Harian Metro: Arena |
- Sandaran negara
- Djokovic ketuai cabaran Serbia
- Marion rai panggilan semula sertai skuad Piala Fed
- Vijay tak tahu semburan tanduk rusa langgar peraturan antidoping PGA
- Tekad kekal kejuaraan
- 'Berilah kami peluang'
- Usah cepat patah semangat: Norhafiz
- Perak kekal cergas: Azraai
- Nazmi 'berehat' 6 bulan
- 'Beri kami peluang'
| Posted: Kuala Lumpur: Pelumba senior negara, Josiah Ng diberi tanggungjawab besar untuk menggalas misi membawa pulang pingat emas di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) yang akan berlangsung di New Delhi, Mac ini. Berdasarkan prestasi semasa pelumba, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab (gambar) berkata, hanya Josiah berlatih secara konsisten berbanding Azizulhasni Awang yang masih di negara ini.
Josiah diberi tanggungjawab beraksi dalam empat acara iaitu 1km ujian masa, keirin, pecut individu dan pecut berpasukan manakala Edrus akan menggalas tugas dalam acara pecut individu, pecut berpasukan dan 1km ujian masa.
JOSIAH (kiri) galas misi penting negara. Mengulas mengenai situasi semasa Azizulhasni, Abu Samah berkata, pelumba itu kini diletakkan di bawah pemerhatian jurulatih trek endurance, Graham Seers kerana masih lagi berdepan dengan masalah mendapatkan visa bagi membolehkannya kembali ke Melbourne untuk berlatih di bawah Beasley dan rakan lain. Bagaimanapun kemampuan Azizulhasni tidak diragui dan pemenang emas Sukan Asia acara keirin itu tetap disenaraikan dalam skuad kebangsaan. Sementara itu, turut disenaraikan, Muhd Arfy Qhairant Amran, Mohd Fattah Amri Zaib, Nik Mohd Azwan Zulkifle, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri, Mohd Fakhruddin Daud, Mohammad Fairet Rusli, Wan Shazwan Afiq Wan Shahril Anwar dan Hamdan Hamidun.
|
| Djokovic ketuai cabaran Serbia Posted: Paris: Pemain nombor satu dunia dan juara baru Terbuka Australia, Novak Djokovic kembali beraksi pada Piala Davis hujung minggu ini ketika pencabarnya dalam acara Grand Slam tidak beraksi pada pusingan pembukaan. Pemain Serbia itu, yang merangkul kejuaraan keempat di Melbourne dan Grand Slam keenam kariernya menerusi kemenangan ke atas Andy Murray Ahad lalu, akan mengetuai negaranya pada perlawanan pembukaan Kumpulan Dunia menentang Belgium.
Pemain nombor dua dunia, Roger Federer, pemain ranking keempat David Ferrer selain pemain nombor tujuh dunia, Juan Martin del Potro memilih tidak turun beraksi masing-masing buat Switzerland, Sepanyol dan Argentina.
Pemain terbaik tuan rumah David Goffin hanya berada di ranking ke-50.
Ketiadaannya amat dirasai apabila Serbia kecundang pada suku akhir di tangan juara, Republik Czech.
|
| Marion rai panggilan semula sertai skuad Piala Fed Posted: Paris: Pemain nombor satu Perancis, Marion Bartoli meraikan panggilan semula ke skuad Piala Fed negara itu kelmarin dengan kemenangan 7-5, 6-1 ke atas pemain Amerika, Christina McHale, pada pusingan kedua Terbuka Paris. Terdahulu, kapten Amelie Mauresmo menamatkan penantian sembilan tahun Marion daripada peringkat antarabangsa dengan menamakannya dalam skuad lima pemain berdepan Jerman pada pusingan pertama kumpulan dunia di Limoges, bulan depan.
"Saya amat gembira kembali beraksi pada Piala Fed," kata Marion menyatakan hubungan baiknya dengan juara Grand Slam dua kali, Amelie menjadi faktor kemunculan semulanya.
Pilihan ketiga itu kemudiannya merampas servis lawannya sekali lagi untuk menamatkan set pertama.
Sementara itu, pilihan kedua, Petra Kvitova mengatasi persembahan tidak menentu sebelum menewaskan pemain Switzerland, Stefanie Voegele dalam straight set. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01 |
| Vijay tak tahu semburan tanduk rusa langgar peraturan antidoping PGA Posted: Scottsdale, Arizona: Bekas pemain nombor satu dunia, Vijay Singh menafikan dia tahu mengenai penggunaan bahan terlarang yang melanggar polisi antidoping Jelajah PGA apabila berkata dia kecewa dengan situasi itu. Dalam satu artikel Sports Illustrated disiarkan kelmarin, pemain Fiji itu dikaitkan dengan syarikat Sports with Alternatives to Steroids (SWATS) dan semburan tanduk rusa yang merangsang persembahan atlet.
Vijay, yang akan menyambut hari lahir ke-50 tiga minggu lagi, mengakui menggunakan semburan itu namun berkata dia tidak tahu ia melanggar peraturan antidoping PGA dan memberikan kerjasama dengan siasatan Jelajah PGA mengenai perkara itu.
"Saya amat terkejut semburan tanduk rusa mungkin mengandungi bahan larangan dan saya marah kerana meletakkan diri dalam posisi ini.
|
| Posted: Sungai Petani: Sekolah Kebangsaan (SK) Yan Kechil menaruh tekad untuk mengekalkan kejuaraan pingpong apabila Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kedah (MSSK) Daerah Kuala Muda/Yan (KMY) berlangsung tidak lama lagi. Juara bertahan itu terpaksa berdepan dengan 15 sekolah lain dalam KMY yang kini turut menyiapkan pemain masing-masing bagi mencabar status dimiliki SK Yan Kechil sejak 2011.
Guru yang juga pengurus pasukan, Mohd Nadzri Taib, berkata kejayaan yang dimiliki SK Yan Kechil menjadikan mereka sebagai idaman setiap lawan untuk dikalahkan.
"Mempertahankan kejuaraan sememangnya sukar. Kami sentiasa berwaspada. Kami mahukan hatrik bagi mengharumkan nama sekolah," katanya.
|
| Posted: Kuantan: "Berilah peluang kami buktikan keupayaan. Jangan cepat menghukum walaupun kami masih belum dapat mempamer aksi sebenar," kata Nikolche Klechkaroski dan Mohamed Borji, dua awang import Pahang yang dilabel 'melukut di tepi gantang' oleh sebahagian besar peminat skuad Tok Gajah ketika ini. Klechkaroski atau lebih dikenali sebagai Niko dan Borji sedar harapan peminat Pahang terhadap mereka memang tinggi dan turut serba salah apabila tidak dapat melakukan yang terbaik setakat ini.
"Kami yakin akan menemui rentak dan mahu membalas kepercayaan majikan kami (Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang) serta jurulatih yang mengambil kami beraksi dalam Liga Super," kata Niko.
"Siapa yang tidak mahu bermain dan setakat ini saya masih belum berpeluang berbuat demikian. Saya mesti membuktikan keupayaan sebenar dalam masa terdekat ini," katanya.
"Saya akan buktikan kepada jurulatih dan peminat bahawa kehadiran saya dan Niko adalah untuk membantu Pahang meraih kejayaan dan saya harap ia akan menjadi kenyataan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01 |
| Usah cepat patah semangat: Norhafiz Posted: Seremban: Selepas gagal meraih sebarang kemenangan, kapten Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah berharap rakan lain tidak patah semangat dengan kedudukan di kelompok terbawah Liga Super, sebaliknya terus berjuang bagi memastikan igauan buruk dalam lima perlawanan sebelum ini, tidak berulang lagi. Tonggak pertahanan berpengalaman itu yang masih berehat kerana kecederaan lutut serius, menaruh harapan supaya dapat bangkit bagi mengembalikan semula maruah pasukan.
"Saya akui mana-mana penyokong mengharapkan yang terbaik daripada pasukan kerana itu hak mereka. Saya percaya rakan sepasukan sudah berusaha memberikan yang terbaik selepas ini.
Bekas pemain kebangsaan berusia 32 tahun itu mengakui tidak sabar untuk turun membantu pasukan, namun terpaksa akur belum tiba masanya kerana perlu cergas sepenuhnya.
|
| Posted: Ipoh: Latihan fizikal dan mental selama tiga hari di kem bina semangat Sekolah Outward Bound, Teluk Batik, Lumut berakhir dua hari lalu diharap mengekalkan kesegaran pemain Perak untuk menghadapi baki saingan Liga Super 2013 yang disambung semula pada 16 Februari. Jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, pelbagai latihan dilalui bagi menguji ketahanan diri serta membentuk perwatakan setiap anggota pasukan.
Justeru, Azraai yakin anak buahnya akan kembali dengan keyakinan dan semangat tinggi apabila melaporkan diri ke kem latihan mulai hari ini.
Berbanding kekurangan pemain apabila tidak dapat menggunakan khidmat Shahrulnizam Mustapa, V Thirumurugan, S Chanturu, Mohd Noor Hazrul dan awang import, Karim Raouani sejak sepak mula liga Super pada 8 Januari lalu, diikuti kemudian kecederaan terhadap empat lagi pemain iaitu Farizal Marlis, Mohd Sharom Kalam, Mohd Nasir Basharuddin dan Mohd Rafiuddin Roddin, masalah Azraai itu berakhir selepas ini. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01 |
| Posted: Kuala Lumpur: Tanpa angin tanpa ribut, pemain muda berbakat negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor membuat kejutan apabila pulang ke ibu negara dari Portugal semalam. Nazmi yang berkelana ke Portugal selepas menandatangani kontrak bersama kelab S C Beira-Mar pada pertengahan tahun lalu dilaporkan pulang untuk beraksi dengan salah sebuah pasukan Liga Super di Lembah Klang.
Bagaimanapun apa yang menghairankan apabila jurulatih skuad B-23, Ong Kim Swee tidak mengetahui mengenai situasi terkini Nazmi.
"Kami sudah memberi kebenaran untuk dia kembali ke Kuala Lumpur. Dia akan bermain di Malaysia selama enam bulan," kata pegawai media SC Beira-Mar, Luis Vegas.
Nazmi sebelum ini terbabit dengan kontroversi apabila pemain muda itu menuduh bekas kekasihnya, Tengku Norshufilla Tengku Muhammad Shubli menjalinkan hubungan sulit bersama pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan Abd Radzak. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01 |
| Posted: Kuantan: "Berilah peluang kami buktikan keupayaan. Jangan cepat menghukum walaupun kami masih belum dapat mempamer aksi sebenar," kata Nikolche Klechkaroski dan Mohamed Borji, dua awang import Pahang yang dilabel 'melukut di tepi gantang' oleh sebahagian besar peminat skuad Tok Gajah ketika ini. Klechkaroski atau lebih dikenali sebagai Niko dan Borji sedar harapan peminat Pahang terhadap mereka memang tinggi dan turut serba salah apabila tidak dapat melakukan yang terbaik setakat ini.
"Kami yakin akan menemui rentak dan mahu membalas kepercayaan majikan kami (Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang) serta jurulatih yang mengambil kami beraksi dalam Liga Super," kata Niko.
"Siapa yang tidak mahu bermain dan setakat ini saya masih belum berpeluang berbuat demikian. Saya mesti membuktikan keupayaan sebenar dalam masa terdekat ini," katanya.
"Saya akan buktikan kepada jurulatih dan peminat bahawa kehadiran saya dan Niko adalah untuk membantu Pahang meraih kejayaan dan saya harap ia akan menjadi kenyataan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment