Harian Metro: Global |
- Pelagak ngeri maut ketika beraksi
- Budak 9 tahun dibenar pandu Ferrari sempena hari jadi
- Paksa anak angkat jadi ibu tumpang
- Polis buru suspek rogol warga Australia
- Bekas Menteri Kewangan disoalsiasat di Washington
- Henti runding dengan komunis
- Ramai pemisah Uighur ditahan
- Pemimpin Iran makin berlembut dengan Israel
- Cubaan bunuh Wael gagal
- 26 terbunuh
| Pelagak ngeri maut ketika beraksi Posted: 29 Apr 2013 02:14 PM PDT Kolkata: Seorang pemegang rekod dunia Guinness kerana melakukan lagak ngeri menggantung dirinya dengan rambut untuk jarak paling jauh, terbunuh ketika beraksi, kata pihak berkuasa semalam. Anggota polis India, Sailendra Nath Roy, sedang cuba menyeberangi Sungai Teesta di Bengal Barat menggunakan wayar setinggi 180 meter kelmarin.
Insiden itu menyebabkan dia gagal bergerak.
"Selepas 20 minit, dia kaku dan akhirnya diselamatkan polis," katanya.
Selepas dimasukkan ke hospital di Siliguri, 450 kilometer dari tempat kejadian, Roy disahkan mati dan doktor percaya dia mengalami serangan jantung. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/30 |
| Budak 9 tahun dibenar pandu Ferrari sempena hari jadi Posted: 29 Apr 2013 10:09 AM PDT New Delhi: Dakwaan difailkan ke atas seorang lelaki yang membenarkan anak lelakinya - berusia sembilan tahun - memandu kereta Ferrari, kata polis semalam. Mohammed Nisham didakwa membahayakan nyawa dengan membiarkan anaknya itu memandu.
Ketika budak itu memandu, seorang lagi anak Nisham berusia tujuh tahun duduk di tempat penumpang.
|
| Paksa anak angkat jadi ibu tumpang Posted: 29 Apr 2013 10:08 AM PDT Seorang remaja dipaksa ibu angkatnya menjadi ibu tumpang kepada sperma lelaki lain bagi mendapatkan anak, lapor media semalam. Wanita itu dilaporkan tergamak memaksa anak angkatnya kerana dia dilarang untuk mengambil anak angkat lain.
Akhirnya remaja terbabit melahirkan anak ketika berusia 16 tahun. Penghakiman mahkamah sebelum diklasifikasikan sebagai sulit mendedahkan butiran insiden itu yang mencetuskan kebimbangan terhadap peraturan membeli benih melalui Internet. Ibu terbabit mempunyai tiga anak angkat yang diambilnya dari negara lain.
Selepas gagal mengambil anak angkat keempat, dia memaksa anak angkat sedia ada supaya mengandungkan anaknya.
Apabila dia bersalin, bidan yang datang sangat terkejut melihat usianya yang masih muda. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/30 |
| Polis buru suspek rogol warga Australia Posted: 29 Apr 2013 10:05 AM PDT Bali: Polis memburu seorang lelaki yang didakwa memperkosa seorang wanita Australia selepas mengancamnya dengan pisau dalam vilanya di sini. Ketua polis tempatan, Kapten Reinhard Habonaran Nainggolan berkata, wanita berusia 28 tahun itu diserang Sabtu lalu ketika bercuti bersama-sama keluarganya dekat pantai Kuta. Reinhard berkata, seorang lelaki memecah masuk ke bilik mangsa ketika dia tidur, memaksanya membuka peti keselamatan. Selepas mendapati ia kosong, suspek merogol mangsa dan mencuri tiga iPad, dua telefon bimbit dan wang tunai AS$154 (RM467). Serangan terhadap warga asing jarang berlaku di Bali. Bagaimanapun, dua wanita Jepun dibunuh dan seorang diperkosa pada 2009. Serangan terbaru berlaku selepas dua kes rogol berprofil tinggi di India, seorang membabitkan pelancong Switzerland mencetuskan kemarahan dan meningkatkan kebimbangan di kalangan pelancong wanita. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/30 |
| Bekas Menteri Kewangan disoalsiasat di Washington Posted: 29 Apr 2013 10:04 AM PDT Jakarta: Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) kini berada di Amerika Syarikat untuk menyoal siasat beberapa saksi berhubung skandal Bank Century. Mereka yang akan disoal siasat termasuk bekas Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati yang kini menjadi Ketua Pengarah Bank Dunia "Sebenarnya sudah ada jadual untuk menyiasat Sri Mulyani dan kalau tidak silap pada 30 April (hari ini)," kata jurucakap KPK, Johan Budi pada sidang akhbar di Jakarta, semalam.
Pasukan penyiasat KPK terdiri daripada tiga pegawai dan ketuanya yang terbang ke AS pada 22 April lalu. Ketika diajukan soalan siapa yang sudah disiasat pasukan itu, Johan berkata, dia belum dapat mengesahkannya.
|
| Posted: 29 Apr 2013 10:04 AM PDT Kerajaan Filipina tidak lagi berminat untuk mengadakan rundingan damai secara rasmi dengan kumpulan pemberontak komunis negara itu. Jurucakap presiden Edwin Lacierda berkata, kerajaan sebaliknya meningkatkan Rancangan Keselamatan dan Keamanan Dalam Negeri (IPSP) atau 'Oplan Bayanihan'.
"Mereka masih mahu bercakap mengenai perindustrian yang sudah lama kami laksanakan," katanya.
Sebaliknya, kerajaan menimbangkan pendekatan baru yang akan diumumkan kerajaan kelak. Walaupun keputusan kerajaan untuk menghentikan rundingan secara rasmi dengan kumpulan itu, Lacierda berkata, usaha keamanan akan diteruskan.
|
| Posted: 29 Apr 2013 10:03 AM PDT Polis menahan lebih ramai suspek berhubung insiden pertempuran di antara pihak berkuasa dan orang awam yang menyebabkan 21 maut di Xinjiang, barat China, lapor media tempatan semalam. Sebelum ini, lapan suspek sudah ditahan selepas pergaduhan tercetus pada 23 April lalu itu.
"Sejumlah bahan letupan turut dirampas," lapor CCTV.
Seorang pemimpin aktivis Uighur, Dilxat Raxit berkata, kenyataan rasmi kerajaan mengenai insiden berkenaan boleh dipertikaikan.
Sebelum ini, pihak berkuasa mendakwa hanya 10 orang terbunuh terdiri daripada 10 etnik Uighur, tiga etnik Han dan dua penduduk keturunan Mongolia.
|
| Pemimpin Iran makin berlembut dengan Israel Posted: 29 Apr 2013 10:01 AM PDT Teheran: Bekas Presiden Iran yang berpengaruh meluahkan pendirian lebih lembut terhadap musuh ketat negara itu, Israel, berbanding kenyataan anti-Yahudi yang sering diucapkan Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Beberapa akhbar Iran, termasuk akhbar harian propembaharuan Shargh semalam memetik Akbar Hashemi Rafsanjani sebagai berkata: "Kita bukan sedang berperang dengan Israel." Kenyataan itu dilihat sebagai sebahagian daripada perkembangan terbaru di kalangan ahli politik berprofil tinggi Iran, termasuk calon presiden berpotensi bagi memulihkan imej Iran di luar negara.
Minggu lalu, Mohammad Bagher Ghalibaf - Datuk Bandar Teheran yang dianggap calon berpotensi dalam pilihan raya presiden Jun depan berkata, kenyataan anti-Yahudi Mahmoud telah menjejaskan imej Iran. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/30 |
| Posted: 29 Apr 2013 10:00 AM PDT Perdana Menteri Syria Wael al-Halqi terselamat daripada cubaan membunuhnya semalam apabila sebutir bom meledak dekat konvoinya di ibu negara Syria, Damsyik, lapor media kerajaan. Wael bagaimanapun tidak cedera dalam serangan di kawasan kejiranan Mazzeh di barat Damsyik, lapor televisyen kerajaan. Televisyen itu menyiarkan rakaman menunjukkan kereta yang musnah teruk di kawasan itu akibat serangan berkenaan.
Serangan itu bukan yang pertama menyasarkan pegawai tinggi di ibu negara Syria. Pada 18 Julai tahun lalu, satu letupan di bangunan keselamatan kebangsaan di Damsyik berlaku ketika mesyuarat menteri Kabinet, menyebabkan menteri pertahanan dan timbalannya yang juga adik ipar Presiden Bashar al-Assad terbunuh.
|
| Posted: 29 Apr 2013 10:00 AM PDT Lima bom kereta meletup semalam di kawasan awam yang majoriti penduduknya berfahaman Syiah di tengah dan selatan Iraq, menyebabkan 26 orang terbunuh. Letupan itu berlaku ketika keganasan berpunca daripada perbezaan fahaman agama semakin memuncak. Ia turut menyebabkan puluhan penduduk cedera.
Dua bom kereta yang diparkir meletup serentak pada awal pagi di bandar raya Amarah dekat tempat pekerja binaan berkumpul dan di sebuah pasar, menyebabkan 13 orang maut dan 42 lagi cedera.
Sebuah lagi bom kereta meletup di Mahmoudiya kira-kira 30 kilometer ke selatan Baghdad membunuh tiga orang. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/30 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment