Harian Metro: Setempat |
- ‘Kami mangsa dendam along’
- Sukar kawal api parkir berlapis
- 3 beranak berpantang ajal
- Dibiar mati kesejukan
- Bayi mangsa dera masih koma
| ‘Kami mangsa dendam along’ Posted: 27 Dec 2012 12:15 PM PST KUALA LUMPUR: Hasrat sepasang suami isteri berpindah ke rumah yang baru dibeli Februari lalu terbantut apabila diganggu along yang memburu pemilik lama rumah dua tingkat itu selepas tidak membayar hutang along terbabit. Pasangan terbabit yang menunggu 20 tahun untuk membeli rumah sepatutnya mendiami rumah berkenaan Ogos lalu, namun akibat takut dengan gangguan along, mereka membatalkan niat itu.
"Saya menghubungi pemilik lama dan dia mengaku membuat pinjaman daripada along serta berjanji membayar hutang itu bagi menghentikan gangguan terbabit.
"Bukan itu saja, along terbabit memaksa kontraktor yang membuat pengubahsuaian rumah kami supaya menghentikan kerja mereka dengan mendakwa rumah berkenaan berada dalam keadaan tidak selamat.
Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menggesa peminjam along terbabit membayar hutangnya segera sekiranya tidak mahu identitinya didedahkan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28 |
| Sukar kawal api parkir berlapis Posted: 27 Dec 2012 12:10 PM PST KUALA LUMPUR: Penduduk rumah flat termasuk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar ibu negara diancam bahaya ekoran sikap kebanyakan penghuninya yang tidak mengambil berat isu keselamatan terutama ketika berdepan insiden kebakaran. Sikap penghuni yang sering meletakkan kenderaan mereka secara tidak tersusun dan berlapis hingga menghadang laluan, menyukarkan anggota keselamatan untuk menjalankan operasi sekiranya berlaku kecemasan.
"Antara insiden terbaru yang kami alami ialah ketika operasi memadam kebakaran sebuah kediaman di Flat Sri Kelantan pada sambutan Krismas lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28 |
| Posted: 27 Dec 2012 12:10 PM PST MERSING: Tiga beranak yang menaiki sebuah kereta terselamat dalam kemalangan di Kilometer 16, Jalan Endau-Mersing, dekat sini, walaupun kereta berkenaan remuk teruk, semalam. Mangsa, Siti Norfazlina Zaini, 25, yang memandu Proton Inspira bersama dua anaknya, Siti Norfatiah Mohd Shukri, 4, dan Siti Norfatirah, 16 bulan, terselamat walaupun kenderaan itu berpusing beberapa kali sebelum terbabas dalam semak, jam 10.30 pagi.
Suami Siti Norfazlina, Mohd Shukri Mohammad, 34, berkata, ketika kejadian dia berada di Sekolah Kebangsaan Sawah Datuk.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa terperanjat kerana mendapati ada kelopak air di tengah jalan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28 |
| Posted: 27 Dec 2012 12:08 PM PST DARO: Selepas bertarung nyawa 19 jam, seorang bayi perempuan tidak cukup bulan yang ditemui dalam keadaan hanya dibalut plastik lutsinar dan ditinggalkan kesejukan di bawah rumah seorang penduduk di Kampung Baru Daro, di sini, akhirnya meninggal dunia, kelmarin. Bayi malang itu disahkan meninggal dunia jam 8 malam selepas pelbagai usaha menyelamatkannya dilakukan pihak hospital gagal berikutan keadaannya dipercayai tidak cukup bulan selain kesejukan. Sumber berkata, bayi itu ditemui seorang penduduk yang terdengar tangisan dari bawah sebuah rumah pada jam 1 pagi. "Individu itu mendapati bayi perempuan itu masih bertali pusat selain badan masih berlumuran darah.
"Individu terbabit terus memaklumkan kepada penduduk kampung sebelum membuat laporan polis," katanya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28 |
| Posted: 27 Dec 2012 12:07 PM PST KANGAR: Keadaan bayi perempuan, Sofia Juliana, yang terlantar koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF), dekat sini, akibat komplikasi dalaman dipercayai didera bapa kandungnya masih tidak menunjukkan sebarang perubahan. Bayi berusia 38 hari itu yang dimasukkan ke wad ICU HTF sejak jam 11 pagi 24 Disember lalu dipercayai diperlakukan dengan kasar oleh bapanya yang juga warga Thailand apabila melambung dan menggoncang mangsa dengan kuat.
"Ketika ini, keadaan mangsa dilaporkan masih belum menunjukkan apa-apa perubahan dan masih koma sejak dimasukkan ke HTF," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment