Harian Metro: Setempat |
- Sembur cat
- Sorok di rumah saudara
- Dipenjara bunuh kekasih isteri
- Terkejut lihat bumbung terbang
- Lembu tenusu tidak wujud
- Dua dicekup jual air ketum
- Kecoh akibat monyet
- Kereta ‘meluncur’ bawah lori
- ‘Cahaya di tingkat atas’ rupanya api
- Tepuk bahu, emas lesap
| Posted: 08 Dec 2012 04:45 AM PST KAJANG: Dua kamera Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) yang dipasang di Kilometer (KM) 301.5 Lebuhraya Utara- Selatan arah Bangi menuju Kajang, di sini, disembur cat merah, dipercayai angkara sabotaj, semalam. Pihak berkuasa percaya kejadian dilakukan sekumpulan individu antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.
Menurutnya, ketika rondaan terakhir di kawasan berkenaan jam 8 malam kelmarin, kamera AES itu berada dalam keadaan baik.
Ditanya mengenai keberkesanan pemasangan kamera AES di kawasan itu, Ab Rashid berkata, sejak dipasang, tiada kemalangan dilaporkan berlaku di situ. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/09 |
| Posted: 08 Dec 2012 04:08 AM PST SHAH ALAM: Polis masih mengesan bapa tiri kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dirogol lebih 20 kali sejak setahun lalu. Difahamkan, suspek berusia 45 tahun itu kini dipercayai bersembunyi di sebuah rumah milik ahli keluarganya di Kapar, Klang, selepas menyedari dirinya menjadi buruan polis.
Sebelum ini, suspek melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha LC selepas mengetahui isteri dan mangsa membuat laporan polis. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/09 |
| Dipenjara bunuh kekasih isteri Posted: 08 Dec 2012 04:07 AM PST MELBOURNE (Australia): Gara-gara ingin menebus maruah keluarga, seorang lelaki terpaksa akur apabila dihukum penjara maksimum 23 tahun kerana didapati bersalah membunuh kekasih isterinya, dua tahun lalu. Australian Associated Press (AAP) melaporkan, Hakim David Davies menjatuhi hukuman itu terhadap Hazairin Iskandar, 58, kerana membunuh Mohd Shah Saemin, yang berasal dari Melaka. Hazairin Iskandar diperintah menjalani hukuman penjara minimum 17 tahun.
Hazairin yang berasal dari Indonesia, menikam Mohd Shah sekurang-kurangnya empat kali dengan sebilah pisau, manakala anaknya pula memukul mangsa dengan tukul.
Hazairin berkata, dia membunuh Mohd Shah untuk memelihara maruah keluarganya.
Nita yang hadir di mahkamah menangis apabila hakim menjatuhi hukuman itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/09 |
| Terkejut lihat bumbung terbang Posted: 08 Dec 2012 04:07 AM PST KULIM: "Ketika kejadian, saya berehat di ruang tamu bersama dua anak perempuan selepas pulang daripada kerja, selain berasa tidak sedap hati berikutan hujan lebat dengan disertai angin kencang mengakibatkan rumah bergegar. "Pada masa sama, saya hanya memikirkan keselamatan anak iaitu Danisya Hawa Asyikin, 3, dan Nor Danisya Hawa Afifah, lapan bulan, yang berada dalam pangkuan," kata Mohd Firdaus Mohd Razali, 28, apabila rumah mentuanya mengalami kerosakan bumbung dalam kejadian ribut, kelmarin.
Mohd Firdaus yang juga pemandu lori berkata, dia bersama isteri, Rohani Saad, 26, dan ibu mentuanya, Halimah Abdul Wahab, 60, selain dua anaknya dan seorang adik ipar berada di rumah, manakala bapa mentuanya, Mat Saad Yahya, 61, berada di kedai kopi berhampiran.
"Dalam keadaan kelam kabut, kami bersyukur kerana terselamat serta tidak cedera, walaupun semua perkakas dan perabot di dalam rumah basah manakala dapur dibanjiri air hujan," katanya.
Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Serai, Asmadi Abu Talib.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/09 |
| Posted: 08 Dec 2012 04:06 AM PST IPOH: Seorang pensyarah kanan berputih mata dan kerugian lebih RM30,000 apabila mendapati skim lembu tenusu yang disertainya menerusi sebuah syarikat Ogos tahun lalu tidak pernah wujud. Mangsa menyertai program pelaburan itu selepas mendaftar skim berkenaan di sebuah gerai pameran yang di buka di sebuah pasar raya di sini, pertengahan Jun tahun lalu.
Bagaimanapun, selepas 11 bulan menyertai skim berkenaaan, dia mula mengesyaki dirinya tertipu selepas dimaklumkan lembu tenusu miliknya berasal dari Australia itu mati.
"Saya cuba menghubungi syarikat berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sebenar namun, panggilan tidak berjawab sebelum satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pekan Baru, semalam (kelmarin)," katanya ketika ditemui pada sidang media dibuat di pejabat Biro Aduan dan Khidmat MCA Perak di sini semalam.
Katanya, sebelum membuat keputusan melabur dalam skim berkenaan, dia sudah melakukan pemantauan peribadi terhadap syarikat berkenaan termasuk melayari laman web milik syarikat itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/09 |
| Posted: 08 Dec 2012 04:05 AM PST KANGAR: Cubaan dua lelaki termasuk seorang remaja cuba mengaut keuntungan mudah dengan menjual air ketum berakhir apabila diserbu Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di Kampung Rama, Jalan Kuala Sanglang, di sini, kelmarin. Serbuan dilakukan kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tujuh anggota diketuai Komander UPP Kuala Perlis, Inspektor Azizan Saman selepas menerima maklumat awam.
"Pemeriksaan lanjut kemudian menemui 70 peket plastik lutsinar mengandungi air ketum di dalam tong ais berwarna oren dipercayai mahu dijual kepada pelanggan di kawasan sekitar.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/09 |
| Posted: 08 Dec 2012 04:04 AM PST MUAR: Sebuah pasar raya di bandar ini kecoh apabila sekumpulan monyet menceroboh masuk ke dalam stor simpanan barangan premis berkenaan, petang semalam. Kumpulan hampir 20 monyet itu bukan saja menggeledah barangan, malah turut membuka bungkusan makanan menyebabkan stor berselerak.
Pekerja yang mahu dikenali sebagai Mat, berusia lingkungan 20-an berkata, ketika melintasi stor, dia berasa pelik apabila mendapati beberapa kotak barangan berterabur di atas lantai.
"Sebaik saja membuka pintu stor, kami terkejut melihat sekumpulan monyet sedang menggeledah kotak berisi makanan, kami halau haiwan terbabit namun gagal," katanya.
Sebagai langkah keselamatan, pengurusan pasar raya mengambil keputusan menutup pintu stor yang menghubungkannya dengan pasar raya bagi mengelak haiwan itu lari ke bahagian lain. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/09 |
| Kereta ‘meluncur’ bawah lori Posted: 08 Dec 2012 04:04 AM PST NILAI: "Saya memandu lori di lorong perlahan untuk mendaki bukit sebelah kiri jalan sebelum tiba-tiba merasakan nampak benda meluncur laju diikuti hentakan kuat. Saya terkejut apabila sebuah kereta berada di bawah kepala lori," kata pemandu lori, Hamid M Sah, 39, yang kenderaannya dipercayai dirempuh dengan laju sebuah kereta Proton Saga BLM, di Batu 8 Jalan Seremban-Mantin, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, pemandu kereta Proton Saga BLM itu, warga Afrika yang belajar di Kolej Lynton, di sini, Jatau Shadrach, 22, mati serta merta di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah tersepit di tempat duduk pemandu.
"Sebaik hentakan berlaku, saya terkedu sebelum pengguna jalan raya lain membantu mengeluarkan saya daripada lori. Saya pening mungkin terhantuk di cermin hadapan lori. Bomba kemudian tiba mengeluarkan pemandu kereta yang tersepit.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/09 |
| ‘Cahaya di tingkat atas’ rupanya api Posted: 08 Dec 2012 04:03 AM PST TASEK GELUGOR: Tiga beranak yang bersiap untuk menikmati sarapan dikejutkan dengan cahaya pelik di tingkat atas sebelum menyedari api sudah menjilat tilam dalam bilik di Bagan Tambang, Teluk Air Tawar, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, penghuni rumah berkenaan, Zainab Ibrahim, 65, anaknya, Azhani Johan, 40, dan cucu, Mohd Khairul Azmi, 14, berada di tingkat bawah untuk menikmati sarapan manakala suami Zainab, Johan Yahya, 64, berada di surau tidak jauh dari rumah.
"Mulanya, saya tidak pasti punca cahaya berkenaan lalu naik membuat pemeriksaan sebelum terkejut apabila mendapati tilam di dalam bilik sudah dijilat api.
Azhani hanya sempat mengalih kereta Proton Wira bagi mengelakkannya disambar api yang sudah marak ke tingkat bawah manakala Mohd Khairul yang masih terpinga-pinga bergegas memanggil datuknya di surau bagi memaklumkan kejadian.
"Sebaik sampai saya dapati api sudah marak di semua bahagian rumah dan hanya mampu melaungkan azan. Tiada apa yang dapat dilakukan kecuali hanya melihat rumah menjadi arang," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/09 |
| Posted: 08 Dec 2012 04:02 AM PST MUKAH: "Bahu saya ditepuk tiga kali oleh wanita tidak dikenali dan hanya tersedar beberapa minit kemudian sebelum mendapati barang kemas dipakai lesap," kata seorang wanita warga emas yang disyaki dipukau tiga beranak ketika berada di pasar lama Mukah, di sini, kelmarin. Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu menyebabkan Dew Jabar, 70, kerugian hampir RM10,000 apabila barang kemas serta wang tunai dilarikan tiga beranak terbabit.
"Wanita terbabit menawarkan diri membantu membuat permohonan BR1M sebelum membawa saya ke bangunan kerajaan tidak jauh dari lokasi kejadian. Dia (wanita) tidak membenarkan suami ikut sama, malah saya dibawa ke tempat lain iaitu ke sebuah hotel.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah, Inspektor Yong Yew Ping memberitahu pihaknya sudah menerima laporan dan kes masih dalam siasatan.
"Kes sebegini tidak banyak dilaporkan di Mukah dan kami meminta orang ramai menghubungi polis ataupun pihak berkuasa di talian 084-871222." katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/09 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment