Harian Metro: Arena |
- Atlet paralimpik terpinggir?
- Pirlo kekal mantap
- 'Tak tahu lagi siapa akan beraksi'
- Gantung raket
- Tze Liang ingin urus perniagaan
- London buka mata ramai pihak
- Menuju realiti!
- Cabaran unik Kellie Castle
| Posted: 15 Jun 2013 09:57 AM PDT Kuala Lumpur: Selepas kejayaan Hasihin Sanawi dan Mohd Ziyad Zolkefli memenangi pingat perak dan gangsa di Sukan Paralimpik London tahun lalu, dunia sukan ini sekali lagi 'hilang' dari radar peminat sukan. Realitinya, masih terpinggirkah kelompok atlet dari kalangan golongan orang kelainan upaya ini daripada kepesatan pembangunan sukan negara yang melahirkan ramai bintang? Inisiatif Majlis Sukan Negara (MSN) menubuhkan Cawangan Paralimpik dan kemudian menyerapkan atlet berpotensi dalam program mereka harus dipuji tapi ia bukan sesuatu yang boleh dicapai sekelip mata.
"Sukan paralimpik kini sudah mencapai tahap tinggi dengan dominasi atlet China, Amerika Syarikat, Britain dan Australia." Justeru sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan negara tidak ketandusan bakat baru untuk diketengahkan dan beliau melihat pembangunan di peringkat negeri sebagai elemen yang perlu diberi perhatian buat masa ini.
ZIYAD (kiri) dan Hasihin menunjukkan pingat dimenangi kepada Tun Abdullah Badawi (tengah). "Mereka bukan saja menjalani latihan tapi prestasi mereka diukur menerusi kejohanan dianjurkan sebelum dipilih menyertai program elit." Hingga kini, 74 atlet daripada 11 sukan berada dalam program elit yang dibantu 23 jurulatih menjalani latihan sepenuh masa di MSN.
Begitupun dalam usaha melahirkan atlet lebih mantap untuk berada dalam kelompok 16 atlet terbaik dunia layak ke Sukan Paralimpik, beberapa atlet terpaksa digugurkan.
|
| Posted: 15 Jun 2013 09:48 AM PDT RIO DE JANEIRO: Bukan saja memiliki ladang anggur, kehebatan pemain tengah Itali, Andrea Pirlo terus membuktikan usia bukan penghalang untuknya menempah kejayaan lebih baik. Pemain berusia 34 tahun itu dijangka akan tampil di perlawanan antarabangsa buat kali ke-100 menentang Mexico di Piala Konfederasi awal pagi esok. Lebih menarik, setiap kali beraksi di padang dia seolah-olah membuatkan AC Milan menyesal dengan tindakan melepaskannya pergi pada 2011.
Bagaimanapun, malangnya AC Milan mengambil keputusan enggan menyambung kontraknya. Lantaran itu, Pirlo berhijrah ke Juventus sekali gus menjulang reputasinya sebagai pemain tengah unggul serta dinobatkan Pemain Terbaik Serie A.
Bagaimanapun bulan lalu, Pirlo mengumumkan akan mengucapkan selamat tinggal kepada kerjaya antarabangsanya selepas Piala Dunia Brazil tahun depan. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16 |
| 'Tak tahu lagi siapa akan beraksi' Posted: 15 Jun 2013 09:47 AM PDT Victor Valdes enggan mengulas sama ada dia atau penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas akan memulakan aksi Sepanyol menentang Uruguay awal pagi esok. Sama ada bermain atau tidak esok, penjaga gawang Bercelona itu bangga berada di Piala Konfederasi.
Gerard Pique, Sergio Busquets, Xavi, Andres Iniesta, Pedro dan David Villa turut memenangi setiap gelaran utama termasuk Piala Dunia dan Kejohanan Eropah untuk Sepanyol.
"Berada di sini, perasaannya sama seperti seorang kanak-kanak yang paling gembira di dunia. Satu penghormatan untuk bermain mewakili Sepanyol di sini," katanya.
|
| Posted: 15 Jun 2013 09:47 AM PDT Jakarta: Bekas juara Olimpik Indonesia dan juara dunia, Taufik Hidayat begitu beremosi ketika mengucapkan selamat tinggal kepada kerjayanya yang pernah menjadikannya antara bintang badminton terbesar, di depan penyokongnya. Dengan beratus-ratus penyokongnya terus melaungkan 'Taufik Boleh' sambil mengibar kain rentang tertera 'Legenda', pemain berusia 31 tahun itu bermain buat kali terakhir secara profesional di Terbuka Indonesia, kejohanan yang pernah enam kali dimenanginya.
"Apa yang paling sukar adalah meninggalkan badminton, sukan yang saya kenali sejak 25 tahun lalu dengan 18 daripadanya sebagai pemain profesional," kata Taufik dengan nada pilu.
Bagaimanapun, Taufik mengaku kecewa tumpas di tangan Praneeth yang berada 20 kedudukan di belakangnya. Rentetan itu, dia berharap penyokong tidak 'menilainya dengan berdasarkan kepada perlawanan itu saja'. Taufik memenangi set pertama perlawanan yang tertangguh beberapa jam. Dia menang 21-15 dengan beberapa pukulan kilas ke belakang selain bermain baik di jaring.
Kekalahan Taufik bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sudah beberapa tahun dia tidak merangkul sebarang gelaran utama. Kekalahan di peringkat awal itu dijangka tidak akan mempengaruhi kehebatan kerjayanya yang menjadikannya sebagai ikon badminton di Indonesia.
|
| Tze Liang ingin urus perniagaan Posted: 15 Jun 2013 09:45 AM PDT Kuala Lumpur: Penerjun negara, Ooi Tze Liang mempunyai pelbagai impian andai tidak bergelar atlet. Antaranya, ahli perniagaan, pereka hiasan dalaman dan jurulatih kebangsaan. Soalan (S): Jika bukan atlet, anda seorang... Jawapan (J): Saya ingin menjadi ahli perniagaan berjaya atau jurulatih terjun kebangsaan. S: Jika seorang ahli perniagaan, jenis perniagaan apa yang anda pilih? J: Tidak pasti, saya akan mendapat tunjuk ajar ayah terlebih dulu dan mengambil nasihatnya. S: Adakah ini bermakna ayah anda seorang ahli perniagaan dan minat ini hadir darinya? J: Ya, ayah seorang ahli perniagaan pembuatan mesin. Minat ini hadir darinya, saya kagumi ayah. S: Mungkin anda meneruskan legasi perniagaan keluarga dari ayah anda? J: Tidak. Itu perniagaan yang diusahakan ayah. Saya akan membuka perniagaan sendiri yang berbeza, cuma buat masa ini saya tidak pasti jenis perniagaan itu. S: Adakah anda akan terus merealisasikan impian itu dan pada masa sama bergelar jurulatih kebangsaan? J: Begitulah yang saya harapkan. Saya ingin menjadi ahli perniagaan dan pada masa sama seorang jurulatih bagi menyumbang buat negara. S: Jadi, impian ini saya andaikan akan menjadi kenyataan kelak dan bukan sekadar angan-angan? J: Sudah pasti. Cuma sekarang ini saya ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada sukan terjun sekali gus menempah kelayakan ke Olimpik Rio 2016, itu impian saya buat masa ini. S: Selain sukan terjun, anda ada meminati sukan lain? J: Amat meminati bola sepak. S: Pasukan bola sepak mana yang menjadi pilihan anda? J: Tidak lain dan tidak bukan, juara Liga Perdana musim ini Manchester United. S: Mungkin ada pemain United yang anda jadikan idola? J: Setakat ini tiada. Idola saya ialah diri sendiri (sambil ketawa). S: Anda ada kelebihan lain, memasak, melukis? J: Melukis. Oh ya, saya juga memendam cita-cita sebagai pereka hiasan dalaman kerana minat terhadap seni lukis. S: Mengapa? J: Bagi saya, melukis mampu memenangkan fikiran dan memberi ketenangan ketika saya berdepan tekanan. S: Apakah hobi anda? J: Saya suka mendengar lagu dengan bersantai, ia dapat memberi ketenangan. Ada kala, saya keluar membeli-belah atau bermain permainan komputer lumba kereta. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16 |
| Posted: 15 Jun 2013 09:41 AM PDT Kuala Lumpur: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) kini boleh menarik nafas lega selepas perjuangan atlet paralimpik untuk memartabatkan sukan negara tidak lagi terpinggir, malah diberi perhatian dan diiktiraf. Kejayaan atlet di Paralimpik London benar-benar membuka mata ramai pihak terhadap sumbangan atlet di sebalik kekurangan fizikal mereka, biarpun sebelum ini P Mariappan, Siow Lee Chan dan Cheok Kon Fatt antara yang pernah membawa pulang pingat (kecuali emas) dari pentas Paralimpik.
"Kita kini sudah berada dalam arus perdana pembangunan sukan negara meskipun masih ada ruang perlu diperbaiki," katanya.
Memandang jauh, Gerakan Paralimpik Malaysia (GPM) 2020 akan menjadi gagasan MPM dalam misi melahirkan lebih ramai penggiat sukan paralimpik di negara ini.
Katanya, ia bukan saja membabitkan tugas memajukan sukan di peringkat tempatan tapi turut memperkukuhkan hubungan dengan agensi antarabangsa.
|
| Posted: 15 Jun 2013 09:41 AM PDT Kuala Lumpur: Impian atlet paralimpik memiliki kompleks latihan bakal menjadi realiti sebaik Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik siap sepenuhnya tidak lama lagi. Meskipun pusat kecemerlangan di Kampung Pandan, lebih tepat berhampiran Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan kini tersergam indah tapi buat masa ini mereka mungkin terpaksa menunggu lagi.
Tinjauan Arena Metro mendapati hampir kesemua kemudahan disediakan hampir boleh digunakan dengan kerja membabitkan sentuhan terakhir giat dijalankan.
Negara sudah boleh berbangga dengan pencapaian atlet paralimpik di peringkat antarabangsa dan kejayaan atlet memanah, Hasihin Sanawi dan atlet lontar peluru, Mohamad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik yang mampu mencetus semangat generasi baru atlet paralimpik.
"Keupayaan dan semangat mereka jauh lebih tinggi berbanding kita dan apabila siap kelak, kita harap ia menjadi pencetus semangat kepada atlet terbabit," katanya.
|
| Posted: 15 Jun 2013 09:40 AM PDT Batu Gajah: Kerjasama luar biasa diberi peminat berbasikal di negeri ini apabila seramai 60 penunggang menyertai sekretariat Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013-Cuti-Cuti 1 Malaysia meninjau trek di litar Kellie Castle, pagi semalam. Sesi itu persiapan awal sekretariat program bagi menghadapi sirkit kedua penganjuran di lokasi itu pada 25 Ogos ini.
Aktiviti turut disertai Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro Abdul Ghafar Ismail serta ahli urusetia penganjuran program.
"Saya sangka hanya kumpulan kecil penunggang akan hadir namun tidak sangka sambutan meriah diberikan. Saya berterima kasih kepada semua yang hadir dan berharap kerjasama ini diteruskan pada masa depan.
Katanya, pemilihan laluan trek berbasikal di sekitar Kellie Castle penting bagi membantu merealisasikan usaha Tourism Malaysia mempromosikan lokasi bersejarah berkenaan.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment