Harian Metro: Global |
- Senyuman dalam rahim
- Marah ibu mentua dukung anak, wanita bunuh diri
- Monyet milik Bieber dirampas kastam
- 5,000 lari dari Sabah
- Mufti gesa wanita Libya disekat kahwin lelaki asing
- Pyongyang isytihar 'keadaan perang'
- Korea Utara ancam tutup zon perindustrian
- Kerajaan Myanmar enggan bertanggungjawab
| Posted: London: Imej kabur pada skrin hospital adalah gambar pertama untuk kebanyakan bakal ibu bapa melihat anak mereka. Bagaimanapun, perisian pengimejan terkini mampu untuk mempamerkan janin dengan maklumat yang lebih menakjubkan.
Terdapat juga versi 4D yang bermakna ibu bapa boleh melihat anak mereka tersenyum dan menendang dalam perut secara langsung. Ia boleh juga dirakam dan dijadikan dalam bentuk DVD.
FOTO jelas janin membolehkan ibu bapa melihat wajah bayi mereka sebelum dilahirkan. PENGIMEJAN terhasil dengan penambahan warna, tekstur kulit dan bayangan imbasan 3D konvensional. TEKNOLOGI baru imbasan menunjukkan keadaan janin kembar secara terperinci. Beliau juga pakar dalam mengesan kecacatan pada janin pada peringkat awal kehamilan. - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/31 |
| Marah ibu mentua dukung anak, wanita bunuh diri Posted: Situbondo: Seorang wanita, Tutun, 24, mati selepas minum racun serangga apabila mengetahui anak tunggalnya didukung ibu mentuanya, semalam. Suami wanita itu, Didik, sempat membawanya ke hospital di daerah di Jawa Timur ini tetapi dia gagal diselamatkan.
"Dia sering mengancam membunuh diri sekiranya melihat anaknya didukung ibu mentuanya. Punca dia begitu marah dengan ibu suaminya tidak diketahui," kata Ipda. - Kompas Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/31 |
| Monyet milik Bieber dirampas kastam Posted: Munich: Bintang pop Justin Bieber dilapor kecewa selepas monyet peliharaannya dirampas pegawai kastam Jerman. Penyanyi itu yang tingkah laku tidak senonohnya sejak kebelakangan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pembantunya berkeras mahu membawa monyet itu, Mally menaiki jet peribadi untuk penerbangan jauh ke Jerman meskipun tidak mempunyai dokumen untuk menunjukkan kepada pegawai kastam di Munich.
Mally dikuarantin dan bintang remaja itu berdepan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa Jerman serta denda RM50,000.
|
| Posted: Manila: Hampir 5,000 rakyat Filipina melarikan diri dari Sabah sejak pasukan keselamatan Malaysia melancar serangan untuk mengusir pengganas Kiram yang menceroboh negeri itu. Majlis Pengurusan dan Pengurangan Bencana Kebangsaan Filipina berkata, ia mendaftarkan 4,983 orang dewasa dan kanak-kanak yang tiba di selatan negara itu. Pengarah Eksekutif agensi kerajaan itu yang bertanggungjawab terhadap penjagaan mereka yang baru tiba, Paslur Abdullah berkata, jumlah itu mungkin lebih tinggi kerana ramai lagi yang pulang mungkin tidak mendaftarkan diri. "Mereka tiba dengan kapal kecil. Ada yang mendarat tanpa mendaftarkan diri dan disambut oleh anggota keluarga. Kami tidak boleh menahan mereka," katanya.
Pencerobohan berkenaan dan langkah keselamatan yang diambil oleh Malaysia menyebabkan lebih 60 pengganas dan 10 anggota keselamatan Malaysia terbunuh. Ia merenggangkan hubungan Kuala Lumpur dengan Manila. Presiden Benigno Aquino sebelum ini menyuarakan kebimbangan tindakan pengganas Kiram itu akan menjejaskan kehidupan 800,000 rakyat negara itu yang bekerja di Sabah. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/31 |
| Mufti gesa wanita Libya disekat kahwin lelaki asing Posted: Tripoli: Mufti Besar Libya menggesa pihak berkuasa mengharamkan wanita negara itu berkahwin dengan warga asing walaupun mereka beragama Islam dan keturunan Arab. Sheikh Sadeq Al-Gharian mengemukakan cadangan itu atas alasan keselamatan.
Negara Islam Sunni seperti Libya amat sensitif dengan kehadiran golongan Syiah dalam masyarakat mereka menerusi pelbagai cara, termasuk perkahwinan dan pelancongan.
Safwat memberitahu Al-Arabiya dalam satu wawancara bahawa sejak revolusi Iran, ulama Syiah negara itu berusaha untuk menyebarkan fahaman aliran itu ke luar negara terutama di kalangan masyarakat Sunni.
Februari lalu, Dewan Perlembagaan Mahkamah Agung menyekat poligami selepas ia memansuhkan pindaan lama yang mensyaratkan lelaki untuk mendapatkan persetujuan isteri pertama untuk berkahwin lagi. - Al-Arabiya Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/31 |
| Pyongyang isytihar 'keadaan perang' Posted: Seoul: Korea Utara semalam berkata, ia kini 'dalam keadaan berperang' dengan Korea Selatan. Ancaman terbaru itu dikeluarkan sehari selepas pemimpin muda negara itu mengancam Amerika Syarikat kerana menerbangkan pesawat pengebom B-2 dalam misi latihan di Korea Selatan.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan kerajaan, parti politik dan pertubuhan, Korea Utara berkata semalam, ia akan menangani semua hal membabitkan Korea Selatan menurut 'peraturan masa perang.' Ia juga memberi amaran akan bertindak balas terhadap sebarang provokasi oleh Amerika Syarikat dan Korea Selatan tanpa sebarang notis awal.
Kementerian Penyatuan Semula Korea Selatan mengeluarkan kenyataan dengan berkata, ancaman terbaru itu bukan baru dan hanya susulan kepada arahan Kim sebelum ini untuk mengerahkan tentera Korea berjaga-jaga.
Sebagai tanda Korea Utara masih tidak bersedia untuk memulakan peperangan serta-merta, pekerja Korea Selatan masih menyeberang sempadan untuk bekerja di sebuah kilang bersama di Korea Utara yang ditaja oleh Korea Selatan. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/31 |
| Korea Utara ancam tutup zon perindustrian Posted: Pyongyang: Korea Utara semalam mengancam untuk menutup zon perindustrian yang dikendalikannya bersama dengan Korea Selatan. Ancaman itu dibuat dengan alasan Seoul menganggap kompleks itu hanya untuk membantu ekonomi Korea Utara.
"Kami tidak akan teragak-agak untuk menutupnya," menurut laporan agensi berita negara itu, KCNA, memetik kenyataan agensi yang mengendalikan operasi kilang berkenaan. Zon perindustrian itu terletak beberapa kilometer di dalam wilayah Korea Utara dari sempadannya dengan Korea Selatan. -AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/31 |
| Kerajaan Myanmar enggan bertanggungjawab Posted: Yangon: Kerajaan Myanmar semalam menafikan bertanggungjawab terhadap keganasan penganut Buddha ke atas penduduk Islam negara itu. Timbalan Menteri Penerangan, Ye Htut dalam laman Facebooknya menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan Pegawai khas Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tomas Ojea yang berkata kerajaan Myanmar perlu memikir tanggungjawab terhadap keganasan yang menyaksikan puluhan penduduk Islam dibunuh.
Seramai 68 orang ditahan dan berdasarkan jumlah keseluruhan, 163 kejadian ganas dilapor berlaku di 15 bandar.
Keganasan pertempuran berpunca daripada pertengkaran di kedai emas milik peniaga Islam yang kemudian bertukar menjadi rusuhan.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment