Harian Metro: Arena |
- Isu Mat Yo selesai
- ABS puas hati walau kecundang
- KSPRI FC muncul juara
- Thunderbolt belasah 'adik'
- Semangat baru Ngap Sayot
- Azmi puas hati aksi anak buah
- Khyril intai mata penuh
- Perlis tak mahu kecewa
- Tidak rela putih mata
- Devan tidak bimbang bertemu Pahang
| Posted: 10 Jan 2013 10:45 AM PST Petaling Jaya: Isu perpindahan Norshahrul Idlan Talaha dari Kelantan ke Johor Darul Takzim FC (JDT) dianggap selesai oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila Jawatankuasa Status FAM semalam memutuskan pemain paling bernilai kebangsaan itu hanya perlu membayar RM299,000 untuk tebus kontrak kepada bekas majikannya. Bayaran itu hanya membabitkan baki kontrak 13 bulan Norshahrul atau Mat Yo yang sudah dijelaskan pemain itu menerusi bank draf kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) minggu lalu.
"Apabila seorang pemain menamatkan kontrak sebelah pihak, dia hanya perlu membayar tebus kontrak dan tidak perlu membayar yuran perpindahan. FAM juga tidak mengiktiraf tuntutan lain yang membabitkan perjanjian antara majikan dan pemain yang tidak melalui FAM, kerana itu di luar bidang kuasa kami.
Tuntutan itu membabitkan bayaran RM318,500 untuk penamatan kontrak lebih awal berdasarkan jumlah gaji dan elaun rumah selama 13 bulan baki kontrak, pinjaman mudah yang diberikan KAFA kepada pemain itu serta kos kerugian penarikan diri penajaan pasukan.
"KAFA mendakwa Chanturu melanggar kontrak. KAFA sudah memberikan notis kepada Chanturu 3 bulan sebelum kontraknya tamat tapi notis itu tak lengkap kerana tidak menetapkan tarikh rundingan mengikut peraturan perpindahan pemain," kata Takiyuddin.
|
| Posted: 10 Jan 2013 10:11 AM PST Melaka: Pasukan Akademi Bola Sepak Selatan (ABS) dari Ulu Tiram Johor tetap puas hati walaupun muncul naib juara Kejohanan Bola 5S Bawah 12 Tahun anjuran Jabatan Belia Sukan Alor Gajah di Kompleks Rakan Muda Lendu, Alor Gajah baru baru ini. Walaupun tewas final kepada Kiddo Kickers dari Telok Mas, Melaka menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas aksi sepenuh masa terikat 0-0, skuad itu tetap mempersembahkan permainan berkualiti.
Pada separuh akhir, skuad itu mengecewakan CC FC dari Jasin, 2-0.
Sementara itu, Arena FM menduduki tangga ketiga selepas mengatasi CC FC juga menerusi penentuan sepakan penalti 2-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 hingga hujung perlawanan.
|
| Posted: 10 Jan 2013 10:10 AM PST Melaka: Pasukan KSPRI FC muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 15 Tahun anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Paya Rumput Permai, Melaka baru-baru ini. Skuad itu cemerlang mengatasi Seri Bayu FC dari Alor Gajah 2-1 pada aksi final yang berlangsung di padang taman berkenaan.
Pengerusi, R Ganesh berkata, pembabitan remaja dalam aktiviti sukan merapatkan hubungan kaum dan semangat kejiranan dalam komuniti masyarakat.
"Apa yang penting peserta dapat menonjolkan bakat masing-masing terutama apabila ada pasukan turut menyenaraikan pemain berusia 9 dan 10 tahun," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/11 |
| Posted: 10 Jan 2013 09:49 AM PST Kuala Lumpur: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI Thunderbolt) seperti dijangka mudah membelasah 'adik' mereka, SSTMI Junior, 6-0 pada perlawanan pertama saingan Divisyen Satu Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL), semalam. Tampil dengan reputasi hebat muncul juara berganda musim lalu, SSTMI di depan seawal minit ketujuh menerusi M Amirol Aideed Md Arshad sebelum dihadiahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-21 tetapi gagal disempurnakan dengan baik.
SSTMI menambah gol ketiga pada minit ke-38 menerusi Amir Zulkarnain Robangi hasil pukulan sudut penalti sebelum Amirol menjaringkan gol keempat sekali gus hatrik untuknya pada minit ke-54.
"Misi mempertahankan kejuaraan sebenarnya bermula esok (hari ini) apabila bertemu SSBJ (Sekolah Sukan Bukit Jalil) dan saya jangkakan perlawanan itu agak sukar kerana lawan kami mempunyai banyak pemain berbakat," kata jurulatih SSTMI, Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/11 |
| Posted: 10 Jan 2013 09:48 AM PST Kuching: Pembuka tirai saingan Liga M musim ini mencetus fenomena baru bagi Sarawak yang mencatat kemenangan sulung di gelanggang lawan sekali gus meningkatkan semangat mereka mengharungi aksi kedua menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini. "Permulaan yang baik meskipun kami kehilangan Ramesh (Lai Ban Huat) yang dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua. Namun kami memiliki barisan pemain yang boleh mengisi posisi itu dan yakin terhadap perancangan jurulatih, Roberts Alberts.
Sarawak bakal melayan kunjungan UiTM yang tewas 0-2 kepada Kedah di Stadium Negeri dalam misi mencatat kemenangan kedua berturut-turut.
Sarawak kini menghuni tangga keempat, bangkit daripada ketinggalan selepas tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-15 menerusi Antwi Dennis Agyare, Isnin lalu.
Penyerang kelahiran Sabah, Boby Gonzales muncul wira apabila meledak gol kemenangan Sarawak pada minit ke-23. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/11 |
| Posted: 10 Jan 2013 09:47 AM PST Johor Bahru: Skrip awal tampak bakal diterjemahkan dengan kemenangan apabila beraksi di laman sendiri namun ia gagal menjadi kenyataan apabila Johor sekadar seri 0-0 dengan Sime Darby FC pada aksi sulung Liga Perdana di Stadium Larkin, Isnin lalu. Apapun jurulatih Azmi Mohamad tidak panik sebaliknya puas hati dengan persembahan kesebelasan utama yang menguasai perlawanan tapi buntu menjaringkan gol.
"Apapun ia permulaan positif kerana keseluruhan perlawanan dikuasai Johor dan Sime Darby seolah-olah berkampung di kawasan sendiri menyebabkan pemain saya sukar untuk menembusi benteng kebal lawan.
Yang pasti, aksi kedua skuad Merah Biru berdepan NS Betaria, hari ini yang tumpas kepada Polis 0-5 pada aksi pertama mereka harus dijadikan pencetus kebangkitan bagi memburu kemenangan pertama.
"Kecederaan Andre agak serius selepas diterjah dari belakang oleh pertahanan Sime Darby FC manakala Muhd Nazri mengalami kecederaan ringan. Apapun saya harap mereka kembali cergas untuk aksi menentang NS Betaria di Stadium Hang Tuah," kata Azmi. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/11 |
| Posted: 10 Jan 2013 09:47 AM PST Alor Setar: Penyumbang dua gol ketika Kedah mengatasi UiTM Isnin lalu, Khyril Muhymeen Zambri ingin memastikan pasukannya meraih mata penuh dengan terus mencatatkan namanya sebagai penjaring ketika bertemu KL Pos Malaysia di Stadium Darulaman, malam ini. Menurutnya dua jaringan ketika bertemu UiTM hasil usaha bersama rakan sepasukan lain bagi memastikan kemenangan pada perlawanan sulung di Melaka.
"Begitupun masih banyak kelemahan perlu diatasi dan saya harap gandingan dengan rakan lain akan terus membuahkan hasil." Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/11 |
| Posted: 10 Jan 2013 09:46 AM PST "Selepas kecewa kepada Sarawak, kami tidak mahu dikecewakan lagi, perlu kutip sekurang-kurangnya satu mata agar tidak ketinggalan daripada pencabar lain. "Justeru, pemain yang beraksi pada pertemuan menentang KL SPA Putrajaya, perlu bersemangat bagi memastikan keputusan perlawanan tidak mengecewakan," kata ketua jurulatih Perlis, Yunus Alif mengenai aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka, hari ini.
|
| Posted: 10 Jan 2013 09:46 AM PST Seremban: Negeri Sembilan tidak rela berputih mata dan sudah menjanjikan aksi lebih mantap dan terbaik untuk mengecapi kemenangan pertama apabila melayan kunjungan Terengganu pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini. Selepas kecundang kepada Selangor, skuad Hoben Jang Hoben bertekad untuk memastikan kelebihan beraksi di halaman sendiri membawa tuah kemenangan.
"Kami perlu menang bagi meyakinkan penyokong terhadap reputasi pasukan yang mendapat sentuhan ketua jurulatih luar selain pemain tempatan dan import berpengalaman.
Menurut Shahurain, dia yakin penyerang import Emanuel De Porras akan dapat memainkan peranan lebih berkesan.
|
| Devan tidak bimbang bertemu Pahang Posted: 10 Jan 2013 09:45 AM PST Kuala Lumpur: Kemampuan Pahang mengejutkan pasukan berbelanja besar, Johor Darul Takzim pada perlawanan pembuka tirai Selasa lalu, langsung tidak mencetuskan rasa bimbang pengendali Felda United, K Devan menjelang aksi kedua anak buahnya bertemu skuad Tok Gajah, hari ini. Sebaliknya, Devan yang menyaksikan anak buahnya berjaya membawa pulang satu mata berharga selepas seri 1-1 bertemu Terengganu di gelanggang lawan pada perlawanan pertama, lebih gusar dengan prestasi anak buahnya yang pada pandangannya perlu mempamer aksi lebih baik apabila bertemu skuad bimbingan Dollah Salleh, hari ini.
"Selepas perlawanan pertama, saya berpuas hati dengan prestasi mereka tetapi masih ada yang tidak menunjukkan prestasi sebenar," katanya menjelang perlawanan di Stadium MBPJ, hari ini Selasa lalu, anak buah Dollah Salleh mempamer aksi terpuji apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk mencatat kemenangan 3-2 di Stadium Darulmakmur.
"Saya akui dia belum berada pada tahap terbaik, tetapi sumbangannya pada perlawanan bertemu Terengganu wajar menerima pujian.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment