Pages

Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Nazmi sudah 'turun darjat'

Posted:

Kuala Lumpur: Keputusan mengejut bekas pemain SC Beira Mar, Nazmi Faiz Mansor kembali ke Malaysia tanpa penjelasan kukuh, mengundang rasa kecewa dua bekas pemain negara yang pernah berkelana di luar negara.

Mohd Fadzli Saari serta Juzaili Samion yang pernah beraksi di kelab Jerman, SV Wehen pada awal 2000 dan kini menghabiskan sisa-sisa karier mereka dengan beraksi di kancah Liga Malaysia, jelas tidak bersetuju dengan keputusan pemain berusia 19 tahun itu.


Bagi Mohd Fadzli yang kini beraksi bersama Sime Darby FC, jika benar Nazmi mengambil keputusan sendiri untuk pulang ke Malaysia, ia bukanlah keputusan tepat.

"Saya tidak pasti apa alasan sebenar Nazmi, tetapi berdasarkan laporan media, dia sendiri yang buat keputusan untuk pulang dan mungkin itu keputusan yang terbaik baginya.


"Tapi, bagi saya (keputusan Nazmi) itu merugikan kerana dia sudah dapat peluang dan difahamkan mengikat kontrak tiga tahun. Dia baru beberapa bulan di sana dan banyak lagi yang boleh dipelajari jika terus kekal.


"Tidak kisah jika tidak dapat beraksi dalam pasukan utama, asalkan dia mendapat latihan dan pengalaman yang saya anggap cukup berharga kerana tidak akan diperoleh di sini. Peluang itu pasti akan datang, tapi segala-galanya memerlukan kesabaran.

Foto

NAZMI ketika menandatangani kontrak bersama kelab Portugal.

"Saya pernah saksikan sendiri dia bermain dan secara jujur, saya memang mengagumi Nazmi kerana bakatnya cukup luar biasa. Saya yakin satu hari nanti dia pasti menyerlah," katanya.


Bagi Juzaili, dia bersetuju dengan pendapat jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee yang kecewa dan kurang bermotivasi untuk menghantar pemain muda beraksi ke luar negara bagi mengelakkan perkara sama berulang.

"Dia pergi bawa harapan jutaan rakyat Malaysia yang mahu lihat kejayaan pemain negara di pentas tertinggi.


"Bukan senang nak dapat tawaran seperti ini dan pemain berkenaan kena terima setiap cabaran. Jadi keputusan pulang ke Malaysia boleh memberi kesan dan mungkin minat ibu bapa untuk menggalakkan anak mereka bermain bola semakin berkurangan," katanya.


Nazmi menerusi sidang media kelmarin menyatakan dia sendiri membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia dan memilih untuk menyertai PKNS FC yang kini beraksi dalam kancah Liga Super.


Namun jawapan pemain itu kurang meyakinkan apabila mengakui membuat keputusan itu secara mengejut dan tidak dijangkakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

Jaguh hoki dalam dewan

Posted:

Teluk Intan: Kelab Workshop Elite A Angkatan Tentera Malaysia (ATM) muncul juara Kejohanan Hoki 6 Sebelah Dalam Dewan Sempena Kemerdekaan bagi merebut Piala Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Kejohanan edisi keempat anjuran Kelab Tsuyoi Teluk Intan itu menyaksikan Kelab Hoki Workshop Elite A menang besar 5-0 ke atas Kelab Hoki Ipoh Silver Club dalam perlawanan akhir di gelanggang Arena Square, Teluk Intan, baru-baru ini.


Dua gol, masing-masing menerusi jaringan Razali Mohd Azimi dan Mohd Syafiq Yaakob manakala satu lagi sumbangan Mohd Hanif Che Alim sudah memadai untuk membolehkan Kelab Workshop Elite Adari membawa pulang wang tunai sebanyak RM700 berserta pingat dan piala pusingan.

Kelab Ipoh Silver Club yang gagal untuk menyaingi kelab dari ATM itu terpaksa berpuas hati dengan RM400 berserta pingat.


Kelab Workshop Elite B ATM pula menduduki tempat ketiga selepas menumpaskan Parit Buntar dengan jaringan 1-0 bagi menerima RM200 berserta pingat. Kelab Parit Buntar pula menerima RM100 berserta pingat.


Sebelum itu di separuh akhir, Kelab Workshop Elite A ATM menewaskan pasukan adik, Workshop Elite B ATM 1-0 naso; penentuan pukulan stroke selepas kedua-dua pasukan itu terikat 2-2 masa penuh perlawanan, manakala Kelab Ipoh Silver Club menumpaskan Parit Buntar, 3-2.

Hadiah disampaikan Timbalan Pengerusi Belia 4B Negeri Perak, Saiful Adli Arshad manakala majlis pembukaan disempurnakan Pengerusi Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.


Sebanyak 16 pasukan dari dalam dan luar negeri ini mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

Malacca Club terima jersi Celtic FC

Posted:

Melaka: Rakyat Malaysia yang bertugas di United Kingdom, Jonanthan Lee menyumbang 21 jersi kelab Celtic FC, Liga Scotland kepada pelatih kelab bola sepak 'Malacca Club' di Kampung Hailam, Tanjung Kling baru-baru ini.

Beliau yang pulang bercuti di Kampung Bertam Ulu sempena Tahun Baru Cina turut menyaksikan kira-kira 30 pelatih menjalani latihan di padang Rotunda selain memberi tunjuk ajar teknik permainan bola sepak.


Setiausaha program, Tan Chin Yang berkata, kesudian anak jati Melaka menghadiahkan jersi berkenaan membakar semangat peserta menjalani latihan.

Malah kesanggupan Jonathan mengajar peserta memberi impak besar kepada pemain menanam tekad muncul bintang negara satu hari nanti.


Celtic mempunyai rekod juara Piala Liga Perdana Scotland sebanyak 42 kali dan Piala Scotland, 35 kali.


Stadium Celtic Park yang juga stadium bola sepak terbesar di Scotland, mampu menampung 60,832 penyokong dalam satu-satu masa.

Jonathan Lee dijangka berbincang dengan pengurusan Celtic FC bagi membantu mencari peluang pemain dari Malacca Club menjalani latihan di kelab berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

Kayuhan amal bantu rakyat Palestin

Posted:

Melaka: Kayuhan berbasikal sejauh tujuh kilometer (KM) membabitkan 150 peserta berjaya menyumbang RM100,000 bagi mengisi tabung Save Gaza anjuran Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, baru-baru ini.

Program bermula di pejabat CTRM Batu Berendam dan berakhir di Stadium Hang Jebat itu memberi impak besar terhadap sumbangan peserta kepada rakyat Palestin yang dijajah rezim Zionis.


Program membabitkan kelab berbasikal CTRM itu turut disertai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Eksekutif Kumpulan syarikat berkenaan Datuk Rusdi Mahmud.

Rusdi berkata, beliau amat berbangga dengan peranan kelab berkenaan selain kehadiran Mohd Ali, penduduk setempat dan generasi muda yang menyertai kayuhan terbabit.


Katanya, keprihatinan orang ramai dalam program juga adalah simbolik sokongan mereka dalam membantu meringankan penderitaan rakyat di Semenanjung Gaza.


"Selain kayuhan basikal, program lain yang turut diadakan adalah bola sepak dan sukaneka membabitkan kakitangan CTRM, pasukan jemputan dan orang ramai.

"Sumbangan ini adalah satu khidmat masyarakat CTRM dan kerajaan negeri dalam membantu insan kurang bernasib baik. Pembabitan semua pihak termasuk peserta berbilang kaum turut menyokong gaya hidup sihat menerusi sukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

De Porras kian membara bantu NS

Posted:

Seremban: Selepas membantu Negeri Sembilan memenangi perlawanan pertama Piala FA menewaskan UiTM FC, 2-0, bulan lalu, semangat penyerang import, Emanuel Matias De Porras kian membara untuk terus memastikan skuad berkenaan cemerlang pada saingan Liga Super, yang akan bersambung 16 Februari ini.

Penyerang dari Argentina berusia 31 tahun itu mengakui amat menyedari harapan rakan dan penyokong setia Hoben Jang Hoben terhadapnya untuk merealisasikan kejayaan pasukan yang sebenarnya terletak di bahu semua pemain.


Selepas gagal melakukan penyudahan tepat dalam tiga daripada lima perlawanan liga sebelum ini, De Porras kini bertekad untuk menutup kelemahan itu pada perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, nanti.

"Saya bertekad untuk bersungguh-sungguh melaksanakan tugas dan tanggungjawab diamanahkan sebaik mungkin dan berharap dapat menjaringkan gol pada pertemuan dengan ATM bagi membantu pasukan mencapai kemenangan.


"Memang menjadi impian saya seboleh-bolehnya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan tetapi mengakui kecederaan yang saya alami pada saingan awal liga menjejaskan sedikit persembahan, hingga terpaksa diketepikan dalam dua perlawanan.


"Tetapi selepas dapat menjaringkan gol dalam saingan Piala FA, saya mendapat keyakinan baru dan berazam meneruskan aksi terbaik itu pada pertembungan dengan ATM nanti," katanya semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

PAFA mahu isi dua jawatan kosong

Posted:

Ipoh: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mempelawa mereka yang berkelayakan memohon dua jawatan kosong di persatuan itu.

Setiausaha PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, dua jawatan itu ialah Pengurus Pembangunan Perniagaan PAFA Holdings dan Ketua Jurulatih Akademi Bola Sepak PAFA.


Untuk jawatan Pengurus pembangunan, calon mestilah berumur 30 tahun ke atas dan memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengurusan perniagaan/ekonomi atau setaraf dengannya.

Katanya calon juga mesti fasih dalam Bahasa Inggeris serta mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang pengurusan perniagaan/ekonomi dan berpengalaman dalam bidang pengurusan hartanah.


Bagi jawatan ketua jurulatih akademi pula, calon mesti memiliki lesen `A' kejurulatihan dan sekurang-kurangnya tujuh tahun pengalaman sebagai jurulatih di peringkat belia serta berkebolehan berkomunikasi dengan baik.


Mereka yang berminat boleh menghantar maklumat peribadi (resume) melalui pos atau datang sendiri ke pejabat PAFA di 70A, Jalan Kamaruddin Isa, 30400, Fair Park, Ipoh.

Tarikh tutup permohonan, 15 Februari ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

Azraai hela nafas lega, pemain pulih

Posted:

Ipoh: Jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah menghela nafas lega apabila semua pemain Seladang yang mengalami kecederaan, pulih sepenuhnya.

Pemain terbabit, Shahrulnizam Mustapa, S Chanturu, V Thirumurugan, Mohd Noor Hazrul, Mohd Sharom Kalam, Mohd Nasir Basharuddin, Mohd Rafiuddin Roddin serta awang import, Karim Rouani sudah menyertai latihan pasukan.


"Tiada lagi masalah kecederaan. Semua sudah menyertai latihan sejak kelmarin.

"Ini petanda baik buat Perak. Ia bermakna saya akan mempunyai lebih banyak pilihan ketika menamakan kesebelasan permulaan nanti selepas ini," katanya.


Sebelum ini Azraai dilanda krisis kecederaan meruncing hingga terpaksa merombak barisan serta menggunakan khidmat pemain muda dari skuad Piala Presiden dalam enam perlawanan awal, termasuk satu Piala FA.


Apapun jurulatih itu berjaya mengadun ramuan berkesan yang menyaksikan Perak mengutip tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri daripada lima perlawanan setakat ini.

Bagaimanapun, percaturan Azraai tidak menjadi apabila Perak tersingkir di pusingan awal Piala FA apabila tumpas 0-1 kepada Johor Darul Takzim.


Begitupun Azraai sedar dia tidak boleh terlalu gopoh dan terburu-buru menggunakan khidmat pemain terbabit kerana bimbang kecederaan mereka akan berulang.

"Saya perlu berhati-hati serta tidak boleh terlalu rakus dan ghairah untuk menurunkan mereka.


"Mungkin saya akan memperkenalkan mereka ke dalam perlawanan secara beransur-ansur sehingga mereka betul-betul bersedia mengharungi aksi sepenuhnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

De Porras makin membara bantu Jang

Posted:

Seremban: Selepas membantu Negeri Sembilan memenangi perlawanan pertama Piala FA menewaskan UiTM FC, 2-0, bulan lalu, semangat penyerang import, Emanuel Matias De Porras kian membara untuk terus memastikan skuad berkenaan cemerlang pada saingan Liga Super, yang akan bersambung 16 Februari ini.

Penyerang dari Argentina berusia 31 tahun itu mengakui amat menyedari harapan rakan dan penyokong setia Hoben Jang Hoben terhadapnya untuk merealisasikan kejayaan pasukan yang sebenarnya terletak di bahu semua pemain.


Selepas gagal melakukan penyudahan tepat dalam tiga daripada lima perlawanan liga sebelum ini, De Por ras kini bertekad untuk menutup kelemahan itu pada perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, nanti.

"Saya bertekad untuk bersungguh-sungguh melaksanakan tugas dan tanggungjawab diamanahkan sebaik mungkin dan berharap dapat menjaringkan gol pada pertemuan dengan ATM bagi membantu pasukan mencapai kemenangan.


"Memang menjadi impian saya seboleh-bolehnya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan tetapi mengakui kecederaan yang saya alami pada saingan awal liga menjejaskan sedikit persembahan, hingga terpaksa diketepikan dalam dua perlawanan.


"Tetapi selepas dapat menjaringkan gol dalam saingan Piala FA, saya mendapat keyakinan baru dan berazam meneruskan aksi terbaik itu pada pertembungan dengan ATM nanti," katanya semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

Pengajaran bermakna

Posted:

Doha: Pemain pertahanan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak menganggap kekalahan Malaysia 0-3 kepada Iraq dalam aksi persahabatan antarabangsa Jumaat lalu membuktikan 'skuad tempang' Harimau Malaya masih mampu memberikan tentangan.

Aidil yang dilantik sebagai kapten selepas ketiadaan Safiq Rahim akibat penggantungan perlawanan berkata, tanpa ramai pemain utama yang mengalami kecederaan, skuad kebangsaan sebenarnya masih lagi 'bernyawa'.


"Walaupun kami kalah 3-0, peluang bermain dengan Iraq yang beraksi di final Gulf Cup (Piala Negara-Negara Teluk) baru-baru ini memberi pengalaman cukup baik kepada pemain khususnya mereka yang jarang mendapat peluang beraksi bersama pasukan kebangsaan.

"Secara keseluruhan kami bermain dengan baik kerana ini perlawanan pertama selepas semua pemain berlatih bersama," katanya ketika ditemui Arena Metro di Doha semalam.


Perlawanan persahabatan skuad kebangsaan menentang Iraq di Dubai, Jumaat lalu bukan berstatus A selepas kedua-dua pasukan bersetuju untuk membuat pertukaran lebih enam pemain.


Dalam perlawanan itu, Rajagobal terpaksa menguji gandingan baru khususnya di bahagian serangan dengan menggandingkan Khyril Muhymeen Zambri dan penyerang veteran Mohd Amri Yahyah manakala Abdul Shukor Jusoh mengemudi barisan tengah bersama Mohd Shakir Shaari.

Kombinasi baru itu terpaksa dilakukan selepas Harimau Malaya kehilangan 10 pemain akibat kecederaan termasuk penyerang Mohd Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.


Namun percaturan itu belum cukup untuk menghalang juara Piala Asia 2007, Iraq yang menghuni tangga ke-89 dunia berbanding Malaysia, 158 membolosi gawang skuad kebangsaan yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat menerusi jaringan Mustafa Nadhim (m-13), Muhand Abd Rahim (m-37) dan Ismail Durgham (m-66).

Aidil berkata, kehadiran pemain baru dalam pasukan juga memberikan kelebihan dan berharap prestasi mereka akan dapat ditingkatkan menjelang pertembungan dengan Qatar pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 Rabu ini.


"Gol yang dijaringkan Iraq berpunca daripada kelalaian sendiri, kami gagal berkomunikasi dengan baik. Semalam (kelmarin) semua pemain beri aksi 100 peratus dan lebih bersemangat kerana bermain tanpa tekanan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

Rajagobal enggan komen pasal Nazmi

Posted:

Doha: "Saya tidak mahu komen mengenai dia (Muhd Nazmi Faiz Mansor), sekarang saya cuma mahu fokus dengan persiapan pasukan," kata ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal ketika diminta mengulas mengenai tindakan Nazmi yang pulang mengejut dari Portugal, Khamis lalu untuk menyertai PKNS FC.

Isu Nazmi yang bertindak menamatkan kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, SC Beira-Mar untuk mewakili kelab Liga Super itu mendapat liputan meluas media dan hangat diperkatakan peminat bola sepak tempatan ketika ini.


Ramai berpendapat tindakan pemain tengah berusia 19 tahun itu pulang ke tanah air satu langkah ke belakang untuk mengembangkan kariernya.

Sebelum ini pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal menyatakan kesediaan untuk memantau perkembangan pemain tempatan yang beraksi di luar negara termasuk Nazmi bagi mewakili Harimau Malaya kendalian Rajagobal.


Bagaimanapun, Rajagobal yang kini sibuk dengan persiapan terakhir skuad kebangsaan bagi aksi sulung kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar di Stadium Jassim Bin Hamad, Rabu ini enggan menyentuh soal tindakan Nazmi itu.


"Saya hanya lebih memikirkan soal pasukan ini yang kehilangan 10 pemain (cedera) dan persiapan pasukan menentang Qatar.

"Selepas perlawanan ini kami akan bincangkan perkara ini, tapi sekarang fokus saya hanyalah mengenai pasukan. Saya fikir seluruh rakyat Malaysia perlu memberikan perhatian kepada pasukan ini dan bukan agenda lain," katanya ketika di Doha semalam.


Tempoh singkat sebelum turun menentang Qatar yang dikendalikan jurulatih baru, Fahad Thani ingin digunakan sebaik-baiknya Rajagobal untuk memantapkan pasukan selepas mereka tumpas 3-0 pada aksi persahabatan dengan Iraq di Dubai, Jumaat lalu.

Qatar antara pasukan pilihan dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015 Kumpulan D selain Bahrain dan Yaman mendapat suntikan semangat dengan mengalahkan Lubnan 1-0 dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

No comments:

Post a Comment