Pages

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Gadis ketagih pewangi ketiak

Posted:

Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak.

Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya sejak dua tahun lalu.


Sejak itu, dia sudah memakan secara purata setengah batang bahan itu sehari, sama dengan 15 batang sebulan.

Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan mengalami kekejangan di perut.


Untuk mengatasi masalah itu, dia kadang-kadang menyembur pewangi ke lidahnya. Nicole berkata: "Otak saya memberitahu, 'kamu perlu memakannya'. "Saya cuba untuk menghentikan tabiat itu selama seminggu, tetapi jatuh sakit dan pening.


"Apabila saya menyedari saya hampir kehabisan pewangi ketiak, saya menjadi panik. Kebimbangan saya semakin bertambah dan saya rasa bagai nak gila.

"Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza," katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian. Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya. Sejak itu, dia cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari.


"Ia sangat lembut kerana cair di dalam mulut saya. Pewangi ketiak memang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02

Pelajar dipaksa lakukan seks oral

Posted:

Seorang penuntut wanita semalam mendakwa, timbalan pengetua sekolahnya mengancam menahan diplomanya jika dia enggan melakukan seks oral.

Hanya didedahkan identitinya sebagai MA, penuntut terbabit berkata, timbalan pengetua itu mengugut, dia tidak akan menerima kad laporan dan sijil tamat pembelajaran jika enggan mengikut kemahuannya.


"Saya jadi takut," katanya.

Penuntut sekolah menengah di Matraman berusia 17 tahun itu berkata, lelaki itu - dikenali sebagai T - memaksanya melakukan seks oral empat kali antara Jun dan Julai tahun lalu.


Katanya, kejadian pertama berlaku pada 26 Jun 2012 selepas T memintanya bertemu di depan sebuah bank di Utan Kayu, Jakarta Timur.


Kejadian lain, kata MA, berlaku selepas dia dibawa ke kawasan gelap di kawasan rekreasi Ancol.

"T kemudian memberi saya Rp50,000 (RM16) sebagai tambang teksi," katanya.


Pada pertemuan ketiga, kata MA, T meminta lebih daripada sekadar seks oral ketika dijemput ke rumah lelaki terbabit.

Bagaimanapun, kata MA, dia menolak.


"Berdasarkan keadaan rumah itu, permintaan T memang dirancang lebih awal," katanya. Sejak itu, kata MA, dia tidak menjawab sebarang panggilan telefon daripada T dan mengadu kepada seorang guru.


Kata MA, guru terbabit menasihatinya supaya membuat laporan polis. Namun, T didakwa mengugut MA selepas polis diberitahu. Kata MA, T mengumpulkan ahli Pertubuhan Penuntut Antara Sekolah untuk memaklumkan kononnya insiden itu sengaja diada-adakan.


"Walaupun T meletak jawatan sebagai timbalan pengetua, dia masih mengajar subjek biologi di sekolah," katanya. Sementara itu, pegawai pendidikan Jakarta berkata, kedudukan T sebagai timbalan pengetua kini digantung.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02

Keganasan ragut 52 nyawa

Posted:

Pertempuran baru meletus, semalam di Bangladesh menjadikan jumlah korban meningkat kepada 52 orang dalam keganasan berpunca daripada sabitan kesalahan seorang pemimpin Islam dalam jenayah perang pada era perang merdeka 1971.

Ketua polis tempatan, Nahidul Islam berkata, seorang penarik beca maut apabila ratusan penyokong kerajaan dan pengikut Jamaat-e-Islami bertempur menggunakan kayu di sebuah pasar di Gaibandha.


Jamaat-e-Islami menganggap keputusan tribunal itu bersifat politik dan mendakwa 50 pengikutnya ditembak mati seperti 'burung buruan' kelmarin.

Pertempuran berlaku di seluruh negara selepas Naib Presiden Jamaat-e-Islami, Delwar Hossain Sayedee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merogol dan jenayah lain ketika Bangladesh memperjuangkan kemerdekaannya.


Delwar didapati bersalah oleh sebuah tribunal jenayah perang. Kini dikenali sebagai penceramah garang, Delwar orang ketiga disabitkan kesalahan oleh tribunal itu. Sementara itu, kawalan keselamatan ditingkatkan di ribuan masjid di Bangladesh sebelum solat Jumaat semalam manakala pengawal sempadan ditempatkan di semua bandar utama.


Polis pula melarang sejumlah demonstrasi yang dirancang di beberapa lokasi berisiko manakala sesetengah pintu masjid terbesar di Bangladesh, Baitul Mukarram dikunci bagi mengehadkan jumlah orang yang datang. Kawalan keselamatan turut ditingkatkan di beberapa perkampungan penganut Hindu selepas rumah dan kuil mereka diserang di daerah Noakhali dan Chittagong.

Seorang lelaki penganut Hindu turut terbunuh.


Ketua kumpulan hak asasi manusia Ain O Salish Kendra Sultana Kamal berkata, kelmarin hari paling buruk dalam catatan keganasan politik Bangladesh sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari Pakistan pada 1971.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02

Netanyahu marah kenyataan PM Turki

Posted:

Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam menyelar menyelar Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kerana menyamakan Zionis dengan Fasis.

Ia adalah perkembangan terbaru berkait dengan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang semakin retak sejak tiga tahun lalu.


"Perdana Menteri Benjamin Netanyahu denga keras mengecam kenyataan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan yang menyamakan Zionis dengan Fasis. "Kami merasakan kenyataan itu berunsur pembohongan," menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat pemimpin Zionis itu.

Recep dilapor membuat kenyataan menyamakan Zionis dengan Fasis ketika mempengerusikan forum Ketamadunan Sekutu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna baru-baru ini.


"Perlu untuk kita menimbangkan bahawa seperti Zionis atau anti-Semitisme atau Fasis, Islamophobia dianggap sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.


"Meletakkan kebencian agama adalah perkara yang sama dalam ideologi di sebalik pembentukan Israel," kata pemimpin Turki itu. Turki dan Israel yang pernah menjadi sekutu rapat mengalami keretakan hubungan ekoran serbuan Israel ke atas kapal misi kemanusiaan yang dalam pelayaran ke Gaza pada 2010.

Keganasan tentera Zionis itu menyebabkan sembilan aktivis Turki terbunuh. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02

Bashar takut orang mati

Posted:

Rejim Presiden Bashar al-Assad bukan sasaja takut kepada kumpulan penentang yang berjuang untuk menumbangkannya.

Malah, mereka yang terbunuh juga mencetuskan ketakutan kepada rejim itu.


Perkembangan ini dapat dilihat apabila rejim itu melaksanakan prosedur terbaru, memeriksa keranda dengan alasan keselamatan.

Pihak berkuasa negara itu kini melarang keranda yang hendak dikebumikan ditutup.


Keluarga si mati hanya boleh menggunakan kain kafan untuk menutup jenazah dan keranda itu mesti tidak ditutup dengan papan.


Dalam peraturan baru itu, keranda yang dibawa ke masjid hendaklah dibiarkan terbuka, begitu juga ketika disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Keranda yang sudah sedia terbuka turut diperiksa anggota keselamatan sebelum dibenar melakukan pengebumian.


"Apabila mereka mula menyelongkar keranda anak lelaki saya, saya lebih rela mati di situ juga daripada melihat dia dimalukan seperti itu walaupun dia sudah mati," kata seorang wanita yang anaknya terbunuh baru-baru ini.

Upacara pengebumian secara tradisional yang memakan masa panjang juga dilarang sejak beberapa bulan revolusi bermula kerana ia kerap berakhir dengan demonstrasi menentang rejim. Ketika ini, hanya dua kereta dibenarkan dalam upacara pengebumian, sebuah membawa jenazah dan satu lagi membawa keluarga si mati. Kedua-duanya akan diperiksa dengan rapi. "Anda tidak akan tahu apa syaitan ini boleh lakukan," kata seorang anggota keselamatan kepada pemandu kereta jenazah ketika dia memeriksa keranda seorang pemuda yang terbunuh.


"Mereka mungkin sembunyikan bahan letupan dalam keranda," katanya. Anggota keluarga si mati juga diperiksa dengan rapi selepas pemeriksaan dokumen pengenalan diri.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02

No comments:

Post a Comment