Harian Metro: Arena |
- FAM masih berdiam
- 'Kami makin hampir'
- Benitez tergugat
- Waspada jumpa Barca sekali lagi
- Padam luka
- MBSA azam sertai LFK 2014
- Traore suntik semangat Sabah
- Mandjou penyelamat
- 'Pamer aksi terbaik'
- Pemain tunggu habuan
| Posted: Ia cukup menimbulkan tanda tanya apabila Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih merahsiakan keputusan mengenai kes kritikan Presiden Persatuan Bola Sepak negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap mutu pengadilan Liga Malaysia kelmarin. Biarpun pengerusi, Datuk Taufek Abd Razak (gambar) mengaku jawatankuasa itu yang bersidang kelmarin sudah membuat ketetapan mengenai kes itu, namun mereka 'menangguhkan' seketika pengumumannya bagi mendapatkan bukti video terlebih dulu.
Tanpa bukti video, nasib Shahidan sudah boleh ditentukan hanya melalui kenyataannya di dada akhbar saja.
"Selain itu, dalam laporan atau keratan akhbar itu juga menyatakan satu sidang akhbar diadakan. Oleh itu, FAM memerlukan bukti lebih kukuh dengan meneliti pita rakaman yang merujuk kenyataan Tunku Ismail.
"Isu Shahidan sudah selesai dan bagi kes Tunku Ismail, FAM akan cuba menyelesaikannya dengan cara lebih profesional. Kami hanya memerlukan sedikit masa," katanya.
|
| Posted: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengingatkan pemain, mereka kini semakin hampir ke kemuncak dalam usaha merangkul tiga kejuaraan utama tahun ini. Ferguson yang bakal menyaksikan anak buahnya melayan kunjungan Norwich, esok, berusaha merangkul tiga kejuaraan iaitu memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara.
Pengendali dari Scotland itu sudah memaklumkan kepada pemain, mereka perlu akur kebarangkalian tidak diberi peluang membarisi kesebelasan utama pada setiap perlawanan kerana beliau mahu memastikan pemain cergas dan bebas daripada kecederaan.
"Mungkin ada pemain terkejut apabila mereka diberi peluang pada aksi final atau perlawanan penting kerana saya mempunyai skuad yang lengkap." Ferguson mendedahkan sudah berbincang dengan pemain yang kecewa kerana tidak diturunkan ketika seri 1-1 dengan Real di Bernabeu.
"Ia sesuatu yang hebat. Ia dapat mengukur tahap keyakinan pemain. Saya beritahu mereka jangan terlalu kecewa kerana tidak diturunkan." Penyerang United, Wayne Rooney mungkin diturunkan ketika bertemu Norwich selepas pulih daripada jangkitan virus dan dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua ketika menang di QPR, minggu lalu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02 |
| Posted: Pengurus Chelsea, Rafael Benitez yang kini dikritik hebat menegaskan tiada sebab beliau akan dipaksa meletak jawatan sebelum kontraknya tamat hujung musim ini. Benitez sekali lagi menerima tekanan supaya meninggalkan kelab itu apabila beliau mengecam penyokong sendiri dan pengurusan Stamfrod Bridge selepas pasukannya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Middlesbrough pada pusingan kelima Piala FA, Rabu lalu.
Kenyataan pedas Benitez itu menimbulkan spekulasi kedudukannya kini dalam bahaya namun pengurus kelahiran Sepanyol itu tetap mengendalikan latihan seperti biasa menjelang pertemuan skuad juara Eropah itu dengan West Bromwich Albion dalam aksi liga hari ini.
"Suasana dalam kelab ini sangat bagus. Tidak ada masalah dalam pasukan ini. Semua pemain mengikut apa yang dirancangkan." Abramovich dianggap pemilik paling cerewet dalam dunia bola sepak dan jutawan Russia itu sudah memecat beberapa pengendali ternama dalam tempoh hampir 10 tahun di Stamford Bridge.
"Hubungan saya dengan Abramovich sangat baik," katanya. "Apabila bertemu Abramovich, kami bercakap mengenai bola sepak, kami bercakap seperti orang biasa dan berkongsi pendapat tentang bola sepak.
|
| Waspada jumpa Barca sekali lagi Posted: Kapten Real Madrid, Iker Casillas (gambar) menjangkakan Barcelona akan membalas dendam apabila kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi pada perlawanan La Liga hari ini selepas kelabnya menang 3-1 di Catalan, Selasa lalu. Juara Sepanyol itu menempah tempat ke final Piala Raja Sepanyol dengan prestasi sempurna selepas mengekang kelicikan jentera serangan Barca.
"Saya kenal ramai pemain Barcelona dan tahu mereka amat kompetitif," katanya dalam laman web kelab itu.
Bagaimanapun Casillas menganggap penting untuk mereka mengekalkan momentum positif sebelum ke Old Trafford selepas perlawanan pertama pusingan kedua terikat 1-1.
"Kami mahu menang dan mengurangkan jurang dengan pasukan teratas. Defisit itu mungkin tidak menggambarkan perbezaan sebenar kedua-dua pasukan tapi Barcelona bermain lebih baik secara konsisten.
|
| Posted: Roger Federer berpeluang membalas dendam kekalahan paling mengecewakan pada musim lalu dengan cuba mempertahankan kejuaraan Terbuka Dubai selepas berjaya melangkah ke separuh akhir semalam. Juara lima kali itu mudah menewaskan Nikolay Davydenko, 6-2, 6-2 sekali gus melangkah ke separuh akhir bertemu Tomas Berdych, sensasi Republik Czech yang mengetepikan Federer pada suku akhir Terbuka Amerika Syarikat pada tahun lalu.
Djokovic melebarkan rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan tahun ini selepas menewaskan Andreas Seppi 6-0, 6-3 yang berpendapat Djokovic begitu sukar untuk ditewaskan.
"Saya rasa sudah beraksi sebaik mungkin. Bagi saya, ia perlawanan yang cukup bagus," kata Federer.
"Setiap pukulannya sangat kencang. Saya pasti perlawanan itu pasti sukar.
|
| Posted: Pasukan futsal Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berazam layak menyertai Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2014 selepas skuad terbabit cemerlang meraih tempat ketiga Kejohanan Futsal Piala Datuk Bandar di Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Rentetan pencapaian cemerlang MBSA termasuk meraih tempat ketiga Kejohanan Piala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia dan naib juara Futsal Revive Zon Utara yang menjadi pemangkin memenuhi misi melepasi peringkat kelayakan untuk tersenarai dalam LFK musim depan.
"MBSA juga kini bersedia untuk menyertai Kejohanan Futsal Badan Berkanun Malaysia, Jun ini dengan misi sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir.
"Saya harap pemain fokus sepenuhnya terhadap permainan pada kejohanan besar dan bijak menterjemah gaya permainan matang ketika mengharungi saingan," katanya.
"Saya harap pemain menjalin persefahaman jitu dan mempamerkan persembahan konsisten kerana corak permainan tersusun penting melaksanakan misi pasukan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02 |
| Posted: Sabah memberikan aksi lebih meyakinkan apabila menundukkan Johor FA, 3-2 pada saingan Liga Perdana di Stadium Likas, petang semalam. Pasukan tuan rumah memulakan rentak menarik apabila pemain import, Koh Traore menjaringkan gol pertama Sabahawks hasil hantaran Shahruddin Yakub seawal minit kedua.
Johor mendapat peluang keemasan menambah jaringan selepas percubaan Jasazrin Jamaludin dari jarak 35 meter berjaya ditepis keluar Shahril pada minit ke-32.
Namun, keadaan kelam kabut di depan gawang Sabah pada minit terakhir memberi peluang untuk Johor merapatkan kedudukan 2-3 menerusi Izuan Jarudin.
"Saya gembira dengan kerja keras ditunjukkan pemain sepanjang 90 minit permainan.
|
| Posted: Penyerang import, Keita Mandjou menjadi penyelamat Kelantan apabila berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada penghujung perlawanan ketika berdepan Perak pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi. Rekod tanpa kalah tuan rumah yang ketinggalan pada babak pertama hampir lebur namun diselamatkan penyerang berusia 33 tahun dari Guinea itu.
Terkejut dengan jaringan itu, Kelantan mula mengatur gerakan mengasak kubu lawan sebelum memperoleh peluang terbaik pada minit kelapan namun rembatan kencang Indraputra Mahayuddin melencong melepasi palang gol.
Indraputra sekali lagi hampir menyamakan kedudukan namun rembatan kencangnya berjaya ditepis penjaga gol Perak, Farizal Marlias sekali gus meletakkan pelawat berada di depan hingga tamat babak pertama.
Pemain pertahanan Kelantan, Zairul Fitree Ishak hampir menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma namun ditepis keluar Farizal.
|
| Posted: Barisan pemain berstatus bintang Johor Darul Takzim diingatkan untuk kembali fokus dan pamer aksi terbaik setimpal dengan nilai yang diterima ketika berdepan Negeri Sembilan pada saingan Liga Super di Stadium Larkin, malam ini. Pengendali skuad bergelar Harimau Selatan, Fandi Ahmad mahu pemain yang bakal beraksi dalam skuad utama membuktikan mereka mempunyai kualiti dan sentiasa komited bagi memastikan kemenangan mampu diraih dalam usaha mengejar kelompok teratas liga.
"Buat masa ini hanya Mat Yo dilihat bersungguh-sungguh mempamerkan aksi terbaik apabila kerap berkerja keras menggempur benteng lawan biarpun tidak dapat menjaringkan gol namun saya tetap puji komitmen ditunjukkannya dan saya mahu pemain lain mencontohi sikap positifnya.
Mengulas kerapuhan benteng, Fandi menegaskan belum memutuskan barisan terbaik mengemudi jentera itu, antara Aidil Zafuan Abd Radzak, Muslim Ahmad atau Kamarul Afiq Kamarudin.
"Benteng perlu ampuh dan saya akan putuskan pemain yang akan beraksi sebelum perlawanan dan saya harap pemain tidak mengulangi kesilapan dalam dua perlawanan lalu apabila membiarkan lawan menjaringkan gol awal." Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02 |
| Posted: Ketika skuad hoki negara berada di kemuncak prestasi sejak ketibaan Paul Revington, timbul cerita kurang enak apabila Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) didakwa gagal melunaskan pemberian insentif bagi setiap pemain negara yang menyertai kejohanan luar negara. Bukan seminggu dua, sebaliknya penantian mengharapkan untuk menerima insentif itu berpanjangan selama lebih tiga bulan iaitu sejak berakhir dua kejohanan utama sebelum ini iaitu Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina dan Trofi Juara-Juara Asia di Doha hujung tahun lalu.
"Biasanya insentif akan dibayar selepas satu atau dua minggu satu-satu kejohanan berakhir. "Dulu tak pernah berlaku kes seperti ini tapi sekarang, hingga kini pemain belum terima insentif dua kejohanan itu.
"Tapi mengambil contoh Trofi Juara-Juara Asia sebelum ini, setiap pemain mendapat RM5,000." Pada saingan Cabaran Juara-Juara 1, skuad negara berjaya melangkah ke separuh akhir manakala anak buah Revington menduduki tempat ketiga Trofi Juara-Juara Asia sekali gus mengulangi pencapaian tahun sebelumnya ketika di bawah kendalian Tai Beng Hai. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment