Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bayi gergasi pecah rekod

Posted: 30 Jul 2013 09:26 AM PDT

Berlin: Seorang bayi mempunyai berat 6.1 kilogram (kg) dan berukuran 57.4 sentimeter dilahirkan di Jerman pada 26 Julai lalu.

Bayi sebesar itu biasa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, tetapi Jasleen dilahirkan secara normal.

Akhbar Der Spiegel melaporkan Jasleen dilahirkan di Hospital Universiti Leipzig dan ibu bayi itu berdepan masalah diabetes yang tidak dikesan.

Keadaan itu yang berlaku pada minggu ke-24 kehamilan boleh menyebabkan saiz bayi membesar lebih daripada biasa.

Foto

PETUGAS hospital memeriksa Jasleen yang mempunyai berat 6.1 kilogram.


Walaupun kedua-dua ibu dan anak terbabit dalam keadaan baik, Jasleen masih berada di unit rawatan neonatal.


Dia kini secara rasminya menjadi bayi baru lahir terbesar di Jerman memecahkan rekod bayi lelaki bernama Jihad yang dilahirkan di Berlin pada 2011 dengan berat 5.8 kilogram.

Seorang ibu rakyat Britain melahirkan seorang bayi lelaki bernama George dengan berat 6.8kg pada Mac lalu.

George dilahirkan secara semula jadi dan menjadi bayi baru lahir kedua terbesar di Britain.

Yang mengejutkan tiada siapa menyedari ibu George bakal mendapat anak yang besar.

"Dia adalah satu kejutan besar kepada saya.

"Secara jujur, saya tidak ingat langsung. Saya berasa sakit dan kemudian dia keluar. Saya hanya ingat saya meneran dengan kuat," katanya.

Menurut Buku Rekod Guiness, bayi baru lahir paling berat dilahirkan oleh wanita Kanada Anna Bates pada 1879.

Anak lelakinya mempunyai berat 10 kilogram ketika dilahirkan, tetapi meninggal 11 jam kemudian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

Cekup anak jumpa guru

Posted: 30 Jul 2013 09:19 AM PDT

London: Deria rasa seorang ibu mendorong seorang wanita cuba memerangkap dan mengejutkan anak perempuannya yang disyaki bercengkerama dengan pasangan lelaki.

Namun, perangkap itu wanita terbabit lebih terkejut apabila mendapati anak perempuannya membawa masuk seorang guru lelaki.


Media semalam melaporkan wanita terbabit keluar rumah seperti biasa, tetapi pulang jauh lebih awal untuk memerangkap anaknya. Sebaik tiba di rumah, wanita terbabit mencari pelajar lelaki yang disyaki menjadi pasangan anaknya yang baru berusia 16 tahun.

Selepas mencari di merata tempat, wanita itu akhirnya menemui seorang guru matematik bersembunyi di bawah katil remaja terbabit.

Kejadian berlaku pada hari terakhir penggal persekolahan.


Wanita itu kemudian menghubungi polis dan guru lelaki berusia 35 tahun berkenaan ditahan untuk siasatan di Bolton.

Sumber berkata, remaja perempuan dan guru matematik itu pulang ke rumah kerana menyangka tiada sesiapa di kediaman itu.

"Tetapi, ibunya pulang lebih awal daripada dijangka dan mengejutkan mereka.


"Dia masuk ke bilik anak perempuannya dan menemui guru berkenaan bersembunyi di bawah katil. Ia cukup mengejutkannya," katanya.


Sementara itu, guru besar sekolah berkenaan enggan menyatakan sama ada guru terbabit digantung perkhidmatan atau sebaliknya.


Bagaimanapun dia mengesahkan guru terbabit dinilai sebagai "luar biasa" dalam tugasannya di sekola. Pegawai di sekolah itu berkata, sekolah berkenaan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan dilakukan.


Siasatan dilakukan kurang dari sebulan selepas guru matematik Jeremy Forrest, 31, dipenjarakan kerana melarikan diri ke Perancis bersama seorang pelajar berusia 15 tahun. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

PM Britain benar anak akses Facebook

Posted: 30 Jul 2013 09:18 AM PDT

London: Perdana Menteri Britain David Cameron mendedahkan dia akan membenarkan anaknya mempunyai akaun Facebook, tetapi dengan syarat dia dapat memantau akaun mereka.

Cameron berkata, dia bimbang maklumat percutian dimuat naik di laman rangkaian sosial akan menghalang tiga anaknya daripada mendapat pekerjaan yang terjamin pada masa depan.


Dia juga mendedahkan dia sudah berbincang dengan anak perempuannya, Nancy, 9, mengenai tekanan dihadapi kanak-kanak perempuan melalui paparan imej wanita dalam media. Cameron mempelopori pembanterasan kerajaan terhadap laman web beracun yang dikatakannya merosakkan zaman kanak-kanak. Dalam ucapannya minggu lalu, dia mengumumkan bahawa setiap isi rumah yang berhubung dengan Internet akan disekat akses terhadap laman lucah kecuali mereka memintanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

Firma tenaga Thai pandang ringan limpahan minyak

Posted: 30 Jul 2013 09:17 AM PDT

Ko Samet: Aktivis alam sekitar semalam menuduh firma tenaga Thai memandang ringan limpahan minyak dari saluran paip utama yang bocor ketika anggota tentera laut memberi amaran bahawa tumpahan minyak itu mungkin sampai ke tanah besar.

Semakin ramai pelancong beredar ketika pekerja yang memakai sut perlindungan menggunakan hos, baldi dan penyodok membersihkan pasir yang kehitaman dan desiran ombak minyak yang memukul pantai Pulau Ko Samet di Teluk Thailand.


Naib Presiden Eksekutif PTT Global Chemical, Porntep Butniphant berkata, mereka hampir selesai memindahkan minyak itu dari pantai Ao Phrao di pulau berkenaan yang terletak di Taman Negara Khao Laem Ya, di wilayah timur Rayong. "Operasi pembersihan sudah 80 peratus selesai," katanya. Menurut Porntep, mereka menjangkakan keadaan akan pulih sepenuhnya hari ini. Bagaimanapun, kumpulan pemuliharaan alam sekitar Greenpeace memberi amaran bahawa ada banyak kerja yang masih perlu dilakukan. Jurucakapnya, Ply Pirom berkata, tidak benar untuk mendakwa bahawa 80 peratus kerja membersih sudah selesai kerana masih banyak lagi limpahan minyak di teluk terbabit.

"Ia sungguh mengecewakan kerana syarikat dunia itu tidak mempunyai pelan kecemasan untuk menangani isu sedemikian," katanya.


Komander tentera laut Roongsak Sereeswad berkata, terdapat risiko bahawa minyak itu mungkin hanyut sampai ke tanah besar.


"Lapisan nipis minyak mungkin sampai ke tanah besar. "Ia sudah mula mengalir ke sana," katanya.

Menurut Roongsak, masa sehingga seminggu mungkin diperlukan untuk mengawal keadaan itu.


Kerajaan berkata, 600 pekerja termasuk anggota tentera dan kakitangan PTT terbabit dalam operasi pembersihan itu. Sebilangan besar pengunjung memendekkan percutian mereka di Ko Samet, destinasi popular untuk cuti hujung minggu bagi penduduk Bangkok. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

8 maut dalam bencana alam

Posted: 30 Jul 2013 09:16 AM PDT

Jakarta: Sekurang-kurangnya lapan maut dan lima lagi hilang selepas banjir dan tanah runtuh melanda timur Indonesia, kata pihak berkuasa semalam.

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan dengan anggota polis dan tentera menggali sisa runtuhan untuk mencari mangsa yang hilang, kata jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho.


Tragedi itu berlaku selepas hujan lebat malam kelmarin menyebabkan Sungai Moa-Moa yang merentasi bandar Ambon di Kepulauan Maluku melimpah.

"Lapan terbunuh dan lima lagi hilang, manakala 10 yang lain cedera," katanya. Banjir itu menenggelamkan beberapa kediaman yang terletak di tepi sungai dan menyebabkan tanah runtuh di beberapa kawasan di lereng bukit dekat Ambon.


Sembilan kediaman dihanyutkan atau tertimbus dan 30 lagi musnah. Aktivis alam sekitar menyalahkan aktiviti pembalakan secara meluas dan penggondolan hutan mendedahkan risiko banjir. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

'Tolong jangan intip tetamu kami'

Posted: 30 Jul 2013 09:15 AM PDT

Jakarta: Indonesia merayu agar tiada mana-mana pihak menjalankan pengintipan terhadap pemimpin asing apabila mereka berada di negara itu sempena satu persidangan antarabangsa penting tidak lama lagi.

Ketua agensi perisikan Indonesia, Marciano Norman berkata kerajaan perlu memberi jaminan kepada pemimpin asing bahawa kejadian seumpama itu tidak berlaku di situ.


Jurucakap presiden Teuku Faizasyah pula berkata Indonesia tidak pernah mengamalkan sebarang pengintipan terhadap delegasi asing.

"Jika ada kejadian seumpama itu membabitkan negara lain, ia benar-benar tidak beretika.


"Anda menjadi tuan rumah dan sepatutnya tetamu diberi penghormatan," katanya. Dokumen sulit yang bocor oleh Edward Snowden bulan lalu menunjukkan perkhidmatan perisikan Britain menggunakan "kemampuan perisikan terkini" untuk memantau komunikasi pemimpin dunia yang berkunjung pada persidangan G-20 pada 2009. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

3 gerila Bangsamoro maut bertempur dengan tentera

Posted: 30 Jul 2013 09:15 AM PDT

Cotabato: Tiga gerila Islam terbunuh di selatan Filipina semalam dalam pertempuran antara tentera dengan kumpulan itu yang menentang rundingan damai bertujuan untuk mengakhiri konflik berdekad lamanya, kata tentera.

Anggota Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) menembak tangki minyak dan menanam dua bahan letupan di lebuh raya, memaksa tentera menutup laluan berkenaan, kata jurucakap tentera, Kolonel Dickson Hermoso.


Menurut Hermoso unit tentera yang dihantar ke laluan itu bertempur dengan kira-kira 30 anggota BIFF dalam insiden berbalas tembakan pada waktu Subuh, membunuh tiga gerila Islam.

"Ini adalah tindakan terdesak BIFF untuk mendapat perhatian," katanya.


Serangan terhadap tangki minyak itu adalah yang kedua dilakukan BIFF sejak 7 Julai lalu apabila perunding kerajaan mencapai persetujuan perkongsian harta dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

Penjara nafi dera tahanan warga Britain

Posted: 30 Jul 2013 09:13 AM PDT

Denpasar: Warden penjara terkenal Indonesia semalam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas tahanan warga Britain bahawa dia didera di penjara berkenaan yang turut menyaksikan penggunaan dadah secara meluas.

Rachel Dougall memberitahu akhbar Daily Mail minggu ini bahawa dia dibelasah, dibuli dan terpaksa menghadapi serangan seksual dilakukan tahanan wanita lain dan pengawal lelaki di situ. Dakwaannya itu dibuat selepas dia selesai menjalani hukuman 12 bulan penjara selepas disabitkan dengan kesalahan dadah sebelum dihantar pulang ke Britain Mei lalu.


Menurut warden penjara Kerobokan, Bali, Gusti Ngurah Wiratna dakwaan Rachel, 40, tidak benar sama sekali.

"Tuduhannya tidak menepati keadaan di penjara ini.


"Kami menyoal 16 tahanan warga asing dan mereka berkata kenyataan Rachel tidak berasas," katanya.


Dia menganggap tuduhan itu serius dan mencemarkan reputasi penjara terbabit. Rachel yang dipenjarakan kerana tidak melaporkan bahawa teman lelakinya memiliki kokain mendakwa dia dibelasah tahanan lain beberapa kali. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

Mamnoon dilantik Presiden Pakistan

Posted: 30 Jul 2013 09:12 AM PDT

Islamabad: Pakistan semalam memilih ahli perniagaan Mamnoon Hussain sebagai presiden ke-12 negara itu, lapor stesen televisyen tempatan.

Ahli Parlimen dan wakil rakyat peringkat daerah menjalankan undian untuk memilih presiden daripada dua calon yang bertanding.


Mamnoon, 73, adalah sekutu rapat Perdana Menteri Nawaz Sharif dilantik menggantikan Asif Ali Zardari yang akan menamatkan penggal jawatanya September ini. Pembangkang, Parti Rakyat Pakistan yang dipimpin Asif kalah teruk dalam pilihan raya umum negara itu pada Mei lalu dan memulaukan pengundian semalam kerana dipercepatkan berbanding tarikh ada pada 6 Ogos. Tokoh kedua yang mencabar Mamnoon ialah pesara hakim Mahkamah Agung, Wajihuddin Ahmed, yang dicalonkan parti Tehreek-e-Insaf pimpinan atlet kriket Imran Khan.

Kesetiaan Mamnoon kepada Nawaz serta sikapnya yang tidak gemar kepada perhatian dijangka mengukuhkan kedudukan perdana menteri berbanding peranan pernah dimainkan Asif sebelum ini. lama menganggotai Lima Muslim Pakistan - N, Mamnoon pernah berkhidmat sebagai gabenor wilayah Sindh di selatan Pakistan ketika Nawaz menjadi perdana menteri pada 1999. Menjelang pemilihan, Mamnoon berkata, kemenangannya adalah lambang kepada persekutuan Pakistan dan berikrar untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat. Dia mengumpul kekayaan melalui perdagangan tekstil dan pernah menjadi Presiden Dewan Perdagangan Dan Perindustrian Karachi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

Taliban bebaskan 250 banduan

Posted: 30 Jul 2013 09:11 AM PDT

Peshawar: Berpuluh-puluh anggota Taliban yang lengkap bersenjata membebaskan hampir 250 orang tahanan termasuk militan tegar dalam serangan rumit ke atas sebuah penjara malam kelmarin.

Sumber keselamatan berkata, seramai 13 orang terbunuh dalam kejadian di bandar Dera Ismail Khan itu.


Katanya, anggota Taliban turut menggunakan mortar, pelancar grenad dan bom menyasarkan penjara itu dan membebaskan tahanan selepas bertempur kira-kira tiga jam.

"Serangan itu dilakukan penyerang yang mahir menggunakan senjata dan menyamar sebagai anggota polis," katanya. Kata sumber berkenaan, penyerang dapat mengalahkan anggota keselamatan dengan mudah.


Pegawai kanan kerajaan, Mushtaq Jadoon berkata, 248 banduan melarikan diri dan 30 daripada mereka dianggap militan tegar. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

No comments:

Post a Comment