Harian Metro: Global |
- Bayi paling terkenal di dunia
- Bieber mahu berkeluarga pada usia muda
- Tak mungkin dipisahkan
- Yingluck lantik diri jadi Menteri Pertahanan
- Polis tingkat usaha cari 250 dinamit
- 'Revolusi' kedua rakyat Mesir
- Tentera Bashar terus bedil Homs
- Lori minyak meletup, 29 terbunuh
- Israel musnah peluang damai
- Saudi mula puasa 10 Julai
| Posted: 30 Jun 2013 09:21 AM PDT London: Anak patung kangaru di Australia, mandian bayi di Amerika Syarikat, Air Terjun Niagara akan diwarnakan merah jambu atau biru. Semuanya gara-gara kehamilan Kate Middleton. Akhbar Washington Post mengisytiharkannya sebagai "bayi paling terkenal di dunia." Apabila Kate - yang kini dikenali dengan gelaran Duchess of Cambridge - melahirkan anak pertamanyanya di Hospital Lindo Wing Of St Mary di Paddington tidak lama lagi, ia akan menjadi perhatian jutaan orang, termasuk di negara luar Britain. Pewaris takhta pertama yang lahir dalam tempoh 31 tahun, cucu mendiang Puteri Diana itu dipuja seperti selebriti.
Di Britain, kegembiraan itu kekal dalam keadaan sederhana dengan pemerhati menunggu sehingga bayi terbabit lahir sebelum sebarang perayaan dirancang.
ANTARA cenderamata yang dijual sempena bakal kelahiran anak William, Kate. CENDERAMATA yang dijual. Akhbar di Kanada merancang menerbitkan edisi khas sempena kelahiran bayi itu nanti dan dijangka menjadi "berita paling panas dan mendapat perhatian tertinggi pada 2013." Saluran televisyen ABC News pula membuka buku lawatan khas untuk pengunjung laman sesawangnya. Lebih 5,000 orang - termasuk dari Kenya, Indonesia dan Qatar - sudah membuat catatan di situ.
|
| Bieber mahu berkeluarga pada usia muda Posted: 30 Jun 2013 09:15 AM PDT Los Angeles: Penyanyi remaja Justin Bieber mengaku mahu memulakan hidup berkeluarga pada usia muda. Dalam keluaran khas majalah Us, selebriti berusia 19 tahun itu berkata, dia mengimpikan hubungan romantik seperti yang dilalui pasangan nenek dan datuknya. "Hubungan Bruce dan Diane Dale menjadi contoh ikutan saya," katanya. Kata Bieber, pasangan datuk dan neneknya itu saling sayang menyayangi walaupun selepas berumah tangga sekian lama.
Bieber berkata, dia mahu segera berkahwin dan mempunyai anak ketika masih muda.
"Saya masih muda dan sedang cuba menjadi lelaki yang lebih baik setiap hari," katanya. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01 |
| Posted: 30 Jun 2013 09:14 AM PDT Jakarta: Bayi yang dilahirkan dengan dua kepala yang masih menerima rawatan rapi di Hospital Doktor Sardjito, Yogyakarta tidak mungkin dipisahkan. Bagaimanapun, jurucakap hospital berkenaan Trisno Heru Nugroho berkata semalam, bayi yang dilahirkan di Cilacap, Jawa Tengah minggu lalu dan masih belum bernama akan menjalani pemeriksaan organ dalam tubuh oleh beberapa pakar. "Setakat ini, tindak balas kedua-dua kepala bayi itu bagus dan normal walaupun berkongsi satu badan. Insya Allah, keadaannya akan begitu hingga dewasa," kata Trisno. Bayi berkenaan adalah anak yang kedua bagi pasangan Usman, 36, dan Munjiah, 27 yang menetap di Desa Purwosari di daerah Wanareja.
|
| Yingluck lantik diri jadi Menteri Pertahanan Posted: 30 Jun 2013 09:13 AM PDT Bangkok: Perdana Menteri Yingluck Shinawatra semalam menjadi wanita pertama mengetuai Kementerian Pertahan Thai dalam rombakan Kabinet yang memberikan beliau lebih banyak kuasa ke atas pasukan tentera. Selaku menteri pertahanan, Yingluck akan menduduki kerusi majlis pertahanan yang bertanggungjawab melantik pegawai ka nan tentera di negara yang menyaksikan beberapa rampasan kuasa oleh pasukan bersenjata itu, yang terbaru pada 2006, membabitkan penggulingan abangnya, Thaksin Shinawatra.
Bercakap sebelum pengumuman rombakan itu, Yuthasak Sasiprapha, yang dilantik menjadi timbalan menteri pertahanan berka ta, Yingluck tidak akan mencetuskan masalah dengan angkatan tentera.
Sementara itu, bekas timbalan perdana menteri yang juga penyokong setia Thaksin, Chalerm Yubamrung diturunkan jawatan untuk mengetuai Kementerian Buruh. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01 |
| Polis tingkat usaha cari 250 dinamit Posted: 30 Jun 2013 09:12 AM PDT Surabaya: Polis di Jawa Timur meningkatkan gerakan di beberapa daerah untuk mencari 250 dinamit yang dilapor hilang beberapa hari lalu. Gerakan berkenaan turut membabitkan penggunaan anjing polis.
Menurutnya, antara tempat yang menjadi tumpuan gerakan itu yang mungkin dilakukan sehingga Hari Raya Puasa kelak jika usaha mengesan dinamit itu masih gagal ialah kawasan bandar, terminal dan stesen bas.
|
| Posted: 30 Jun 2013 09:11 AM PDT Kaherah: Beribu-ribu penunjuk perasaan menunjukkan kad merah di Dataran Tahrir semalam untuk menuntut peletakan jawatan Presiden Mesir, Mohamed Mursi ketika semangat revolusi 2011 kembali ke kawasan itu. Orang ramai juga menjeritkan slogan sama pernah digunakan untuk menggulingkan Hosni Mubarak sebelum ini, iaitu "rakyat mahu menyingkirkan rejim." Disertai pelbagai peringkat usia, penunjuk perasaan meniup wisel dan vuvuzela sambil melaungkan "Undur, Mursi!" Seorang tukang kayu dari bandar Damietta, Ibrahim Hammouda berkata, perhimpunan semalam adalah revolusi kedua dan dataran itu akan menjadi simbol kepada gerakan berkenaan.
Kali ini, penunjuk perasaan membawa gambar beberapa pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin yang dianggotai Mohamed Mursi.
"Mesir akan dibebaskan sekali lagi dari Dataran Tahrir," katanya. Protes itu bermula beberapa jam sebelum perarakan pada jam 5 petang (11 malam waktu Malaysia) dengan ratusan orang bermalam di dataran berkenaan. Penjaja menjual barangan termasuk bendera, selain menyiarkan lagu patriotik. Di pinggir Dataran Tahrir, anggota keselamatan penunjuk perasaan memakai jaket bertulis "Ikhwan tidak dibenarkan masuk." Sementara itu, di Nasr City ribuan penyokong Mohamed Mursi berkumpul untuk menyatakan sokongan kepadanya. Mereka mendakwa, penyingkiran presiden yang dipilih rakyat adalah satu lagi pengkhianatan terhadap demokrasi yang tidak boleh dibenarkan. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01 |
| Tentera Bashar terus bedil Homs Posted: 30 Jun 2013 09:10 AM PDT Beirut: Tentera Syria semalam meneruskan serangan udara ke atas bandar Homs dalam usaha menawan semula daerah yang dikuasai penentang Presiden Bashar al-Assad. Pemerhati Untuk Hak Asasi Syria berkata, dua wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan terbaru itu sementara puluhan lagi cedera.
|
| Lori minyak meletup, 29 terbunuh Posted: 30 Jun 2013 09:10 AM PDT Kampala: Sebuah kereta merempuh sebuah lori tangki minyak yang menyebabkan letupan dan membunuh sekurang-kurangnya 29 orang. Jurucakap polis Ibn Senkumbi berkata, kebanyakan yang mati dalam kejadian itu ialah pemandu yang cuba mencuri minyak dari lori berkenaan. Saksi berkata, dia melihat 20 mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran. Polis dan anggota keselamatan terpaksa mengusir orang ramai yang cuba memasuki hospital yang sudah sesak denganmangsa kejadian itu.
|
| Posted: 30 Jun 2013 09:09 AM PDT Baitulmaqdis: Israel bersedia meluluskan insentif kepada pembeli hampir 1,000 rumah baru di timur Baitulmaqdis walaupun petempatan haram itu menjadi isu yang menghalang rundingan damai dengan Palestin dilangsungkan. Rancangan itu yang menawarkan diskaun tinggi untuk pembelian 930 rumah baru yang akan dibina di Har Homa akan dibincangkan Jawatankuasa Kewangan Perbandaran Baitulmaqdis hari ini.
Ia muncul ketika Setiausaha Negara AS, John Kerry menamatkan usaha empat hari bagi membawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas ke meja rundingan. Har Homa terletak di selatan Baitulmaqdis Timur dan pembinaan petempatan di situ bakal memberi kesan serius kepada sempadan Tebing Barat. Minggu lalu ketika Kerry tiba Jawatankuasa Perancangan Baitulmaqdis meluluskan 69 unit rumah baru di satu lagi kawasan di Har Homa. Rancangan membina lebih 900 rumah di Har Homa diluluskan pada 2011 dengan tender mengenainya sudah dikeluarkan, manakala syarikat pembinaan sedang menunggu kebenaran memulakan projek.
"Tidak ada alasan untuk menghentikan pembinaan kerana ia kini terbukti tidak akan menyebabkan rundingan dengan Palestin disambung semula," katanya, semalam. Langkah Israel itu bagaimanapun diselar Pihak Berkuasa Palestin.
|
| Posted: 30 Jun 2013 09:08 AM PDT Riyadh: Penduduk Arab Saudi dijangka mula berpuasa 10 Julai depan memandangkan bulan Syaaban akan berlarutan selama 30 hari tahun ini. Pakar astronomi negara itu, Dr Ali Al Shukri berkata bulan Syaaban akan menghilang pada 8 Julai sejurus selepas matahari terbenam dan tidk mungkin ia dilihat di Makkah semula pada hari yang sama.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment