Harian Metro: Global |
- Bot jadi rumah pelajar
- Wanita cakap loghat Perancis lepas nahas
- Protes harga minyak
- Singapura dilanda jerebu teruk
- Thai pantau sami bergaya
- Wanita culik budak dicekup
- Ugut remaja minta emas
- Jupe sedekah al-Quran ke 7 masjid
- Rakyat Aussie ditipu RM279j
- 3 penyerang pelajar China ditahan
| Posted: 17 Jun 2013 09:24 AM PDT London: Seorang pelajar yang tidak mampu membayar sewa rumah membeli sebuah bot untuk didiami ketika belajar di universiti. Langkah pelajar geografi fizikal, Joe Pearce membolehkan dia berjimat sebanyak £5,600 (RM28,000).
Pearce tinggal di bot kelas Falmouth Gypsy sepanjang tujuh meter itu selama 14 bulan ketika belajar untuk ijazah sarjananya di Universiti Aberystwyth.
PEARCE tinggal selama 14 bulan di dalam botnya. PEARCE terpaksa membongkok untuk berjalan di dalam bot. PEARCE berdiri di hadapan botnya. "Rakan saya teruja dan menyangka saya membeli kapal layar yang glamor. Mereka terkejut apabila melihat bot yang saya beli. Zamannya untuk belayar sudah berlalu dan bagi saya, hidup di dalamnya seperti menjalani perkhemahan mewah atau tinggal di dalam khemah kayu!" Bot itu dilengkapi enjin buatan 1970 dan bahagian tertingginya ialah 1.7 meter, Ia menyukarkan Pearce bergerak kerana ketinggiannya hampir dua meter.
"Semua orang di limbungan itu begitu baik dan membantu saya memasang bot berkenaan kerana saya tidak berpengalaman. Saya hanya perlu membayar £1(RM5) sehari untuk menyimpannya di situ.
|
| Wanita cakap loghat Perancis lepas nahas Posted: 17 Jun 2013 09:18 AM PDT Melbourne: Seorang pemandu bas Tasmania bercakap dengan loghat pekat bahasa Perancis selepas cedera serius di kepala dalam satu kemalangan kereta. Leanne Rowe ialah seorang daripada 62 orang di dunia dan yang kedua di Australia disahkan menghidap penyakit yang amat jarang berlaku yang dikenali sebagai 'Sindrom Loghat Asing.' Leanne mula bercakap bahasa yang berbunyi seperti loghat Perancis apabila terjaga di Hospital Austin di Melbourne selepas patah tulang belakang dan rahang akibat kemalangan kereta.
Tetapi, selepas lapan tahun pulih, masalah itu masih berterusan dan loghat bahasa Perancisnya masih pekat.
Anak Leanne, Kate Mundy kini banyak bercakap untuknya di tempat awam.
Doktor keluarga mereka, Robert Newton percaya Leanne mengalami Sindrom Loghat Asing teruk dan mengaku tidak pernah berdepan keadaan seperti itu.
|
| Posted: 17 Jun 2013 09:17 AM PDT Jakarta: Beribu-ribu penunjuk perasaan, semalam berhimpun di seluruh Indonesia membantah cadangan kerajaan menaikkan harga bahan api, dengan polis di sebuah bandar raya menembak gas pemedih mata bagi menghalang beratus-ratus yang cuba menceroboh masuk ke bangunan pentadbir tempatan. Tunjuk perasaan diadakan di Jakarta dan beberapa bandar raya lain ketika ahli Parlimen berkumpul bagi memutuskan pindaan belanjawan yang akan membuka laluan kerajaan mengumumkan kenaikan pertama harga bahan api sejak 2008. Kenaikan harga bahan api sudah lama menjadi isu utama di Indonesia dengan pakar ekonomi mempertikai subsidi kerajaan yang besar menjejaskan ekonomi utama Asia Tenggara itu. Di Jambi, bandar raya di Pulau Sumatera, penunjuk perasaan cuba menceroboh masuk di depan pagar bangunan Dewan Undangan Negeri tempatan, kata jurucakap polis Almansyah kepada media.
Di Jakarta, 3,000 penunjuk perasaan berhimpun di luar bangunan Parlimen ketika hujan renyai sambil membakar tayar dan mengibarkan sepanduk yang berbunyi: "Tolak kenaikan harga minyak dan gantung SBY(Susilo Bambang Yudhoyono)." "Bersiap sedia menawan bangunan Parlimen jika mereka naikkan harga minyak," laung seorang penunjuk perasaan melalui pembesar suara. Sementara itu, di Makassar, Sulawesi 500 pelajar dan guru mengambil bahagian dalam demonstrasi, membakar tayar dan melaungkan ungkapan "revolusi". Walaupun hanya sebahagian kecil rakyat Indonesia memiliki kereta persendirian, cadangan menaikkan harga minyak sebanyak 44 peratus dijangka meningkatkan kos barangan harian kerana ia akan menjadi lebih mahal. Pindaan belanjawan negara akan menyediakan bantuan kewangan kepada isi rumah miskin, memberi laluan untuk Susilo mengumumkan kenaikan harga. Sesi seumpamanya di Dewan Rakyat boleh berlanjutan selama berjam-jam, tetapi jika langkah itu diluluskan, Susilo boleh mengumumkan kenaikan harga seawal malam ini (malam tadi). - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/18 |
| Singapura dilanda jerebu teruk Posted: 17 Jun 2013 09:14 AM PDT Singapura: Pencemaran udara akibat kebakaran hutan di Pulau Sumatera, Indonesia mencapai tahap membimbangkan di republik ini semalam, mendorong langkah berjaga-jaga diambil mengenai tahap kesihatan di negara yang padat penduduk itu. Bangunan pencakar langit, termasuk menara kasino Marina Bay Sands diselubungi jerebu dan bau kuat kayu terbakar merebak ke daerah perniagaan itu. Indeks Pencemaran Udara meningkat kepada 105 pada waktu tengah hari, melepasi bacaan 100 skala "tidak sihat", menurut laman web Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA).
Masalah jerebu di Asia Tenggara mencatat tahap terburuk pada 1997-1998 hingga menyebabkan masalah kesihatan yang meluas dan mengakibatkan kerugian berbilion dolar ekoran sektor perniagaan dan pengangkutan udara yang terjejas. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/18 |
| Posted: 17 Jun 2013 09:13 AM PDT Bangkok: Badan Kebangsaan Buddha Thailand, semalam berkata, pihaknya memantau sami di seluruh negara bagi mengesan tingkah laku yang tidak wajar berikutan aduan yang timbul daripada video yang memaparkan sami Buddha di atas sebuah jet peribadi. Video di YouTube itu menunjukkan seorang sami memakai kaca mata hitam yang bergaya sambil membawa beg kembara berjenama dan fon kepala tanpa wayar serba moden. Ia mencetuskan kritikan penganut Buddha di seluruh negara.
Negara yang mempunyai populasi Buddha terbesar, Thailand cuba membantu menegakkan doktrin Buddha berusia 2,600 tahun melalui pelbagai kaedah termasuk melaksanakan pengharaman penjualan alkohol pada cuti keagamaan. Bagaimanapun, usaha itu kadangkala dicemari sami Buddha sendiri. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/18 |
| Posted: 17 Jun 2013 09:13 AM PDT Bali: Polis semalam berkata, mereka menahan seorang wanita Timor Leste yang didakwa menculik seorang kanak-kanak Perancis di pulau peranginan Bali. Wanita itu ditahan di rumah sewanya sehari selepas dia menculik kanak-kanak berusia dua tahun itu dari sebuah bilik hotel ketika bapanya tidur, kata Ketua Polis Kuta, Mejar Agus Tri Waluyo.
Polis turut menyiasat motif lain termasuk kemungkinan aktiviti pemerdagangan orang. Maria Sonia sebelum ini pernah disabitkan dengan kesalahan mencuri harta warga asing. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/18 |
| Posted: 17 Jun 2013 09:12 AM PDT London: Seorang gadis yang diperas ugut menyerahkan barang kemas bernilai lebih £15,000 (RM73,911) milik ibunya kepada seorang lelaki bagi menghalangnya mendedahkan rakaman seksnya di Facebook. Aamir Khan, 20, memberitahu gadis berusia 16 tahun itu bahawa dia secara sulit merakamkan perbuatan mereka di dalam keretanya.
Mangsa yang ketakutan mengambil barang kemas, termasuk tinggalan nenek moyangnya yang mungkin tidak boleh diganti dan menyerahkan kepada Aamir menerusi tingkap bilik tidurnya beberapa kali.
"Kamu lakukan perbuatan itu pada 2009 ketika kamu berusia 18 tahun dan dia 16 tahun. Kamu berasal dari latar belakang yang sama yang kegiatan seks di kalangan remaja belasan tahun mempunyai kesan lebih buruk berbanding jika ia berlaku dalam masyarakat lain. "Kamu membuat beberapa tuntutan selama beberapa minggu, secara sinis dan kejam. Dia sudah pastinya malu dengan gambar yang akan dimuatnaik ke Facebook dan diketahui ibu bapanya. Kamu perlu dihukum. "Orang ramai perlu sedar jenayah memalukan ini dan bagaimana anggota masyarakat melihatnya dengan jijik.
Pendakwa raya, Jonathan Eley berkata, selepas mengadakan seks dengan mangsa, dia menurunkan gadis itu dari keretanya sambil berkata: "Bagus Blackberry kerana mempunyai kamera." Beberapa minit kemudian dia menelefon mangsa dan berkata, dia merakamkan adegan yang berlaku. - The Sun Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/18 |
| Jupe sedekah al-Quran ke 7 masjid Posted: 17 Jun 2013 09:11 AM PDT Jakarta: Beberapa artis yang sedang menjalani hukuman penjara sering melakukan ritual khusus selepas dibebaskan. Antaranya membuang pakaian ke laut, kononnya untuk membuang sial.
Penyanyi dangdut dan juga pelakon filem itu sebaliknya memilih untuk menunaikan nazarnya sebaik keluar dari penjara - membahagikan kitab suci al-Quran kepada tujuh masjid.
Kekasih Gaston Castano itu berkata, dia tidak tertarik untuk mengikuti ritual membuang pakaian ke laut. "Membahagi-bahagikan al-Qur'an lebih berfaedah untuk meraikan pembebasan dari penjara," katanya. "Ketika menziarah Masjid Nabawi semasa menunaikan umrah, ramai orang membeli al-Quran untuk dibahagi-bahagikan. Saya tanya kenapa hendak dibahagi-bahagikan? Kita akan peroleh pahala jika membeli dan kemudian membahagi-bahagikannya. Apa lagi kalau ramai yang membaca al-Quran yang kita bahagikan itu," kata Jupe. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/18 |
| Posted: 17 Jun 2013 09:10 AM PDT Sydney: Rakyat Australia ditipu lebih Aus$93 juta (RM279 juta) tahun lalu oleh sindiket penipuan dan pihak berkuasa negara itu semalam berkata, mereka percaya ia hanya sebahagian kecil yang dilaporkan. Wang yang lenyap meningkat kepada sembilan peratus daripada tahun sebelumnya dengan lonjakan dikesan melalui penipuan pembelian di Internet, kata Suruhanjaya Konsumer Australia (ACCC) dalam laporan terbarunya. Penipuan terbesar berlaku apabila orang ramai diminta membayar untuk mendapatkan bahagian dalam sejumlah wang yang diberitahu milik mereka, dengan golongan yang mudah terpedaya menyerahkan lebih $30 juta (RM90.1 juta).
"Laporan kerugian kewangan dibuat kepada ACCC hanya sebahagian kecil kerana mangsa penipuan selalunya sangat malu untuk melaporkan mengenai pengalaman mereka," kata Timbalan Pengerusi ACCC, Delia Rickard. "Sindiket penipuan terus mencari kaedah canggih untuk melakukan penipuan, mengambil kesempatan terhadap kaedah komunikasi dan teknologi baru bagi mencuba dan mengelak daripada dikesan.
|
| 3 penyerang pelajar China ditahan Posted: 17 Jun 2013 09:09 AM PDT Bordeaux (Perancis): Tiga belia didakwa dan ditahan ekoran serangan perkauman terhadap enam pelajar China di daerah pembuat wain di Bordeaux, Perancis yang dikutuk Paris dan Beijing, kata pihak berkuasa semalam. Belia berusia 19 hingga 21 tahun itu didakwa malam semalam melakukan keganasan berat menggunakan senjata, selain turut mabuk, kata pejabat pendakwa raya di Bordeaux.
Kedutaan China di Paris turut mengecam keras serangan itu dan menggesa pihak berkuasa Perancis memastikan keselamatan rakyatnya. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/17 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment