Harian Metro: Setempat |
- Jari kaki putus
- Selangor umum Isnin cuti
- Murah senyuman
- 'Insya-Allah 5 Mei malam kami'
- Beri mandat kukuh
| Posted: 03 May 2013 03:16 PM PDT "Saya terdengar bunyi dentuman kuat di luar kaunter. Ketika itu, saya ternampak sebuah kontena betul-betul di hadapan saya pada jarak 15 meter sebelum mendengar pemandunya meraung kesakitan," kata Nor Farah Affiza Othman. Nor Farah Affiza, 27, jurutol di Plaza Tol Hutan Kampung, di sini, berkata, ketika kejadian lori kontena yang dipandu mangsa yang dikenali sebagai Noorhisham, 31, cuba mengelak daripada merempuh beberapa kenderaan lain yang ketika itu menunggu giliran membayar tol pada jam 3.05 petang, semalam.
Nor Farah Affiza berkata, dia bersyukur terselamat berikutan lori kontena itu merempuh penghadang berkenaan.
Saksi kejadian, Zul Roshidi Ismail, 48, berkata, ketika kejadian dia membayar tol dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat menyebabkannya berhenti di tepi jalan untuk melihat apa yang berlaku.
"Dia sempat memberitahu brek lori kontena yang dipandunya itu tidak berfungsi dan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada melanggar kenderaan lain di plaza tol ini lalu terpaksa merempuh penghadang di plaza tol itu.
|
| Posted: 03 May 2013 01:38 PM PDT Shah Alam: Bagi memudahkan semua rakyat Selangor pulang mengundi di kawasan masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) esok, kerajaan Selangor mengumumkan Isnin sebagai hari cuti am. Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemberian hari cuti am itu selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9 yang menyatakan bahawa pihak berkuasa negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am.
"Kami harap hari pelepasan yang diberikan ini digunakan sebaiknya oleh seluruh rakyat di Selangor untuk pulang mengundi di tempat masing-masing.
|
| Posted: 03 May 2013 01:37 PM PDT Sentiasa senyum dan suka dengan sebarang kerja dilakukan. Itu sifat dimiliki calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebaik memutuskan untuk menceburi bidang politik sebelum ini. Raja Nong Chik mendedahkan rahsia itu ketika ditanya bagaimana beliau sentiasa nampak bersemangat memperjuangkan nasib rakyat terutama penduduk Lembah Pantai sehingga kejayaan demi kejayaan dikecapi.
"Saya anggap ini satu khidmat nasional saya kepada negara. Sebab itu setiap apa yang saya buat saya kena sentiasa suka dan seronok memandangkan latar belakang saya ahli perniagaan.
Bagaimanapun, beliau sedikit kecewa apabila sikapnya yang tidak suka menyerang peribadi orang lain, tetapi menjadi mangsa apabila peribadi hidupnya disentuh termasuk mengaibkan nama baik bapa dan keluarganya.
|
| 'Insya-Allah 5 Mei malam kami' Posted: 03 May 2013 01:27 PM PDT Dengkil: "Dengan izin Allah pada malam 5 Mei nanti Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa di Putrajaya dan Insya-Allah kembali berkuasa di Selangor," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Kenyataan penuh bersemangat yang diucapkan Perdana Menteri itu diikuti laungan dan sorakan daripada ribuan penduduk pada majlis minum pagi Perdana Menteri bersama rakyat di Bilik Gerakan BN DUN Dengkil, di sini, semalam.
Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri dan rakan lain sudah menjelajah ke seluruh pelusuk negara sejak sekian lama dan hasilnya beliau mampu memberi laporan bahawa rakyat Malaysia bersedia menerima BN.
Turut hadir calon BN parlimen Sepang, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, calon BN DUN Dengkil, Shahrom Mohd Shariff, calon BN DUN Sungai Pelek Ng Chok Sin dan calon BN DUN Tanjong Sepat Nisman Yusoff.
"Mereka (rakyat) tahu tanpa BN transformasi nasional tidak akan berlaku dan kita (mungkin) akan menuju masa depan tidak menentu dan mungkin kelam (di bawah pentadbiran pembangkang)...sebab itu mereka yakin dan percaya pilihan rakyat ialah BN," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04 |
| Posted: 03 May 2013 01:27 PM PDT "Jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat lebih kuat dan kukuh untuk lima tahun akan datang, kita dapat buat lebih hebat lagi. Jika tidak, Wawasan 2020 tidak mungkin menjadi kenyataan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, BN memerlukan mandat lebih besar dan kukuh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi memastikan matlamat Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi pada 2020 boleh direalisasikan.
"Justeru, rakyat perlu membuat penilaian dengan bijaksana dan fikiran yang rasional sebelum membuat keputusan siapa yang boleh dipercayai untuk disandarkan masa depan mereka bagi memastikan hari esok yang lebih baik daripada hari ini," katanya.
"Jika semua rakyat bertindak mengikut lunas undang-undang, saya yakin PRU kali ini berjalan lancar," katanya.
Menurutnya, sudah ada tanda-tanda ia boleh dicapai, cuma beliau tidak mahu jentera BN berasa terlalu selesa, sebaliknya mereka perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment