Harian Metro: Setempat |
- Empat parah bertembung
- Akhirnya rumah siap
- Jom imarah masjid
- Dua kampung rangkul anugerah
- Wawasan lawan omongan
| Posted: 01 May 2013 12:21 PM PDT Empat parah termasuk dua pelajar Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) Kampar, Perak apabila dua kenderaan dinaiki mereka bertembung di Kilometer 213.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 1.35 tengah hari, van Perodua Rusa dipandu Khadijah Mohamad, 44, bersama suami, Amjad Javed Ghulam Hussain, 38, bertembung dengan Proton Iswara dipandu Beatrice Lim Hui Lih, 23, dan rakannya, Yip Lilian, 24.
Sumber berkata, van dinaiki pasangan suami isteri itu dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang di lorong sebelah kiri dan bergerak ke tebing rumput di sebelah kiri lebuh raya sebelum berpusing dan terus bergerak melawan arus di lorong tengah.
Menurutnya, pemandu Proton Iswara yang cedera parah di kaki kanan dapat keluar dari kenderaannya yang remuk di bahagian hadapan bersama rakannya yang turut cedera di anggota badan. Sementara itu, Beatrice berkata, ketika kejadian dia bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke kolejnya di Perak, selepas menghabiskan cuti hari pekerja di rumah keluarganya di Batu Pahat, Johor.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh PBK 2 Mohd Asraf Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.37 tengah hari sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera serta 14 anggota.
|
| Posted: 01 May 2013 11:46 AM PDT Bentong: Penantian pembeli Rumah Pangsa Kampung Baru, Bukit Tinggi, di sini, sejak empat tahun lalu, akibat masalah dalaman antara pemaju dan kerajaan negeri berakhir apabila mereka dapat menduduki kediaman itu semalam. Seramai 182 daripada 274 pembeli menerima kunci rumah disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail pada majlis ringkas di perkarangan rumah pangsa berkenaan.
|
| Posted: 01 May 2013 11:45 AM PDT Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui bahagian pengurusan kariah menganjurkan program imarah masjid bagi menarik pelbagai golongan khususnya belia berkunjung ke masjid. Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah JAWI Mohd Basori Umar berkata, usaha dilakukan JAWI dan jawatankuasa kariah masjid itu bertujuan memartabatkan masjid sebagai institusi ibadah dan pertemuan masyarakat menjalankan pelbagai aktiviti.
"Antara ciri manusia yang dinyatakan dalam al-Quran sebagai hamba Allah yang terpilih memakmurkan masjid adalah beriman kepada Allah dan hari akhirat, mendirikan solat dan menunaikan zakat," katanya.
"Orang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid pastinya tergolong di kalangan hamba Allah yang mendapat naungan Allah pada hari akhirat kelak," katanya pada majlis perasmian bulan imarah masjid dan surau peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan di Masjid Ash-Shafie Taman Maluri di sini, semalam. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/02 |
| Posted: 01 May 2013 11:34 AM PDT Setiu: Bekerjasama memastikan keceriaan dan kebersihan kampung sentiasa terbaik menjadi resipi kejayaan Kampung Bukit Wan, Batu Rakit, di sini, dan Kampung Jambi, Batu Pahat, Johor merangkul Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012. Pada majlis penyampaian anugerah yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Bukit Wan, semalam, kedua-dua kampung berkenaan dipilih sebagai johan bersama untuk masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM225,000.
"Kami gembira dengan kemenangan itu meskipun berkongsi dengan Kampung Jambi. Kejayaan itu ditambah dengan kedatangan Perdana Menteri ke kampung kami sempena majlis penyampaian anugerah ini," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/02 |
| Posted: 01 May 2013 11:33 AM PDT Perdana Menteri mengajak rakyat di seluruh negara menilai perbezaan antara program transformasi yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) dan laungan reformasi pembangkang yang hanya menimbulkan kacau bilau di negara ini. Datuk Seri Najib Razak berkata, sebagai kerajaan memerintah BN menyediakan visi yang jelas untuk masa depan negara berpandukan kepada agenda transformasi nasional yang sebahagiannya adalah transformasi masyarakat luar bandar.
"Sebab apa? Sebab reformasi membawa pengertian amalannya yang berlainan, mengajak rakyat berdemonstrasi jalanan.
Menurut Najib, kerajaan kebajikan yang sering dilaungkan pembangkang untuk dilaksanakan sekiranya dapat memerintah negara juga sebenarnya sudah lama dilaksanakan kerajaan BN. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/02 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment