Harian Metro: Global |
- Rumah jadi muzium haiwan
- Bom bawah pikap
- Timbalan Gabenor mati terkena bom
- Gaduh di kem pelarian: 8 mati, 15 cedera
- Tentera Amerika, Filipina mulakan latihan 12 hari
| Posted: Quebec: Seorang pemburu haiwan mengisi rumahnya dengan lebih 300 bangkai haiwan yang dibunuh dan dikumpulnya sejak 40 tahun lalu. Pameran kontroversi itu, termasuk singa, gajah dan zirafah dan kini diubah untuk menjadi muzium bernilai kira-kira RM26.5 juta.
Ahli perniagaan jutawan itu yang digelar 'Dundee Buaya Kanada' berkata, dia bernasib baik kerana mempunyai wang dan sihat untuk menjelajah bagi memenuhi minatnya.
DAOUST membunuh dan mengumpul bangkai haiwan sejak 40 tahun lalu. BELIAU pernah diserang badak sumbu. "Anda perlu tahu bahawa badak air menghabiskan masa mereka dalam air untuk berlindung dari matahari. Sebelah malam mereka keluar untuk makan. Jika anda berada di laluan mereka ketika haiwan itu dalam perjalanan pulang untuk berendam semula pada sebelah pagi, anda akan diserang kerana dianggap menghalang mereka," katanya.
Dia kini merancang lebih banyak ekspedisi, termasuk ke Ghana untuk memburu antelop dan ke Afrika Selatan.
|
| Posted: Phatthalung: Seorang pegawai polis terselamat apabila teman wanitanya menyedari terdapat seutas tali yang diikat pada sebatang pokok dihubungkan pada sebutir bom di bawah trak pikap miliknya. Inspektor unit kawalan jenayah balai polis Khuan Meed, Leftenan Muda Pitak Suwanmalai berkata, dia meletakkan trap pikapnya di kediaman teman wanitanya di daerah Tamod pada malam sebelumnya.
Skuad bom wilayah Phatthalung kemudian bergegas ke kawasan itu untuk melakukan pemeriksaan. Skuad itu mengesahkan terdapat sebutir bom di bawah trak pikap berkenaan sebelum memusnahkan bom berkenaan.
|
| Timbalan Gabenor mati terkena bom Posted: Yala: Timbalan Gabenor Yala, Isra Thongthawat meninggal dunia akibat kecederaan dialami selepas sebutir bom tepi jalan memusnahkan kenderaannya di daerah Bannang Sata, semalam. Seorang pegawai bencana yang bersamanya dalam kereta turut terbunuh dan penumpang ketiga mengalami kecederaan. Serangan itu berlaku kira-kira jam 12.20 tengah hari dekat Ban Kasot.
Lelaki ketiga yang cedera itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan, manakala Isra disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital. - Bangkok Post Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06 |
| Gaduh di kem pelarian: 8 mati, 15 cedera Posted: Jakarta: Pelarian beragama Islam dan Buddha dari Myanmar semalam bertempur di kem pelarian di Indonesia dalam satu rusuhan yang membunuh lapan orang dan mencederakan 15 yang lain, lapor media. Perusuh menggunakan batang kayu, pisau dan batang besi dalam pertempuran dua jam di pusat imigresen di Pulau Sumatera, lapor media sebagai memetik kenyataan polis. Lebih 20 warga Myanmar turut ditahan. Rusuhan itu tercetus selepas satu pertengkaran mengenai keganasan agama baru-baru ini antara penduduk majoriti yang beragama Buddha dan kaum minoriti Muslim Rohingya di Myanmar.
Dianggarkan 800,000 penduduk Rohingya tinggal di Myanmar tetapi secara rasmi bukan rakyat negara itu. Kerajaan Myanmar enggan memberikan taraf kewarganegaraan dan merujuk mereka sebagai imigran haram dari Bangladesh.
|
| Tentera Amerika, Filipina mulakan latihan 12 hari Posted: Manila: Beribu-ribu tentera Amerika Syarikat dan Filipina semalam memulakan latihan ketenteraan tahunan yang dikatakan Filipina adalah penting untuk membina keupayaan pertahanan untuk berdepan ancaman yang kian meningkat dari China. Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario menggunakan pelancaran pergerakan Balikatan 12 hari itu bagi menuduh China menjadikan Asia tidak stabil dengan tindakan agresif dan haram di Laut China Selatan. "Demi tuntutan wilayah dan ketenteraan di rantau ini, ia bukan saja mencetuskan ketidakpastian tetapi mengetepikan undang-undang," kata del Rosario dalam satu ucapan di ibu pejabat tentera negara itu di Manila. "Keamanan dan kestabilan serantau dipertaruhkan," katanya.
Ketegangan kian meningkat sejak beberapa tahun lalu apabila China cuba menonjolkan kekuasaannya di rantau itu. Filipina menuduh China menakluki kawasan beting berdekatan pulau utamanya dan merayu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar menentukan kesahihan tuntutan China di perairan yang kaya dengan sumber semula jadi itu. Dan bulan lalu tentera laut China mula meronda perairan yang menjadi rebutan itu, menghantar kapal ke jarak kira-kira 80 kilometer di perairan pantai Malaysia dan pada satu ketika, melepaskan "tembakan meriam sebagai tanda amaran" ke arah bot rakyat Vietnam. - Philippines Inquirer Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment