Harian Metro: Setempat |
- Tangisan terima sumbangan
- Cepat dakwa tak puasa
- Maut hantar sarapan anak
- Suami cemburu 'gila'
- Kekal perpaduan ummah
| Posted: 09 Jul 2013 11:01 AM PDT Shah Alam: Hanya air mata kesyukuran yang mampu menggambarkan kegembiraan seorang lelaki warga emas ketika menerima sumbangan kali pertama dalam hidupnya. Kegembiraan itu jelas terpancar di wajah Mahamad Shakar Omar, 71, pada mulanya enggan menerima bantuan itu kerana menyifatkan terdapat penerima lain yang lebih layak dan daif berbandingnya yang masih sempurna daripada segi mental dan fizikal.
"Alhamdulillah saya bersyukur dengan bantuan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Saya sangat terharu kerana masih ada yang sudi memberi sumbangan.
MAHAMAD Shakar menitiskan air mata sambil diperhatikan Mohd Jaafar selepas menerima sumbangan daripada MBSA, semalam. |
| Posted: 09 Jul 2013 10:58 AM PDT Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mempercepatkan pendakwaan terhadap individu Islam yang ditangkap kerana ponteng puasa sepanjang Ramadan ini. Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya percaya langkah itu tindakan proaktif bagi menangani golongan yang tidak mahu menghormati ibadat itu. "Kami tidak mahu ada penangguhan dalam kes seumpama ini. Tidak perlu tunggu dua atau tiga bulan, dua minggu kami sudah boleh hadapkan individu terbabit di mahkamah," katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, mereka yang didapati tidak berpuasa boleh didakwa mengikut Seksyen 15 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM6,000 atau kedua-duanya. "Waspada dengan skuad peronda JAWI! Amaran mungkin boleh diberikan, tetapi rata-rata masyarakat sepatutnya sudah mengetahui undang-undang yang sudah berkuat kuasa lebih 15 tahun ini. "Tiada guna Parlimen meluluskan undang-undang ini jika ia tidak dihormati," katanya. Sehubungan itu, Che Mat menasihati tiga golongan yang diharuskan untuk tidak berpuasa iaitu uzur syarie seperti perempuan, uzur kerana sakit dan bermusafir untuk tidak makan di tempat terbuka.
|
| Posted: 09 Jul 2013 10:32 AM PDT Sabak Bernam: "Biasanya arwah suami pergi ke kebun bersama saya. Namun pagi semalam (kelmarin), dia bersendirian untuk menghantar sarapan kepada anak lelaki kami yang menunggu peraih membeli kelapa sawit di kebun. "Saya tak fikir itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga. Saya hanya mengetahui arwah terbabit kemalangan selepas anggota polis datang ke rumah memaklumkan kejadian itu," kata Kamaliah Ramli, 67, isteri Zaini Taman, 67, yang maut selepas dirempuh kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an, kelmarin.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan beberapa bahagian badan. Jenazah Allahyarham Zaini dituntut keluarganya selepas bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit 1, Sungai Besar, hari sama.
|
| Posted: 09 Jul 2013 10:29 AM PDT Bau: Berpunca daripada perasaan cemburu, seorang lelaki bertindak gila apabila menyimbah cuka getah ke muka dan badan isterinya sebelum cuba mengambil nyawa sendiri dengan minum racun, mengelar tangan serta membakar diri. Bagaimanapun, dalam kejadian itu yang berlaku di Kampung Pejiru, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin, umur pasangan suami isteri itu masih panjang selepas diselamatkan anak lelaki mereka yang berusia 20-an.
Sumber itu berkata, sebaik melihat isterinya menggelupur kesakitan, suspek panik lalu mengambil racun rumpai dan meminumnya selain mencederakan pergelangan tangannya sendiri.
"Anak pasangan itu keluar dari bilik dan nampak ibunya menggelupur kesakitan manakala bapanya meneguk sebotol racun rumpai cuba membunuh diri dengan masuk dalam Proton Saga miliknya dan membakar kenderaan itu.
Sumber itu berkata, pasangan berkenaan dihantar ke Hospital Bau jam 1 pagi semalam sebelum dirujuk ke HUS untuk rawatan selanjutnya.
|
| Posted: 09 Jul 2013 10:28 AM PDT Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak seluruh umat Islam supaya mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan ummah supaya Islam sentiasa disanjung tinggi dan dipandang mulia oleh umat manusia. Muhyiddin berkata, simbol perpaduan ummah sejagat itu lebih terserlah apabila umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira batas sempadan bangsa dan negara, bahasa dan budaya sama-sama menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan menjalani ibadah puasa dan mendekatkan diri kepada Allah.
"Mudah-mudahan, ibadah puasa yang kita jalani sepanjang bulan Ramadan ini menjadikan kita insan yang sabar menempuh ujian dan dugaan yang mendatang," katanya dalam perutusan sempena bulan Ramadan, di sini, semalam.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment