Harian Metro: Global |
- Lelaki taksub jadi ikan duyung
- Pelajar ada masalah sedu setiap dua saat
- Organ mayat didakwa dicuri
- Tabung amanah rahsia Marcos akan disiasat
- Lelaki samun guna pistol mainan ditahan
- Bendera pemisah dituntut jadi bendera rasmi Aceh
| Lelaki taksub jadi ikan duyung Posted: Tallahassee (Florida): Disebabkan taksub kepada ikan duyung, seorang lelaki Florida menghabiskan masa lebih satu setengah jam tiga kali seminggu untuk 'menukar' dirinya menjadi makhluk mitos itu. Bagi Eric Ducharme, menjadi seperti ikan duyung memang menjadi impiannya sejak terpesona dengan keunikan makhluk berkenaan. Justeru, dalam kesempatan yang terluang, Ducharme akan menyarung 'ekor' khas dari kaki hingga ke pinggangnya untuk berenang serta menyelam.
Kata Ducharme, dia mengamalkan gaya hidup seperti ikan duyung dan ia adalah pilihannya sendiri.
PELBAGAI gaya Ducharme sebagai ikan duyung. DUCHARME berenang dengan memakai 'ekor' ikan duyung. PELBAGAI gaya Ducharme sebagai ikan duyung. Menurut Ducharme, dia mengambil masa yang sangat lama untuk memahami dirinya sendiri.
Katanya, dia sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenainya oleh Ducharme. "Apabila kami berenang, kami membawa diri masing-masing dengan Ducharme bermain-main di kawasan sendiri.
|
| Pelajar ada masalah sedu setiap dua saat Posted: London: Januari lalu, seorang pelajar mengalami sedu yang dianggapnya biasa ketika dia dalam perjalanan ke sekolah. Bagaimanapun, sejak itu hidup Emily Marsh mula berubah apabila sedu itu tidak berhenti sehingga kini, malah dia mengalaminya setiap dua saat.
"Saya melalui beberapa siri imbasan, X-ray dada, pemeriksaan endoskopi, ujian pernafasan serta kajian gastrik," katanya. Doktor juga, kata Emily, memberinya pelbagai jenis ubat yang setakat ini belum menampakkan sebarang hasil. "Saya juga pernah mencuba kaedah rawatan hipnosis tetapi masih belum berhasil," katanya. Dia juga mencuba pelbagai jenis ubat-ubatan alternatif. Kata Emily, selain menyakitkan, gejala itu memang memenatkan apabila terpaksa tersedu dalam kekerapan yang tinggi.
|
| Posted: Tebing Tinggi: Seorang warga Indonesia yang menetap di Malaysia selama enam tahun dan meninggal dunia akibat nahas di Johor Bahru mungkin diambil organnya ketika bedah siasat, kata saudaranya. Pihak berkuasa Malaysia menjalankan bedah siasat terhadap mayat Melpa Suriani Simanjuntak tanpa pengetahuan keluarganya, kata Reni Simanjuntak di Sumatera Utara.
Menurut Reni, Melpa yang tinggal di Malaysia dengan suaminya yang juga rakyat negara berkenaan, mati pada 31 Mac lalu di sebuah hospital di Johor Bahru. Dia dikejarkan ke hospital itu selepas cedera parah dalam nahas langgar lari sehari sebelum itu.
|
| Tabung amanah rahsia Marcos akan disiasat Posted: Manila: Kerajaan Filipina semalam berkata, ia bercadang untuk menyiasat dakwaan bahawa anak perempuan sulung diktator Ferdinand Marcos menjadi benefisiari kepada satu tabung amanah rahsia di luar pesisir. Satu laporan diterbitkan Pusat untuk Siasatan Kewartawanan Filipina mendakwa Imee Marcos, 57, kini gabenor daerah gagal mengisytiharkan tabung amanah di Kepulauan British Virgin itu.
|
| Lelaki samun guna pistol mainan ditahan Posted: Bangkok: Seorang lelaki yang dituduh menggunakan pistol mainan untuk mengancam seorang wanita muda sebelum menyamun dan menyerangnya secara seksual di Samut Prakan ditahan semalam, kata polis. Ketua balai polis Muang Samut Prakan, Kolonel Panlop Airomla berkata, wanita berusia 19 tahun itu memberitahu polis, seorang individu tidak dikenali menceroboh masuk ke bilik sewaannya malam Selasa lalu. Mangsa berkata, lelaki itu mengacukan pistol ke arahnya, mengancam dan meminta wang daripadanya. Wanita itu memberikan 8,000 baht (RM839) kepada penceroboh itu, tetapi dia kemudian memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya. Penceroboh melarikan diri selepas kejadian itu.
|
| Bendera pemisah dituntut jadi bendera rasmi Aceh Posted: Banda Aceh: Beribu-ribu penunjuk perasaan semalam berhimpun di Aceh menyokong usaha pemimpin tempatan untuk menggunakan bendera gerakan pemisah sebagai lambang rasmi wilayah Islam itu. Seramai 3,000 penunjuk perasaan termasuk wanita yang memakai tudung mengibarkan bendera itu bulan sabit putih dan bintang dengan latar belakang berwarna merah ketika protes di ibu negeri wilayah itu, Banda Aceh, kata polis dan saksi. Anggota tentera dan kereta kebal dikerah ke bandar itu ketika Menteri Dalam Negeri Indonesia, Gamawan Fauzi bertemu pemimpin tempatan meminta mereka menarik balik keputusan Parlimen negeri yang membenarkan penggunaan bendera itu di satu-satunya wilayah negara terbabit yang melaksanakan undang-undang Syariah.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment