lalu, Masinah, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang ditemui mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di ruang tamu rumah. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08 |
PDRM kenal pasti 'bakal' militan Posted: 07 Oct 2014 12:30 PM PDT Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenal pasti individu yang merancang mahu ke luar negara bagi menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dan bersedia melakukan tangkapan pada bila-bila masa apabila mempunyai cukup bukti. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata melalui risikan dan pemantauan PDRM, individu terbabit didapati ingin menyertai IS di Syria dan Iraq namun jumlah mereka yang terbabit dengan kumpulan itu belum boleh didedahkan.
Beliau berkata segala maklumat mengenai warga Malaysia yang terbabit dengan kumpulan IS turut diserahkan kepada Polis Antarabangsa (INTERPOLl) dan Pasukan Polis ASEAN (Aseanapol) untuk pemantauan dan tindakan lanjut.
"Kalau ada bukti (kegiatan penceramah asing rekrut anggota militan) beri kepada kami (PDRM) dan kami akan menjalankan siasatan," katanya.
Terdahulu, Khalid turut menyaksikan majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA). Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08 |
Posted: 07 Oct 2014 12:27 PM PDT Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa syukur apabila bot tempur CB204 yang hilang di perairan Pulau Mengalum, Sabah pada Ahad lalu ditemui selamat termasuk tujuh kru kapalnya. "Alhamdulillah. Berkat doa semua," katanya menerusi akaun Twitternya, semalam.
Abdul Aziz menggunakan akaun @ChiefofNavy petang kelmarin mengemas kini status "Bot & semua crew selamat. Komander Bot memaklumkan melalui radio VHF Ch 16." Akaun @ChiefofNavy turut menyatakan komander bot itu Leftenan Azri Bakar membuat panggilan melalui radio memaklumkan semua anak kapal CB204 selamat, namun berada dalam keadaan lapar. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08 |
Ombak tinggi ganggu operasi tunda CB204 Posted: 07 Oct 2014 12:26 PM PDT Kota Kinabalu: Keadaan ombak yang mencapai ketinggian 2.5 meter selain cuaca tidak menentu menyebabkan Bot Tempur CB204 dijangka tiba di Pangkalan Wilayah Laut 2 selewat-lewatnya jam 7 malam ini. Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar berkata, keadaan itu bergantung kepada cuaca dan laut.
"Ketika ini keadaan laut pada tahap empat dengan ketinggian ombak 2.5 meter membolehkan CB204 ditunda pada kelajuan empat hingga enam knot," katanya dalam sidang media di TLDM Teluk Sepanggar, semalam.
"KD Lekiu mengiringi KD Ganas dan CB204 ke Pangkalan Wilayah Laut 2," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment