Harian Metro: Global |
- Sajian dari tong sampah
- Suspek kes bunuh hubungi media lepas lari dari penjara
- Pelajar disaran pakai pakaian tradisional di hari graduasi
- 6 ditembak mati pejuang pemisah
- 3 rakan kolej pengebom maraton Boston ditahan
- Datuk bandar digantung kerja, mangsa runtuhan meningkat
- Tertembak adik
- Perunding isu Syria mahu letak jawatan
- 16 korban banjir kilat di Arab Saudi
- Rakyat AS bantah campur tangan
| Posted: 02 May 2013 12:27 PM PDT Sejak empat tahun lalu, tempat pembuangan sampah adalah lokasi kegemaran bagi Kelly Athena kerana ia membekalkan pelbagai bahan keperluan untuk hidangan sehariannya. Dia mempelajari amalan itu selepas menonton sebuah filem dokumentari mengenai sekumpulan orang yang menyelongkar bahan buangan di luar kedai, restoran dan pasar raya untuk mendapatkan makanan luput tarikh.
"Saya sentiasa ketakutan jika satu hari nanti polis menghubungi saya," katanya.
Secara purata, Kelly membawa pulang 12 kotak makanan sehari.
Namun, dia tidak memberitahu mana-mana rakannya mengenai aktiviti itu sehinggalah dia menjemput sebahagian daripada mereka untuk menghadiri parti diadakannya. Kelly kemudian menghidangkan makanan daripada bahan buangan itu kepada tetamunya.
|
| Suspek kes bunuh hubungi media lepas lari dari penjara Posted: 02 May 2013 12:25 PM PDT Manila: Seorang bekas anggota polis yang masih dibicarakan kerana membunuh di Filipina melarikan diri dari penjara semalam dan kemudiannya memalukan pihak berkuasa apabila bercakap melalui telefon kepada pihak media. Bekas superintendan polis Cezar Mancao yang dituduh membunuh seorang publisis terkenal dan pemandunya pada tahun 2000 dengan bersahaja berjalan keluar dari pusat tahanan di Manila dengan bantuan warden penjara, kata pihak berkuasa.
NBI adalah badan siasatan jabatan kehakiman yang sepatutnya melakukan kawalan ketat terhadap pusat tahanan di mana Mancao ditahan.
|
| Pelajar disaran pakai pakaian tradisional di hari graduasi Posted: 02 May 2013 12:24 PM PDT Jakarta: Dalam usaha menghalang pelajar senior daripada menconteng uniform mereka pad ahari akhir persekolahan, Gabenor Joko "Jokowi" Widodo mencadangkan polisi baru menggesa pelajar memakai pakaian tradisional pada hari graduasi mereka. Menulis dan melukis pada uniform pada hari akhir sekolah tinggi sudah menjadi tradisi pelajar Indonesia sebagai cara meluahkan kebebasan daripada alam persekolahan.
"Kami menggalakkan pelajar memakai pakaian tradisional ketika pengumuman (keputusan peperiksaan nasional) agar mereka tidak menjadikan uniform sekolah bahan vandalisme," katanya.
"Kita akan mencubanya di sekolah terpilih dahulu. Jika pelajar rasa selesa memakainya, kita akan melaksanakannya di semua sekolah. Saya tidak mahu kita melupakan pakaian tradisional kita kerana ia membentuk karakter kebangsaan kita," katanya.
|
| 6 ditembak mati pejuang pemisah Posted: 02 May 2013 12:24 PM PDT Pejuang pemisah disyaki menembak mati enam orang, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hanya dua hari selepas rundingan damai di Malaysia bertujuan untuk mengakhiri keganasan yang menemui kebuntuan. Serangan itu berlaku kelmarin apabila empat lelaki bersenjata yang menunggang motosikal berhenti di sebuah kedai runcit di Pattani hanya 500 meter dari pusat pemeriksaan tentera. Lima mangsa ialah penduduk Buddha dan seorang beragama Islam. "Penyerang melepaskan tembakan ke arah kedai sebelum meluru masuk untuk membunuh mangsa. Mereka meninggalkan nota yang bertulis 'balas dendam terhadap yang tidak bersalah'," kata seorang pegawai polis di Pattani kepada media, semalam.
Pembunuhan itu berlaku hanya dua hari selepas pusingan kedua rundingan damai di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur antara kerajaan Thai dan pemimpin Barisan Revolusi Nasional (BRN), satu daripada kumpulan pemisah tertua yang beroperasi di selatan negara itu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03 |
| 3 rakan kolej pengebom maraton Boston ditahan Posted: 02 May 2013 12:23 PM PDT Boston: Tiga rakan kolej suspek pengeboman maraton Boston, Dzhokhar Tsarnaev kelmarin ditahan dan dituduh cuba melindunginya dengan pergi ke asrama suspek dan membuang beg galas yang berisi mercun tiga hari selepas insiden serangan itu. Tiga pemuda berusia 19 tahun itu bagaimanapun tidak didakwa terbabit dalam insiden pengeboman itu. Namun, dalam nota di dokumen mahkamah yang menggariskan pertuduhan, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berkata bahawa kira-kira sebulan sebelum tragedi itu, Dzhokhar memberitahu dua daripada tiga rakannya itu bahawa dia tahu bagaimana untuk membuat bom.
Menurut akaun FBI, hanya beberapa jam selepas foto kamera pengawasan mengenai suspek pengeboman maraton Boston disiarkan ke seluruh dunia pada 18 April lalu, rakan Dzhokhar mengesyaki dia adalah seorang daripada pengebom dan memindahkan beg galas miliknya bersama sebuah komputer riba dari bilik Dzhokhar di Universiti Massachusetts di Dartmouth. Seorang daripada mereka kemudian membuang beg galas itu di tong sampah sebelum ia diangkut ke pusat pelupusan, di mana ia ditemui oleh polis minggu lalu, kata pihak berkuasa.
|
| Datuk bandar digantung kerja, mangsa runtuhan meningkat Posted: 02 May 2013 12:23 PM PDT Dhaka: Datuk Bandar majlis perbandaran di Bangladesh tempat di mana bangunan kilang runtuh dan membunuh lebih 400 orang digantung kerja, kata seorang menteri kerajaan ketika petugas penyelamat masih berusaha mencari mayat yang tertimbus. Jumlah korban yang semakin meningkat akibat bencana pada 24 April lalu itu menimbulkan kemarahan seluruh dunia mengenai tahap keselamatan dan bayaran yang rendah di kebanyakan kilang membuat pakaian untuk jenama Barat, apabila Pope Francis kelmarin menyamakan keadaan pekerja yang mati sebagai "hamba abdi". Operasi menyelamat masih perlahan walaupun jentera berat kini digunakan bagi membersihkan sisa runtuhan Plaza Rana di pusat komersial Savar di pinggir Dhaka dengan lebih banyak mayat ditemui semalam menjadikan angka kematian meningkat kepada 430. "Kami bekerja di sini 24 jam sehari semalam," kata jurucakap tentera Shahinul Islam.
Menteri untuk kerajaan tempatan, Jagangir Kabir Nanak memberitahu wartawan bahawa Datuk Bandar Savar, Mohammad Refat Ullah digantung kerana meluluskan pembinaan Plaza Rana.
|
| Posted: 02 May 2013 12:23 PM PDT Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun tanpa sengaja menembak mati adik perempuannya yang berusia dua tahun, Caroline Starks dengan raifal yang diperolehnya sebagai hadiah tahun lalu, kata pihak berkuasa. Ibu kanak-kanak terbabit ada di kediaman mereka ketika kejadian Selasa lalu itu, tetapi keluar ke halaman "tidak lebih daripada tiga minit", kata pakar koroner daerah Cumberland, Gary White kepada stesen WKYT-TV. White memberitahu akhbar Lexington Herald-Leader bahawa kanak-kanak itu memperoleh raifal .22 kaliber yang dibuat khas untuk kanak-kanak itu sebagai hadiah. Katanya raifal itu disimpan di satu sudut dan keluarga terbabit tidak menyedari ada satu peluru di dalamnya.
"Ia adalah raifal kecil untuk kanak-kanak...Dia biasa bermain tembak-tembak dengan senjata kecil itu," katanya.
Slogan syarikat itu ialah "raifal pertama saya" dan laman webnya mempunyai bahagian "Sudut Kanak-Kanak" dengan foto kanak-kanak di padang menembak memburu burung dan rusa.
|
| Perunding isu Syria mahu letak jawatan Posted: 02 May 2013 12:17 PM PDT New York: Perunding antarabangsa mengenai isu Syria, Lakhdar Brahimi bersungguh-sungguh mahu meletak jawatan kerana dia bosan dengan kebuntuan mengenai cara menamatkan konflik berkenaan. Lakhdar juga yakin peranannya sudah dikompromi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Seorang diplomat kanan di PBB berkata. dia juga mungkin dilantik sebagai penasihat Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon. "Lakhdar mahu menjarakkan dirinya daripada Liga Arab kerana keputusannya bulan lalu untuk mengiktiraf pembangkang Syria," katanya. Diplomat itu berkata, Lakhdar berasa pertubuhan itu cuba mempertikaikan pendirian tidak berpihaknya. Minggu lalu, Syria menuduh Lakhdar berat sebelah dan campur tangan dalam isu Syria selepas dia mengkritik reaksi Damsyik terhadap tawaran pembangkang untuk berunding.
|
| 16 korban banjir kilat di Arab Saudi Posted: 02 May 2013 12:17 PM PDT Riyadh: Hujan lebat dan banjir kilat di beberapa wilayah di Arab Saudi mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang dan tiga lagi mangsa masih hilang. Antara korban bencana itu ialah empat sekeluarga di Baha, dua orang di al-Kharj dan tiga di Aflaj. Menteri Dalam Negeri, Muhammad Naif berkata, tiga mangsa yang belum dikesan ialah warga asing yang berada di Baha. Justeru, katanya, Raja Abdullah mengarahkan Majlis Pertahanan Awam melakukan apa saja yang terdaya untuk memastikan keselamatan orang ramai terjaga.
Katanya, mangsa banjir perlu diberikan bantuan, termasuk tempat berlindung jika kediaman mereka musnah.
Mereka disahkan hilang selepas penyelamat menemui trak yang dinaiki terbalik berhampiran empangan di Aqiq. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03 |
| Rakyat AS bantah campur tangan Posted: 02 May 2013 12:17 PM PDT Kebanyakan warga Amerika tidak mahu Amerika Syarikat campur tangan dalam perang Syria walaupun jika kerajaan di situ menggunakan senjata kimia. Pungutan pendapat Reuters/Ipsos semalam menunjukkan hanya 10 peratus responden berpendapat AS wajar terbabit dalam perang saudara berkenaan, manakala 61 peratus menentang langkah itu.
Sebanyak 44 peratus membantah cadangan itu. Pegawai Ipsos, Julia Clark berkata, berbanding reaksi warga AS terhadap perang Afghanistan dan Iraq, mereka ternyata tidak berminat dengan cadangan kerajaan untuk campur tangan di Syria. Presiden Barack Obama mengelak daripada banyak terbabit dalam konflik Syria walaupun dia mengumumkan tahun lalu, penggunaan senjata kimia oleh Bashar akan dianggap sebagai 'melepasi garisan merah' dan akan bertindak balas. Selasa lalu, Obama berkata, ada bukti menunjukkan senjata kimia digunakan rejim Bashar tetapi tidak dapat dipastikan apa tindakan selanjutnya dari Washington. Sementara itu, kajian menunjukkan ramai warga AS tahu mengenai perkembangan di Syria.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment