Harian Metro: Global |
- Mangsa rogol mati
- 33 penagih maut minum ubat batuk
- Ariel, Luna Maya kini rakan niaga
- Janet Jackson peluk Islam
- Mujahidin mahu perintah Syria
- Tak kesal bunuh majikan
- 80,000 wanita cari kerja di Makkah
| Posted: 29 Dec 2012 02:30 PM PST SINGAPURA: Seorang pelajar India yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi hingga mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara itu, meninggal dunia di sebuah hospital di sini, semalam. Di New Delhi, polis tambahan dikerah bersiap sedia menghadapi demonstrasi lebih besar menjelang kepulangan mayat mangsa berusia 23 tahun itu.
Menurut doktor di Singapura, pelajar berkenaan meninggal dunia pada jam 4.45 pagi (waktu Malaysia), hampir dua minggu selepas serangan itu yang mengejutkan penduduk India.
Mereka juga memukulnya dengan besi sebelum mencampakkan pelajar itu dan seorang rakan lelaki dari bas yang sedang bergerak.
Pesuruhjaya Tinggi India di Singapura, TCA Raghavan berkata, keluarga mangsa begitu kecewa dengan kematiannya. Kelmarin, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, membunuh diri dengan mengelar lehernya selepas dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/30 |
| 33 penagih maut minum ubat batuk Posted: 29 Dec 2012 02:27 PM PST LAHORE: Sekurang-kurangnya 16 orang, kebanyakannya penagih dadah, mati selepas minum ubat batuk bertoksik. Kematian mula berlaku Rabu lalu di bandar di Gujranwala, kira-kira 70 kilometer ke utara Lahore.
Mangsa berusia antara 20 hingga 40 tahun dan kebanyakannya mempunyai sejarah menagih dadah.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/30 |
| Ariel, Luna Maya kini rakan niaga Posted: 29 Dec 2012 02:26 PM PST JAKARTA: Penyanyi, Ariel dan selebriti, Luna Maya membuat kejutan apabila kedua-duanya dikatakan kembali menjalinkan hubungan semula selepas percintaan mereka terputus sebelum ini. Bagaimanapun, hubungan mereka kali ini hanya terbatas pada perniagaan saja.
Dia dipenjara kerana terbabit dalam video porno bersama Luna dan seorang lagi selebriti, Cut Tari, "Hubungan kami hanya berkait dengan perniagaan," katanya malu-malu, lapor Tabloidnova.com.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/30 |
| Posted: 29 Dec 2012 02:26 PM PST DOHA: Penyanyi, Janet jackson dilapor bertunang secara sulit dengan bilionair Qatar, Wissam Al-Mana dan pasangan itu merancang berkahwin di bandar raya ini pada 2013. Menurut majalah hiburan UsWeekly, Wissam menghadiahkan adik Michael Jackson itu sebentuk cincin yang amat mahal, membuatkan Janet terlalu bimbang dan sentiasa memastikannya ia disimpan dengan selamat.
Pasangan berkenaan dikatakan akan berkahwin dalam satu majlis secara Islam.
Ia termasuk rancangan Janet untuk membawa semua anggota keluarga dan rakannya dengan menaiki pesawat persendirian bagi menghadiri majlis itu.
"Wissam akan berbelanja besar apabila mengahwini Janet kelak. Ia akan menjadi majlis perkahwinan abad ini." kata sumber itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/30 |
| Posted: 29 Dec 2012 02:25 PM PST BEIRUT: Kumpulan jihad, Barisan Al-Nusra berkata semalam, pemerintahan Islam mesti dilaksanakan di seluruh Syria selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad. Kumpulan itu yang dilabel oleh Amerika Syarikat sebagai pengganas, turut menuduh Washington berusaha mengekalkan kerajaan Bashar.
Dalam rakaman audio yang dimuatnaikkan di Internet semalam, Ketua Al-Nusra, Abu Mohammed Al-Jawlani berulang kali menegaskan, kumpulan jihad mesti memerintah Syria selepas kejatuhan Bashar.
"Kami akan terus berkorban untuk membolehkan rakyat Syria menjalani kehidupan dengan bermaruah dan memiliki semula apa yang diambil daripada mereka, sehingga mereka boleh hidup di bawah pemerintahan panji Islam," katanya.
"Barat tidak sepatutnya dibiar meraih keuntungan hasil daripada pengorbanan yang telah kita lakukan," katanya. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/30 |
| Posted: 29 Dec 2012 02:24 PM PST JEDDAH: Seorang amah warga Afrika berkata, dia tidak menyesal membunuh majikannya. Dalam keterangan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Arab Saudi semalam, wanita berkenaan berkata: "Saya juga tidak takut kerana kamu tidak boleh bertindak ke atas saya, kecuali menghantar saya pulang ke negara asal saya." Pembantu rumah berkenaan menikam majikannya berulang kali Selasa lalu ketika lelaki berusia kira-kira 50 tahun itu tidur. Dia mengaku menikam mangsa lebih 20 kali. Dua anak majikannya melarikan diri apabila mendengar wanita itu menjerit dan melihatnya mengamuk.
Amah berkenaan juga mengaku merancang membunuh dua anak majikannya itu, kata polis. - AN Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/30 |
| 80,000 wanita cari kerja di Makkah Posted: 29 Dec 2012 02:24 PM PST JEDDAH: Lebih 100,000 belia Arab Saudi berusaha mendapatkan pekerjaan di Makkah dan dari jumlah itu, 80 peratus daripada mereka adalah wanita. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia, Ayman Beshawari berkata, 30 peratus daripada wanita berkenaan memiliki ijazah sementara yang lain hanya sijil sekolah menengah atau rendah.
Masyarakat Saudi masih belum dapat menerima kehadiran wanita dalam kedua-dua sektor itu kerana mereka terpaksa bergaul dengan lelaki. Ia juga memerlukan sokongan pihak berkuasa untuk membolehkan wanita bekerja dalam sektor berkenaan. Ayman bagaimanapun berpendapat, wanita boleh bekerja di kedua-dua sektor itu sebagai penyambut tetamu, kerani dan pegawai di meja pertanyaan, serta restoran yang tidak memerlukan mereka bergaul bebas dengan lelaki. - SG Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/30 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment