Harian Metro: Global |
- Ahli silap mata terapung di udara
- Polis buru lelaki adakan hubungan seks dengan basikal
- Wallenda tamatkan cabaran di Grand Canyon
- Keputusan kes skandal seks Berlusconi hari ini
- Russia enggan usir Snowden
- 2 rompak penjara
- Mandela masih kritikal
- Susilo dipersalahkan
- Wanita upah samseng bunuh suami
- Keganasan memuncak di selatan Thai
| Ahli silap mata terapung di udara Posted: 24 Jun 2013 08:49 AM PDT London: Orang ramai di sekitar London semalam terpukau dengan aksi terbaru ahli silap mata Dynamo apabila dia 'terapung-apung' di sisi bas dua tingkat, semalam. Penghibur kelahiran Bradford itu berada di kira-kira 4.6 meter di udara di sisi bas sambil menyeberangi Jambatan Westminster di London. Sambil tersenyum ke arah kamera, Dynamo, 30, terus 'terapung-apung' sambil sebelah tangannya diletakkan pada bumbung bas berkenaan.
Dynamo kini menjadi wajah terbaru untuk promosi minuman Pepsi Max.
DYNAMO mendepangkan tangannya ketika bas dua tingkat terus berjalan beriringan. DYNAMO kelihatan bersahaja ketika terapung di sebelah bas melintasi Jambatan Westminster. ORANG ramai terpegun melihat aksi Dynamo. |
| Polis buru lelaki adakan hubungan seks dengan basikal Posted: 24 Jun 2013 08:38 AM PDT Stockholm: Polis di Sweden melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang dirakam mengadakan seks dengan basikal. Lelaki itu dilihat melakukan perbuatan itu selepas pemilik basikal berkenaan memasang kamera litar tertutup di luar rumah untuk menangkap orang yang sering membocorkan tayar basikalnya.
Dia kemudian memancitkan tayar itu dan beronani ketika ia kempis.
Sementara itu, pemilik basikal Per Edstrom berkata, dia tidak mendendami lelaki berkenaan sebaliknya hanya mahu dia menghentikan perbuatannya itu.
|
| Wallenda tamatkan cabaran di Grand Canyon Posted: 24 Jun 2013 08:37 AM PDT Navajo Nation: Pelagak berani mati Nik Wallenda menyempurnakan cabaran berjalan di atas tali tegang sejauh 0.4 kilometer merentasi Gaung Sungai Little Colorado di timur laut Arizona, semalam. Wallenda melakukan aksi ngeri itu di atas kabel keluli setebal lima sentimeter pada ketinggian 457 meter di atas sungai itu di Navajo Nation berhampiran Grand Canyon.
Wallenda tidak menggunakan abah-abah sepanjang perjalannya di atas tali keluli itu dan sempat berlari anak dan melompat pada beberapa meter terakhir.
Kira-kira 600 orang menyaksikan cubaannya itu menerusi skrin besar sementara seorang renjer Navajo Nation, seorang ahli perubatan dan dua kru filem ditempatkan di bawah gaung sambil memerhatikannya dari bawah. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24 |
| Keputusan kes skandal seks Berlusconi hari ini Posted: 24 Jun 2013 08:10 AM PDT Milan: Bekas Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi akan mengetahui nasibnya selepas dibicarakan dalam kes sensasi membabitkan skandal seks hari ini. Berlusconi dituduh mengupah seorang remaja keturunan Maghribi untuk mendapatkan khidmat seks dan kemudian cuba menyembunyikannya dengan membuat panggilan kepada polis Milan apabila remaja terbabit ditangkap kerana mencuri.
Walau apa pun hukumannya, ia tidak boleh dilaksanakan sehingga dua ruang rayuan didengar dan proses itu boleh mengambil masa berbulan-bulan.
Bagaimanapun, sepanjang perbicaraan berlangsung Berlusconi atau Karima tidak dipanggil memberi keterangan di mahkamah. Karima, kini 20 tahun, mendakwa dia mengunjungi rumah mewah Berlusconi dan diberi sampul surat berisi wang bernilai 3,000 euro (RM12,645). - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24 |
| Posted: 24 Jun 2013 08:09 AM PDT Moscow/Hong Kong: Russia semalam tidak mengendahkan tekanan Washington supaya mengusir bekas kontraktor agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) Edward Snowden ke AS sebelum dia meninggalkan Moscow untuk ke sebuah negara ketiga. Snowden, 29, tiba di Moscow dari Hong Kong kelmarin. Bagaimanapun, laporan dia akan berlepas ke Cuba mencetuskan keraguan apabila saksi tidak melihatnya dalam pesawat itu meskipun kawalan keselamatan di lapangan terbang di Moscow ditingkatkan sebelum kapal terbang berlepas.
Tiada penerbangan secara terus dari Moscow ke Quito, ibu negara Ecuador.
Rumah Putih menjangka kerajaan Russia akan menghantar pulang Snowden ke Amerika Syarikat. Tetapi pihak berkuasa Moscow tidak mengendahkan rayuan itu sementara setiausaha akhbar Presiden Vladimir Putin berkata dia tidak tahu mengenai pergerakan Snowden.
|
| Posted: 24 Jun 2013 08:09 AM PDT Geneva: Kebanyakan penjenayah sanggup membayar apa saja untuk keluar dari penjara. Bagaimanapun, bagi dua perompak bersenjata yang identiti mereka belum diketahui, mereka bertindak sebaliknya dengan memasuki penjara pada siang hari dan melarikan wang tunai.
|
| Posted: 24 Jun 2013 08:08 AM PDT Johannesburg: Pejuang antiaparteid Afrika Selatan, Nelson Mandela, masih dalam keadaan kritikal di hospital dan anak perempuannya berkata, mereka kini menyerahkan nasib tokoh itu kepada tuhan. Kesihatan bekas presiden berusia 94 tahun itu tiba-tiba merosot terus malam kelmarin selepas dimasukkan ke hospital dua minggu lalu akibat jangkitan paru-paru. Menurut sumber akhbar, tidak dapat dipastikan sama ada Mandela kini bergantung kepada mesin sokongan hayat atau tidak walaupun disahkan "kritikal." Sementara itu, anak perempuan sulung Mandela, Makaziwe Mandela berkata, rawatan perubatan masih diteruskan, tetapi mereka kini hanya berserah kepada tuhan jika masa kematian sudah tiba. "Dalam budaya kami, seseorang tidak boleh dibiarkan meninggal dunia kecuali atas permintaannya sendiri.
"Bagaimanapun, kami masih tidak putus harap dan biarlah tuhan menentukan kesudahannya," katanya ketika ditemui, semalam. Makaziwe berkata, dia percaya Mandela kini tenang selepas memberikan sumbangan amat banyak kepada dunia. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24 |
| Posted: 24 Jun 2013 08:02 AM PDT Jakarta: Walaupun tidak mengumumkan kenaikan harga minyak secara langsung, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) tetap disalahkan oleh rakyat Indonesia. Berdasarkan data dari Lingkaran Survei Indonesia, sebanyak 44.52% responden menganggap Susilo adalah tokoh yang patut dipersalahkan dan paling bertanggung jawab berhubung kenaikan harga minyak yang diumumkan baru-baru ini.
Kaji selidik itu juga menunjukkan Partai Demokrat adalah parti politik yang paling patut dipersalahkan kerana bertanggungjawab mendorong kenaikan harga minyak.
Setiausaha Parti Demokrat di Parlimen, Sutan Bhatoegana bagaimanapun tidak hairan jika orang ramai menyalahkan Susilo. - Suara Merdeka.com Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24 |
| Wanita upah samseng bunuh suami Posted: 24 Jun 2013 08:01 AM PDT Manila: Polis semalam melancarkan gerakan memburu seorang wanita yang mengupah kumpulan samseng membunuh suaminya selepas pergaduhan membabitkan perniagaan mereka. Vivian Garcia didakwa menghubungi beberapa penjenayah untuk membunuh suaminya yang ditembak mati oleh dua lelaki bermotosikal di wilayah Cavite, kelmarin.
"Kami menemui surat mangsa yang mendakwa isterinya bertanggungjawab sekiranya dia ditimpa kemalangan atau mati," kata Bueno.
|
| Keganasan memuncak di selatan Thai Posted: 24 Jun 2013 08:00 AM PDT Bangkok: Tahap keganasan di tiga wilayah selatan Thailand meningkat dua kali ganda sejak rundingan damai dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN) dijalankan mulai 28 Mac lalu. Sebuah jawatankuasa penyelidik berkata, serangan itu dijalankan kumpulan menggelar diri mereka sebagai "Pejuang Fatoni" yang menentang rundingan.
Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan anggota Majlis Penasihat Pembangunan Dan Pentadbiran Wilayan Sempadan Selatan, Wisut Singkachornvorakul.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment