Harian Metro: Global |
- Perkahwinan bersenjata
- Daging kering kuda laut, buaya dirampas
- 2 bayi dijual di laman web
- Cubaan seludup sumbu badak
- Kepala terdampar
- Thailand tahan lelaki dikehendaki FBI
- Skandal seks lagi
| Posted: 07 Jan 2013 12:51 PM PST Washington: Pasangan di Amerika Syarikat sering memilih untuk meraikan majlis perkahwinan mereka dengan melepaskan tembakan senjata api pilihan masing-masing. Dalam senario yang pelik, mereka juga bergambar dengan senjata api pada hari istimewa itu dengan melangsungkan perkahwinan mereka di kedai senjata api, The Gun Store di Las Vegas.
Penganjur The Gun Store nenegaskan, tidak ada majlis perkahwinan dibatalkan walaupun selepas tragedi itu.
Satu lagi pakej yang diberi nama Mr & Mrs Smith & Wesson, menawarkan lebih banyak pilihan senjata, peluru dan sasaran.
"Senjata bukan semata-mata mengenai marah dan benci. Ia sesuatu yang menyeronokkan dan cara bertenaga untuk kikiskan emosi dan sikap agresif." Sejak Februari tahun lalu, 10 'perkahwinan bersenjata' dilangsungkan setiap bulan.
|
| Daging kering kuda laut, buaya dirampas Posted: 07 Jan 2013 12:33 PM PST Hong Kong: Pihak berkuasa kastam Hong Kong merampas sejumlah besar daging kering haiwan yang semakin pupus, kuda laut dan daging buaya yang diseludup ke bandar raya itu dalam satu kontena makanan eksotik bernilai lebih RM3 juta. Sebanyak 579 kilo daging kering buaya dan 311 kilogram kuda laut kering ditemui tersembunyi dalam lori kontena yang ditanda 'tanduk rusa,' bersama-sama dengan sarang burung, ekor rusa kering dan cicak tokek. Pemandu berusia 52 tahun dari Hong Kong ditangkap selepas pegawai kastam memintas trak itu di Lok Ma Chau, berhampiran sempadan tanah Besar China, Sabtu lalu, menurut kenyataan Jabatan Kastam, semalam.
Kuda laut menjadi rebutan di kebanyakan negara di Asia kerana dipercayai boleh dijadikan ubat dan menguatkan seks. Menurut undang-undang Hong Kong, mereka yang didapati bersalah menyeludup kargo ke bandar raya itu boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun dan denda maksimum RM774,000.
|
| Posted: 07 Jan 2013 12:33 PM PST Jakarta: Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA) mengkritik laman web beli-belah Tokobagus.com kerana memuat turun sebuah iklan memaparkan dua bayi berusia 18 bulan untuk dijual pada harga 10 juta rupiah (RM 3,158) setiap seorang. Iklan bertajuk "Dua bayi mongel" dimuat turun oleh satu akaun milik seorang lelaki bernama Farkhan yang mendakwa menginap di Kalimantan Barat.
"Ini adalah jenayah terhadap kemanusiaan," katanya kepada Jakarta Post.
Jurucakap laman web berkenaan, Ichwan Sitorus memberitahu tempo.com bahawa sistem keselamatan mereka terjejas, mengatakan individu yang memuat turun iklan itu menceroboh masuk ke laman web berkenaan. - Jakarta Post Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/08 |
| Posted: 07 Jan 2013 12:32 PM PST Bangkok: Seorang lelaki Vietnam ditahan bersama sumbu badak bernilai hampir RM2 juta dolar dalam bagasinya di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di sini, kata pihak berkuasa Thai semalam. Enam batang sumbu seberat 10.6 kilogram dan bernilai dalam anggaran 18 juta baht (RM1.79 juta) dipercayai diseludup dari Mozambique, kata pihak berkuasa Perhilitan. Suspek berusia 56 tahun itu ditahan malam kelmarin sebaik tiba di Thailand dengan penerbangan dari Habsyah dan menunggu untuk menaiki penerbangan seterusnya ke Hanoi.
Lelaki terbabit didakwa membawa masuk bahagian haiwan spesies terancam ke dalam negara itu tanpa kebenaran. Jika disabitkan bersalah, dia berdepan hukuman penjara empat tahun dan denda sekurang-kurangnya 40,000 baht (RM3,998). Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/08 |
| Posted: 07 Jan 2013 12:32 PM PST Sydney: Polis semalam menjalankan ujian forensik terhadap apa yang dipercayai kepala manusia. Bahagian mayat manusia itu ditemui dalam beg plastik yang terdampar di sebuah pantai di Perth oleh seorang kanak-kanak perempuan yang bercuti bersama keluarganya di Pulau Rottnest, luar pantai Perth, Australia Barat.
Pihak berkuasa menutup bahagian selatan Pulau Rottnest untuk melakukan siasatan lanjut. Pulau itu kawasan tumpuan popular pelancong yang boleh dijejaki dengan menaiki feri dari Perth.
|
| Thailand tahan lelaki dikehendaki FBI Posted: 07 Jan 2013 12:31 PM PST Bangkok: Polis Thailand menahan seorang warga Algeria yang dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat kerana didakwa meraih puluhan juta dolar menerusi jenayah siber. Hamza Bendelladj, 24, ditahan lewat malam kelmarin ketika cuba transit menerusi Lapangan Terbang Suvarnabhumi dari Malaysia, kata Ketua Polis Imigresen, Phanu Kerdlabpol.
Hamza, lulusan sains komputer di Algeria pada 2008, didakwa menggodam akaun peribadi 217 bank dan syarikat kewangan seluruh dunia dan memperoleh sejumlah besar wang secara haram.
|
| Posted: 07 Jan 2013 12:31 PM PST Singapura: Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dikejutkan dengan satu lagi kes skandal seks atas talian, tiga bulan selepas kes Alvin Tan. Akhbar Sin Chew melaporkan, seorang pelajar universiti itu didakwa memuatnaikkan video 14 minit menunjukkan seorang lelaki onani dan mengukur kemaluannya dengan pembaris.
Menurut akhbar The New Paper, pembaca menelefon akhbar itu untuk memaklumkan mengenai video berkenaan.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment