Harian Metro: Arena |
- Kelantan berpesta gol
- Penat lelah berbayar
- Gesa rehatkan Butler, ganti Almeida
- Aksi lebih sengit!
- MH Damar unggul
- Bertam Ulu juara futsal erat perpaduan kaum
- Undur demi karier Hafizh
- 'Tindakan FAM amat pelik!'
- 10 April bincang isu Raja
- LCW santai
| Posted: Kota Bharu: Kelantan menerajui Kumpulan G selepas berpesta gol ketika membenam SHB Da Nang dari Vietnam 5-0 dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi. Kemenangan itu juga menyaksikan The Red Warriors mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri sejak musim lalu selain meleburkan SHB Da Nang yang tidak pernah tewas selepas tiga perlawanan sejak saingan AFC bermula.
Tersentak asakan awal pelawat, anak didik skuad kendalian Bojan Hodak mula mengatur gerakan pada minit kedua menerusi penyerang import bertubuh sasa, Dickson Nwakaeme yang melakukan hantaran lintang sebelum pemain veteran, Indraputra Mahayuddin melakukan rembatan namun melepasi palang gol.
NWAKAEME (kiri) jaring gol pertama Kelantan. Ketinggalan dua gol menyaksikan pasukan pelawat yang dikendalikan Le Huynh Duc buntu melakukan gerakan sebaliknya Kelantan terus menguasai perlawanan. Minit ke-15 Nwakaeme sekali lagi melakukan percubaan namun ditepis penjaga gol.
Pelawat yang ketinggalan 0-3 memaksa melakukan perubahan apabila menukar tiga pemainnya meskipun belum berakhir babak pertama.
|
| Posted: Senawang: Mereka mengharungi perjalanan ratusan kilometer sejak bermula Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2013 semata-mata bagi mencari tiket beraksi di grand final. Itulah ranjau yang terpaksa dihadapi skuad futsal bawah 12 tahun Remaja Semangat Pejuang (RSP) Smart Kids A dari Klang. Percubaan mereka di Orbit de Futsal, Kuala Lumpur menerusi Siri Pertama, Manjung Indoor Sports Arena, Perak (Siri Ke-2) dan Safira Sports Palnet, Pulau Pinang (Siri Ke-3), semuanya menemui jalan buntu.
Sebelum itu pada separuh akhir, RSP Smart Kids A menumpaskan RSP Smart Kids, B 1-0 manakala SK Puchong Indah mengalahkan Sri Remaja Kapar Junior, 2-1.
Perlawanan sengit turut dipamerkan kedua-dua finalis kategori bawah 16 tahun, membabitkan GB FC A dari Klang menentang Kartallar FC (Sepang) sehingga juara terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti selepas terikat 2-2. Gelaran milik GB FC A apabila menang 3-2.
Hadiah disampaikan Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Product Sdn Bhd Ng Ping Loong.
|
| Gesa rehatkan Butler, ganti Almeida Posted: Kuala Terengganu: Kelab penyokong bola sepak Terengganu FC yang mempunyai lebih 128,000 pengikut di laman sosial Facebook mendesak pengurusan tertinggi T-Team mengambil tindakan drastik dengan merehatkan sementara jurulatih Peter Butler daripada membimbing pasukan itu. Mereka juga meminta pengurusan skuad The Titans itu memberi peluang kepada jurulatih dan pengarah teknikal Akademi Young Titans yang baru ditandatangani perjanjian persefahaman kelmarin, Eduardo Almeida mengambil alih tugas Butler untuk menghadapi baki saingan Liga Super bersambung 12 April ini.
Jurucakap Kelab Terengganu FC Hamizul Mishak berkata, pihaknya bosan mendengar alasan demi alasan diberikan pengendali bangsa Inggeris itu setiap kali pasukan mengalami kekalahan dan sudah tiba masanya pengurusan merehatkannya.
"Seluruh penyokong mahu lihat T-Team menjadi pasukan digeruni dan sudah terbukti apabila pernah mengalahkan pasukan gergasi liga seperti Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kami tidak mahu lihat pasukan ini diturunkan pangkat beraksi dalam Liga Perdana musim depan.
"Kita tengok kebolehan dan pengalaman dimiliki Almeida melatih T-Team kerana alasan yang selalu diberikan Butler selama ini, pemain yang berada dalam pasukan kurang pengalaman dan memerlukan masa panjang untuk menjadikan pasukan hebat," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/03 |
| Posted: Kuala Lumpur: Liga Juara Futsal Hot FM dengan format lima pemain kembali menemui peminat! Saingan musim ini menjanjikan aksi penuh karakter apabila dihangatkan dengan kehadiran pemain dan bekas pemain bola sepak kebangsaan.
Lebih menarik, mereka akan mengetuai pasukan masing-masing berganding bersama artis, selebriti dan penyampai radio Hot FM dalam saingan di tiga gelanggang futsal.
"Matlamat bukan mahu mengejar gelaran juara tapi mahu setiap pemain berasa seronok menentang satu sama lain pada acara jarang dianjurkan.
Pengumuman saingan Liga Juara Hot FM itu dilakukan penyampai radio Kieran Kaki Bola sewaktu makan tengah hari Liga Juara Hot FM bersama media di Fullhouse Lifestyle & Cafe, Jalan Yap Kwan Seng, semalam.
|
| Posted: Melaka: Pasukan MH Damar dari Klebang muncul juara Karnival Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menewaskan Amsa FC, 1-0 pada perlawanan akhir di Bukit Serindit, baru-baru ini. Juara dan naib juara meraih RM1,000 dan RM600 selepas masing-masing mengetepikan cabaran 18 pasukan lain.
"Kejohanan ini mendedahkan pemain kepada saingan menarik terutama dengan kehadiran pemain berpengalaman.
|
| Bertam Ulu juara futsal erat perpaduan kaum Posted: Melaka: Pasukan Kampung Bahagia, Bertam Ulu muncul juara Kejohanan Futsal Piala Pusingan kelab Bell Belia Tamil (KBBT) Bukit Beruang di Gelanggang Futsal Cheng, baru-baru ini. Kejohanan edisi keempat itu disertai 48 pasukan menyaksikan Kampung Bahagia unggul selepas menewaskan Arena FM, 4-0 di final.
Tempat ketiga dan keempat pula milik Kucing Hitam FC dan Berangan 6 yang berkongsi RM800 serta hadiah iringan.
"Perlawanan berlangsung sengit kerana kualiti permainan pasukan yang kian meningkat termasuk daripada pusat pengajian tinggi awam dan swasta," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/03 |
| Posted: Kuala Lumpur: Pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline membuat keputusan mengundur diri seketika daripada kancah musim baru Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang membuka tirai di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini. Sekalipun sukar, pasukan yang dibentuk sejak 1999 ini terpaksa membuat keputusan itu demi memberi sepenuh tumpuan terhadap pelumba muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah (gambar) yang akan beraksi buat tahun kedua dalam saingan kategori Moto2 Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV Repsol, kejuaraan yang melahirkan ramai pelumba MotoGP dunia.
"Keputusan menarik diri dari Cub Prix ini agak berat bagi saya namun kami perlu memberikan sepenuh komitmen untuk perancangan jangka masa panjang Hafizh," kata Barry. "Dia berpotensi untuk beraksi di peringkat dunia namun perlu terus menimba pengalaman pada Kejuaraan Motosikal Sepanyol terlebih dulu. Daripada aksinya itu, kami dapat menilai kemampuannya sebelum membuat keputusan adakah dia sudah bersedia untuk beralih ke MotoGP. "Namun, semua ini hanya dapat dicapai jika kami memberi sepenuh tumpuan terhadap pembangunan Hafizh dan juga seluruh pasukan yang berpangkalan di Sepanyol.
|
| Posted: Kuala Lumpur: Keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memeriksa dulu status kehadiran Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di bangku simpanan ketika perlawanan Liga Super di antara Johor Darul Takzim (DT) dengan Terengganu Sabtu lalu dianggap pelik oleh bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Kamaruddin Abdullah. Kamaruddin berkata, tindakan Tunku Ismail yang kini menjalani hukuman gantung enam bulan daripada terbabit sebarang aktiviti bola sepak duduk di bangku simpanan pastinya atas kapasiti presiden dan bukannya sebagai Tengku Mahkota Johor.
"Kalau Tengku Mahkota, bukan di situ tempatnya. Kalau duduk di bangku simpanan pasukan, beliau (Tunku Ismail) sebahagian daripada pasukan dengan kapasiti sebagai Presiden PBNJ.
Menurut Ahmad Fuad yang juga Komisioner Perlawanan pada malam itu, Tunku Ismail dianggap menyalahi peraturan andai berada di bangku simpanan atas kapasiti presiden dan jika hadir sebagai Tengku Mahkota Johor, perkara itu akan diserahkan kepada pegawai undang-undang untuk dinilai.
Sementara itu Kamaruddin turut mempertikaikan Ahmad Fuad yang bertugas sebagai Komisioner Perlawanan sedangkan beliau pegawai sekretariat FAM.
|
| Posted: Kuala Lumpur: Ketika persoalan bilakah surat pertuduhan akan dihantar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk K Rajagobal belum terjawab, badan induk bola sepak tanah air itu semalam mengesahkan akan membincangkan isu ketua jurulatih kebangsaan itu pada Mesyuarat Exco pada 10 April ini. Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufek Abd Razak yang menyifatkan isu Rajagobal yang didakwa melanggar Artikel 88 Statut FAM menjadi salah satu agenda penting mesyuarat itu yang bakal dipengerusikan Presiden FAM Sultan Ahmad Shah.
"Saya pasti surat pertuduhan itu akan dihantar selewat-lewatnya minggu ini," katanya sekali gus mencetuskan persoalan baru sama ada kes Rajagobal akan dibicarakan sebelum Mesyuarat Exco ataupun sebaliknya.
Kes Rajagobal ini bertambah hangat apabila Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad menyatakan ada kemungkinan wujudnya komplot dalaman untuk menyingkirkan pengendali skuad kebangsaan itu.
|
| Posted: Kuala Lumpur: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengetuai cabaran perseorangan lelaki negara melangkah ke pusingan kedua GP Emas Terbuka Australia, selepas menang mudah ke atas pemain India, Arvind Bhat 21-10, 21-18. Chong Wei yang belum pulih sepenuhnya dari demam, bermain agak santai pada perlawanan itu.
Dia kini akan berdepan pemain tidak ternama Indonesia, Prasojo Adi Andrianus di pusingan kedua hari ini.
"Pemain lain semua cemerlang tapi Daren memperkecilkan kemampuan lawannya hingga tewas set pertama," kata Rashid yang turut memuji prestasi Arif mengatasi lawan dari Korea, Hong Ji Hoon yang menewaskannya pada pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau tahun lalu.
Wei Feng pula mengatasi pemain tuan rumah, Kenny Ng 21-9, 21-11 dan akan menentang bekas pemain kebangsaan yang kini bernaung di bawah kelab Kawasaki, K Yogendran.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment