Harian Metro: Arena |
- Rajagobal perlu lebih terbuka
- Idaman Ferrari
- Suhandinata bertanding jawatan Presiden BWF
- Legenda tidak sabar ‘berperang’
- Michel makin tertekan
- Barca tekad lakar kejayaan demi jurulatih
- Milik Toure
- Gunners tak risau Bayern
- Tingkat tawaran jika mahu Ince
- ‘Kami tiada kuasa sekat Ba pindah’
| Posted: 21 Dec 2012 08:07 AM PST SUDAH tiba masanya ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal mengetepikan sentimen jasa pemain skuad juara Piala AFF 2010 bagi membuat pemilihan lebih telus dalam barisan Harimau Malaya selepas ini. Bukan sekali dua soal pemilihan pemain pengendali berusia 56 tahun itu dipertikai pemerhati bola sepak serta peminat tempatan, namun kemuncaknya tercetus apabila Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012 baru-baru ini.
Malah polisi jurulatih tempatan paling berjaya itu yang lebih mengutamakan pemain muda juga menimbulkan tanda tanya adakah mereka yang lebih senior langsung tidak relevan untuk menyarung jersi Harimau Malaya sedangkan mereka beraksi cemerlang bersama pasukan masing-masing dalam Liga Malaysia (Liga-M).
"Sebagai contoh seperti Kelantan yang mempunyai pemain yang baik seperti Piya (Mohd Badhri Radzi) dan Indra Putra (Mahayuddin). ATM juga mencapai keputusan baik musim lalu dengan sumbangan pemain senior seperti Hairuddin Omar. Pada pandangan saya pemain senior masih boleh diberi peluang mewakili negara," katanya yang pernah menandatangani kontrak sebagai pemain semi profesional bersama kelab Jerman, SV Wehen pada 2001.
Pemain kelahiran Kuala Lipis Pahang itu menjaringkan 16 gol bersama T-Team musim lalu dan pernah mengetuai skuad kebangsaan ketika memenangi pingat gangsa Sukan Sea 2005.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
| Posted: 21 Dec 2012 07:50 AM PST BERLIN: Pengerusi Ferrari, Luca di Montezemolo menyuarakan keinginannya menyaksikan juara dunia tiga kali Formula Satu F1, Sebastian Vettel dari Red Bull berlumba bersama pasukan Itali pada masa depan. "Vettel menjadi pemandu paling berpotensi untuk masa depan," kata di Montezemolo, 65. "Jika (Fernando) Alonso bersara esok untuk apa saja alasan, saya mahukan Vettel." Merangkul gelaran juara dunia ketiga bulan lalu, Vettel, 25, melanjutkan kontraknya pada November lalu untuk terus kekal bersama Red Bull hingga 2016.
"Alonso dan Vettel mungkin sukar," katanya. "Apabila memiliki pemandu terbaik dunia, anda perlu menawarkan tawaran maksimum." Pemilik Ferrari menghamburkan pujian terhadap Vettel dan berkata, legenda F1, Michael Schumacher adalah yang pertama memberi amaran kepadanya untuk memerhatikan bakat Vettel.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
| Suhandinata bertanding jawatan Presiden BWF Posted: 21 Dec 2012 07:49 AM PST INDONESIA: Justian Suhandinata dari Indonesia yang akan bertanding merebut jawatan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berikrar untuk kembali meningkatkan standard sukan itu di Olimpik selepas wujudnya pertikaian pada Olimpik London. Presiden sedia ada, Kang Young-joong dari Korea Selatan awal bulan lalu mengumumkan akan meletak jawatan Mei ini selepas lapan tahun menghabiskan masa mencari penyelesaian meningkatkan jumlah penyertaan dan membangunkan kejohanan termahal, Siri Super. Suhandinata yang tewas pemilihan 2001 berkata, dia menjangkakan saingan akan datang dari Presiden Badminton Malaysia (BAM), Nadzmi Mohd Salleh.
"Saya hanya tahun presiden BAM dilihat seperti berminat (menjawat jawatan itu) biarpun dia menggunakan pendekatan tunggu dan lihat." Persengketaan dalam badminton menjadi panas di London, Julai lalu apabila empat pemain beregu wanita dari Korea Selatan, China dan Indonesia sengaja bermain untuk kalah bagi menempah laluan lebih mudah pada peringkat seterusnya. Keempat-empat beregu itu akhirnya dibatalkan penyertaan dan digantung selepas melakukan tindakan itu. BWF terpaksa menangguhkan rancangan memperkenalkan peraturan baru iaitu semua pemain wanita perlu memakai skirt dalam usaha meningkatkan populariti sukan itu selepas langkah itu dikritik atlet. Di sebalik semua masalah yang timbul, Sukan Olimpik London merekodkan penyertaan 51 negara dalam acara badminton yang menyaksikan peningkatan penyertaan daripada luar Asia dengan BWF memaklumkan semua tiket untuk setiap sesi habis dijual.
"Sebagai calon, saya percaya mempunyai pengalaman, kepakaran dan semangat untuk menggerakkan badminton ke tahap lebih tinggi. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
| Legenda tidak sabar ‘berperang’ Posted: 21 Dec 2012 07:49 AM PST BUENOS AIRES: Diego Maradona dijangka bakal menjadi jurulatih Iraq dan mahu membawa negara itu layak ke final Piala Dunia 2014 di Brazil. Menurut ejen legenda bola sepak Argentina itu, Hernan Tofoni, Diego Maradona yang bertindak sebagai penasihat kepada kelab UAE, Al Wasl menantikan keputusan mesyuarat Persekutuan Bola Sepak Iraq hari ini mengenai peluangnya untuk memegang jawatan itu.
"Beliau teruja dengan cabaran yang bakal dilalui untuk mengisi kerusi ditinggalkan Zico," tambah Tofoni sambil merujuk kepada legenda Brazil itu yang meletak jawatan selaku jurulatih Iraq bulan lalu.
Iraq hanya sekali beraksi di pusingan akhir, Piala Dunia 1986 di Mexico dan Maradona mengetuai Argentina menjulang kejuaraan kedua.
Maradona, 52, salah seorang pemain terbaik dunia mempunyai rekod sederhana sebagai jurulatih.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
| Posted: 21 Dec 2012 07:49 AM PST MADRID: Tekanan kini dirasai jurulatih Sevilla, Michel dan rakan sejawatnya di Deportivo La Coruna, Jose Luis Oltra apabila pasukan mereka tumpas di tangan Real Sociedad dan Espanyol dalam saingan La Liga, kelmarin. Sevilla yang menduduki tangga ke-13 kehilangan seorang pemain apabila Coke dibuang padang pada minit ke-74 dan tumpas 1-2 di San Sebastian manakala Depor kekal di tangga tercorot liga selepas kalah 0-2 kepada Espanyol di stadium Cornella El Prat, Barcelona.
Jaringan Alberto De La Bella membolehkan tuan rumah kembali di depan pada minit ke-69 sebelum pemain pertahanan, Coke menerima dua kad kuning dan dibuang padang lima minit kemudian.
Simao membuka tirai jaringan pada minit ke-31 apabila bola tumbukan penjaga gol Jerman, Lux ditanduk masuk pemain Portugal itu sebelum Cristian Stuani meleburkan harapan Depor pada minit ke-88.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
| Barca tekad lakar kejayaan demi jurulatih Posted: 21 Dec 2012 07:48 AM PST MADRID: Barcelona terpaksa meneruskan kempen menakluki puncak La Liga tanpa Tito Vilanova selepas jurulatih itu dilapor kembali menderita penyakit ketumbuhan biarpun pernah melakukan pembedahan setahun lalu. Jurulatih berusia 44 tahun itu yang mengambil alih tempat Pep Guardiola pada permulaan musim ini pada awalnya disahkan sudah pulih daripada pembedahan November lalu untuk membuang ketumbuhan kalenjar 'parotid gland' dan kembali bekerja 15 hari selepas itu.
Pengarah sukan, Andoni Zubizarreta mengesahkan skuad Barca akan dibimbing penolong Vilanova, Jordi Roura buat sementara waktu.
Dengan perlawanan terakhir La Liga 2012 akan ditangguhkan bagi membolehkan pemain meraikan Krismas, Barca boleh menutup tirai tahun ini dengan keputusan menakjubkan jika berjaya memungut tiga mata di Valladolid awal pagi esok. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
| Posted: 21 Dec 2012 07:48 AM PST ACCRA: Pemain Manchester City, Yaya Toure dari Ivory Coast memenangi anugerah tertinggi Afrika, kelmarin, apabila menewaskan rakan senegara, Didier Drogba dan Alexandre Song dari Cameroon untuk gelaran Pemain Terbaik CAF. Toure, 29, menerima anugerah itu buat tahun kedua berturut-turut, sekali lagi melengkapkan musim penuh bermakna untuk dirinya apabila turut membantu kelabnya menjulang takhta Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun.
Pemain tengah bertubuh sasa itu menangis apabila namanya dipanggil untuk menerima anugerah itu dalam majlis di ibu negara Ghana.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
| Posted: 21 Dec 2012 07:47 AM PST LONDON: Penyerang Arsenal, Lukas Podolski mendakwa tiada sebab untuk Gunners berasa bimbang berdepan bekas kelabnya Bayern Munich apabila bertemu pada pusingan kedua Liga Juara-Juara. Skuad bimbingan Arsene Wenger itu diundi menentang pendahulu Bundesliga, Bayern pada majlis undian kelmarin dengan aksi pertama berlangsung di Stadium Emirates pada 19 Februari dan perlawanan timbal balas di Allianz Arena pada 13 Mac tahun depan.
Dengan prestasi Arsenal musim ini, tidak ramai penganalisis sukan menjangkakan wakil Liga Perdana itu akan menewaskan Bayern yang melangkah ke final musim lalu.
"Mereka ada Mario Gomez di depan, mereka ada Franck Ribery, Bastian Schweinsteiger, Philipp Lahm, Manuel Neuer.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
| Tingkat tawaran jika mahu Ince Posted: 21 Dec 2012 07:36 AM PST LONDON: Liverpool diminta meningkatkan tawaran untuk mendapatkan pemain sayap Blackpool, Tom Ince selepas kelab Liga Kejuaraan itu mengkritik pendekatan The Reds mendapatkan pemain bawah 21 tahun England itu. Ince meninggalkan Anfield untuk menyertai Blackpool tahun lalu dengan nilai yang dipersetujui, �250,000 (RM1.242 juta), namun peningkatan pemain berusia 20 tahun itu membuatkan pengurus Reds, Brendan Rodgers menjadikannya sebagai sasaran utama musim perpindahan Januari ini.
Ince menjaringkan 13 gol dalam 21 perlawanan liga musim ini dan hampir mengemudi Blackpool ke Liga Perdana musim lalu, apabila West ham menjadi penghalang ketika menewaskan pasukan itu pada perlawanan akhir play-off.
"Saya tidak akan meletak jawatan hanya kerana kehilangannya. Banyak lagi kerja perlu dilakukan sebelum bertindak begitu." - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
| ‘Kami tiada kuasa sekat Ba pindah’ Posted: 21 Dec 2012 07:35 AM PST LONDON: Pengurus Newcastle, Alan Pardew mengaku kelabnya tidak ada kuasa untuk menyekat Demba Ba andai penyerang Senegal itu mahu meninggalkan St James Park. Klausa kontrak Demba Ba membenarkannya meninggalkan kelab itu andai ada pasukan menawarkan �7.5 juta (RM37.278 juta), membuatkan Pardew sedar bekas bintang West Ham itu mampu menarik minat daripada beberapa kelab pada perpindahan Januari ini.
Dalam keadaan ini, Pardew menyerah kepada apa yang berlaku bulan depan sama ada salah seorang pemain utamanya akan meninggalkan Tyneside.
"Amat penting untuk kami memiliki Demba kerana dia seorang penjaring gol dan sering menjaringkan gol, ini adalah kunci utama.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment