Harian Metro: Setempat |
- Kami nak kerja apa?
- Cuci duit RM210,000
- 'Pakar' terjerat
- Bekas pensyarah dipenjara enam bulan
- Bicara tuntutan nafkah bulanan 21 Mac
| Posted: 23 Jan 2013 02:41 PM PST Pelabuhan Klang: "Sudah lebih 10 tahun bekerja di sini, mana lagi tempat saya mahu kerja? Restoran ini satu-satunya punca pendapatan. Kalau mahu rampas dan robohkan kedai ini saya nak kerja apa? Demikian keluhan Mohamad Fazli Ibrahim, 25, mewakili 20 pekerja di Restolan D'Selat yang bakal kehilangan punca pendapatan selepas restoran berkenaan menerima notis mengosongkan premis yang beroperasi sejak 1999 itu.
Katanya, ia bukti penindasan kerajaan negeri terhadap golongan belia di Selangor dan ia tidak menepati manifesto mereka sebagai sebuah negara berkebajikan serta membantu peniaga muda untuk memulakan perniagaan.
Nor Ilhami berkata, selepas membayar sewa tinggi segala masalah ultiliti seperti pengurusan sampah, pembaikan bangunan serta pembersihan kawasan sekitar premis dilakukan sendiri oleh pihaknya dan bukan diselenggara MPK.
"Saya tidak kisah untuk melepaskan tapak ini sekiranya mereka membina kemudahan orang awam di sini. Tetapi, berdasarkan maklumat ia akan disewakan kepada peniaga lain. Saya pelik mengapa perkara seperti ini berlaku," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/24 |
| Posted: 23 Jan 2013 02:36 PM PST Kuala Lumpur: Seorang tukang masak kerugian lebih RM440,000 selepas tertipu dengan seorang wanita Taiwan dan dua lelaki warga Afrika yang menjual bijih emas palsu dan cecair pencuci 'Black Money'. Mangsa yang dikenali sebagai Lai, 41, berkata, dia berkenalan dengan wanita warga Taiwan terbabit selepas diperkenalkan rakannya yang dikenali sebagai Nora di sebuah hotel di ibu kota, September tahun lalu.
"Saya meminjamkan wang itu namun seminggu kemudian, wanita itu menghubungi saya dan memaklumkan tidak mampu membayar semula.
Katanya, wanita itu menawarkan harga RM90,000 untuk 'bijih emas' berkenaan dan dia bersetuju sebelum membayar RM85,000 selepas ditolak hutang RM5,000 yang dipinjamkan kepada wanita asing terbabit.
"Saya menghubungi wanita itu dan dia mendakwa kononnya syarikat pelaburan emas itu berjanji akan mendapatkan emas tulen," katanya.
|
| Posted: 23 Jan 2013 02:36 PM PST Kuala Lumpur: Seorang penjenayah yang ditahan polis ketika cuba mencuri sebuah kereta Honda Accord di Villa Wangsa Mas, Wangsa Maju, di sini lewat petang kelmarin, bukan saja berlagak kerana mampu mencuri kereta dalam tempoh kurang seminit, tetapi turut mendakwa boleh membuka apa saja kunci termasuk gari. Dalam serbuan yang dijalankan sepasukan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira jam 6.30 petang itu, suspek bersama seorang rakan jenayahnya cuba melarikan sebuah kereta yang diletakkan di kawasan luar kondominium berkenaan. Suspek berusia 41 tahun dan rakannya yang berasal dari utara tanah air itu, difahamkan baru saja keluar dari penjara selepas menjalani hukuman akibat kesalahan mencuri kereta dan mendakwa dirinya 'pakar' dalam membuka apa saja kunci termasuk gari dengan hanya menggunakan klip kertas. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi mengesahkan kejayaan tangkapan dua suspek berkenaan yang dipercayai memang giat menjalankan aktiviti mencuri kenderaan terutama kereta mewah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/24 |
| Bekas pensyarah dipenjara enam bulan Posted: 23 Jan 2013 02:35 PM PST Kuala Lumpur: Seorang bekas pensyarah dihukum penjara enam bulan dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah bagi dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,000 daripada pelajarnya bagi memperoleh sijil diploma, tahun lalu. Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 bagi setiap tuduhan terhadap Elmy Shadzly Wahi, 41, selepas lelaki itu menukar pengakuannya kepada mengaku bersalah pada 3 Januari lalu.
Tertuduh turut diperintahkan membayar penalti RM1,500 mengikut Seksyen 40(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana dia mengakui fakta kes bahawa nilai suapan bagi tuduhan pertama sudah dimasukkan ke dalam akaun miliknya.
Bagi kedua-dua tuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.
|
| Bicara tuntutan nafkah bulanan 21 Mac Posted: 23 Jan 2013 02:34 PM PST Petaling Jaya: "Sulh (perbincangan) sebelum ini gagal kerana defendan (Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak) tidak hadir. Kali ini mahkamah menggalakkan penyelesaian dapat dicapai daripada kedua-dua pihak," kata Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. Abd Halim berkata demikian selepas menetapkan 21 Mac ini untuk perbicaraan kes tuntutan nafkah bulanan yang difailkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar untuk dirinya dan dua anak lelakinya terhadap suami yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan. Terdahulu, peguam syarie Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Mohamad Aidil Zafuan memaklumkan kepada mahkamah pihaknya sudah memfailkan penyata pembelaan dan ia disahkan peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita Rudaini. Ketika ditanya hakim mengenai ketidakhadiran anak guamnya semalam, Roshdan berkata, pada prosiding lalu pihaknya sudah memohon kepada mahkamah supaya kehadiran Mohamad Aidil Zafuan, 26, ke mahkamah diberi pengecualian, namun berjanji untuk perbicaraan akan datang, defendan akan hadir ke mahkamah.
Sementara itu, ketika ditemui media di luar mahkamah, Mohd Zaidi berkata, Rita Rudaini tidak hadir ke Majlis Sulh berkaitan hak penjagaan anak (hadanah) yang difailkan suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada 18 Disember lalu adalah kerana dia mempunyai hal lain yang tidak dapat dielakkan pada hari berkenaan.
Mohamad Aidil Zafuan sebelum ini memfailkan perintah kembali taat supaya Rita Rudaini dan dua anak lelaki mereka, menetap di rumah disediakannya di USJ 1. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/24 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment