Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Pangsapuri condong

Posted:

Shah Alam: Lebih 1,000 penghuni yang mendiami 240 unit pangsapuri di Seksyen 22, Batu 3, di sini, menyifatkan mereka ibarat menunggu ajal setiap hari berikutan keadaan struktur bangunan 15 tingkat itu mulai condong.

Sehingga kini, tiada siapa membantu penghuni Pangsapuri Indahria itu menyebabkan mereka pasrah dan hanya menanti kediaman menyembah bumi, sekali gus memungkinkan tragedi Highland Tower berulang.


Wakil penduduk, Salmah Harun, 35, berkata, mereka mula menduduki pangsapuri itu pada 2009 dan pada tahun sama, masalah mula timbul apabila berlaku retakan pada struktur tempat letak kereta.

"Pemaju ada membaikinya semula kerana ia masih di bawah selenggaraan mereka namun pada tahun lalu mendapan tanah mula berlaku apabila kaki lima beralun manakala cerucuk yang menyokong keseluruhan bangunan mula kelihatan.


"Mendapan menyebabkan sokongan terhadap cerucuk yang mengawal dan menyokong struktur bangunan itu semakin lemah dan akibatnya seluruh bangunan ini mulai condong," katanya.


Dia yang tinggal di tingkat satu berkata, jika kilat, guruh atau kenderaan berat melalui jalan berhampiran, dia merasai gegaran dan ada kalanya seakan-akan berbuai. Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri berkenaan Ariffuniza Koraini berkata, pihaknya sudah menghantar memorandum kepada Pejabat Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.

Katanya, tindakan itu diambil kerana beberapa siri perbincangan sudah diadakan membabitkan kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pemaju, Jabatan Pengairan Saliran (JPS) dan Institut Kerjaraya Malaysia (IKRAM) sejak April tahun lalu.


Katanya, melalui perbincangan itu pelbagai persetujuan secara lisan sudah dibuat termasuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk namun tiada gerak kerja fizikal dilakukan.

Menurutnya, antara persetujuan yang dicapai ialah peruntukan kecemasan oleh pihak MBSA sebanyak RM250,000 bagi kerja baik pulih kecemasan pada sistem pembetungan pangsapuri itu yang terjejas akibat rekahan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/31

Mendapan teruk perlu lapor PBT

Posted:

Shah Alam: Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul menasihatkan penduduk Pangsapuri Indahria, Seksyen 22, yang mendakwa rumah mereka mengalami mendapan tanah yang teruk melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, itu langkah pencegahan terbaik bagi mengatasi masalah itu untuk mengelak kemalangan jiwa.


Bagaimanapun, jika terdapat laporan mendapan tanah yang teruk dan ia termaktub di bawah bidang kuasa jabatan itu, pihaknya akan menjalankan tinjauan dan memberikan perkhidmatan sewajarnya.

"Prosedur awal yang perlu mereka ambil ialah memaklumkan mendapan tanah dan rekahan pada bangunan kepada PBT di kawasan pentadbiran masing-masing.


"Pihak bomba hanya bertindak sekiranya terdapat aduan mendapan tanah yang teruk dan kemalangan jiwa," katanya ketika dihubungi.


Mengulas mengenai punca masalah hakisan tanah, Mohd Sani berkata, ia bergantung kepada keadaan lokasi di kawasan berkenaan.

Katanya, antara punca hakisan tanah ialah daripada pengaliran air bawah tanah dan struktur tanah yang terhakis disebabkan pengaliran air sungai.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/31

Ayah berhati setan

Posted:

Kangar: Sukar digambarkan penderitaan mental dan fizikal seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Utan Aji, di sini, apabila dijadikan hamba seks oleh ayah kandungnya sejak setahun lalu dengan kejadian terbaru, Isnin lalu.

Selain berulang kali mencabul kehormatan anak bongsunya, lelaki berusia 46 tahun itu turut melakukan perbuatan amat menjijikkan apabila menyumbat lobak merah ke dalam kemaluan mangsa.

Lebih mengaibkan, lelaki terbabit yang juga pemandu lori itu memaksa anaknya merakam segala aksi menggunakan telefon bimbit sebelum rakaman itu dijual kepada rakannya.

Menurut sumber, mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik diperlakukan sedemikian sejak berusia 12 tahun ketika ibunya tiada di rumah dan dipukul jika enggan menuruti kemahuan ayahnya.


"Suspek tidak merogol mangsa, tapi sering menyuruh mangsa berbogel dan meraba kemaluan serta serta payu dara mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/31

Suami isteri kena jel 5 tahun

Posted:

Petaling Jaya: Padah mendera anak saudara perempuan berusia dua tahun sembilan bulan, Oktober tahun lalu, sepasang suami isteri dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku salah terhadap pertuduhan itu.

Majistret KB Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman itu terhadap pemandu lori, Mohd Nasir Abd Majid, 37, dan suri rumah, Zarinah Ab Hadhy, 31, berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 18 Disember tahun lalu.


Terdahulu, ibu mangsa yang dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan impak tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan keadaan anaknya akibat perbuatan tertuduh.

Wanita berusia 28 tahun itu memberitahu mahkamah, dia tidak menyangka kakak kandungnya tergamak melakukan penderaan ke atas anaknya yang ketika kejadian berada di dalam jagaan kedua-dua tertuduh berikutan dia bekerja sehingga lewat malam dan berjumpa anaknya seminggu sekali. "Ketika kejadian saya tak dapat berfikir, cuma saya marah dan geram sebab ketika itu saya hanya fikirkan nyawa anak. Anak saya dah tidak normal macam dulu. Luka di badannya amat teruk dan berada 21 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dipindahkan ke wad pediatrik. "Akibat hentakan kuat di kepala, anak saya kini mengalami masalah penglihatan yang kabur dan dia berjalan agak senget," katanya.


Katanya, dia membayar RM400 sebulan kepada kedua-dua tertuduh untuk menjaga dua anaknya termasuk mangsa serta tidak pernah mengabaikan makan dan minum anak-anaknya.


"Kenapa dia buat anak saya macam ni?," katanya yang juga kapten di sebuah restoran. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai penjaga kanak-kanak itu didakwa melakukan penderaan fizikal ke atas mangsa menyebabkan kecederaan di Blok T-118 Apartment Harmoni No 55 Jalan PJU 10/4C, Damansara Damai, dekat sini pada 14 Oktober tahun lalu hingga 27 Oktober tahun lalu.

Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduh memandangkan mereka keluarga rapat dengan mangsa dan memperlakukan mangsa seolah-olah objek tidak bernyawa yang boleh dipukul sesuka hati.

Bagaimanapun, dalam rayuan meringankan hukuman, Mohd Nasir dan Zarinah yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan mereka mempunyai tiga anak yang masih bersekolah yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/31

'Mungkin Nazmi rasa kesepian'

Posted:

Kuala Lumpur: "Mungkin Nazmi Faiz (Mansor) merasa keseorangan di sana dengan usia yang masih muda tanpa ada bimbingan orang yang lebih dewasa".

Itu pandangan jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee berhubung kontroversi melanda pemain muda berbakat negara yang kini beraksi bersama kelab Portugal, SC Beira-Mar bersama bekas kekasihnya, Tengku Norshufilla Tengku Muhammad Shubli.


"Saya ada bercakap dengannya beberapa hari lalu mengenai perkara ini dan menasihatkan dia untuk melupakannya kerana lebih mustahak baginya adalah pendedahan dan pengalaman yang boleh diraihnya di Portugal yang bermula sejak setahun lalu.

"Menerusi perbualan telefon itu saya dapat merasakan dia memahami maksud dan tujuannya berada di Portugal. Bagi saya, dia masih mentah (berusia 19 tahun) dan saya mengharapkan dia mengambil perkara ini sebagai pengajaran pada masa depan," katanya yang menjadi individu bertanggungjawab memastikan impian pemain terbabit beraksi di Portugal, tercapai.


Malah, menurut Kim Swee, beliau menasihatkan Nazmi Faiz supaya berhati-hati dalam menggunakan lawan sosial lantaran pemain Harimau Muda termasuk dirinya mempunyai pengikut ramai kerana peminat pasti ingin mengetahui perkembangan mereka.


"Namun untuk dia serta pemain lain, saya tidak menganggap menggunakan laman sosial seperti Twitter, salah namun mereka perlu sentiasa berwaspada menggunakannya. Jangan tersalah guna dan mengikut emosi.

"Saya berharap peminat dan penyokong bola sepak tempatan jangan memperbesarkan perkara ini dan terus memberi sokongan kepadanya dalam mengembangkan karier di Eropah," katanya.


Kontroversi membabitkan pemain tengah itu bermula apabila Nazmi Faiz menuduh bekas kekasihnya itu berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit bersama pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan Abd Radzak.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/31

No comments:

Post a Comment