Harian Metro: Arena |
- FAM tutup mulut
- Skuad 1Malaysia jagoan KKTB
- MBKT A juara Futsal UNISZA
- Rozaiman sudah tak sabar
- Percutian Nazmi berakhir
- Sehabis baik kekang LionXII
- PAUiTM miliki skuad bolasepak
- Almeida ganti Butler?
- Pahang temui import baru
- Nasib tak sebelahi Penyu
| Posted: Kuala Lumpur: Situasi panas yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berikutan dakwaan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad mengenai ada komplot dalaman cuba menjatuhkan jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal yang memaksa Presiden Sultan Ahmad Shah untuk campur tangan. Sultan Ahmad Shah semalam mengarahkan agar Azzuddin supaya tidak membuat sebarang kenyataan lanjut berhubung perkara itu.
Dakwaan Azzuddin mengenai kemungkinan ada komplot di kalangan keluarga FAM untuk menyingkirkan Rajagobal disiarkan Arena Metro Sabtu lalu.
SULTAN AHMAD SHAH (dua dari kanan) bersalaman dengan pemain Harimau Malaya pada perlawanan amal di Stadium Darul Makmur. Azzuddin mempertahankan kenyataannya itu dan tidak mahu ia disalahtafsirkan oleh mana-mana pihak. "Biarlah tumpuan lebih diutamakan kepada aksi kelayakan Piala Asia 2015 yang mana kita sama-sama memberikan sokongan kepada skuad negara dalam usaha merealisasikan hasrat untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi," tegasnya.
Keputusan mengembalikan semula kehadiran pemain import adalah keputusan yang menjadi dasar FAM dan tidak sepatutnya dipertikaikan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/01 |
| Posted: Melaka: Pasukan 1Malaysia muncul juara Kejohanan Futsal Kolej Komuniti Tangga Batu (KKTB) selepas menang 3-1 ke atas Berangan 6 dari Serkam di pentas final yang berlangsung di A Sports Klebang Melaka baru-baru ini. Kejohanan julung kali dianjurkan kolej terbabit menyaksikan juara dan naib juara lelaki dan wanita meraih wang tunai RM700 dan RM300 serta hadiah iringan.
Pengarah KKTB Khairul Anuar Muhamad berkata, sebanyak 20 pasukan lelaki bersaing dan 12 kategori wanita memperaga persembahan terbaik masing-masing.
Beliau berkata, sambutan menggalakan itu memberi input berkesan terhadap peranan KKTB menjadi destinasi pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/01 |
| Posted: Kuala Terengganu: Pasukan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) A muncul juara kategori terbuka apabila membelasah pasukan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) 6-1 dalam perlawanan akhir di gelanggang futsal UNISZA, Gong Badak, baru-baru ini. Kejohanan dua hari anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Terengganu (PEDATA) disertai sebanyak 24 pasukan daripada pelbagai jabatan kerajaan seluruh negeri ini.
Pengurus pasukan Zaidi Abd Rahman berkata, beliau tidak menduga pasukannya akan memenangi perlawanan itu dengan jaringan besar kerana UNISZA memiliki kelebihan beraksi di tempat mereka sendiri.
"Lebih menggembirakan apabila dua pasukan MBKT layak ke separuh akhir dan jika tidak, di pentas akhir akan menemukan sesama sendiri, tetapi nasib tidak menyebelahi MBKT B apabila tumpas di tangan UNISZA," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/01 |
| Posted: Kuala Lumpur: Setelah setahun menyepi daripada dunia perlumbaan underbone, Mohd Rozaiman Mohd Said kini teruja untuk kembali semula ke Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang bakal membuka tirai di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu ini. Rozaiman mengambil keputusan untuk berehat dari kejuaraan peringkat nasional tersebut tahun lalu selepas sekadar menamatkan saingan musim 2011 di tangga kelima keseluruhan, jauh dari prestasi terbaiknya pada tahun 2010 di mana dia muncul naib juara di belakang juara CP115 termuda, Mohd Ramdan Mohd Rosli.
Kepulangan Rozaiman ke kancah Cub Prix bakal menyaksinya mewakili pasukan Givi Honda Yuzy Pachie Team dalam kategori perdana CP130 bersama-sama rakan sepasukan baru, Mohd Zaqhwan Zaidi.
"Saya rasa teruja dan sedikit risau menjelang perlumbaan minggu hadapan. Ini kerana berdasarkan perhatian saya, tahap persaingan di antara para pelumba CP130 amat sengit sekali di mana catatan masa mereka amat hampir sama satu lain. Walau bagaimanapun saya telah melakukan persediaan dari segi fizikal dan persiapan jentera dengan mekanik pasukan," jelasnya.
|
| Posted: Kuala Lumpur: Bekas pemain kelab SC Beira Mar Mohd Nazmi Faiz Mansor kini menghitung hari untuk menggegar dalam kancah bolasepak tempatan bersama PKNS FC. Pemain tengah berbakat berusia 19 tahun yang mencetuskan kontroversi meninggalkan kelab Portugal itu secara mengejut untuk bersama PKNS FC pada awal tahun ini akan didaftarkan sebaik saja jendela kedua perpindahan pemain untuk kancah Liga Malaysia dibuka bermula Isnin depan.
Katanya, sijil perpindahan antarabangsa (ITC) pemain terbabit mungkin memerlukan tempoh beberapa hari untuk diselesaikan antara pihak terbabit namun PKNS FC berharap ia dapat diselesaikan menjelang aksi menentang Perak bagi diturunkan pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super itu pada Jumaat depan.
PKNS FC sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila menandatangani Nazmi dengan kontrak selama tiga tahun sekali gus mencetuskan rasa kurang senang beberapa pihak yang melihat kepulangan pemain terbabit merugikan negara selepas mendapat peluang beraksi di liga utama Portugal.
Sementara itu kelab kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu turut mengintai seorang lagi pemain import pada jendela perpindahan pemain kedua ini selepas tonggak tengahnya dari Perancis, Helmi Loussaief mengalami kecederaan lutut yang memerlukan tempoh yang lama untuk pulih.
|
| Posted: Seremban: "Kami sudah mencuba sedaya upaya tetapi belum cukup mampu untuk menyaingi kehebatan Lions XII, yang memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, malah kami juga turut mempunyai peluang menjaringkan gol tetapi setiap peluang yang diperoleh tidak menepati sasaran," kata pemain tengah Negeri Sembilan Abdul Halim Zainal. Negeri Sembilan tewas tipis 0-1, kepada Lions X11 hasil jaringan kapten pasukan itu, Shahril Ishak, dalam saingan Liga Super, di Stadium Jalan Besar, malam kelmarin.
Menurut Abdul Halim, hampir semua pemain utama beraksi malam kelmarin termasuk Ahmad Shakir Md Ali yang lama berehat selepas mengalami kecederaan dan dia beraksi pada sebahagian perlawanan bergandingan dengan penyerang import Emanuel Matias De Porras di bahagian depan.
"Memang impian kami untuk mencari kemenangan pertama musim ini tidak kesampaian kerana Lions X11 sememangnya pasukan yang kuat dan bukan mudah untuk menewaskan mereka. Hakikatnya kami tidak bernasib baik dan terpaksa akur dengan kekalahan malam tadi," katanya semalam. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/01 |
| Posted: Shah Alam: Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) kini memiliki pasukan bola sepaknya sendiri dimana pemainnya dibarisi graduan universiti berkenaan dikenali sebagai Alumni UiTM FC. Pengurus pasukan yang juga Koordinator Program, Pengurusan Sukan Fakulti Sains dan Rekreasi UiTM Datin Dr Sarimah Ismail berkata, pasukan terbabit ditubuhkan melalui usaha PAUiTM untuk memperkenalkan pasukan bola sepak mewakili persatuan itu.
"Persatuan alumni ini berusaha membawa nama Alumni UiTM FC ke arena sukan bola sepak kerana kebanyakkan barisan pemain yang berusia 23 hingga 25 tahun itu pernah bermain untuk universiti dab menjuarai liga institusi pengajian terbabit," katanya.
"Kami juga mensasarkan pasukan ini dapat bermain ke peringkat lebih tinggi terutama dalam pentas Liga Selangor seterusnya menangkat nama alumni dalam arena sukan," katanya.
|
| Posted: Kuala Terengganu: Kelibat Eduardo Almeida, bekas jurulatih Atletico Sport Clube Reguengos, kelab divisyen tiga siri F Portugal di Kuala Terengganu, kelmarin, menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat T-Team. Kehadiran Almeida yang pernah melatih Ahmad Fakri Saarani ketika pemain itu beraksi di Portugal awal tahun ini, dikatakan ada kena mengena dengan kegagalan jurulatih Peter Butler membimbing pasukan Titans untuk berada di kedudukan selesa dalam saingan Liga Super.
Ramai yang merasakan Butler yang mempunyai kontrak sehingga November sudah tidak lagi mampu memperbaiki kelemahan pasukan yang kini berada di tangga kedua dari bawah carta liga selepas tamatnya saingan pusingan pertama.
"Saya faham dengan perasaan penyokong yang mahu melihat pasukan mereka berada di kedudukan yang lebih baik dan bukannya terkeluar daripada saingan Piala FA dan sedang bertarung supaya tidak jatuh ke divisyen bawah apabila musim berakhir nanti.
Namun Mohamed Sekanther enggan mengulas mengenai kehadiran Almeida yang berada di stadium seawal 3 petang sehinggalah tamat perlawanan.
|
| Posted: Kuala Terengganu: Pahang akan mengikat seorang awang import yang juga bekas pemain pertahanan kelab Liga Divisyen Satu Inggeris, Notts County bagi menggantikan pemain import sedia ada yang kurang menyerlah. Pemain berkenaan dijangka akan menandatangani kontrak apabila pintu perpindahan kedua pemain Liga M musim ini dibuka pada 8 hingga 22 April dan bakal beraksi apabila Liga Super bersambung.
Katanya, selain kemasukan pemain pertahanan itu, beberapa pemain dari Argentina dan Australia kemungkinan dipanggil untuk sesi pemilihan bagi mengisi posisi penyerang.
Pada pertembungan itu, Pahang mencatat kemenangan bergaya 3-1 hasil jaringan Muhd Fauzi Roslan pada minit ke-43, Mohd Faizol Hussin (m-83) dan R Gopinathan (m-86) manakala gol tunggal T-Team disumbangkan Muhd Muinuddin Mokhtar m-23.
"Mereka jelas gagal membantu pasukan dan prestasi yang dipamerkan sebagai seorang penyerang juga tidak seperti yang diharapkan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/01 |
| Posted: Kuala Terengganu: Ketua jurulatih Terengganu E Elavarasan menyifatkan pasukannya tidak bernasib baik untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata ketika pertemuan dengan Johor Darul Takzim (DT) malam kelmarin yang berkesudahan skuad dari Pantai Timur itu tewas tipis 2-3 biarpun mendahului lawan hasil jaringan pemain import Effa Owona. Jurulatih berasal dari Klang, Selangor itu berkata, pemainnya sudah melakukan yang terbaik dan berusaha hingga ke wisel penamat namun terpaksa pulang dengan tangan kosong walaupun hadir dengan reputasi yang tinggi selepas merekod kejayaan empat kali dalam saingan liga.
"Selain itu, keadaan padang yang becak akibat hujan sebelum perlawanan bermula menjejaskan rentak permainan pasukan terutama apabila pemain membuat hantaran, namun peningkatan yang ditunjukkan pemain melegakan saya," katanya.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment