Harian Metro: Arena |
- Raja dalam bahaya?
- Gembira di Catalunya
- Klopp gagal bawa pulang Kagawa
- Eindhoven langkah kanan
- Neymar belum panas
- Ramadan bukan halangan
- Cungkil bakat baru futsal
- Janji Firdaus
- Atlet paralimpik raih insentif setaraf
- Mirnawan puji skuad remaja
| Posted: 31 Jul 2013 10:32 AM PDT Kuala Lumpur: Mungkin sesuatu yang menggemparkan akan berlaku pada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini apabila Timbalan Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi bayangan ada keputusan penting bakal diumumkan berikutan aksi hambar skuad kebangsaan ketika ini. Badan induk bola sepak tanah air perlu tampil dengan pendirian lebih jelas berhubung prestasi semasa Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal selepas sekadar meraih dua kemenangan sepanjang 13 perlawanan persahabatan dan kelayakan Piala Asia 2015 sejak 1 Februari lalu.
Berhubung kekalahan terbaru itu, Tengku Abdullah ketika ditanya pemberita semalam berkata: "Saya tak mahu komen. Tunggu saja kejutan esok (hari ini)." Kenyataan Tengku Abdullah itu menjadikan pertemuan pegawai tertinggi hari ini yang turut membabitkan Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa cukup penting kerana ia mungkin bakal menentukan nasib Rajagobal yang mempunyai kontrak sehingga hujung tahun ini.
TENGKU Abdullah Kerana keputusan buruk serta kerap mengadakan perlawanan dengan pasukan berstatus kelab, kedudukan Malaysia di ranking dunia tidak banyak berubah dan kini menduduki tangga ke-159 dunia.
|
| Posted: 31 Jul 2013 09:57 AM PDT London: Javier Mascherano percaya rakan sepasukannya di Barcelona Cesc Fabregas gembira berada di bandar raya Catalunya itu dan mungkin sukar untuk kembali beraksi di England. Fabregas, bekas pemain tengah Arsenal, dibida sebanyak dua kali oleh Manchester United musim panas ini namun gagal dan ketika pemain berusia 26 tahun itu masih belum menyatakan komitmennya terhadap juara La Liga itu, mesej daripada pengurusan Nou Camp jelas jurulatih baru Gerardo Martino menegaskan pemain itu tidak akan dijual.
"Saya tidak bercakap dengannya, tapi dia gembira.
"Sukar jika anda membesar di sini dan terpaksa meninggalkan Barcelona kerana ia sebuah pasukan besar dan bandar raya besar, yang mana terlalu bagus bagi menjalani kehidupan lagipun keluarganya di sini." Mascherano, pemain tengah bertahan yang biasa bermain di posisi pertahanan tengah bersama Barca, tidak menolak terus kemungkinan Fabregas berpindah ke Old Trafford sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada 2 September ini.
|
| Klopp gagal bawa pulang Kagawa Posted: 31 Jul 2013 09:56 AM PDT Dortmund, Jerman: Jurulatih Borussia Dortmund Juergen Klopp mengesahkan beliau gagal dalam usahanya membawa kembali Shinji Kagawa dari Manchester United. Kagawa meninggalkan Dortmund untuk menyertai United pada musim panas lalu selepas mengharungi dua musim yang cemerlang di Signal Iduna Park.
Kagawa dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Dortmund pada musim panas ini dan Klopp mengakui beliau ada bercakap dengan perancang tengah itu namun dia mahu kekal bersama juara Liga Perdana Inggeris itu.
|
| Posted: 31 Jul 2013 09:56 AM PDT London: Bekas juara Eropah, PSV Eindhoven menewaskan SV Zulte dari Belgium, 2-0 sementara Olympique Lyon menang tipis 1-0 ke atas Grasshoppers pada perlawanan pertama pusingan kelayakan ketiga Liga Juara-Juara awal pagi semalam dalam usaha mereka menempah tiket ke saingan playoff sebelum bersaing di peringkat kumpulan. Naib Juara Belanda itu di depan menerusi rembatan dari jarak 30 meter Memphis Depay sebelum Jurgen Locadia menambah gol kedua pada minit ke-75.
Tandukan pertahanan antarabangsa Serbia itu menewaskan penjaga gol, Roman Burki hasil sepakan percuma Clement Grenier tetapi Grasshoppers di bawah bimbingan Michael Skibbe pasti lebih kecewa apabila dua percubaan pemainnya terkena palang gol.
Penjaga gol Steaua, Ciprian Tatarusanu cemerlang menafikan sepakan penalti Xisco sebelum Iancu meledak dua gol pada minit ke-64 dan 80.
Pemenang pusingan kelayakan akan melangkah ke saingan playoff yang menawarkan tiket ke peringkat kumpulan. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/01 |
| Posted: 31 Jul 2013 09:55 AM PDT Gdansk, Poland: Bintang baru Barcelona, Neymar sekadar menyaksikan kelabnya seri 2-2 bertemu Lechia Gdansk pada perlawanan persahabatan ketika melakukan penampilan pertama sebagai pemain gantian, awal pagi semalam. Tonggak utama kemenangan Brazil pada saingan Piala Konfederasi, Neymar yang menyertai rakan sepasukan Isnin lalu berkunjung ke Poland bersama skuad Barcelona buat kali pertama sejak menyertai kelab itu dari Santos.
Stadium senyap seminit sebelum sepak mula di Gdansk selepas Barcelona mengumumkan bekas penjaga gol, Antoni Ramallets meninggal dunia pada usia 89 tahun.
|
| Posted: 31 Jul 2013 09:55 AM PDT Melaka: Ramadan tidak menghalang Persatuan Bola Sepak Melaka Baru (MBFA) mengadakan perlawanan persahabatan Bawah 14 Tahun menentang Permata Muda FC dari Selayang, Selangor di Stadium Jasin, baru-baru ini. Keputusan perlawanan menyaksikan MBFA menang 3-2 pada aksi yang memfokuskan pencarian bakat baru daripada kalangan remaja.
Katanya, kalah dan menang adat pertandingan dengan motif utama mempertingkatkan kemahiran masing-masing selain pentas menyediakan barisan pelapis masa depan buat negeri dan negara.
"Ini satu pendekatan baik kerana kelebihan teknologi dalam kaedah pembelajaran berkesan akan menghasilkan pemain berkualiti dan berminda juara," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/01 |
| Posted: 31 Jul 2013 09:55 AM PDT Baling: Pasukan Pergerakan Pemuda Umno Kampung Bukit Terbak, Kupang muncul juara pertandingan futsal merebut Piala Ketua Pemuda Umno Baling Mohd Khairul Azhar Abdullah di Gelanggang Futsal Dewan Tun Abdul Razak, baru-baru ini. Pengerusi pertandingan Mohamad Nor Mohamad Amin berkata, 128 pasukan pergerakan pemuda menyertai pertandingan itu.
"Bakat mereka perlu diketengahkan demi memajukan sukan futsal baik di peringkat negeri dan negara," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Aminuddin Omar turut hadir menyaksikan perlawanan akhir itu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/01 |
| Posted: 31 Jul 2013 09:54 AM PDT Kuala Lumpur: Hadir ke Kejohanan Remaja Dunia selaku pemenang tiga pingat emas Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) belum menjanjikan pingat buat pelumba pecut muda negara, Muhammad Firdaus Mohd Zonis (gambar) yang tampil buat kali pertama di Kejohanan Trek Remaja Dunia di 2013 di Glasgow, 7 hingga 11 Ogos ini. Pelumba kelahiran Selangor itu belum dapat membayangkan cabaran diberikan pelumba Eropah pada kejohanan berkenaan namun berjanji memerah kudrat sedaya upaya demi menjulang nama negara. Pencapaian tiga emas di ACC lalu menyamai rekod dilakar Azizulhasni Awang pada peringkat remaja sebelum ini.
"Namun saya bersemangat menghadiahkan pingat buat negara dan sekiranya gagal tahun ini, saya harap memperbaikinya tahun depan di kejohanan sama," katanya. Turun beraksi dalam acara 1 kilometer ujian masa, pecut individu dan berpasukan selain keirin, Firdaus yang dikenali dengan panggilan Toi dalam kalangan rakan-rakannya mengaku kini masih lagi gagal mengawal perasaan gementar.
|
| Atlet paralimpik raih insentif setaraf Posted: 31 Jul 2013 09:54 AM PDT Putrajaya: Mimpi menjadi kenyataan buat atlet paralimpik negara apabila mereka kini berpeluang menikmati insentif lumayan sama rata seperti diraih atlet normal lain sekiranya memenangi pingat kejohanan bertaraf antarabangsa. Lebih manis, berita gembira itu diumum Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika merasmikan Temasya Sukan Para Remaja Asia Malaysia 2013 (AYPG 2013) di Ruang Legar Kementerian di sini, termasuk di depan pengurusan tertinggi dan ahli lembaga pengarah Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
Khairy berkata, beliau terdorong mengumumkan berita gembira itu kerana atlet paralimpik negara tiada beza dengan atlet normal kerana mereka turut menyarung jersi kebangsaan dan turut bertanding di kejohanan antarabangsa.
|
| Posted: 31 Jul 2013 09:50 AM PDT Kuala Lumpur: Skuad hoki remaja negara tewas kali ketiga berturut-turut selepas tewas 2-4 kepada juara Eropah, Belgium pada perlawanan persahabatan terakhir, kelmarin. Skuad negara sebelum ini tewas 2-3 dan 0-7 kepada lawan sama.
"Secara keseluruhan perlawanan persahabatan ini memberi banyak manfaat kepada pasukan dan dapat mengkaji kekuatan Belgium.
Gol Malaysia dijaringkan Rashid Baharom pada minit ke-23 menerusi pukulan sudut penalti sebelum Nor Aqmal menambah gol kedua, juga menerusi gerakan sama pada minit ke-28.
Lawan menambah gol ketiga pada minit ke-46 menerusi pukulan sudut penalti sebelum melengkapkan kemenangan dengan gol keempat hasil jaringan padang minit ke-59.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment