Harian Metro: Setempat |
- Lari sebelum kahwin
- Pemaju diarah baiki pangsapuri condong
- Peragut patah kaki rempuh kereta
- Tiga pelancong sesat lima jam di hutan
- 'Messi' sekolah minggu depan
| Posted: Kuala Lumpur: Gara-gara salah faham, sepasang kekasih orang kelainan upaya (OKU) yang bakal berkahwin bertindak lari dari rumah dipercayai bersama kekasihnya itu selepas membuat permohonan bantuan Baitulmal pada 10 Januari lalu. Pasangan OKU Mohd Azwan Alimat, 19, menghidap masalah lembam dan teman wanitanya, Kasma Saari, 49, yang lembam dan kerdil dikatakan menghilangkan diri selepas membuat permohonan itu.
"Sebelum itu, saya bersama anak dan Kasma ke Baitulmal untuk membuat permohonan bantuan bulanan OKU sebelum pulang ke rumah di Taman Datuk Senu kira-kira jam 12.30 tengah hari.
RUSSIAH menunjukkan pasangan OKU yang lari dari rumah. "Risau keselamatan anak, saya membuat laporan polis di Balai Polis Sentul dan sehingga hari ini belum menerima sebarang khabar dari mereka," katanya.
Russiah meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pasangan berkenaan untuk menghubunginya di talian 012-9203094 atau ke balai polis berhampiran. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01 |
| Pemaju diarah baiki pangsapuri condong Posted: Shah Alam: Kerajaan negeri sudah mengarahkan pemaju pangsapuri Indahria, Seksyen 22, Batu Tiga, di sini, untuk membaiki kerosakan struktur dan mendapan yang berlaku di pangsapuri berkenaan dalam masa terdekat. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) petang kelmarin.
"Kalau MBSA yang menjalankan kerja pembaikan, syarikat pemaju akan dikenakan tindakan dan perlu menanggung kos pembaikan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sistem Pengurusan Sosial Negeri Selangor, di sini, semalam. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01 |
| Peragut patah kaki rempuh kereta Posted: Kulim: Dua peragut bernasib malang apabila bukan saja gagal meragut telefon bimbit milik seorang lelaki, malah seorang daripada mereka patah kaki kanan selepas terbabit kemalangan ketika cuba melarikan diri, kelmarin. Kejadian berlaku jam 5 petang di Jalan Kelang Lama, di sini, apabila motosikal yang dinaiki dua suspek berusia 23 dan 30 tahun terbabit memecut sebelum merempuh belakang sebuah kereta ketika dikejar polis serta ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM). Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai identiti suspek dan nombor pendaftaran motosikal mereka selepas cuba meragut telefon bimbit milik seorang lelaki berusia 40 tahun di pekan Kulim.
"Namun, tindakan suspek gagal apabila motosikal ditunggangi mereka merempuh belakang sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasar malam Kelang Lama menyebabkan kedua-dua lelaki itu terjatuh daripada motosikal lalu ditahan polis.
|
| Tiga pelancong sesat lima jam di hutan Posted: Pangkor: Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat Pulau Pangkor berjaya menyelamatkan tiga pelancong warga asing yang tersesat lebih lima jam di kawasan Hutan Simpan Teluk Dalam, di sini, semalam. Warga Perancis, Saladin Lorene, 24, dan Edmond Jonathan, 26, dan seorang lagi warga Austria yang hanya dikenali sebagai Hervet Skcenkr bersiar-siar kawasan hutan itu pada jam 10 pagi, tetapi dilaporkan tersesat.
Katanya, pihak bomba yang dimaklumkan kejadian itu menghantar lima anggotanya diketuai Pegawai Bomba Kanan 2 Abdul Aziz Yahaya bagi mengesan mangsa.
Nadzir berkata, kejadian itu yang ketiga sejak awal tahun ini dan sebelum ini, tiga pelancong Perancis, Jepun dan Hong Kong tersesat dalam dua kejadian berasingan.
|
| Posted: Kota Bharu: Remaja keciciran sekolah, Sufian Mat, 17, yang pernah digelar 'Messi Malaysia' boleh memulakan persekolahan seperti biasa minggu depan. Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Zahari Daud yang mengesahkan perkara itu berkata, remaja terbabit diminta datang ke pejabat Jabatan Pelajaran Kelantan Ahad ini, bagi mendapatkan surat kebenaran bersekolah.
"Kita sudah berjumpa bapa saudara remaja itu hari ini (semalam) dan meneliti dokumen yang diperlukan untuk kita proses.
Katanya, pihaknya mengkategorikan remaja itu sebagai keciciran pelajaran dan dia tiada masalah menyambung persekolahan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment