Harian Metro: Arena |
- Piala pulang lewat
- PM ucap tahniah
- 'Kami masih pasukan terbaik'
- Piya 'arkitek' terbaik negara
- Peminat sokong Annuar
- Kaji penjualan tiket sistematik
- Jelajah 1Malaysia 2013: Usaha berbaloi!
- Kekecewaan terubat
- Bowling HM erat silaturahim
- Zaqhwan tebus kecewa
| Posted: 30 Jun 2013 10:18 AM PDT Kota Bharu: Piala FA dijangka tiba di Kota Bharu Rabu ini berikutan skuad Kelantan terpaksa ke Perak terlebih dulu bagi menghadapi perlawanan Liga Super dengan skuad Seladang, malam esok. Pengurus pasukan Kelantan Azman Ibrahim berkata, skuad The Red Warriors (TRW) teruja membawa balik trofi berkenaan namun kerana faktor jadual padat, piala berkenaan terpaksa dibawa pulang sedikit lewat.
"Saya harap seluruh penyokong setia TRW menunggu ketibaan Piala FA dengan sabar dan terus memberi sokongan kepada Kelantan untuk perlawanan malam esok," katanya ketika dihubungi, semalam.
KAPTEN Kelantan, Mohd Badhri Radzi julang piala bersama Tan Sri Annuar Musa. |
| Posted: 30 Jun 2013 10:15 AM PDT Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana sekali lagi menjulang Piala FA. "Tahniah The Red Warriors kerana sekali lagi berjaya membawa pulang Piala FA. Sukan menyatukan rakyat," katanya dalam tweet terbaharu beliau semalam. Kelantan berjaya mempertahankan Piala FA 2013 selepas menundukkan Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin. - BERNAMA |
| Posted: 30 Jun 2013 10:14 AM PDT Bukit Jalil: Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak yakin kejayaan mempertahankan kejuaraan Piala FA buat kali kedua berturut-turut membuktikan mereka masih lagi pasukan yang digeruni selepas gagal dalam kempen Liga Super musim ini. Jelas pengendali dari Croatia itu, kemenangan 1-0 ke atas Johor Darul Takzim (DT) pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin cukup penting untuk memberikan keyakinan kepada pemain-pemain dalam mengharungi baki Liga Super dan sebelum memulakan kempen mengekalkan gelaran Piala Malaysia Ogos depan.
"Keputusan malam ini membuktikan kami memiliki pasukan yang boleh mengalahkan semua pasukan. Ia akan memberikan kami keyakinan dan mendapat penghormatan daripada pasukan lain," tambahnya.
"Kami berdepan kesukaran dalam saingan liga kerana perlu memberikan komitmen dalam Piala AFC. Kadang kala kami tidak dapat membuat persiapan terbaik kerana keletihan. Tapi bagi perlawanan ini (Piala FA) kami mempunyai masa untuk membuat persiapan. Kami tahu jika kami menyerang, kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol," katanya yang menyaksikan jaringan Mohd Nor Farhan Mohammad pada minit ke-15 sudah cukup untuk Kelantan melakar sejarah menjadi pasukan ketiga muncul juara dua tahun berturut-turut Piala FA selepas Kuala Lumpur (1993/94) dan Kedah (2007/08). Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01 |
| Posted: 30 Jun 2013 10:14 AM PDT Kuala Lumpur: Kejayaan membantu Kelantan mempertahankan kejuaraan Piala FA kelmarin pastinya terus mengangkat status kapten Mohd Badhri Radzi sebagai antara pemain tengah terbaik tempatan ketika ini. Biarpun skuad The Red Warriros itu memerlukan jaringan Mohd Nor Farhan Mohammad untuk mencipta kemenangan 1-0 ke atas Johor Darul Takzim (DT) namun tidak dinafikan Badhri lebih berhak dianugerahkan pemain terbaik aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
Malah Badhri turut mencipta gerakan gol Nor Farhan pada minit ke-15 sekali gus menenggelamkan kelibat kapten kebangsaan Safiq Rahim yang kerap menjadi perbandingan dengannya.
Ketika Badhri berjaya meneruskan aksi selama 90 minit pada perlawanan itu, Safiq pula gagal memberikan aksi terbaik apabila dikatakan mengalami kecederaan pada awal permainan dan terpaksa dikeluarkan pada pertengahan babak kedua.
"Saya gembira piala ini kekal di Kota Bharu kerana ia bukan tugas mudah untuk pasukan ini yang dibarisi beberapa pemain baru tahun ini. Tapi semangat untuk memenangi piala ini tetap sama jadi saya berterima kasih dengan segala usaha pemain-pemain.
|
| Posted: 30 Jun 2013 10:11 AM PDT Kota Bharu: Penyokong Kelantan menyambut baik tindakan Tan Sri Annuar Musa menawarkan ganjaran wang tunai kepada sesiapa membuat laporan membuktikan kakitangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terbabit dalam isu ulat tiket. Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan DarulNaim (Kelate.net) Mahizi Mahmood berkata, tawaran berkenaan membuktikan ketelusan KAFA membendung gejala ulat tiket selain berusaha mengembalikan kepercayaan penyokong.
"Bagaimanapun, tindakan tegas daripada Tan Sri (Annuar) amat penting. Kita tidak mahu ia hanya sekadar cadangan untuk menarik perhatian malah kita harap beliau mengambil tindakan selepas menerima laporan dan bukti yang dikemukakan oleh pengadu," katanya semalam.
"Kita perlu akui penyokong mula hilang kepercayaan kepada KAFA namun kita tidak mahu perkara ini berpanjangan. Kita harap KAFA mengambil langkah sewajarnya bagi mengembalikan kepercayaan peminat," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01 |
| Kaji penjualan tiket sistematik Posted: 30 Jun 2013 10:08 AM PDT Johor Bahru: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap Datuk Hamidin Mohd Amin yang baru dilantik sebagai Setiausaha Agung badan induk itu dapat mencari jalan penyelesaian berhubung kaedah penjualan tiket terutama yang membabitkan perlawanan penting. Tengku Abdullah berkata, meskipun secara peribadi kagum dengan sambutan luar biasa penonton, terutama membabitkan final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) kelmarin, beliau juga kurang senang dengan beberapa kes membabitkan penipuan jualan tiket.
Tengku Abdullah yang juga Presiden MHC bagaimanapun tetap bersetuju dengan kaedah penjualan tiket secara pukal yang diberikan kepada persatuan negeri terbabit.
Jelas beliau, pihaknya akan berbincang dengan FAM mengenai usaha membanteras masalah tidak sihat itu yang didapati semakin aktif. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01 |
| Jelajah 1Malaysia 2013: Usaha berbaloi! Posted: 30 Jun 2013 10:06 AM PDT Putrajaya: Pelumba negara Loh Sea Keong dinobatkan sebagai juara keseluruhan edisi ke-48 perlumbaan berbasikal Jelajah 1Malaysia 2013 (J1M 2013). Dalam perlumbaan lima peringkat yang melabuhkan tirainya semalam, pelumba berusia 26 tahun itu berjaya menyarung jersi Kuning selaku juara keseluruhan apabila mengumpul catatan masa 20 jam 11 minit 58 saat.
"Ini suatu pencapaian paling bermakna kepada saya. Saya amat berbangga kerana menjadi pelumba Malaysia yang memenangi jersi Kuning ini. Penat lelah dan usaha keras saya akhirnya berbaloi," katanya.
SEA Keong menjulang basikal sambil meraikan kejayaannya. "Saya rasa saya masih mampu lagi (untuk muncul juara keseluruhan)...itu pun sebelum saya bersara," katanya secara berseloroh.
Perlumbaan peringkat kelima dan terakhir dari Bukit Katil ke Putrajaya dengan jarak 169.8km dimenangi pelumba Azerbaijan, Samir Jabra Yilov dari pasukan Synergy Baku Cycling Project menang dengan catatan masa 4:01.23s.
|
| Posted: 30 Jun 2013 10:04 AM PDT Johor Bahru: Malaysia menebus kekecewaan pada perlawanan pertama bertemu Pakistan kelmarin apabila mencatatkan kemenangan 6-4 ke atas Afrika Selatan pada perlawanan kedua separuh akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, semalam. Penyerang negara Faizal Saari meletakkan skuad negara di depan seawal minit ke-4 selepas menguis cantik gerakan pukulan sudut penalti menewaskan penjaga gol Afrika Selatan Erasmus Pieterse.
Malaysia mengukuhkan kedudukan selepas pemain pertahanan Muhammad Razie Abd Rahim menyempurnakan tolakan pukulan sudut penalti Azlan Misron pada minit ke-15.
FAIZAL (kanan) raikan gol jaringannya. Razie sekali lagi beraksi cemerlang apabila meletakkan skuad negara di depan m-47 sebelum Faizal menghadiahkan gol keempat hasil gerakan solo yang cantik m-54.
Muhammad Marhan Mohd Jalil mengukuhkan kedudukan skuad negara dengan menyumbang gol keenam m-63 hasil jaringan padang sebelum Timothy Drummond menjaringkan gol keempat untuk Afrika. Sementara itu, Argentina membelasah Jepun 7-1 pada saingan Kumpulan A semalam dengan pasukan ranking pertama dunia Jerman menepati ramalan apabila menang 5-0 ke atas Korea Selatan.
|
| Posted: 30 Jun 2013 10:02 AM PDT Petaling Jaya: Kejohanan Bowling Tertutup Harian Metro (HM), 'Jom Hayun 9 Pin Tap' anjuran Kelab Harian Metro (Kelab Met) di Pin Juction, E- Curve, Damansara, malam kelmarin dimeriahkan kira-kira 100 kakitangan akhbar ini dalam usaha merapatkan silaturahim sesama mereka. Program dirancang sejak tiga minggu lalu itu berjaya menemukan kakitangan bagi memeriahkan aktiviti sukan yang pertama kali dianjurkan sejak penubuhan Harian Metro.
Pengurus projek Abie Abdullah berkata, penganjuran itu bertujuan merapatkan silaturahim sesama kakitangan biarpun selama ini mereka sibuk bekerja.
Mustapa berkata, beliau gembira kerana aktiviti berkenaan mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan.
Pertandingan membabitkan tiga pusingan itu menyaksikan kumpulan Empat Mata yang dibarisi Tun Izhar, Noriah Idris dan Meor Ridzuan Meor Ahmad muncul juara manakala tempat kedua diraih kumpulan Tinta Maya dibarisi Mustapa, Yusmizal Dolah Aling dan Siti Salmiah Abdul Hamid. Tempat ketiga diraih kSoseh Soseh yang dibarisi Ahmad Shahrul Nizam Muhammad, Rizanizam Abdul Hamid dan Jaz tina. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01 |
| Posted: 30 Jun 2013 09:33 AM PDT Kuala Lumpur: Selepas kecewa sepanjang empat pusingan lepas, Mohd Zaqhwan Zaidi akhirnya berjaya meraih gelaran juara selepas memenangi perlumbaan kategori CP130 pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Teluk Intan, Perak, semalam. Kemenangan pelumba Givi Honda Yuzy Pachie itu diraih selepas perlumbaan dimulakan semula akibat tumpahan minyak pada minit awal perlumbaan sehingga menyaksikan bendera merah dikibarkan dan perlumbaan terpaksa dihentikan buat seketika.
Dia terpaksa berpuas hati di tempat kedua 16:59.539s dan ketiga pelumba PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM, Mohd Ramdan Mohd Rosli 16:59.698s.
Sementara itu, Mohd Amirul Ariff Musa mengikut jejak rakan sepasukannya, Zaqhwan setelah berjaya meraih gelaran juara dalam saingan CP115, juga kemenangan pertama peribadi dirinya sepanjang musim ini.
Walaupun memberikan cabaran termasuk beberapa percubaan untuk memintas Amirul, Hafiz terpaksa akur kepada pengalaman juara keseluruhan musim 2012 itu dengan catatan 14:55.203s.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment