Harian Metro: Global |
- Penentang tawan Masjid Ummaiyad
- Tawar isteri untuk disembelih
- Lelaki dakwa ditembak anjing
- 6 minggu 'tumpang' tidur di dalam perpustakaan
- Wanita tertipu beli iPad plastik RM1,500
- Manila usaha kesan penghasut
- 6,500 terjejas akibat banjir selatan Thai
- Dewi puas 'menang' terhadap Jupe
- Pertubuhan Islam desak bubar Densus 88
| Penentang tawan Masjid Ummaiyad Posted: Beirut: Pejuang antikerajaan menguasai kawalan Masjid Umayyad di Aleppo, semalam, selepas berlaku pertempuran sengit beberapa hari di situ. Menurut badan Pemantau Hak Asasi Manusia Untuk Syria, tentera kerajaan terpaksa berundur ke beberapa lokasi di bangunan sekitar masjid terkenal itu.
"Ia menyebabkan siling masjid runtuh, memburukkan lagi kerosakan yang berlaku pada Oktober tahun lalu apabila pelbagai perabot antik dan satu daripada tiang berukir di situ musnah. Masjid Umayyad menjadi tempat umat Islam beribadah sejak abad kelapan, tetapi bangunan asalnya dimusnahkan tentera pada abad ke-13. Sementara itu, Badar Purba di Aleppo menyaksikan pertempuran sengit berlaku berhampiran Istana Keadilan dan Medan Sabaa Baharat.
PEJUANG Tentera Pembebasan Syria dari Briged Pahlawan Utara meninggalkan satu daripada gua mereka untuk bertempur dengan tentera kerajaan di al-Karmid di Jabal al-Zaweya, Idlib, semalam. |
| Posted: New York: Lebih banyak maklumat mengerikan terbongkar dalam perbicaraan seorang anggota bandar raya ini yang dituduh bersubahat membunuh dan memakan wanita. Pendakwa raya berkata, Gilberto Valle, 28, terbabit dalam perbualan di e-mel dengan seorang lelaki Pakistan, Aly Khan mendakwa dirinya penyembelih haiwan dan menghantar Valle video menunjukkan seekor kambing yang dikelar tekaknya.
Di Mahkamah Persekutuan Manhattan, ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Corey Walsh memberi keterangan dengan mengemukakan perbualan dalam talian antara Valle dan Khan tahun lalu, di mana Khan berkata, dia "ingin menyembelih seorang gadis dan menganggapnya sebagai daging". Perbualan berterusan: "Saya membunuh beberapa ekor kambing untuk melihat apa berlaku kepada binatang itu dan bagaimana ia dilakukan," katanya sebagaimana dipetik daripada kenyataan di mahkamah.
Kathleen memaklumkan kepada polis mengenai fantasi seksual suaminya selepas menemui bahan mengerikan pada komputer riba lelaki itu. Valle dan Khan terus berbicara untuk 'memalukan' Kathleen, bergilir-gilir memperkosanya dan kemudian membunuhnya bersama-sama.
Moody Blues mendakwa dia berfantasi makan daging manusia sejak berusia enam tahun, tetapi tidak dapat memenuhi keinginannya hingga 35 tahun kemudian.
|
| Posted: Miami: Seorang lelaki semalam mendakwa dia cedera selepas ditembak anjingnya ketika dia memandu di sebuah lebuh raya di Florida. Gregory Lane Lanier, 35, memberitahu polis, dia menyangka pistol 9mm Beretta yang diletakkan di lantai pikapnya tidak berpeluru.
Lanier mengalami kecederaan di kaki akibat kejadian itu.
|
| 6 minggu 'tumpang' tidur di dalam perpustakaan Posted: New York: Seorang lelaki merempat tidur di perpustakaan Universiti Cambridge selama enam minggu sebelum kakitangan institusi pengajian tinggi itu menyedari dia bukan pelajar. Lelaki terbabit mengambil kesempatan terhadap khidmat perpustakaan selama 24 jam di Kolej St John itu dengan mengekori pelajar memasuki bangunan berkenaan untuk sesi pembelajaran lewat malam sebelum berpura-pura sibuk mencari buku rujukan.
Mereka kemudian menghubungi pentadbir universiti dan dia diarahkan agar beredar. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/01 |
| Wanita tertipu beli iPad plastik RM1,500 Posted: Boston: Seorang wanita berang apabila mendapati iPad yang dibelinya di pasar raya Walmart di sini dengan harga AS$499 (RM1,542) sebenarnya plastik. Suzanne Nassie berkata, dia menyedari ada sesuatu tidak kena sebaik membuka bungkusan yang renyuk itu.
Suzanne membawa alat itu kembali ke pasar raya berkenaan, tetapi tidak dibenarkan bercakap dengan pengurus dan enggan diberikan ganti rugi walaupun dia membawa resit belian dicetak 20 minit sebelum itu. Dia sebaliknya disuruh mengemukakan aduan kepada Apple, syarikat yang mengeluarkan iPad.
Pada November lalu, Emilio Pereda dari Florida memberitahu media, dia membeli iPad palsu daripada peruncit gergasi itu dengan harga $500 (RM1,545).
|
| Posted: Manila: Kerajaan sedang menjalankan siasatan untuk mengesan sumber kewangan pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang menceroboh Sabah, kata pegawai Filipina, semalam. Setiausaha Keadilan Leila de Lima berkata, Manila kini dalam proses mengesahkan laporan bahawa Jamalul Kiram menghantar pengikutnya ke Lahad Datu pada 9 Februari lalu atas hasutan beberapa tokoh yang belum dikenal pasti.
"Dengan tindakan di luar undang-undang mereka, kumpulan terbabit memprovokasi atau memberi sebab untuk perang dan mendedahkan warga Filipina kepada tindak balas," katanya. Jika disabitkan kesalahan, kata Leila, mereka boleh dihukum penjara antara enam hingga 12 tahun. Leila berkata, kumpulan terbabit meletakkan ratusan ribu warga Filipina di Sabah dalam bahaya, selain merosakkan hubungan baik antara Manila dengan Kuala Lumpur. Bagaimanapun, kata Leila, semua tindakan itu masih dalam peringkat kajian dan belum ada arahan dikeluarkan untuk menahan atau memfailkan dakwaan terhadap mereka. Sementara itu, Leila berkata, arahan Aquino terhadap Jamalul Kiram supaya memanggil pulang pengikutnya dari Sabah tidak bermakna mereka menggugurkan tuntutan ke atas wilayah berkenaan. "Kerajaan belum membuat keputusan muktamad terhadap tuntutan Sultan Sulu itu setakat ini.
|
| 6,500 terjejas akibat banjir selatan Thai Posted: Bangkok: Banjir terus melanda selatan Thailand semalam dengan kebanyakan jalan raya tenggelam, sekolah ditutup dan 130 orang dipindahkan. Di Narathiwat, beberapa kawasan ditenggelami air dan menjejaskan kehidupan kira-kira 6,500 penduduk setempat.
Semalam, pihak berkuasa memindahkan 28 orang mangsa banjir ke sebuah sekolah dijadikan pusat petempatan sementara.
Pegawai penyelamat So Hemakul berkata, nilai kerosakan disebabkan banjir itu dianggarkan lebih RM934,000. - The Nation Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/01 |
| Dewi puas 'menang' terhadap Jupe Posted: Jakarta: Dewi Persik mengakui dia puas hati apabila Mahkamah Agung mengekalkan hukuman penjara tiga bulan ke atas penyanyi dangdut, Julia Perez (Jupe). Kata Dewi, dia berasa 'menang' dalam pertikaiannya dengan penyanyi kontroversi itu.
"Sebelum ini saya berasa seolah-olah ada dua pemenang walaupun sepatutnya hanya ada satu pemenang," katanya.
Bagaimanapun, hakim Mahkamah Agung mengekalkan sabitan terdahulu. Sementara itu, Dewi berkata, dia kecewa kerana Jupe membuat rayuan selepas disabitkan kesalahan.
Sumber berkata, Jupe akan ditahan di Penjara Pondok Bambu. - kompas.com Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/01 |
| Pertubuhan Islam desak bubar Densus 88 Posted: Jakarta: Pengerusi Pertubuhan pergerakan Muhammadiyah, Din Syamsuddin, semalam mendesak polis Indonesia membubarkan unit antipengganasnya, Detasement Khusus 88 atau Densus 88. Din membuat desakan itu ketika mengunjungi Ketua Polis Indonesia, Timur Pradopo, di pejabatnya di Jakarta Selatan. Turut serta dalam pertemuan itu ialah wakil Nahdlatul Ulama, Majlis Ugama Islam Indonesia, Al-Irsyadh, Dewan dan Dewan Dakwah.
Pengerusi pertubuhan Islam kedua terbesar Indonesia itu berkata, semua pertubuhan Islam negara itu mahukan jabatan polis membubarkan unit berkenaan.
"Sebelum mangsa ditembak mati, dia diminta beristighfar. Cuba bayangkan. Ajaran agama apa ini. Sudah disuruh bertaubat, kemudian dibunuh," kata Din kepada wartawan selepas pertemuannya dengan Timur. - Republika Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/01 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment