Harian Metro: Arena |
- Raja kena gantung 6 bulan?
- Dominasi Honda bakal tercabar?
- Futsal KKSP meriah
- Selamat tinggal Liga M
- Sekat serangan Sime Darby: Dollah
- Bojan tak pandang mudah layan Sarawak
- Penyu ada ramuan benam Negeri Sembilan
- Aksi mengaibkan
- Dua gandingan KLRC bakal putih mata
- Percaturan Rashid tidak menjadi
| Posted: Kuala Lumpur: Hukuman berat digantung sehingga enam bulan bakal menanti ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal andai didapati bersalah meskipun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan mendakwa beliau atas kesalahan melanggar peraturan Artikel 88 Statut FAM. FAM semalam membuat keputusan mengeluarkan surat pertuduhan kepada pengendali pasukan negara itu berdasarkan Artikel 18 dan bukannya Artikel 88 yang diputuskan sebelum ini.
Berdasarkan Artikel 88 hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM berhak mengeluarkan kenyataan dan individu lain perlu meminta kebenaran terlebih dulu.
Datuk K Rajagobal Sekiranya gagal dalam perbicaraannya, Rajagobal yang mempunyai kontrak dengan FAM hingga Disember ini boleh digantung enam bulan serta denda RM8,000.
"Rajagobal tidak akan disiasat di bawah Artikel 88, namun sekiranya didapati bersalah, beliau bakal berdepan denda RM8,000 serta penggantungan enam bulan," katanya.
|
| Dominasi Honda bakal tercabar? Posted: Kuala Lumpur: Perlumbaan belum bermula tetapi pengenalan pasukan berstatus 'factory racing' oleh Yamaha perlu diberi perhatian dalam menyaingi dominasi pasukan Honda musim ini. Menjelang perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan, Pulau Pinang, bermula hari ini, pasukan dikenali PETRONAS CKJ Team itu mendapat sokongan penuh Hong Leong Yamaha Malaysia Sdn Bhd. Pasukan yang bekerjasama dengan CKJ Racing berpangkalan di Terengganu akan memberi cabaran dengan mempertaruhkan dua pelumba berpengalaman, Md Zamri Baba dan Md Adli Salihin. Dua pelumba asal pasukan CKJ Racing, Ahmad Afif Amran dan Mohd Shariffudin Shamsuddin pula diletakkan untuk bersaing dalam kategori CP115.
Penyertaan pasukan ini pasti memberi amaran awal juara bertahan, Azlan Shah Kamaruzaman, juara keseluruhan CP130 dan Amirul Ariff Musa, juara CP115 beraksi bersama Givi Honda Yuzy Pachie Racing dalam merencana strategi terbaik setiap pusingan bagi mengekalkan takhta dimenangi tahun lalu.
"Yamaha memiliki banyak rekod kemenangan sepanjang pembabitan Cub Prix sejak 20 tahun lalu tapi kami tidak mahu terus selesa atau bercerita kegemilangan pencapaian pada masa lalu.
Ketika ini, kebanyakan pengeluar di Malaysia menyertai sukan ini melalui penajaan pasukan satelit. Ini adalah kali pertama dalam tempoh 20 tahun Yamaha menubuhkan kem sendiri dalam sukan peringkat nasional ini. Ketika PETRONAS Yamaha CKJ Racing tidak meletakkan sasaran kemenangan, berbeza pula dengan kem Honda.
|
| Posted: Seberang Jaya: Pertandingan Futsal Kelab Kilat Seberang Perai (KKSP) 2013 berlangsung meriah di Safira Sport Planet Seberang Jaya, Pulau Pinang, baru-baru ini. Urusetia pertandingan Zamri Hasan berkata, seramai 220 ahli kelab mengambil bahagian dan mereka dibahagikan kepada beberapa pasukan untuk merebut piala pusingan Yang Dipertua KKSP.
"Sambutan begitu menggalakkan dan peserta bermain penuh semangat, termasuk pemain dari syarikat Rakan Niaga Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan ini," katanya.
Tempat ketiga milik Celtic FC dari Jabatan Perlindungan Negeri yang menewaskan Anzhi Makhachkala FC melalui sepakan penalti 4-3.
Juara menerima wang tunai RM500, medal dan piala pusingan, kedua RM359, ketiga RM259 dan keempat RM150. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06 |
| Posted: Johor Bahru: Bintang import Johor Darul Takzim, Daniel Guiza (atas kanan) dan Simone Del Nero akan membuat penampilan terakhir pada aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Selangor di Stadium Larkin, malam ini. Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ) menerusi kenyataan media sudah mengesahkan kedua-dua pemain itu akan meninggalkan skuad bergelar Harimau Selatan dan tidak akan beraksi pada saingan pusingan kedua Liga Super bermula 12 April ini.
Del Nero yang pernah beraksi untuk Lazio pada saingan Serie A masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan pastinya tidak boleh memberi persembahan terbaik buat skuad Johor Darul Takzim. Memandangkan pendaftaran pemain baru dibuka bermula Isnin ini, pengurusan PBNJ mengambil keputusan melepaskannya dan mencari pengganti berkaliber.
"Saya akan pastikan pengganti Guiza dan Del Nero lebih baik dalam usaha memastikan visi transformasi Johor Darul Takzim tercapai," kata Obet. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06 |
| Sekat serangan Sime Darby: Dollah Posted: Kuantan: Menyedari kekuatan utama Sime Darby FC di barisan serangan, jurulatih Pahang Dollah Salleh mahu pemain pertahanan menyekat asakan lawan apabila kedua-dua pasukan bertemu di di Stadium Darul Makmur, malam ini. Justeru, perlawanan suku akhir pertama Piala FA itu seharusnya dimanfaatkan skuad Tok Gajah jika mahu melangkah lebih jauh kerana Sime Darby FC pasti mahu meneruskan impian ke final buat kali kedua berturut-turut.
Bekas pemain kebangsaan itu berkata, kelebihan beraksi di gelanggang sendiri perlu dimanfaatkan sepenuhnya jika mahu melangkah lebih jauh dalam saingan itu.
|
| Bojan tak pandang mudah layan Sarawak Posted: Kota Bharu: Juara bertahan Piala FA, Kelantan tidak mahu memandang mudah keupayaan Sarawak ketika melayan kunjungan skuad Bujang Senang itu pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini. Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak tidak mahu empat kemenangan berturut-turut dalam perlawanan sebelum ini termasuk kejayaan terbesar dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila membenam SHB Da Nang dari Vietnam 5-0, melalaikan anak buahnya.
"Pemain kini bersemangat selepas layak ke suku akhir Piala FA selain berjaya menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Liga Super.
"Kita perlu menang untuk bekalan selesa sebelum beraksi Sarawak pada 16 April." Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06 |
| Penyu ada ramuan benam Negeri Sembilan Posted: Kuala Terengganu: Selepas selesai sesi latihan terakhir semalam, ketua jurulatih Terengganu E Elavarasan mengaku sudah menemui ramuan mujarab untuk menyaingi Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan pada suku akhir pertama Piala FA, malam ini. Tanpa memperkecilkan kemampuan lawan yang terperosok di tangga terbawah Liga Super, bekas jurulatih Felda United itu sudah menyediakan barisan terbaik dengan kembalinya tiga pemain utama, Ismail Faruqi Ashari, Mohd Zuber Mohd Azmi dan Mohd Khairul Ramadhan Mohd Zauwawi.
Bagaimanapun, Elavarasan tidak mahu pemain terlalu yakin menumbangkan lawan sebaliknya perlu waspada dengan skuad Rusa biarpun hingga kini belum mencatat sebarang kemenangan dalam saingan liga.
|
| Posted: Kuala Lumpur: Frasa 'ranking tidak penting' amat bermakna apabila pasangan ranking ke-20 dunia menewaskan gandingan nombor dua dunia dan itulah yang berlaku kepada beregu lelaki negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang masih diharapkan mencipta keajaiban, ketika beregu utama dunia lain dirombak sejak Olimpik London lalu dan mula menempa kejayaan menjelang Kejohanan Dunia, Ogos ini. Semalam, Kien Keat-Boon Heong yang juga beregu utama negara tumbang kepada pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 18 anak tangga di belakang mereka dengan kekalahan dua set berturut-turut 18-21, 15-21 dalam masa 33 minit pada suku akhir kejohanan badminton GP Emas Australia.
Jurulatih Paulus Firman sekali lagi tidak mengikut anak didiknya ke Sydney, namun ketua jurulatih beregu Tan Kim Her yang berada di sana masih menggunakan alasan sama seperti kekalahan sebelum ini.
Fairuzizuan-Zakry yang berdepan rakan sekelab, Gan Teik Chai-Ong Soon Hock, semalam menang 21-15 pada set pertama sebelum Teik Chai-Soon Hock menarik diri kerana Teik Chai mengalami kecederaan buku lali.
Sementara itu, dua wakil beregu wanita negara di suku akhir semalam turut tersingkir.
|
| Dua gandingan KLRC bakal putih mata Posted: Kuala Lumpur: Dua gandingan profesional Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif dan Gan Teik Chai-Ong Soon Hock tidak dapat mengelak daripada berada di pihak yang 'rugi' kerana tidak lagi bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika mereka berusaha keras memburu mata untuk melayakkan diri secara merit ke Kejohanan Dunia, Ogos ini. Dua gandingan KLRC itu berada di posisi terbaik, bersaing dengan gandingan muda BAM, Goh V Shem-Lim Khim Wah bagi merebut satu lagi slot selepas badan induk badminton negara itu berjanji memberi laluan kepada pasangan yang berada di ranking terbaik, beraksi.
Kedudukan ini sekali gus memberi kelebihan kepada V Shem-Khim Wah untuk meraih sebanyak mungkin mata pada kejohanan terakhir untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia itu.
"Untuk kejohanan ABC ini, enam tempat ditawarkan untuk pemain perseorangan dan tiga beregu dengan kami mempunyai hak memilih pemain. ABC bukan seperti Kejohanan Dunia yang mensyaratkan pemain layak mengikut ranking." Ketika Malaysia menghantar pemain meningkat naik, China pula mengambil pendekatan berbeza dengan menghantar barisan terkuat termasuk Lin Dan.
|
| Percaturan Rashid tidak menjadi Posted: Kuala Lumpur: Biarpun hanya berstatus GP Emas, kejohanan badminton Terbuka Australia yang memasuki pusingan separuh akhir hari ini menyaksikan tinggal dua wakil negara mengibarkan cabaran iaitu Datuk Lee Chong Wei dan gandingan profesional Fairuzizuan Tazari-Zakry Latif. Namun yang pasti, percaturan ketua jurulatih perseorangan Rashid Sidek untuk mengukuhkan nama dua pemain, Liew Daren dan Chong Wei Feng yang dikatakan bakal menggantikan Chong Wei, belum menjadi biarpun sebelum ini, kedua-dua pemain itu dikatakan mempunyai peluang seimbang untuk menang jika berdepan mana-mana pemain dalam kelompok 20 terbaik dunia kecuali Chong Wei dan dua pemain China, Lin Dan serta Chen Long.
"Kebanyakan pemain muda China mengamalkan corak sama seperti Chen Long. Mereka mengutamakan permainan rali dengan hantaran tinggi ke belakang menyebabkan serangan Wei Feng mudah dibalas dengan pukulan pertahanan yang menyerang," kata Rashid.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment