Harian Metro: Global |
- Pakai topi koboi untuk elak dikesan
- Wanita koma disangka mati
- Rapper Brazil mati ditembak
- Tak mungkin ada rampasan kuasa
- Polis kawal 4 masjid Qadiani sepanjang Ramadan
- Pelayan dituduh perkosa pelancong remaja Norway
- Anggota RKK ditahan
- Kawal jemaah Masjidil Haram
- Keluarga tuntut RM42j kerana anak disuntik darah tercemar
- Makkah kembali sesak dengan pengemis
| Pakai topi koboi untuk elak dikesan Posted: 09 Jul 2013 09:55 AM PDT Islamabad: Laporan sulit Pakistan semalam bocor di Internet ekoran beberapa siri pendedahan mengejutkan mengenai kehidupan dan kematian pengasas al-Qaeda Osama bin Laden. Osama dikatakan menyamar dengan memakai topi koboi ketika bersembunyi di Pakistan. Osama mengenakan topi gaya John Wayne bagi mengelak daripada dikesan radar Amerika Syarikat (AS) ketika bersiar-siar di luar tempat persembunyiannya. Lelaki paling dikehendaki di dunia itu percaya topi besar itu akan melindunginya daripada pesawat pengintip AS yang cuba menjejakinya dari udara. OSAMA dengan topi koboi mengikut lakaran pelukis.
Penyiasat berkata, lokasi persembunyian itu dibeli oleh konco Osama dengan i menggunakan kad pengenalan palsu. Osama berada di situ selama enam tahun mulai 2005 hingga dia ditembak mati dua tahun lalu. Isterinya memberitahu suruhanjaya rasmi Pakistan yang menyiasat kematian nya bahawa Osama juga pernah mencukur janggutnya dan berjaya mengelak daripada ditangkap sekurang-kurangnya sekali ketika kereta dinaikinya ditahan kerana dipandu laju. Ia berlaku antara 2002 dan 2003 ketika dia dan keluarganya bersembunyi di daerah Swat Pakistan dekat sempadan Afghanistan. Isterinya berkata kenderaan mereka ditahan ketika menuju ke bazar berdekatan. Anak perempuannya, Sumaya memberitahu penyiasat, meskipun bapanya cedera di kepala, Osama masih boleh dicam dengan jelas. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/10 |
| Posted: 09 Jul 2013 09:49 AM PDT New York: Kumpulan doktor di Hospital St Joseph di tengah New York dalam proses memulakan pembedahan untuk mengambil organ seorang wanita yang 'meninggal dunia' apabila wanita itu tiba-tiba membuka matanya. Wanita itu sebenarnya masih hidup. Kesilapan besar itu kini menyebabkan hospital terbabit didenda sebanyak AS$6,000 (RM21,000) selepas inkuiri persekutuan,, selain satu lagi denda berjumlah $16,000 (RM56,000) selepas seorang lagi pesakit jatuh dan mengalami kecederaan di kepala ketika dia ditinggalkan tanpa ditemani pada 2011, menurut laporan akhbar Syracuse Post-Standard, semalam. Colleen S Burns dari Syracuse Utara, New York, 41, dimasukkan ke hospital itu pada Oktober 2009 selepas koma akibat mengambil ubat secara berlebihan.
Mereka juga tidak melakukan ujian mencukupi bagi memastikan dia masih hidup, termasuk menjalankan imbasan otak dengan sempurna. Disebabkan kegagalan mereka berbuat demikian, doktor percaya otak Colleen sudah tidak berfungsi dan mengisytiharkannya mati. Hakikatnya pengambilan ubat secara berlebihan itu hanya menyebabkan dia koma. Selepas mendapat pengesahan doktor bahawa Colleen sudah mati, keluarganya bersetuju organnya diambil untuk didermakan. Sehari sebelum pembedahan, seorang jururawat menjalankan ujian dan mendapati Colleen masih memberi reaksi. Jururawat itu menggosok jarinya pada tapak kaki Colleen dan ibu jarinya bergerak ke bawah, tanda dia masih hidup. Ketika ditolak ke bilik bedah, lubang hidung Colleen bergerak, tanda dia cuba bernafas. Bibir dan lidahnya juga bergerak. Tetapi doktor tidak mempedulikan pemerhatian jururawat itu dan mengambil keputusan untuk meneruskan pembedahan. Bagaimanapun, pembedahan itu dibatalkan apabila Colleen tiba-tiba membuka matanya sejurus sebelum doktor membedahnya. Colleen mahupun keluarganya tidak menyaman hospital berkenaan. Bagaimanapun, enam belas bulan kemudian Colleen mati kerana membunuh diri. Ibunya, Lucille Kuss berkata, anaknya tidak kecewa dengan kesilapan pihak hospital. "Dia menghadapi tekanan lain dan kejadian itu tidak mengubah hidupnya," kata Lucille. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/10 |
| Posted: 09 Jul 2013 09:46 AM PDT Brasilia: Rapper Brazil Daniel Pellegrine yang dikenali sebagai MC Daleste maut selepas ditembak di perut malam Ahad lalu ketika membuat persembahan di bandar Campinas. Pellegrine sedang menyanyi apabila peluru menembusi bahagian perutnya menyebabkan penghibur berusia 20 tahun itu rebah dalam keadaan terduduk sebelum beberapa pembantunya bergegas ke pentas untuk membantunya. Insiden itu dirakam di video dan dimuat naik di YouTube serta ditonton hampir empat juta orang.
|
| Tak mungkin ada rampasan kuasa Posted: 09 Jul 2013 09:45 AM PDT Bangkok: Rakaman klip audio yang dikatakan mengandungi perbualan antara bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra dengan Timbalan Menteri Pertahanan Yutthasak Sasiprapa tidak mungkin membawa kepada rampasan kuasa tentera, kata Perdana Menteri Yingluck Shinawatra. "Kita perlu melihat apa yang berlaku di negara lain. Saya percaya tiada siapa mahu memusnahkan negaranya sendiri," katanya.
Perbualan itu berkisar mengenai rancangan untuk melaksanakan undang-undang pengampunan bagi membolehkan Thaksin yang digulingkan oleh tentera beberapa tahun lalu, pulang.
Mengenai ramalan Menteri Buruh Chalerm Yubamrung bahawa situasi politik akan menjadi lebih ganas berikutan klip audio itu, Yingluck berkata ia tidak mungkin berlaku. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/10 |
| Polis kawal 4 masjid Qadiani sepanjang Ramadan Posted: 09 Jul 2013 09:44 AM PDT Bandung: Polis Bandung mempersiapkan anggotanya untuk mengawal empat masjid Qadiani di bandar raya itu sepanjang bulan Ramadan. "Kami tidak mahu sebarang keganasan berlaku lagi," kata Timbalan Ketua Polis Bandung, Adjutan Komisioner Kanan Awal Chairuddin semalam. Terdapat 9,000 pengikut Qadiani di Bandung dan empat masjid mereka terletak di daerah Astana Anyar dan Cibeunying. Awal berkata, pihaknya akan mengadakan kawalan terbuka dan tertutup di masjid itu, selain menempatkan anggota di situ dan rondaan di sekitar masjid berkenaan. Jemaah Qadiani di masjid An Nasir di Astana Manyar gagal menunaikan solat Aidilfitri tahun lalu kerana imamnya dibawa ke balai polis. Awal berkata, kawalan keselamatan adalah langkah rutin melindungi orang awam.
Polis turut mendekati kumpulan lain yang sering menyerang pengikut Qadiani.
|
| Pelayan dituduh perkosa pelancong remaja Norway Posted: 09 Jul 2013 09:43 AM PDT Manila: Polis Filipina semalam berkata, mereka akan mendakwa seorang pelayan berusia 22 tahun atas tuduhan memperkosa pelancong remaja Norway berusia 15 tahun di pantai peranginan tempat suspek bekerja. Suspek dikatakan memulakan perbualan dengan remaja itu lewat Jumaat lalu ketika mangsa bersendirian di kolam renang di pusat peranginan di wilayah Ilocos Norte, utara Filipina, kata Ketua Polis bandar Currimao Inspektor Kanan Ryan Retutar. Katanya, suspek kemudian menarik remaja terbabit dan membawanya ke kafeteria sebelum merogol mangsa. Mangsa melaporkan kejadian itu kepada ibu bapanya. Mereka menghubungi polis keesokan hari bersama kakitangan pusat peranginan itu yang menyerahkan suspek kepada pihak berkuasa.
Menurutnya, remaja terbabit menangis ketika menceritakan kejadian itu menerusi jurubahasa. Keluarga mangsa tiba di pusat peranginan berkenaan, kira-kira 380 kilometer ke utara Manila pada 29 Jun lalu dan bercadang menginap di sana hingga 17 Julai. |
| Posted: 09 Jul 2013 09:42 AM PDT Bangkok: Seorang anggota kumpulan pemisah Ronda Kumpulan Kecil (RKK) ditahan ketika serbuan di kediaman seorang guru agama di daerah Rueso, Narathiwat minggu lalu. Serbuan yang bermula jam 4 pagi itu dilaksanakan mengikut undang-undang tentera oleh 60 anggota polis dan tentera di rumah Sulaiman Chete, 35. Ketika serbuan, pihak berkuasa menemui suspek \ Dulnia Waehami, 30, yang dikehendaki kerana melakukan perhimpunan haram, cubaan membunuh dan memiliki bahan letupan. Pihak berkuasa turut merampas kira-kira 30 peralatan dari kediaman itu termasuk pistol 11mm dengan 65 peluru, lima telefon bimbit dan bekalan ubat-ubatan. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/10 |
| Posted: 09 Jul 2013 09:41 AM PDT Makkah: Pasukan keselamatan mengambil langkah tambahan bagi mengawal orang ramai dan mengelak berlakunya rempuhan di dalam Masjidil Haram sepanjang bulan puasa. Komander pasukan khas untuk keselamatan umrah, Mejar Jeneral Saad Al-Khelaiwi turut menasihati golongan kurang upaya terutama mereka yang berkerusi roda mengelak berkunjung ke Masjidil Haram pada waktu puncak.
Saad berkata, langkah keselamatan itu dilaksanakan ekoran kekurangan ruang di kawasan tawaf kerana kerja peluasan yang mengurangkan kapasiti jemaah daripada 48,000 kepada 22,000 sejam.
|
| Keluarga tuntut RM42j kerana anak disuntik darah tercemar Posted: 09 Jul 2013 09:41 AM PDT Riyadh: Keluarga kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang diberikan darah yang tercemar secara tidak sengaja di sebuah hospital tempatan menuntut ganti rugi sebanyak SR50 juta (RM42 juta). Tuntutan itu dibuat walaupun doktor mengesahkan dia tidak dijangkiti HIV.
"Keluarga mangsa menuntut RM42 juta. Jumlah itu jauh lebih kecil berbanding 160 juta euro (RM656 juta) yang biasa diberikan dalam kes seumpananya di negara lain," kata peguam keluarga itu, Ibrahim Hikmi.
|
| Makkah kembali sesak dengan pengemis Posted: 09 Jul 2013 09:40 AM PDT Makkah: Ramadan adalah bulan paling menguntungkan buat pengemis kerana sikap pemurah dan juga keinginan orang ramai untuk mendapat pahala sepanjang bulan puasa. Seperti selalunya, Jalan raya di sekitar bandar suci ini sekali lagi akan menjadi tumpuan pengemis sepanjang bulan penuh berkat ini. Dan seperti tahun-tahun sebelumnya juga, pengemis, baik dari luar negara, khususnya Afrika, mahupun tempatan, pasti muncul dengan teknik terbaru untuk meraih simpati penduduk tempatan dan juga jemaah umrah dari seluruh dunia. Sebelum ini, mereka melakukan pelbagai taktik termasuk menyerahkan dokumen perubatan palsu, berpura-pura cacat dan sakit tenat untuk mendapatkan wang. Orang ramai yang berebut-rebut untuk membuat kebajikan sepanjang bulan penuh rahmat ini menjadi mangsa penipuan pengemis itu. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/10 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment