Harian Metro: Global |
- 93 anak masih tidak cukup
- Wajah tua William, Kate
- Fesyen rambut terkini di Jepun
- Ditembak bapa sendiri
- Kulit putih akan jadi penduduk minoriti di Britain pada 2066
- New Zealand larang namakan anak 'Syaitan', 'Dubur'
- Adik-beradik Jacko dilarang masuk mahkamah
- Muslim di Myanmar terus jadi sasaran
- Calon parti Islam gagal dalam ujian baca al-Quran di Aceh
- 72% sokong hukum syariah
| Posted: 01 May 2013 12:22 PM PDT Seorang lelaki Emiriah yang mendakwa mempunyai 93 anak hasil perkahwinannya dengan wanita dari hampir separuh dunia akan memperoleh seorang lagi anak tidak lama lagi. Mohammed Daad Murad yang lebih dikenali sebagai Abu Faisal atau Bid Daad berkata, dia juga akan berkahwin lagi dalam masa terdekat ini.
Penduduk Sharjah yang berusia 67 tahun itu memberitahu sebuah stesen televisyen, semua wanita yang dikahwininya tidak melebihi usia 20 tahun. "Saya sudah berkahwin dengan wanita hampir dari separuh dunia dan kini mempunyai 93 anak. Kami menjangka seorang lagi anak akan dilahirkan dalam masa dua bulan lagi.
"Saya masih inginkan lebih ramai lagi anak," katanya.
|
| Posted: 01 May 2013 10:04 AM PDT London: Duke dan Duchess of Cambridge hanya meraikan ulang tahun kedua perkahwinan semalam dan dengan anak sulung mereka bakal dilahirkan, pasangan diraja berusia 30-an itu menggambarkan golongan muda yang sihat. Tetapi seorang artis dan rakannya telah menjelmakan beberapa imej bagaimana rupa Kate dan William dalam tempoh 50 tahun akan datang.
Kate mungkin baru sahaja berusia 31 tahun dan William pula 30 tahun, tetapi penyelidik dan artis grafik sudah berjaya menjelmakan rupa wajah pasangan berkenaan pada usia 81 dan 80 tahun.
|
| Fesyen rambut terkini di Jepun Posted: 01 May 2013 10:04 AM PDT Tokyo: Sebuah salun rambut di Jepun mentafsirkan semula makna "cutting edge" selepas mengambil inspirasi fesyen daripada buah tomato. Rekaan inovatif itu muncul di daerah Amemura di Osaka dan sudah pun tersebar di Internet.
Sebahagian daripada rambut kemudian dibentuk dan diwarnakan hijau bagi menyerupai tangkai buah tomato. Malangnya seperti juga buah itu, gaya terbabit mempunyai tempoh luput.
Seorang model dilihat tampil dengan gaya rambut kumbang separuh merah dan hitam digandingkan dengan sekumpulan remaja berfesyen rambut warna merah jambu di satu sudut lain.
Rambut panjang seorang model diberikan gaya monokrom dengan belang hitam putih. -Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/02 |
| Posted: 01 May 2013 10:03 AM PDT Seorang wanita Afghanistan ditembak mati oleh bapanya sendiri di depan 300 penduduk selepas dia dituduh memalukan keluarganya apabila melarikan diri daripada suaminya. Mangsa yang hanya dikenali sebagai Halima dan berusia antara 18 hingga 20 tahun mempunyai dua anak, menurut Amnesty International. Dia melarikan diri dengan sepupu lelaki ketika suaminya berada di Iran. Tetapi 10 hari kemudian suaminya memulangkan Halima kepada keluarganya di Kookchaheel di daerah Aabkamari di wilayah barat laut Badghis. Bapanya meminta nasihat orang tua di kampung itu dan tiga daripada mereka mengeluarkan fatwa mengarahkan Halima dibunuh di depan khalayak ramai.
Bapanya dan tiga lagi orang tua di kampung itu yang dikaitkan dengan Taliban sudah melarikan diri.
"Keganasan terhadap wanita terus menjadi wabak di Afghanistan dan mereka yang bertanggungjawab jarang sekali diadili. "Bukan saja wanita menghadapi keganasan daripada anggota keluarga atas alasan memelihara maruah, tetapi wanita sering berdepan penderaan hak kemanusiaan ekoran hukuman daripada sistem keadilan tradisional yang tidak rasmi. "Sistem ini perlu diperbaharui dan polis perlu mencegah hukuman seperti ini dijalankan," katanya. Polis tempatan berkata, mereka masih menyiasat kes itu, tetapi tiada sesiapa yang mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu ditangkap setakat ini.
|
| Kulit putih akan jadi penduduk minoriti di Britain pada 2066 Posted: 01 May 2013 10:01 AM PDT London: Britain akan menjadi negara Barat yang mempunyai penduduk paling banyak etnik di dunia selepas 2050. Satu hasil kajian yang mengejutkan menyatakan, kedatangan imigran secara besar-besaran menyebabkan negara itu mengalami pertumbuhan paling cepat golongan minoriti dan kadar kelahiran di kalangan warga asing.
Coleman juga mendakwa, warga Britain berkulit putih akan menjadi penduduk minoriti menjelang 2066.
Menurutnya, satu-satu cara untuk menyekat perkembangan itu ialah dengan mengekang kebanjiran imigran. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/02 |
| New Zealand larang namakan anak 'Syaitan', 'Dubur' Posted: 01 May 2013 10:00 AM PDT Auckland: Pihak berkuasa New Zealand semalam mengeluarkan senarai nama bayi yang ditolak kerana terlalu ganjil atau meloyakan seperti 'Lucifer' (Syaitan) dan 'Mafia No Fear' . Kenyataan yang dikeluarkan bersama-sama senarai 77 nama yang dilarang itu mendedahkan bagaimana seorang bayi hendak dinamakan 'Anal' (Dubur) sebelum Jabatan Hal Ehwal Dalaman menggunakan kuasa veto untuk menolak cadangan itu. Ada juga ibu bapa yang mencadangkan nama mereka sebagai '.' yang bermakna tanda berhenti. Nama lain yang termasuk dalam senarai itu ialah '4Real,' 'V8,' dan 'Queen Victoria.' Dalam beberapa kes lain, ibu bapa kelihatan hilang punca untuk menamakan anak mereka apabila meletakkan nama anggota tambahan dalam keluarga itu hanya dengan '2nd,' (Kedua) '3rd' (Ketiga) atau '5th' (Kelima).
Pada 2008, mahkamah keluarga New Zealand mengarahkan nama seorang anak 'Talula Does The Hula From Hawaii' ditukar atas alasan ia memalukan dan akan menjadikan kanak-kanak itu bahan ketawa kemudian hari.
|
| Adik-beradik Jacko dilarang masuk mahkamah Posted: 01 May 2013 10:00 AM PDT Los Angeles: Hakim semalam melarang adik-beradik Michael Jackson hadir di mahkamah kerana bimbang kehadiran mereka akan mempengaruhi juri dalam kes saman kira-kira AS$40 bilion (RM120 bilion) keluarga itu. Kesemua Janet, Jermaine, Jackie, Tito, La Toya, Rebbie dan Randy Jackson bersedia tampil sebagai saksi dalam perbicaraan yang dijangka berlangsung selama empat bulan itu. Namun pada hari kedua, peguam syarikat AEG, syarikat yang bertanggungjawab menganjurkan konsert 'This Is It' mempertikai terdapat 'risiko' membenarkan mereka berada dalam kamar mahkamah.
Bagaimanapun, Katherine dibenarkan berada di mahkamah kerana dia adalah plaintif dan peguam keluarga Jackson Brian Panish menegaskan dia memerlukan seorang daripada anaknya menemaninya setiap hari. Randy, 51, menemaninya semalam. Hakim mahkamah agung Los Angeles Yvette Palazuelos berkata: "Randy boleh kekal di sini, tetapi kamu tidak boleh ditemani oleh kelima-lima anak anda dalam mahkamah." Keluarga Jackson mendakwa AEG yang bertanggungjawab terhadap konsert 'This Is It' di Arena O2 London pada 2009 memberikan tekanan kepada penyanyi berusia 50 tahun itu hingga Michael ketagihan ubat, kesihatannya semakin buruk dan mengalami masalah untuk tidur. - The Sun Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/02 |
| Muslim di Myanmar terus jadi sasaran Posted: 01 May 2013 09:59 AM PDT Seorang penduduk Islam terbunuh dalam keganasan anti-Islam terbaru di Myanmar yang turut menyaksikan masjid dan rumah orang Islam di bandar ini dibakar. Rusuhan tercetus kelmarin di bandar kecil Oakkan, kira-kira 100 kilometer ke utara Yangon selepas seorang wanita secara tidak sengaja terlanggar seorang sami hingga menyebabkan mangkuk untuk memungut dermanya terjatuh. "Seorang lelaki mati di hospital akibat kecederaan dialami pagi ini," kata polis tempatan kepada wartawan.
Sehubungan itu, polis Myanmar menahan 18 orang selepas beberapa siri serangan membakar masjid dan kediaman, kata jurucakap presiden, Ye Htut dalam laman Facebooknya.
"Kira-kira 200 hingga 300 orang tiba di kampung kami menunggang motosikal dan memusnahkan masjid. Semua penduduk melarikan diri. "Kami ketakutan dan tidak melawan. Mereka melakukan kemusnahan sesuka hati," kata penduduk Islam, Soe Myint, 48, kepada wartawan. Masjid di kampung itu musnah teruk dan kira-kira 10 kediaman dibakar, menurut wartawan.
Kehadiran sejumlah besar anggota keselamatan dilihat tengah hari semalam di Oakkan, tempat 30 kedai di kawasan pasar bandar itu dimusnahkan, selain masjid.
|
| Calon parti Islam gagal dalam ujian baca al-Quran di Aceh Posted: 01 May 2013 09:56 AM PDT Banda Aceh: Puluhan calon yang akan bertanding untuk merebut 81 kerusi Dewan Undangan Negeri Aceh pada pilihan raya umum 2014 gagal dalam ujian membaca al-Quran. Kemahiran membaca kitab suci itu adalah antara syarat yang ditetapkan undang-undang tempatan sebelum mereka layak bertanding.
"Hanya tiga parti politik yang calonnya lulus 100 peratus dalam ujian itu," katanya.
Aceh ialah satu-satunya wilayah di Indonesia yang dibenarkan mempunyai parti tempatan dan satu-satunya yang mewajibkan bakal calon mahir membaca al-Quran.
Menurutnya, parti dibenar menggantikan calon yang gagal ujian berkenaan dengan calon yang mahir sebelum tarikh yang ditetapkan berakhir. Beliau juga berkata, 83 daripada 1,231 orang yang mendaftarkan diri sebagai calon gagal hadir kerana pelbagai alasan, termasuk sakit dan menunaikan umrah. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/02 |
| Posted: 01 May 2013 09:54 AM PDT Satu kajian terbaru yang dijalankan Pusat Kajian Pew menunjukkan 72 peratus penduduk Islam Indonesia menyokong pelaksanaan undang-undang syariah di negara itu jika diberi pilihan. Kajian itu yang memberi tumpuan pada 39 negara dan membabitkan 38,000 responden mendapati sebahagian besar Muslim, penganut agama kedua terbesar dunia mahukan agama itu bukan setakat membentuk kehidupan peribadi mereka tetapi juga interaksi sosial dan politik mereka.
Di Indonesia, separuh daripada mereka yang menyokong pelaksanaan hukuman itu berkata, ia perlu dikuatkuasakan kepada penduduk Islam dan juga bukan Islam dan hanya 18 peratus percaya bahawa mereka yang murtad perlu dihukum mati.
Seorang penyelidik kanan di Institut Untuk Demokrasi dan Keamanan Setara, Ismail Hasani bagaimanapun sangsi mengenai hasil kajian Pew itu.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment