Harian Metro: Global |
- Jari kelengkeng anak dalam perut anjing
- Kakitangan kerajaan berjudi meningkat
- Lindsay mengandung?
- Suspek bunuh anak jutawan ditahan
- Sistem saraan dorong doktor letak jawatan
| Jari kelengkeng anak dalam perut anjing Posted: Florida: Seorang lelaki menembak mati seekor daripada anjing kesayangan keluarga dan membelah perut haiwan itu selepas ia membaham sebatang jari anaknya. Sebelum itu, Fernando Brignoni, 11, sedang memanjakan anjing peliharaan mereka sekeluarga, Sassy, apabila haiwan berkenaan tiba-tiba membaham tangannya.
Namun, selepas Luis, 43, menarik tangan Fernando dia mendapati jari kelengkeng anaknya telah putus dan dipercayai berada dalam perut Sassy.
FERNANDO masih dirawat di hospital kerana cedera di tangannya tetapi dia dijangka dibenarkan pulang tidak lama lagi. "Saya mengambil pistol dan menembak Sassy," katanya.
"Anda tidak tahu dari mana kekuatan itu datang," katanya. Walaupun begitu, Luis mengakui dia amat sedih kerana kehilangan Sassy yang dipeliharanya sejak tujuh tahun lalu.
|
| Kakitangan kerajaan berjudi meningkat Posted: Bangkok: Kakitangan awam dinasihat supaya menjauhi amalan berjudi kerana ia mungkin menyebabkan mereka kehilangan kerja ketika kajian menunjukkan aktiviti itu semakin meningkat, terutama di kalangan guru. Pengurus Pusat Maklumat Untuk Dasar Kawalan Perjudian, Pongtorn Chantharatsami berkata, kajian sejak lima tahun lalu membuktikan berlaku pertambahan ketara, terutama di kalangan kakitangan awam yang berkhidmat di wilayah berhampiran sempadan. Kata Pongtorn, kakitangan awam terutama guru di Buri Ram, Si Sa Ket, Sa Kaeo, Surin, Prachin Buri dan Nakhon Ratchasima sering mengunjungi kasino di Kemboja melalui pintu sempadan Sa Kaeo di daerah Aranyaprathet.
"Jika seorang guru terbabit dengan aktiviti perjudian, sesetengah daripada mereka akan ditarik kelayakan mengajar sekali gus menamatkan kerjaya sebagai pendidik," katanya. Kajian yang dijalankan agensi itu di wilayah Surin mendapati punca utama kakitangan awam dikenakan tindakan disiplin ialah akibat aktiviti berjudi.
|
| Posted: Los Angeles: Lindsay Lohan ternyata tidak boleh berenggang daripada kontroversi dunia hiburan apabila aktres itu membayangkan kononnya dia hamil. Menggunakan laman blog mikro Twitter, Lindsay berkata ringkas: "Ia sudah rasmi. Hamil..." Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan itu benar atau sekadar gurauan April Fools yang terlewat.
Ketika sesetengah daripada peminat Lindsay mengucapkan tahniah, sebahagian yang lain mempertikaikan kesahihannya.
|
| Suspek bunuh anak jutawan ditahan Posted: Bangkok: Polis Thailand berkata, mereka menahan seorang suspek yang dikehendaki Indonesia kerana terbabit membunuh seorang anak jutawan tahun lalu. Pegawai imigresen, Chartchai Eimsaeng berkata, Mulyadi Budiman ditangkap di lapangan terbang di Bangkok semalam ketika dia dalam perjalanan ke sempadan di timur laut Thailand. "Mulyadi adalah suspek keempat dalam kes pembunuhan William Lim di Jakarta pada Mac lalu.
Chartchai berkata, Mulyadi dihantar ke Indonesia serta-merta.
|
| Sistem saraan dorong doktor letak jawatan Posted: Bangkok: Sistem saraan baru Kementerian Kesihatan Awam mendorong 146 doktor meletak jawatan di pelbagai hospital bandar dan luar bandar di Thailand, sekali gus menjejaskan perkhidmatan di kawasan itu. Bekas Presiden Persatuan Doktor Luar Bandar, Dr Arak Wongworachart berkata, ketika ini ada 3,425 doktor berkhidmat di 723 hospital luar bandar. "Sesetengah doktor berpindah ke hospital swasta selepas mendapat tahu sistem saraan baru bakal memotong elaun yang dianggap tidak adil," katanya. Kata Arak, antara doktor yang berhenti berkhidmat di hospital kerajaan itu ialah 11 pakar penyakit kronik. Menurut sistem saraan baru itu, 614 daripada 736 hospital luar bandar di seluruh Thailand akan memotong elaun berdasarkan lokasi doktor berkhidmat. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/03 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment