Harian Metro: Global |
- Dua jam bawah jeti
- Pakar pemusnah bom edar dadah dijel 4 tahun
- Lepas bedah baru tahu tiada kanser
- Laman web Susilo digodam
- 21 bom dirampas skuad elit
- 4 ditahan miliki dadah RM30j
- Cukai RM370.6j lesap
- Benigno sokong perketat peraturan pemilikan senjata api
- Seludup dadah jenayah terbesar di Lapangan Terbang Jakarta
| Posted: 09 Jan 2013 09:22 AM PST Tasmania: Sambil berpelukan erat dalam air dengan wajah ketakutan, keluarga ini terpaksa berlindung di bawah jeti lebih dua jam ketika kebakaran hutan Australia memusnahkan bandar tempat mereka tinggal. Ketika api membakar kediaman mereka, Tammy dan Tim Holmes membawa lima cucu mereka ke satu-satunya tempat yang diharapkan tidak terkena api.
Akhirnya, selepas dua jam setengah dalam air, Holmes berjaya mendapatkan sampan kecil yang digunakan mereka untuk melarikan diri ke hotel di luar zon kebakaran.
Bonnie memberitahu dia memandu ke majlis pengebumian di Hobart ketika api membakar di kedua-dua belah jalan raya dan melepasinya sebelum api sampai di jalan raya dan memisahkan dia daripada keluarganya.
"Jadi, saya menguatkan semangat menerima kenyataan mungkin kehilangan anak dan ibu bapa saya," katanya.
|
| Pakar pemusnah bom edar dadah dijel 4 tahun Posted: 09 Jan 2013 09:12 AM PST London: Seorang wira perang yang bertukar kerjaya dari unit pemusnah bom tentera menjadi penyeludup heroin dipenjarakan, semalam. Bekas Lans Korperal, Naomi Thriepland, 25, pernah mendapat pujian kerana tugas memusnahkan bahan letupan (IED) di Afghanistan.
Naomi yang kini hamil dan berasal dari Dalton-in-Furness, Cumbria, mengakui menyeludup dadah dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/10 |
| Lepas bedah baru tahu tiada kanser Posted: 09 Jan 2013 09:10 AM PST Singapura: Seorang ahli perniagaan terkenal Malaysia menjalani pembedahan di republik ini kerana disyaki menghidap kanser, tetapi kemudian mendapati dia tidak menghidap penyakit itu. Dia kini menyaman Pusat Kanser Nasional Singapura (NCC) dan konsultan kanan di pusat itu kerana kerugian dialami.
Hii adalah Pengarah Urusan syarikat senaraian awam di Kuala Lumpur, Kumpulan Universiti SEGi dan Pengerusi Eksekutif syarikat pelaburan persendirian, Kumpulan HCK Capital.
Hii mendakwa ujian lain dilakukan NCC, termasuk ujian darah dan air kencing, semuanya menunjukkan keputusan normal, tetapi NCC tidak memaklumkan kepadanya mengenai keputusan itu atau kepentingannya.
|
| Posted: 09 Jan 2013 09:09 AM PST Jakarta: Laman web Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, presidentsby.info digodam oleh sekumpulan penggodam yang memperkenalkan diri mereka sebagai Jember Hacker Team. Di laman web terbabit, penggodam itu berkata: "Ini adalah balas dendam daripada Jember Hacker Team." Sehingga jam 12.40 tengah hari semalam, laman web terbabit masih tidak dapat diakses.
|
| Posted: 09 Jan 2013 09:09 AM PST Jakarta: Skuad elit antipengganas Indonesia, Densus 88, merampas 21 bom aktif dalam serbuan di rumah suspek pengganas, Syarifuddin, di Bolang, Enrekang di Sulawesi Selatan, semalam. Jurucakap polis Indonesia, Boy Rafli, berkata, bom buatan sendiri itu merangkumi 20 bom paip dan sebutir bom yang dipasang dalam bekas makanan. Katanya, polis turut merampas pelbagai bahan bukti termasuk tombak, senjata buatan sendiri, badik serta buku keagamaan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/10 |
| Posted: 09 Jan 2013 09:03 AM PST Bangkok: Polis semalam menyerbu sebuah kediaman di Nakhon Pathom dan merampas 814,000 pil methamphetamine serta 12 kilogram serbuk meth atau ais. Empat orang turut ditahan dalam serbuan itu.
Polis berkata, pihaknya bertindak atas maklumat seorang daripada suspek, Ritdee yang terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah. Kumpulan itu menyimpan bekalan penghantaran dadah di pinggir kawasan metropolitan Bangkok sebelum diedarkan kepada pelanggan di sekitar bandar raya itu. Semua suspek mengakui mereka mengikut arahan daripada seorang tahanan di penjara Nakhon Pathom agar menghantar dadah dari utara negara itu yang dibekalkan oleh suku kaum Lisu.
|
| Posted: 09 Jan 2013 09:02 AM PST Jakart: Sejak 2011, sejumlah pegawai percukaian mencuri, bersubahat mencuri dan menipu pembayar cukai korporat yang menyebabkan kerajaan kerugian sekurang-kurangnya RM370.6 juta, kata Naib Presiden Indonesia, Boediono, semalam. Menurut Boediono, penipuan itu terbongkar selepas syarikat pembayar cukai membuat semakan dan disahkan ketika data berkenaan diteliti.
Boediono berkata, pasukan yang ditubuhkan bagi menguruskan kes cukai berkenaan menjalankan tugas dengan baik.
Gayus didapati bersalah dan dihukum penjara lebih 26 tahun.
Antara individu yang terbabit ialah hakim, anggota polis yang menyiasat kes berkenaan, pendakwa, rakan sekerja Gayus serta sejumlah eksekutif syarikat yang terbabit. - JP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/10 |
| Benigno sokong perketat peraturan pemilikan senjata api Posted: 09 Jan 2013 09:02 AM PST Manila: Presiden Filipina, Benigno Aquino, berkata beliau menyokong langkah mengetatkan peraturan pemilikan senjata api, tetapi membantah jika ia diharamkan terus di negara itu. Kata Aquino, pengharaman pemilikan senjata api mungkin nampak mudah dan berkesan, tetapi ia boleh menimbulkan kesan tidak dijangka.
Aquino memberi kenyataan ekoran kejadian beberapa kejadian ganas membabitkan senjata api di Filipina, baru-baru ini.
|
| Seludup dadah jenayah terbesar di Lapangan Terbang Jakarta Posted: 09 Jan 2013 09:02 AM PST Jakarta: Kes penyeludupan dadah adalah jenayah paling banyak dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sukarno - Hatta di Cengkareng, kata pihak berkuasa semalam. Menurut ketua polis di situ, CH Patoppoi, pada tahun lalu kejadian penyeludupan dadah meningkat 43 peratus kepada 50 kes berbanding 2011. "Peningkatan itu mungkin disebabkan lapangan terbang ini menjadi pusat akses strategik," katanya.
Katanya, sindiket penjenayah menggunakan perkhidmatan kurier dan keldai dadah - sama ada warga tempatan atau asing - untuk menyeludup bahan larangan berkenaan.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment