Harian Metro: Arena |
- Nazmi sudah 'turun darjat'
- Jaguh hoki dalam dewan
- Malacca Club terima jersi Celtic FC
- Kayuhan amal bantu rakyat Palestin
- De Porras kian membara bantu NS
- PAFA mahu isi dua jawatan kosong
- Azraai hela nafas lega, pemain pulih
- De Porras makin membara bantu Jang
- Pengajaran bermakna
- Rajagobal enggan komen pasal Nazmi
| Posted: Kuala Lumpur: Keputusan mengejut bekas pemain SC Beira Mar, Nazmi Faiz Mansor kembali ke Malaysia tanpa penjelasan kukuh, mengundang rasa kecewa dua bekas pemain negara yang pernah berkelana di luar negara. Mohd Fadzli Saari serta Juzaili Samion yang pernah beraksi di kelab Jerman, SV Wehen pada awal 2000 dan kini menghabiskan sisa-sisa karier mereka dengan beraksi di kancah Liga Malaysia, jelas tidak bersetuju dengan keputusan pemain berusia 19 tahun itu.
"Saya tidak pasti apa alasan sebenar Nazmi, tetapi berdasarkan laporan media, dia sendiri yang buat keputusan untuk pulang dan mungkin itu keputusan yang terbaik baginya.
NAZMI ketika menandatangani kontrak bersama kelab Portugal. "Saya pernah saksikan sendiri dia bermain dan secara jujur, saya memang mengagumi Nazmi kerana bakatnya cukup luar biasa. Saya yakin satu hari nanti dia pasti menyerlah," katanya.
"Dia pergi bawa harapan jutaan rakyat Malaysia yang mahu lihat kejayaan pemain negara di pentas tertinggi.
|
| Posted: Teluk Intan: Kelab Workshop Elite A Angkatan Tentera Malaysia (ATM) muncul juara Kejohanan Hoki 6 Sebelah Dalam Dewan Sempena Kemerdekaan bagi merebut Piala Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. Kejohanan edisi keempat anjuran Kelab Tsuyoi Teluk Intan itu menyaksikan Kelab Hoki Workshop Elite A menang besar 5-0 ke atas Kelab Hoki Ipoh Silver Club dalam perlawanan akhir di gelanggang Arena Square, Teluk Intan, baru-baru ini.
Kelab Ipoh Silver Club yang gagal untuk menyaingi kelab dari ATM itu terpaksa berpuas hati dengan RM400 berserta pingat.
Hadiah disampaikan Timbalan Pengerusi Belia 4B Negeri Perak, Saiful Adli Arshad manakala majlis pembukaan disempurnakan Pengerusi Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.
|
| Malacca Club terima jersi Celtic FC Posted: Melaka: Rakyat Malaysia yang bertugas di United Kingdom, Jonanthan Lee menyumbang 21 jersi kelab Celtic FC, Liga Scotland kepada pelatih kelab bola sepak 'Malacca Club' di Kampung Hailam, Tanjung Kling baru-baru ini. Beliau yang pulang bercuti di Kampung Bertam Ulu sempena Tahun Baru Cina turut menyaksikan kira-kira 30 pelatih menjalani latihan di padang Rotunda selain memberi tunjuk ajar teknik permainan bola sepak.
Malah kesanggupan Jonathan mengajar peserta memberi impak besar kepada pemain menanam tekad muncul bintang negara satu hari nanti.
Jonathan Lee dijangka berbincang dengan pengurusan Celtic FC bagi membantu mencari peluang pemain dari Malacca Club menjalani latihan di kelab berkenaan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04 |
| Kayuhan amal bantu rakyat Palestin Posted: Melaka: Kayuhan berbasikal sejauh tujuh kilometer (KM) membabitkan 150 peserta berjaya menyumbang RM100,000 bagi mengisi tabung Save Gaza anjuran Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, baru-baru ini. Program bermula di pejabat CTRM Batu Berendam dan berakhir di Stadium Hang Jebat itu memberi impak besar terhadap sumbangan peserta kepada rakyat Palestin yang dijajah rezim Zionis.
Rusdi berkata, beliau amat berbangga dengan peranan kelab berkenaan selain kehadiran Mohd Ali, penduduk setempat dan generasi muda yang menyertai kayuhan terbabit.
"Sumbangan ini adalah satu khidmat masyarakat CTRM dan kerajaan negeri dalam membantu insan kurang bernasib baik. Pembabitan semua pihak termasuk peserta berbilang kaum turut menyokong gaya hidup sihat menerusi sukan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04 |
| De Porras kian membara bantu NS Posted: Seremban: Selepas membantu Negeri Sembilan memenangi perlawanan pertama Piala FA menewaskan UiTM FC, 2-0, bulan lalu, semangat penyerang import, Emanuel Matias De Porras kian membara untuk terus memastikan skuad berkenaan cemerlang pada saingan Liga Super, yang akan bersambung 16 Februari ini. Penyerang dari Argentina berusia 31 tahun itu mengakui amat menyedari harapan rakan dan penyokong setia Hoben Jang Hoben terhadapnya untuk merealisasikan kejayaan pasukan yang sebenarnya terletak di bahu semua pemain.
"Saya bertekad untuk bersungguh-sungguh melaksanakan tugas dan tanggungjawab diamanahkan sebaik mungkin dan berharap dapat menjaringkan gol pada pertemuan dengan ATM bagi membantu pasukan mencapai kemenangan.
|
| PAFA mahu isi dua jawatan kosong Posted: Ipoh: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mempelawa mereka yang berkelayakan memohon dua jawatan kosong di persatuan itu. Setiausaha PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, dua jawatan itu ialah Pengurus Pembangunan Perniagaan PAFA Holdings dan Ketua Jurulatih Akademi Bola Sepak PAFA.
Katanya calon juga mesti fasih dalam Bahasa Inggeris serta mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang pengurusan perniagaan/ekonomi dan berpengalaman dalam bidang pengurusan hartanah.
Tarikh tutup permohonan, 15 Februari ini. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04 |
| Azraai hela nafas lega, pemain pulih Posted: Ipoh: Jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah menghela nafas lega apabila semua pemain Seladang yang mengalami kecederaan, pulih sepenuhnya. Pemain terbabit, Shahrulnizam Mustapa, S Chanturu, V Thirumurugan, Mohd Noor Hazrul, Mohd Sharom Kalam, Mohd Nasir Basharuddin, Mohd Rafiuddin Roddin serta awang import, Karim Rouani sudah menyertai latihan pasukan.
"Ini petanda baik buat Perak. Ia bermakna saya akan mempunyai lebih banyak pilihan ketika menamakan kesebelasan permulaan nanti selepas ini," katanya.
Bagaimanapun, percaturan Azraai tidak menjadi apabila Perak tersingkir di pusingan awal Piala FA apabila tumpas 0-1 kepada Johor Darul Takzim.
"Saya perlu berhati-hati serta tidak boleh terlalu rakus dan ghairah untuk menurunkan mereka.
|
| De Porras makin membara bantu Jang Posted: Seremban: Selepas membantu Negeri Sembilan memenangi perlawanan pertama Piala FA menewaskan UiTM FC, 2-0, bulan lalu, semangat penyerang import, Emanuel Matias De Porras kian membara untuk terus memastikan skuad berkenaan cemerlang pada saingan Liga Super, yang akan bersambung 16 Februari ini. Penyerang dari Argentina berusia 31 tahun itu mengakui amat menyedari harapan rakan dan penyokong setia Hoben Jang Hoben terhadapnya untuk merealisasikan kejayaan pasukan yang sebenarnya terletak di bahu semua pemain.
"Saya bertekad untuk bersungguh-sungguh melaksanakan tugas dan tanggungjawab diamanahkan sebaik mungkin dan berharap dapat menjaringkan gol pada pertemuan dengan ATM bagi membantu pasukan mencapai kemenangan.
|
| Posted: Doha: Pemain pertahanan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak menganggap kekalahan Malaysia 0-3 kepada Iraq dalam aksi persahabatan antarabangsa Jumaat lalu membuktikan 'skuad tempang' Harimau Malaya masih mampu memberikan tentangan. Aidil yang dilantik sebagai kapten selepas ketiadaan Safiq Rahim akibat penggantungan perlawanan berkata, tanpa ramai pemain utama yang mengalami kecederaan, skuad kebangsaan sebenarnya masih lagi 'bernyawa'.
"Secara keseluruhan kami bermain dengan baik kerana ini perlawanan pertama selepas semua pemain berlatih bersama," katanya ketika ditemui Arena Metro di Doha semalam.
Kombinasi baru itu terpaksa dilakukan selepas Harimau Malaya kehilangan 10 pemain akibat kecederaan termasuk penyerang Mohd Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.
Aidil berkata, kehadiran pemain baru dalam pasukan juga memberikan kelebihan dan berharap prestasi mereka akan dapat ditingkatkan menjelang pertembungan dengan Qatar pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 Rabu ini.
|
| Rajagobal enggan komen pasal Nazmi Posted: Doha: "Saya tidak mahu komen mengenai dia (Muhd Nazmi Faiz Mansor), sekarang saya cuma mahu fokus dengan persiapan pasukan," kata ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal ketika diminta mengulas mengenai tindakan Nazmi yang pulang mengejut dari Portugal, Khamis lalu untuk menyertai PKNS FC. Isu Nazmi yang bertindak menamatkan kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, SC Beira-Mar untuk mewakili kelab Liga Super itu mendapat liputan meluas media dan hangat diperkatakan peminat bola sepak tempatan ketika ini.
Sebelum ini pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal menyatakan kesediaan untuk memantau perkembangan pemain tempatan yang beraksi di luar negara termasuk Nazmi bagi mewakili Harimau Malaya kendalian Rajagobal.
"Selepas perlawanan ini kami akan bincangkan perkara ini, tapi sekarang fokus saya hanyalah mengenai pasukan. Saya fikir seluruh rakyat Malaysia perlu memberikan perhatian kepada pasukan ini dan bukan agenda lain," katanya ketika di Doha semalam.
Qatar antara pasukan pilihan dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015 Kumpulan D selain Bahrain dan Yaman mendapat suntikan semangat dengan mengalahkan Lubnan 1-0 dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment