Harian Metro: Setempat |
- Beri salam sebelum lepas tiga tembakan
- Mahu jumpa pelanggan
- Siapa jadi penentu?
- 'Perang siber' terus berlarutan
- Buat pilihan tepat: Najib
| Beri salam sebelum lepas tiga tembakan Posted: 04 May 2013 07:31 AM PDT Kota Bharu: Seorang penjenayah sempat memberi salam sebelum melepaskan tiga das tembakan ke arah seorang kontraktor dalam kejadian di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, malam kelmarin. Dalam 'tragedi Maghrib' pada jam 7.30 malam itu, mangsa Mohd Nasir Zakaria, 53, cedera di lutut dan paha kiri akibat terkena tembakan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat sini.
"Saya menjenguk di tingkap dan melihat seorang lelaki memakai topi menunggu di depan pintu masuk rumah.
MOHD NASIR cedera ditembak. "Saya tidak tahu mengapa suami diperlakukan sedemikian rupa. Setahu saya suami saya tidak mempunyai masalah dengan sesiapa.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian adalah balas dendam.
|
| Posted: 04 May 2013 07:14 AM PDT Senawang: Siasatan polis mendapati peguam, Noor Ariff Delia Ramli, 36, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya. Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Versys 650 dalam perjalanan dari rumahnya di Senawang menuju ke Plaza Tol Senawang untuk ke Seremban 2.
Katanya, tiba di lokasi kejadian sebuah lori tangki muatan minyak sawit dari arah bertentangan tiba-tiba membelok ke kanan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu. "Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban Inspektor Mohd Hafidzal Zainal Abidin di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04 |
| Posted: 04 May 2013 07:12 AM PDT Oleh NASHARUDDIN MUHAMMAD, MUHD IZAWAN BAHARIN, SYAH RUL ASWARI ABDULLAH, MAIAMALINA MOHAMED AMIN, YUSMIZAL DOLAH ALING dan INTAN MAS AYU SHAHIMI Kuala Lumpur: Mungkinkah keputusan parti mana yang berjaya memperoleh mandat baru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ditentukan kira-kira 4.7 juta pengundi tanpa parti atau biasa disebut pengundi atas pagar daripada keseluruhan kira-kira 13.26 juta pengundi yang layak mengundi di seluruh negara hari ini? Berdasarkan carian dan maklumat, Barisan Nasional (BN) yang dianggotai 14 parti komponen, termasuk dari Sabah dan Sarawak, dianggarkan mempunyai 7.1 juta ahli dengan UMNO sebagai parti tunjang mempunyai 3.4 juta ahli setakat November 2012.
Ini bermakna daripada keseluruhan jumlah pengundi berdaftar, kira-kira 8.5 juta orang menjadi ahli parti politik manakala bilangan pengundi baru dianggarkan kira-kira tiga juta orang.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pengundi atas pagar bukan faktor mutlak yang menjadi penentu kemenangan mana-mana calon atau parti pada PRU-13.
Sebaliknya, menurutnya, kesetiaan ahli memangkah calon daripada parti sendiri dan usaha mengajak rakan mereka keluar mengundi bakal menjadi penyumbang utama kepada kemenangan parti tertentu nanti.
|
| 'Perang siber' terus berlarutan Posted: 04 May 2013 07:11 AM PDT Kuala Lumpur: Tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) secara rasminya tamat jam 12 tengah malam tadi, namun 'perang siber' di media sosial dijangka masih aktif dengan penyebaran pelbagai maklumat bagi mempengaruhi pengundi pada saat akhir. Berdasarkan statistik Internet World Stats, ada kira-kira 17.7 juta pengguna Internet di Malaysia sehingga 2011 dan sehingga akhir 2012, ada kira-kira 13.5 juta pemilik akaun Facebook.
Bagaimanapun, Presiden Pertubuhan Agenda Sosial Media 1Malaysia Zul Azhar Cha beranggapan kempen di media sosial lebih bersifat nilai tambah kerana pengundi lebih gemar kepada sentuhan peribadi calon.
Sementara itu, pemerhatian Metro Ahad di laman Facebook milik sembilan pemimpin tertinggi parti yang bertanding merangkumi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menggunakan platform itu untuk menyiarkan rayuan kepada pengikut masing-masing.
|
| Posted: 04 May 2013 07:09 AM PDT Oleh ZAITIE SATIBI, MUHAMMAD APENDY ISSAHAK, RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ dan NAZIRUL ROSELAN Raub: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat berfikir secara rasional sebelum mengambil keputusan menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana semua rakan rapat pemimpin parti itu sudah hilang kepercayaan dan meninggalkannya. Menurutnya, beliau pelik mengapa ada rakyat yang taksub menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan rakan rapat 'lingkaran dalaman' (inner circle) pemimpin terbabit satu demi satu keluar daripada PKR.
"Malah, rakan baik Anwar, (Datuk) Dr Sidek Baba, seorang tokoh akademik melakukan kajian terhadap 28 orang yang rapat dengan Anwar mengatakan bahawa Anwar tiada kredibiliti menjadi pemimpin.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar.
"Ini termasuk Ezam Mohd Nor yang pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar, bekas pemimpin PKR Anuar Shaari, peguamnya, Datuk Zulkifli Noordin, N Gobalakrishnan dan Datuk S Nalakaruppan.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment