Harian Metro: Arena |
- 'Saya terpaksa'
- Penalti berharga!
- Gabungan pensyarah, staf menjadi
- Parit Kassan tiada tandingan
- Buru juara ketiga
- Lumba macam biasa: Chee Kieong
- FAM akur aksi Hari Raya ketiga
- Kata dua buat Butler
- Kontrak dua awang import Pahang tamat
- Avramovic jurulatih Terbaik AFF 2012
| Posted: Johor Bahru: Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil tindakan drastik apabila melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta-merta, malam tadi. Bagaimanapun, menurut kenyataan media yang diedarkan, Tunku Ismail masih membabitkan diri dalam bola sepak di Johor apabila menjadi penaung persatuan itu bagi memastikan segala urusan pentadbiran, terutama aspek kewangan dan kebajikan kakitangan dan pemain PBNJ sentiasa dijaga.
Dalam kenyataan media itu, Tunku Ismail berkata, keputusan meletak jawatan dibuat selepas mendapat persetujuan ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan juga hasil daripada perbincangan dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
Menurutnya, sebagai Penaung PBNJ, ia akan membuka lebih banyak ruang dan peluang serta kelebihan kepadanya untuk mentadbir PBNJ yang turut membabitkan aspek pengurusan kewangan, kebajikan kakitangan dan juga pemain di samping dapat membuat keputusan yang lebih tepat.
|
| Posted: Kota Bharu: Kolej Poly Tech Mara (KPTM) Kota Bharu muncul juara Kejohanan Bolasepak Piala Presiden KPTM yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan, Panji, baru-baru ini. KPTM Kota Bharu dan KPTM Alor Setar seri 0-0 pada perlawanan akhir dan mengheret perlawanan ke masa tambahan. Keputusan 0-0 itu kekal ke akhir perlawanan sebelum mereka menang sepakan penalti 5-4.
Lebih membanggakan, pemain KPTM Kota Bharu Wan Mohd Izham Wan Rosli dinobat Pemain Paling Bernilai (MVP) manakala Arif Johan dari KPTM Bangi muncul Penjaring Terbanyak. Pasukan KPTM Bangi menduduki tempat ketiga keseluruhan selepas menewaskan KPTM Ipoh 3-1.
"Biasanya semua acara berlangsung serentak tapi tahun ini kita buat transformasi apabila mempertandingkan sukan bolasepak terlebih dulu. Tapi ini sebahagian daripada acara SUPTEM yang akan berlangsung tidak lama lagi,.
|
| Gabungan pensyarah, staf menjadi Posted: Muadzam Shah: Pasukan Staf Politeknik Muadzam Shah (Politeknik Muadzam Shah FC), Pahang tidak lagi berasa kerdil selepas giat meningkatkan reputasi untuk muncul antara pasukan bolasepak disegani di negeri Tok Gajah. Sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini, pasukan itu sudah beberapa kali mengadakan perlawanan persahabatan untuk menjadi pasukan digeruni.
Pengurus pasukan Staf Politeknik Muadzam Shah Sulaiman Abdul Kadir yang juga Timbalan Pengarah PMS berkata, mereka ingin menjadi pasukan terkuat daerah Rompin sebelum mencapai hasrat melayakkan diri ke liga lebih tinggi.
"Dalam perlawanan persahabatan terbaru ketika menentang Gabungan Persatuan Belia Daerah Kuantan, meskipun tewas 2-5, keputusan itu tidak menggambarkan kekuatan sebenar kami kerana ramai pemain masih edera," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/04 |
| Posted: Ledang: Pasukan Parit Kassan FC berjaya menumpaskan Universiti Malaysia Pahang (UMP) FC, 5-2 pada perlawanan persahabatan bolasepak sempena Program Kejuruteraan Komuniti Ledang 2013 (KKL2013), baru-baru ini. Perlawanan persahabatan itu anjuran Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (PERKASA) diadakan di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kasan, Bukit Gambir.
Katanya, selain memupuk semangat bersukan ia turut menjalin hubungan persahabatan kedua-dua pihak.
Khairull Azman berkata, selain perlawanan persahabatan bolasepak, pelajar UMP turut mengadakan program sukaneka bersama murid SK Parit Kasan.
|
| Posted: Kuala Lumpur: "Saya harap pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing akan meneruskan rentak cemerlang bergelar juara sekali gus mencatat hatrik musim ini," kata Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar. Kata-kata perangsang itu ditujukan buat pasukan berkenaan yang akan kembali bersaing pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 di Batu Kawan, hujung minggu ini.
"Kami (Harian Metro) akan terus memberi sokongan kepada pasukan ini dan andai berjaya menjejak kaki ke Kejuaraan Dunia atau MotoGP, kami tetap akan memberi sokongan. Saya harap pasukan kendalian Soong Chee Kieong ini akan terus cemerlang dan kekal nombor satu perlumbaan terbesar negara yang memasuki penganjuran ke-20 tahun ini," katanya.
"Saya rasa bertuah kerana antara yang dipilih sebagai pemenang," katanya. Hadir sama pada majlis itu Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro Abdul Ghafar Ismail, Pengarang Meja Sukan Harian Metro Mohd Radzi Wahab dan Pengarah Promosi Safe Aim Mutual (AIM) Ron Hogg. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/04 |
| Lumba macam biasa: Chee Kieong Posted: Kuala Lumpur: Berlumba seperti biasa kerana hanya pelumba terbaik akan menang. Begitulah pandangan Soong Chee Kieong menjelang perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 di Batu Kawan, Pulau Pinang, hujung minggu ini. Pengurus pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu berkata, empat pelumba kategori CP130 kendaliannya berada pada tahap terbaik untuk mengekalkan pecutan bertenaga dipamer tahun lalu.
"Bagi saya, jentera pantas bukan jaminan kejayaan. Paling penting, pelumba serta jentera perlu seimbang dan sedikit nasib akan memberi perbezaan. "Empat pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing memiliki sikap dan karakter tersendiri. Mereka rajin, bekerja keras dan mementingkan semangat harmoni berpasukan. Barisan mekanik saya juga tidak cepat berpuas hati dan sentiasa mahu maju.
|
| FAM akur aksi Hari Raya ketiga Posted: Kuala Lumpur: Kelab gergasi Sepanyol Barcelona bakal berkunjung ke negara ini buat kali pertama selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akur dengan tarikh asal 10 Ogos untuk menentang Harimau Malaya biarpun berlangsung ketika umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri. Biarpun FAM sebelum ini menyuarakan rasa kurang senang dengan tarikh itu yang jatuh pada Hari Raya ketiga, namun badan induk bola sepak tanah air itu menganggap mereka tidak boleh melepaskan peluang keemasan buat pasukan negara menguji kehebatan juara Eropah empat kali itu yang memiliki ramai pemain bintang termasuk pemain terbaik dunia Lionel Messi.
"Keputusan sudah dicapai kedua-dua pihak mengenai perlawanan persahabatan Jelajah Asia Barcelona. FAM ingin memaklumkan tiada sebarang perubahan tarikh perlawanan, ia tetap akan diadakan pada 10 Ogos.
Malah berita mengenai kunjungan anak buah Tito Vilanova ke Malaysia terlebih dulu disiarkan di laman web rasmi kelab Catalan itu sedangkan FAM langsung tidak tahu menahu mengenainya.
Kehadiran Barcelona ini menjadikan dua perlawanan besar menanti skuad kendalian Datuk K Rajagobal yang sebelum itu bermain menentang kelab gergasi Inggeris Chelsea pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, 21 Julai ini.
|
| Posted: Kuala Terengganu: Rehat atau dibuang terus. Itulah kata dua diberikan kepada jurulatih Peter Butler (gambar kiri) kerana gagal meneraju T-Team yang kini menduduki tangga kedua tercorot selepas mengharungi 11 perlawanan pusingan pertama Liga Super. Desakan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT) itu dibuat bagi memastikan T-Team tidak terus menjadi pasukan belasahan sebaik pusingan kedua bermula 13 April ini.
"Kita sudah ada jurulatih yang juga Pengarah Teknikal Akademi Young Titans Eduardo Almeida, apa salahnya jika khidmat Butler itu diberikan kepada Almeida yang pernah membimbing beberapa pasukan ternama selain melahirkan ramai pemain profesional seperti Nani dari Manchester United dan Manuel Fernandes dengan kelab Turki, Besiktas.
Katanya, desakan itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah T-Team Datuk Mazlan Ngah yang akan berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Ab Rasid Jusoh.
Mohd Sekanther berkata, T-Team turut menilai prestasi dua awang import baru.
|
| Kontrak dua awang import Pahang tamat Posted: Kuantan: Kontrak dua pemain import Pahang Mohamed Borji dari Maghribi dan Nikolche Klechkaroski dari Macedonia ditamatkan, kelmarin. Tindakan itu dilaksana berdasarkan laporan prestasi yang tidak memuaskan dan kegagalan membantu skuad Tok Gajah.
Menurutnya, bagi mengisi kekosongan itu, PBNP akan mengikat dua pemain dari Jamaica bagi memantapkan jentera pertahanan pasukan.
Justeru, kehadiran pemain Jamaica Damion Stewart diharap mampu memperkasakan benteng Pahang.
|
| Avramovic jurulatih Terbaik AFF 2012 Posted: Kuantan: Prestasi cemerlang membawa Singapura menjuarai Piala AFF membolehkan jurulatih Radojko Avramovic dinobat Jurulatih Terbaik AFF 2012 pada Majlis Gala Anugerah Persekutuan Bola sepak ASEAN (AFF) yang berlangsung di Hyatt Regency Resort, malam tadi. Avramovic dipilih mengatasi jurulatih Harimau Malaya Datuk K Rajagobal, Winfried Anton Schafer (Thailand) dan Hans Michael Weiss (Filipina).
Pemain berusia 29 tahun itu mengatasi tiga calon lain iaitu penyerang Thailand Teerasil Dangda, Emelio Asada Caligdong dari Filipina dan Kyi Lin (Myanmar).
Sementara itu pengadil wanita negara Widiya Habibah Shamsuri diumum Pembantu Pengadil Terbaik Wanita.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment