Harian Metro: Setempat |
- Mandi buih awal pagi
- Mayat lelaki di dalam semak
- Mati dihempap
- Cubaan penjenayah lari mesin ATM gagal
- Tercampak sebelum digilis
| Posted: 22 Jun 2013 08:00 AM PDT Kuala Lumpur: Tiga pelajar perempuan yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sepatutnya memanfaatkan cuti hujung minggu mengulang kaji pelajaran, namun memilih untuk bermandi buih di sebuah premis di Lorong Yap Kwan Seng, di sini, awal pagi semalam. Bagaimanapun, kelekaan tiga pelajar terbabit menari ghairah di dalam sebuah kolam disediakan penganjur membawa padah apabila mereka antara 47 yang ditahan dalam serbuan mengejut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi, JAWI yang menerima maklumat awam mengenai parti dinamakan Pesta Buih Artis Malaysia menyerbu premis yang dihadiri pelajar sekolah, pasangan gay dan kekasih dan beberapa individu dipercayai selebriti beragama Islam.
Menurutnya, hasil pemeriksaan 38 lelaki dan sembilan wanita berusia 17 hingga 30 tahun ditahan.
PENGUNJUNG Islam yang ditahan ketika mandi buih. Wan Jaafar berkata, pihaknya kecewa sejurus mendapati tiga pelajar sekolah turut terbabit dengan pesta buih yang bercampur lelaki dan perempuan.
"Mereka yang disabitkan kesalahan berkelakuan kurang sopan boleh didenda RM1,000 manakala Seksyen 35 boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara enam bulan," katanya.
|
| Posted: 22 Jun 2013 07:45 AM PDT Petaling Jaya: Penduduk sebuah flat gempar apabila menemui mayat seorang lelaki di dalam semak berhampiran laluan pejalan kaki di Ara Damansara di sini, semalam. Mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui kira-kira jam 9 pagi dengan beberapa kesan kecederaan di tangan dan belakang badannya.
"Kita percaya mangsa diserang ketika dalam perjalanan pulang dari kedai ke kediamannya berdasarkan barangan yang ditemui di lokasi kejadian.
|
| Posted: 22 Jun 2013 07:45 AM PDT Alor Gajah: Hasrat seorang peruncit menunaikan ibadah umrah bulan hadapan tidak kesampaian apabila dia maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 211.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, lori dipandu mangsa, Abdul Bary K M Mohd Basir, 58, bersama dua kelindan hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan dan terbalik.
Menurut sumber rempuhan kuat pada penghadang jalan itu mengakibatkan lori berkenaan berpusing beberapa kali sebelum terbalik dan terseret kira-kira 15 meter di lorong kecemasan.
"Saya ada menyatakan hasrat untuk pergi ke Pelabuhan Klang bagi mengambil bekalan bawang tetapi ayah tidak benarkan dan berkeras mahu pergi sendiri sebelum keluar dari rumah kira-kira jam 3 petang semalam (kelmarin).
Menurutnya, sebelum bertolak ke Pelabuhan Klang, arwah sempat berpesan supaya menjaga perniagaan keluarga yang diusahakannya sejak sekian lama.
|
| Cubaan penjenayah lari mesin ATM gagal Posted: 22 Jun 2013 07:44 AM PDT Muar: Sekumpulan penjenayah berputih mata apabila cubaan mereka untuk melarikan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Bukit Pasir di sini, semalam gagal. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, penjenayah menggunakan sebuah pacuan empat roda untuk menarik keluar ATM berkenaan namun gagal kerana tali yang diikat pada mesin terbabit putus.
Peniaga makanan yang hanya mahu dikenali sebagai Liza, 34, berkata, ketika kejadian dia sedang melakukan persiapan untuk membuka gerainya yang terletak kira-kira 150 meter daripada bank berkenaan.
"Ini kali pertama kejadian ini berlaku sejak tiga tahun kami berniaga di sini," katanya.
|
| Posted: 22 Jun 2013 07:44 AM PDT Alor Setar: Seorang remaja berusia 19 tahun maut selepas mangsa dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu tercampak sebelum digilis sebuah bas persiaran di Jalan Tunku Ibrahim, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Andy Lo, 19, yang juga seorang anggota sukarelawan St John Ambulans meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala akibat digilis bas terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum dia merempuh pembahagi jalan lalu tercampak ke lorong kanan laluan berkenaan.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment