Harian Metro: Setempat |
- Pengantin kejang
- ‘McGyver’ larikan motor tumpas
- Biar hukuman maksimum
- Panik penjenayah seluk saku seluar
- Pak Long genap seabad
- ‘Penduduk takut mahu keluar’
- Kewaja fail saman terhadap Pengarah JKMWPKL
- Libasan jiran mengamuk
- Cemar kesucian
- Hab sukarelawan
| Posted: 12 Dec 2012 12:28 PM PST JITRA: Majlis resepsi pasangan pelakon, Farid Kamil Zahari, 31, dan Diana Danielle Danny Beeson, 21, di Taman Tema Tasik Darulaman, di sini, semalam, menjadi kelam-kabut apabila pengantin perempuan mengalami kekejangan pada kaki kanannya selepas beramah-mesra dengan tetamu dan peminat. Diana Danielle yang kini berbadan dua mengalami kekejangan pada kaki kanannya selama hampir 15 minit menyebabkan pasangan itu bergegas keluar meninggalkan majlis jam 3 petang. Malah, usaha media menunggu hampir empat jam untuk menemu bual Farid termasuk isu pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsi pengantin perempuan di Putrajaya, 1 Disember lalu, gagal selepas pelakon terbabit beredar menaiki kereta. Adik Farid, Fadzil Zahari, 29, berkata perkara itu amat dikesali dan tidak dapat dielakkan kerana Diana Danielle keletihan selepas berarak menemui peminat.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13 |
| ‘McGyver’ larikan motor tumpas Posted: 12 Dec 2012 11:38 AM PST KUALA LUMPUR: Hanya berbekalkan pemutar skru, seorang lelaki berumur 27 tahun mampu memecahkan kekunci motosikal sebelum melarikan motosikal dalam tempoh lima minit. Bagaimanapun, kelicikannya itu terbongkar semalam selepas lelaki itu berjaya ditahan di Taman Tenaga, Cheras oleh sepasukan anggota dari Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), ketika membuat Ops Samseng Jalan raya di sekitar ibu kota.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati motosikal berkenaan menggunakan nombor plat palsu milik Proton Gen 2 dan pasukan berkenaan mengekori motosikal itu hingga ke kawasan Taman Tenaga.
Beliau berkata, siasatan mendapati motosikal berkenaan dilaporkan hilang di tempat letak motosikal di sebuah pasar raya di Taman Connaught pada 15 November lalu.
Beliau berkata, lelaki berkenaan turut memiliki tiga rekod samun kenderaan sejak tahun 2007. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13 |
| Posted: 12 Dec 2012 11:37 AM PST KUALA LUMPUR: "Jika didapati bersalah, mereka wajar dikenakan tindakan tegas semaksimum mungkin kerana penipuan itu membabitkan soal keselamatan dan nyawa ribuan pengguna jalan raya." Demikian tegas Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Shaharuddin Awang Yahya mengenai tindakan sebuah premis yang memproses dan membotolkan semula minyak pelincir motosikal terpakai sebelum dijual kepada pengguna.
"Bila sudah beli produk tulen dari jenama terkenal, pengguna sudah tentu mahukan prestasi terbaik pada enjin motosikal mereka tanpa menyedari mereka terdedah kepada pelbagai kemungkinan kecelakaan yang berlaku.
Minyak terpakai yang ditapis menggunakan mesin khas itu dibotolkan sebelum dipasarkan ke kedai alat ganti motosikal di sekitar Lembah Klang menggunakan jenama terkenal dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga ditetapkan pengeluar rasmi.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13 |
| Panik penjenayah seluk saku seluar Posted: 12 Dec 2012 11:37 AM PST JOHOR BAHRU: "Saya panik apabila penjenayah tiba-tiba menyeluk saku seluarnya kerana menyangka dia mahu mengeluarkan pistol sebelum terkejut apabila kedua-dua mereka terus melarikan diri," kata seorang pemandu teksi dikenali sebagai Woon, 54, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 10.30 pagi di rumah keluarganya di Taman Johor Jaya, Woon berkata, dua penjenayah mengumpul jeriji besi pintu untuk menceroboh masuk sebelum dia terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi bising.
"Kami bertiga melihat antara satu sama lain sebelum seorang daripada lelaki itu tiba-tiba menyeluk saku seluar," katanya.
"Kereta dinaiki penjenayah sebuah kereta import, tetapi lupa jenisnya.
Woon membuat laporan di Balai Polis Johor Jaya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13 |
| Posted: 12 Dec 2012 11:36 AM PST BUKIT MERTAJAM: Seorang warga emas dari Kampung Tanah Liat Mukim 8 di sini, dianggap bertuah apabila masih dipanjangkan umur untuk meraikan ulang tahun kelahiran ke-100 pada tarikh keramat, semalam. Dilahirkan 12 Disember 1912, Othman Daud mesra disapa Pak Long, masih sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit, malah ingatan dan penglihatannya masih jelas.
Othman berkata, dia tiada sebarang petua khusus tetapi setiap hari bangun seawal jam 6.30 pagi dan memulakan rutin harian mengayuh basikal tua sejauh satu kilometer dari rumah untuk ke sawah diusahakan sejak zaman muda.
"Alhamdulillah, mungkin amalan ini membuatkan Pak Long kekal sihat dan dengan izin Allah dipanjangkan usia hingga ke hari ini," katanya pada majlis tahlil meraikan ulang tahun kelahirannya di kediamannya, semalam.
Manakala, tiga saudaranya iaitu Mah, 97, Bedah, 71, dan Romlah, 75, berkahwin dan tinggal berasingan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13 |
| ‘Penduduk takut mahu keluar’ Posted: 12 Dec 2012 11:34 AM PST BENTONG: "Penduduk di sini takut untuk keluar rumah, tapi saya tiada pilihan kerana bekerja di sebuah syarikat kawalan keselamatan. "Saya yang terpaksa meninggalkan anak dan isteri pada waktu malam dan hampir setiap jam saya akan menelefon isteri, untuk memastikan mereka selamat atau pulang ke rumah untuk menjenguk jika berkesempatan." Demikian kata seorang penduduk Mohd Ismail Mohd Yunus, 39, mengenai kehadiran Rambo Bentong yang turut dikenali sebagai orang minyak di kalangan penduduk daerah ini sebelum dicekup polis 14 November lalu.
Mohd Ismail yang berasal dari Kampung Ketari, tetapi tinggal di Kampung Benus di daerah sama berkata, semua pihak berhati-hati dan tidak putus-putus berdoa agar pihak berkuasa dapat menjejaki dan segera menangkap suspek.
Menurutnya, sebagai penduduk tempatan, dia bersyukur kerana pihak berkuasa turut berkongsi perasaan resah dan bersengkang mata dengan penduduk.
Seorang lagi penduduk, Chan Boon Nam, 66, berkata kehadiran penjenayah berkenaan meresahkan penduduk tempatan terutama mereka yang keluar ke kebun pada awal pagi.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13 |
| Kewaja fail saman terhadap Pengarah JKMWPKL Posted: 12 Dec 2012 11:33 AM PST GOMBAK: Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja) memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL), Noormah Abd Rauf dan Kerajaan Malaysia atas kenyataan yang didakwa memfitnah. Pengerusi Kewaja, Yahya Mohamed Yusuf berkata, saman itu difailkan menerusi Raja Riza & Associates pada 7 Disember lalu merujuk satu artikel dikeluarkan sebuah akhbar tabloid bahasa Inggeris (bukan terbitan The New Straits Times Press) disiarkan pada 12 November lalu.
Menurutnya, tuntutan yang dikemukakan adalah ganti rugi am, teruk dan teladan serta permohonan maaf secara terbuka daripada pengarah JKMWPKL. Writ dan penyataan tuntutan dalam proses penyerahan dan ditetapkan pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Januari 2013.
Peguam, Shahir Ab Razak berkata, pihaknya bertindak menjelaskan tuntutan dalam saman fitnah itu dan mengambil langkah mengikut undang-undang. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13 |
| Posted: 12 Dec 2012 11:33 AM PST PENAMPANG: Seorang ibu dan dua anaknya berusia belasan tahun cedera di tangan dan leher akibat terkena libasan pisau jiran mabuk yang mengamuk selepas menceroboh masuk ke rumah mangsa di Kampung Nosoob, di sini. Sebelum kejadian jam 5 petang, Ahad lalu, Innontin Indod, 49; anaknya, Reffinly dan Ronwill Jamuda, masing-masing berusia 19 dan 14 tahun menonton televisyen di ruang tamu. Reffinly berkata, tiba-tiba lelaki terbabit yang juga jiran mereka menendang pintu rumah dan meluru masuk sebelum melibas pisau ke arahnya. "Saya cuba mengelak, namun pisau itu terkena belakang leher dan pada masa sama, ibu yang melihat kejadian itu cuba membantu, namun ditikam di lengan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13 |
| Posted: 12 Dec 2012 11:31 AM PST KUALA LUMPUR: Tindakan pelakon, Farid Kamil mengenakan pakaian istiadat tentera pada majlis resepsi perkahwinannya menimbulkan rasa kecewa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menyifatkannya mencemar 'kesucian' pakaian berkenaan apabila dipakai orang awam sewenang-wenangnya. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, kejadian itu mendukacitakan pihaknya walaupun dengan niat tidak memudaratkan keselamatan.
Beliau berkata, ATM akan meneliti perkara itu dengan pihak-pihak lain sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Farid.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13 |
| Posted: 12 Dec 2012 11:30 AM PST PUTRAJAYA: Malaysia akan dijadikan hab dan negara contoh dalam gerak kerja sukarela di kalangan rakyat berbilang kaum, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bagi tujuan itu, katanya, kerajaan akan menggerakkan aktiviti kesukarelaan kepada semua rakyat khususnya generasi muda sama ada dalam kerajaan, swasta mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sempena Tahun Kesukarelawan Negara 2013 bermula Januari depan.
"Satu daripada sifat negara maju adalah kesediaan rakyat menawarkan bantuan secara sukarela kepada mereka yang memerlukan," katanya ketika berucap pada majlis meraikan 10 finalis pertandingan 1Malaysia for Youth (IM4U) 'My Uni Rocks' di pejabatnya di sini, semalam.
Selain itu, Nor Hidayah Muhammad Asri (Universiti Malaysia Pahang); Mohamad Hanafie Kari (Universiti Malaysia Terengganu); R Peramathevan (Management & Science University) dan G Gomalah (AIMST University), dengan semuanya menerima hadiah wang RM10,000 untuk membiayai dan memulakan projek sukarelawan masing-masing.
Najib yang juga Pengerusi IM4U berkata, bagi merancakkan lagi aktiviti sukarelawan di negara ini, 100 Pusat Outreach IM4U akan diwujudkan di seluruh institusi pengajian tinggi (IPT) secara berperingkat tahun depan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment