Harian Metro: Setempat |
- Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro
- UPSR dilanda ribut
- Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro
- DVD aiskrim
- Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro
- Simpati sudah hilang
- Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro
- Ibu jari putus dibelit tali pengikat lembu
- Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro
- Wanita potong tangan guna tiga pisau
Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro Posted: 09 Jan 2015 11:00 AM PST BUNDLE PACKAGES COMBO PACKAGES PAYMENT METHOD : We accept CIMB Click, FPX, Hong Leong Bank Transfer, Maybank2U, Meps Cash, Alliance Online Transfer, Ambank, China Union Pay, Mobile Money, RHB, Credit Card and Paypal. If you do not receive notification email from us after subscribing, please check your email bulk or spam folder. |
Posted: 09 Oct 2014 03:24 PM PDT Kudat: Malang berganda kepada 37 murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Panudahan, dekat sini, apabila terpaksa bertempiaran menyelamatkan diri ketika sedang khusyuk menjawab peperiksaan ulangan Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana bumbung sekolah berkenaan diterbangkan angin kencang, semalam. Berikutan kejadian itu, dua murid berusia 12 tahun cedera ringan dengan seorang cedera di paha terkena kipas dan papan lapis yang terjatuh manakala seorang pengawas peperiksaan terkena kayu di kepalanya.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan peperiksaan UPSR disambung semula di bilik guru.
SILING bilik peperiksaan UPSR di SK Panudahan, Kudat runtuh dipukul ribut. "Bagaimanapun, dua murid dan seorang pengawas peperiksaan UPSR cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menurutnya, pihaknya sedang mengenal pasti peralatan yang rosak di empat kelas yang menempatkan 90 murid itu.
|
Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro Posted: 09 Jan 2015 11:00 AM PST BUNDLE PACKAGES COMBO PACKAGES PAYMENT METHOD : We accept CIMB Click, FPX, Hong Leong Bank Transfer, Maybank2U, Meps Cash, Alliance Online Transfer, Ambank, China Union Pay, Mobile Money, RHB, Credit Card and Paypal. If you do not receive notification email from us after subscribing, please check your email bulk or spam folder. |
Posted: 09 Oct 2014 02:49 PM PDT Kuala Lumpur: Taktik licik peniaga asing menjual cakera padat digital (DVD) cetak rompak dengan menyembunyikannya di dalam peti aiskrim di sebuah kedai runcit di Jalan Silang di sini dipercayai sejak tahun lalu, terbongkar apabila diserbu kelmarin. Serbuan dilakukan sepasukan 18 pegawai dan penguat kuasa Bahagian Kawalan Filem (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN), jam 2 petang kelmarin.
Pengarah BKF KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) Sharifah Rohaiza Syed Rozali berkata, seorang lelaki warga India berusia 27 tahun disyaki penjaga premis ditahan.
Bagi kesalahan memiliki filem lucah (Seksyen 5) itu, individu yang disabitkan bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun. Manakala kesalahan mengikut Seksyen 18 memperuntukkan denda maksimum RM30,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.
"Selain menjalankan operasi dan pemantauan bagi mengekang perkara itu daripada berleluasa di sekitar ibu negara, orang ramai turut diseru menyalurkan maklumat mengenainya bagi membolehkan tindakan dilakukan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10 |
Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro Posted: 09 Jan 2015 11:00 AM PST BUNDLE PACKAGES COMBO PACKAGES PAYMENT METHOD : We accept CIMB Click, FPX, Hong Leong Bank Transfer, Maybank2U, Meps Cash, Alliance Online Transfer, Ambank, China Union Pay, Mobile Money, RHB, Credit Card and Paypal. If you do not receive notification email from us after subscribing, please check your email bulk or spam folder. |
Posted: 09 Oct 2014 02:17 PM PDT Kuala Lumpur: "Hampir 40 minit saya menyusu kan anak di lantai ERL (Express Rail Link) semalam (kelmarin) dan sepanjang tempoh itu orang yang berada di sekeliling hanya melihat tanpa sedikit pun rasa simpati menyaksikan keadaan saya ketika itu," kata Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang sedih dan kecewa disebabkan sikap tidak prihatin segelintir rakyat Malaysia. Wan Noor Shila berkata, ketika itu dia bersama bayi perempuan berusia setahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Nilai dengan menaiki ERL dari Kuala Lumpur (KL) Sentral ke stesen Salak Tinggi jam 6.30 petang. Menurutnya, sebelum itu dia menaiki sistem transit aliran ringan (LRT) dari tempat kerjanya di Setiawangsa bersama anak hingga ke KL Sentral sebelum menukar tren ke ERL untuk ke Salak Tinggi. Katanya, sepanjang perjalanan menaiki ERL itu tren dipenuhi orang ramai berikutan waktu pulang kerja dan dari KL Sentral dia berdiri hingga ke stesen Bandar Tasek Selatan. WAN Noor Shila duduk di lantai ERL bersama anaknya berusia setahun.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10 |
Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro Posted: 09 Jan 2015 11:00 AM PST BUNDLE PACKAGES COMBO PACKAGES PAYMENT METHOD : We accept CIMB Click, FPX, Hong Leong Bank Transfer, Maybank2U, Meps Cash, Alliance Online Transfer, Ambank, China Union Pay, Mobile Money, RHB, Credit Card and Paypal. If you do not receive notification email from us after subscribing, please check your email bulk or spam folder. |
Ibu jari putus dibelit tali pengikat lembu Posted: 09 Oct 2014 02:14 PM PDT Bachok: "Saya terkejut apabila lembu itu tiba-tiba agresif dan saya cuba tarik tali yang mengikatnya, namun saya berasa sakit sebelum terlihat satu jari saya melekat pada tali berkenaan," kata penternak lembu, Mohd Subri Mohamed, 49. Mohd Subri dari Kandis, di sini menceritakan insiden ibu jari tangan kirinya putus akibat dibelit tali pengikat lembu ketika cuba memindahkan haiwan ternakan terbabit ke dalam lori, tiga hari sebelum Aidiladha lalu.
Menurutnya, lembu itu dijual kepada seorang pembeli di Kampung Kijang, Pengkalan Chepa untuk dikorbankan sempena Aidiladha yang lalu, namun dia 'dikorbankan' terlebih dulu apabila ibu jari tangan kiri putus.
Illias (kanan) melihat ibu jari kiri Mohd Subri yang putus akibat direntap lembu peliharaan. "Saya tak sempat buat apa-apa ketika itu kerana rentapan lembu betina berkenaan terus menyebabkan jari saya putus serta-merta," katanya ketika ditemui di Taman Cempaka, Kandis, di sini, petang kelmarin.
Bercerita lanjut, Mohd Subri berkata, selain putus jari, beliau turut mengalami luka kecil di muka dan beraya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selama empat hari.
|
Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro Posted: 09 Jan 2015 11:00 AM PST BUNDLE PACKAGES COMBO PACKAGES PAYMENT METHOD : We accept CIMB Click, FPX, Hong Leong Bank Transfer, Maybank2U, Meps Cash, Alliance Online Transfer, Ambank, China Union Pay, Mobile Money, RHB, Credit Card and Paypal. If you do not receive notification email from us after subscribing, please check your email bulk or spam folder. |
Wanita potong tangan guna tiga pisau Posted: 09 Oct 2014 02:00 PM PDT Kuala Berang: Seorang ibu tunggal bertindak di luar dugaan apabila memotong tangannya dalam kejadian di Kampung Durian Kasim, Ajil, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, wanita berusia 23 tahun berkenaan, memotong tangannya dalam bilik air menggunakan tiga pisau pemotong daging tanpa disedari ahli keluarganya.
Menurutnya, wanita itu dikatakan memotong pergelangan tangan kiri hingga putus tanpa pengetahuan enam ahli keluarga yang ketika itu berada di rumah.
"Remaja lelaki itu segera memaklumkan kepada ahli keluarga sebelum mereka tergamam melihat pergelangan tangan kiri bersama tiga pisau daging masih berada di dalam bilik air rumah mereka," katanya, semalam.
Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa bersama cebisan tangan kirinya sudahpun dibawa ahli keluarga ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk rawatan selanjutnya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment