Harian Metro: Global |
- 'Mr Teeth' jaga dadah
- Pintu rahsia dalam almari ke ladang ganja
- Dua askar mati lindungi guru
- 20 pejabat pos kena rompak
- 700 Rohingya diselamat polis Thailand
- 36 tertimbus
- Pengetua paksa pelajar jadi kedi digesa letak jawatan
- Sejuta umat Islam berkumpul
- Datuk kurung cucu dalam kotak kayu
- Pemandu bas kes rogol pelajar pernah muncul dalam program realiti
| Posted: 11 Jan 2013 03:45 PM PST Pihak berkuasa yang menjalankan pengawasan biasa ke atas seorang lelaki California terkejut, semalam apabila mendapati dia menyimpan 15.5 kilogram ganja di rumah sewanya. Bagaimanapun, ganja itu membawa kepada penemuan lebih mengejutkan apabila lelaki terbabit meletakkan seekor buaya sebagai penjaga dadah berkenaan.
Di sebelah dadah itu, kata Nelson, Assif meletakkan satu tangki menempatkan buaya berkenaan. "Kemungkinan besar buaya itu diletakkan di situ bagi menjauhkan pencuri ganja," katanya. Melihat keadaan itu, kata Nelson, polis mendapatkan bantuan sokongan kakitangan Jabatan Perikanan. Kata Nelson, sangat jarang anggota polis terserempak dengan buaya dalam pemeriksaan di situ.
|
| Pintu rahsia dalam almari ke ladang ganja Posted: 11 Jan 2013 11:24 AM PST London: Polis membongkar kegiatan menanam ganja dalam rumah selepas menemui pintu rahsia ke 'ladang' berkenaan yang terletak dalam sebuah almari pakaian di Norwich, semalam. Kegiatan itu terdedah ketika sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan hasil maklumat orang awam. Sumber polis berkata, pintu rahsia berkenaan membawa mereka ke sebuah bilik rahsia di garaj luar rumah suspek.
Jurucakap itu berkata, anggota polis terpaksa merangkak melalui pintu setinggi satu meter dan selebar 0.5 meter yang ditutup dengan tirai.
|
| Posted: 11 Jan 2013 11:23 AM PST Pattani: Dua anggota tentera yang memberi perlindungan kepada guru terbunuh dan dua lagi cedera ekoran letupan bom di sebatang jalan di daerah Yarang di sini awal pagi semalam, kata pihak berkuasa Thailand. Anggota tentera daripada pasukan khas No 21 Pattani itu sedang membuat rondaan di jalan kampung di Ban Buenae Peedae, tambon Prachan apabila bom yang ditanam dalam tanah meletup di bawah kenderaan mereka.
Nama mereka yang terkorban dan cedera belum dapat dikenal pasti.
|
| Posted: 11 Jan 2013 11:22 AM PST Sepasang suami isteri mengakui merompak kira-kira 20 pejabat pos, sekurang-kurangnya di 10 wilayah selepas ditahan di Ayutthaya, kata Polis wilayah 7, Komander Harnpol Nitwiboon semalam. Nitwiboon berkata demikian dalam sidang akhbar untuk mengumumkan penahanan Wichai Sawangyart, 29, dan isterinya, Somkid Chuenrutai, 20.
|
| 700 Rohingya diselamat polis Thailand Posted: 11 Jan 2013 11:22 AM PST Songkhla: Pihak berkuasa Thai berkata, mereka menyelamatkan hampir 700 pelarian Rohingya dari Myanmar yang ditahan oleh kumpulan pemerdagangan manusia di selatan negara itu. Pegawai kanan polis, Kolonel Thanusin Duangkaewngam berkata, pihaknya dan pegawai kerajaan menyerbu sebuah gudang di daerah Sadao di sini semalam dan menyelamatkan 307 pelarian Rohingya.
Pihak berkuasa turut menyerbu khemah perlindungan sementara di daerah sama kelmarin dan menemui 397 pelarian Rohingya.
|
| Posted: 11 Jan 2013 11:21 AM PST Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dalam satu kejadian tanah runtuh yang menimbus 16 buah rumah di barat daya China, semalam. Antara yang mati tujuh anggota sebuah keluarga. Pihak berkuasa tempatan berkata, kira-kira 20 hingga 30 orang masih tertimbus dalam kejadian yang melanda Kampung Gaopo di wilayah Yunnan.
Rakaman video yang dimuatnaikkan dalam rangkaian sosial China menunjukkan sekumpulan penduduk kampung menggali dan menarik keluar satu mayat.
Kawasan pergunungan itu sering dilanda tanah runtuh. Dalam satu kejadian di wilayah berhampiran pada Oktober lalu meragut 18 nyawa kanak-kanak sementara dua gempa bumi yang melanda Yunnan pada September, satu dengan magnitud 5.7, menyebabkan 81 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera.
Yunnan mengalami suhu sejuk luar biasa sejak beberapa minggu lalu ketika China berdepan dengan apa yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai musim sejuk paling sejuk dalam masa 28 tahun. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/12 |
| Pengetua paksa pelajar jadi kedi digesa letak jawatan Posted: 11 Jan 2013 11:20 AM PST Kalasin (Muang): Ramai ibu bapa dan pelajar berkumpul di luar sebuah sekolah terkenal di sini, menuntut peletakan jawatan atau pemindahan pengetua yang dituduh memaksa pelajar perempuan bekerja sebagai kedi di kelab golf berhampiran. Seorang wakil pelajar memberitahu wartawan, Pengetua Sekolah Khamin Phittayasan, Surapong Phusaengsri mendesak pelajar tingkatan tiga dan lima menjadi kedi di kelab yang terletak kira-kira 30 kilometer dari sekolah itu.
Katanya, Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Kalasin sudah dimaklumkan mengenai perkara itu sebelum ini, tetapi tidak ada tindakan diambil.
Surapong berkata, berlaku salah faham terhadap isu berkenaan.
Dia menggesa ibu bapa menimbang dan menyiasat secara menyeluruh kerana tidak mahu dipersalahkan. - Bangkok Post Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/12 |
| Posted: 11 Jan 2013 11:20 AM PST Lebih sejuta umat Islam berkumpul di tebing sungai, di sini, semalam untuk beribadah dan mendengar ceramah daripada tokoh agama pada hari pertama perhimpunan tahunan Islam yang kedua terbesar di dunia. Jalan raya di Dhaka lengang apabila umat Islam berpusu-pusu ke Sungai Turaq di Tongi, kira-kira 40 kilometer ke utara Dhaka, tempat Perhimpunan Islam Sedunia diadakan selama tiga hari.
"Lebih sejuta orang sudah berada di sini. Tetapi kami berharap, jumlahnya akan menjangkau dua juta pada hari terakhir Ahad ini, seperti tahun lepas," katanya.
Kira-kira 30,000 warga asing dari lebih 100 negara menyertai perhimpunan itu tahun ini," kata Nurul Islam. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/12 |
| Datuk kurung cucu dalam kotak kayu Posted: 11 Jan 2013 11:19 AM PST Oaxaca (Mexico): Seorang datuk mengurung cucunya yang berusia tujuh tahun dalam kotak kayu dengan kaki kanak-kanak itu diikat. Polis yang menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali, menemui kanak-kanak berkenaan dalam kotak yang berkunci itu di bandar Putla de Guerrero, kata pendakwa raya tempatan, Victor Alonso Altamirano. Datuk sebelah ibu kanak-kanak itu berdepan dengan tuduhan keganasan rumah tangga sementara mangsa diserahkan kepada Jabatan Kebajikan untuk menentukan mereka yang berhak menjaganya.
|
| Pemandu bas kes rogol pelajar pernah muncul dalam program realiti Posted: 11 Jan 2013 11:18 AM PST New Delhi: Pemandu bas yang terbabit dalam kes rogol beramai-ramai seorang pelajar di dalam basnya pernah muncul dalam rancangan realiti televisyen yang dihoskan bekas pegawai kanan polis wanita tiga tahun lalu. Ram Singh, tertuduh utama dalam serangan ke atas pelajar itu di New Delhi bulan lalu, meminta bantuan dalam rancangan berkenaan, 'Aap Ki Kacheri' atau 'Mahkamah Anda,' untuk mendapatkan pampasan bagi kecederaan yang dialaminya dalam satu kemalangan, kata hos siri itu, Kiran Bedi.
Dalam episod itu, yang boleh ditonton menerusi YouTube, Singh dan seorang pemilik sebuah bas yang enggan memenuhi tuntutan pampasannya, berdiri bersebelahan di atas pentas ketika Kiran meminta mereka memberi keterangan. "Singh cuba membuli bekas majikannya," kata Kiran, mengimbas episod berkenaan.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment