Harian Metro: Setempat |
- Kokain dalam minyak rambut
- Cekup wanita lagak polis
- Buru suspek samun operator pengeluaran
- Kekasih 12 jam ugut gambar bogel
- Ibu hamil terbabit nahas selamat
| Posted: 08 Jan 2013 02:27 PM PST Kuala Lumpur: Lima warga asing termasuk seorang wanita dipercayai keldai dadah ditahan polis ketika cuba menyeludup syabu dan kokain yang dianggarkan bernilai RM5 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Semua mereka diberkas dalam tiga serbuan berasingan sejak penghujung Disember lalu hingga kelmarin, membabitkan rampasan syabu seberat 33.37 kilogram dan kokain sebanyak 8.4 kilogram.
"Dalam kes pertama jam 2.50 petang, 26 Disember lalu, tiga lelaki warga India yang juga penumpang penerbangan dari Colombo, Sri Lanka ditahan bersama 13 bungkusan disyaki syabu seberat 8.4 kilogram yang disembunyikan dalam bagasi selain dililit pada pinggang dan betis suspek.
NOOR Rashid menunjukkan kotak makanan yang digunakan suspek untuk menyeludup syabu. "Hasil pemeriksaan mendapati semua kotak terbabit berisi 32 bungkusan plastik mengandungi dadah dipercayai syabu seberat 24.97 kilogram," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/09 |
| Posted: 08 Jan 2013 02:26 PM PST Shah Alam: Seorang wanita ditahan selepas menyamar sebagai pegawai berpangkat inspektor dari Bahagian Tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di rumahnya di Setia Alam, di sini, malam kelmarin. Bagaimanapun, polis masih menyiasat tujuan wanita terbabit yang mempunyai pengetahuan mengenai selok-belok bidang kepolisan menyamar pegawai polis dengan mengunjungi beberapa balai polis di daerah ini dan Klang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Zahedi Ayob (gambar) berkata, suspek berasal dari Sabah itu dipercayai sudah lama aktif menyamar pegawai polis berdasarkan hasil risikan pihaknya.
"Polis sudah lama mendapat maklumat kejadian itu, tetapi tidak mempunyai bukti kukuh bagi menahan suspek. Namun semalam (kelmarin) sejurus menerima maklumat, suspek ditahan bagi membantu siasatan.
Zahedi berkata, polis kini melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti sama ada terdapat mana-mana individu termasuk pegawai dan anggotanya yang pernah menjadi mangsa suspek.
|
| Buru suspek samun operator pengeluaran Posted: 08 Jan 2013 02:25 PM PST Shah Alam: Dua lelaki kini diburu polis selepas disyaki menyamun seorang operator pengeluaran warga Bangladesh membabitkan kerugian RM22,000 dalam kejadian akhir November tahun lalu. Mangsa juga menanggung kesakitan apabila menerima 62 jahitan di tangan selepas ditetak dalam kejadian di Bukit Rahman Putra, di sini.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Ishrak Ahmad Nazri di talian 019-6585303 bagi membantu siasatan. Dalam kejadian berasingan, polis memburu Joseph Aaron, 25, yang beralamat di No 91 Jalan PUJ 9/2 Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan kerana dipercayai terbabit kejadian samun sepasang suami isteri yang juga pemilik sebuah kedai runcit di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, di sini, 30 November tahun lalu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/09 |
| Kekasih 12 jam ugut gambar bogel Posted: 08 Jan 2013 02:23 PM PST Kampar: Seorang pemuda diburu kebimbangan dengan tindakan bodohnya yang menyerahkan gambar bogel kepada wanita yang baru dikenali tidak sampai 12 jam, menyebabkannya menjadi mangsa peras ugut selain dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek. Mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong, 20, mendakwa menjadi mangsa wanita itu selepas berkenalan melalui laman sosial.
"Ketika itu kami membuat perjanjian untuk saling bertukar gambar bogel masing-masing hanya sekadar untuk berseronok.
"Walaupun saya merayu kepada wanita berkenaan supaya menyerahkan kembali gambar itu, wanita terbabit memberi pelbagai alasan tidak munasabah," katanya.
Dia mendakwa wanita terbabit turut memaksanya membayar wang RM500 jika tidak mahu gambar bogel itu disebarkan melalui Internet.
|
| Ibu hamil terbabit nahas selamat Posted: 08 Jan 2013 02:22 PM PST Melaka: Seorang ibu hamil yang dipercayai baru pulang menjalani pemeriksaan kandungannya nyaris maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu terbabit dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini, semalam. Difahamkan, dalam kejadian jam 1.10 tengah hari, mangsa berusia lingkungan 30-an yang memandu Toyota Avanza itu dari bandar raya ini menghala ke Ayer Keroh.
"Kejadian berlaku apabila sebuah Perodua Myvi yang datang dari Plaza Tol Ayer Keroh dipercayai membelok ke kanan secara tiba-tiba dan melanggar sebuah lagi kereta jenis sama.
Kata sumber itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali penunggang motosikal patah kaki dan dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk rawatan lanjut. Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/09 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment