Harian Metro: Global |
- Gigit anjing untuk selamatkan isteri
- Daging tikus dijual sebagai daging kambing
- Keadaan bayi kepala besar semakin baik
- Keganasan anti-Islam merebak lagi
- Mayat ditemui dalam serombong asap
- Lindsay sudah masuk pusat pemulihan
- Dua maut ditembak di Pattani, Narathiwat
- Demokrat tuduh Yingluck menipu
| Gigit anjing untuk selamatkan isteri Posted: 04 May 2013 06:37 AM PDT Iowa: Seorang lelaki bertindak menggigit seekor anjing untuk menghentikan haiwan itu daripada menyerang isterinya. Laine Henry bertindak demikian selepas anjing jenis Labrador itu menggigit hidung isterinya, Caren, hingga putus.
Anjing itu yang muncul secara tiba-tiba dari kawasan semak membaham betis kanan Caren sebelum menggigit perut dan kemudian menyerang muka mangsa.
HENRY bersama isteri, Caren di hospital, semalam. Henry berkata, dia menepa ke arah anjing itu dan cuba menariknya dan menyasarkan mulut haiwan itu untuk memaksa ia melepaskan gigitannya pada muka Caren.
Dalam satu tindakan aneh, Henry menggigit hidung anjing itu, menyebabkan haiwan berkenaan melepaskan cengkamannya pada Caren, kata pasangan itu kepada akhbar Des Moines Register.
|
| Daging tikus dijual sebagai daging kambing Posted: 04 May 2013 06:31 AM PDT Shanghai: Polis mengesahkan beberapa peniaga memproses daging tikus untuk dilihat sebagai daging kambing dan dijual di pasar di China. Pihak berkuasa baru-baru ini bertindak ke atas sindiket penjenayah yang menjalankan kegiatan itu dalam satu operasi keselamatan makanan. Operasi itu dijalankan srentak dengan langkah memerangi selesema burung yang menyebabkan jualan daging ayam dan itik merudum di China. Seorang peniaga didapati menggunakan bahan campuran memproses daging tikus dan musang sebagai daging kambing di pasar di Shanghai yang sering dikunjungi pelancong.
Sebanyak 10 tan daging tikus dan musang turut dirampas. Kumpulan itu meraih keuntungan RM4.8 juta sejak memulakan operasi mereka pada 2009. Selain itu, pihak berkuasa juga menemui bukti campuran hidrogen peroksida yang digunakan oleh peniaga untuk membersihkan kaki ayam sebelum ia dijual kepada pembeli. - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04 |
| Keadaan bayi kepala besar semakin baik Posted: 04 May 2013 06:30 AM PDT London: Keadaan bayi yang kepalanya membesar tiga kali ganda berbanding saiz biasa semakin 'baik' malam tadi selepas menjalani rawatan menyelamatkannya. Laporan akhbar The Sun di Britain mengenai nasib Roona Begum itu mendorong pembaca menderma ribuan paun bagi membantunya.
Setakat ini, doktor sudah mengurangkan bengkak di kepala Roona hingga sepertiga, daripada 37 inci kepada 29 inci dengan mengalirkan keluar cecair dari kepalanya.
Laporan mengenai nasib Roona di akhbar The Sun menarik simpati pembaca dan berjaya mengumpulkan RM150,000 untuk membantu merawatnya.
Roona akan menjalani rawatan selama beberapa bulan dan doktor mengingatkan dia berdepan dengan ancaman kecacatan otak atau buta kesan daripada penyakit yang dihidapinya. "Doktor bertindak berhati-hati dalam merawat Roona dan sehingga semalam mereka berjaya melakukannya selepas mengalirkan keluar cecair dari otak kanak-kanak itu," kata sumber yang bertanggungjawab memungut derma untuk kanak-kanak itu. - The Sun Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04 |
| Keganasan anti-Islam merebak lagi Posted: 04 May 2013 06:29 AM PDT Yangon: Polis Myanmar semalam menahan dua pengganas selepas beberapa kedai milik masyarakat Islam dibakar di negeri Kachin di utara Myanmar dalam konflik terbaru keganasan etnik. Myanmar dilanda ketegangan agama etnik selepas beberapa siri pergolakan Mac lalu yang menyaksikan sami dan penduduk Buddha menyerang penduduk Islam. Ini adalah kali pertama keganasan dilaporkan di negeri Kachin yang majoriti penduduknya beragama Kristian tetapi turut didiami beberapa etnik lain. "Kami menahan dua orang di tempat kejadian dan masih menyiasat mereka.
"Kira-kira 30 orang tiba pada waktu malam dan membaling batu ke arah kedai dan kediaman kami," kata penduduk Islam, Moe Moe Lwin, 46, dari kampung Hpakant, Kachin. "Kami tidak dapat melakukan apa-apa kecuali melihat mereka memusnahkan kedai kami...kami akan pergi buat sementara waktu. Kami tidak tahu bagaimana untuk meneruskan hidup," katanya sambil menambah dia percaya orang luar yang bertanggungjawab terhadap serangan itu. Seorang penduduk Buddha berdekatan mengesahkan kedai dan kediaman orang Islam dimusnahkan di tiga tempat di kawasan itu. Keganasan anti-Islam di Oakkan kira-kira 100 kilometer ke utara Yangon Selasa lalu menyebabkan seorang maut dan menyaksikan dua masjid dan kediaman dimusnahkan. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04 |
| Mayat ditemui dalam serombong asap Posted: 04 May 2013 05:39 AM PDT London: Mayat seorang lelaki dipercayai pencuri bersiri ditemui pekerja pengawal serangga di pejabat sebuah syarikat guaman di sebuah bangunan di Derby. Dia dikenal pasti sebagai Kevin Gough, 42. Kakitangan pejabat menghubungi syarikat kawalan serangga perosak selepas menyangka bangkai burung merpati tersumbat dalam serombong asap berkenaan yang juga dikerumuni lalat. Dipercayai mayat itu berada di situ sejak beberapa minggu lalu. Gough dipercayai terperangkap dalam serombong itu selepas cuba memasuki pejabat itu untuk mencuri.
|
| Lindsay sudah masuk pusat pemulihan Posted: 04 May 2013 05:32 AM PDT Los Angeles: Lindsay Lohan sudah mendaftar masuk ke sebuah pusat pemulihan dan tidak akan berdepan kesalahan melanggar tempoh percubaan kerana meninggalkan pusat pemulihan lain. Timbalan pendakwa raya Santa Monica, Terry White berkata, dia menerima pengesahan bahawa Lindsay sudah mendaftar masuk ke pusat pemulihan dan ber puas hati dengan lokasinya.
|
| Dua maut ditembak di Pattani, Narathiwat Posted: 04 May 2013 05:32 AM PDT Bangkok: Dua orang terbunuh dalam serangan berasingan di selatan Thai pagi semalam. Timbalan Ketua Polis balai polis Mayo Leftenan Kolonel Jirasit Lormae berkata, seorang lelaki terbunuh selepas ditembak di jalan raya di Tambon Trang di daerah itu di Pattani. Mangsa yang dikenali sebagai Wayeh Dorloh, 50, adalah penduduk Tambon Kado. Menurut saksi, Wayeh menunggang motosikal dalam perjalanan ke kedai kopi apabila lelaki bersenjata yang membonceng motosikal lain menembaknya. Dia mati di tempat kejadian selepas ditembak di kepala dan badan.
Jurucakap polis tempatan Leftenan Ratchasit Luelan berkata, serangan itu berlaku kira-kira jam 7.56 pagi. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04 |
| Demokrat tuduh Yingluck menipu Posted: 04 May 2013 05:31 AM PDT Bangkok: Seramai 58 senator dari Parti Demokrat semalam mengeluarkan kenyataan mengecam ucapan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra di Mongolia. Mereka yang menggelarkan diri mereka 'Senator yang cintakan negara' juga merancang mengheret Yingluck ke depan empat jawatankuasa Senat atas tuduhan berbohong.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment