Harian Metro: Setempat |
- Pukul, tetak sampai mati
- Terperosok bawah bas
- 'Perbuatan ibu beri kesan negatif kepada anak'
- Insaflah! Usah gadai maruah kerana wang
- Pencuri kabel lagak kontraktor
| Posted: Alor Setar: "Saya terkejut mendapat berita anak saya mati kena tetak. Baru dua minggu lalu saya menghubunginya dan dia kelihatan seperti biasa dan ceria," kata Wan Mahmud, 69, ibu kepada Mohammad Najib Bakar, 37, yang maut ditetak dalam pergaduhan berhampiran tanah perkuburan Hindu di Lorong Sharif, Jalan Langgar, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 7.29 malam, mangsa dikatakan dipukul dan ditetak di belakang kepala, leher dan kedua-dua kakinya oleh sekumpulan lelaki di kawasan itu.
Wan berkata, dia terkejut apabila polis memaklumkan kejadian itu kerana anaknya tidak menunjukkan perubahan sikap, malah kelihatan seperti biasa dan sangat ceria.
NAIB Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Muthalib Harun, (kiri) melawat ibu mangsa, Wan (kanan) atas kematian anaknya. Menurutnya, dia tidak menemui arwah sejak sebulan lalu kerana pergi ke rumah anak perempuannya yang baru melahirkan cucunya di Kota Sarang Semut, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
|
| Posted: Shah Alam: Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang boleh digambarkan apabila seorang pemuda parah apabila motosikal ditunggangnya terperosok ke bawah bas dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Kerjaya, Seksyen 13, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa berusia 20-an cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan selepas motosikal jenis Honda Wave ditungganginya bertembung dengan bas milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Difahamkan, kejadian berlaku disebabkan lampu isyarat di persimpangan berkenaan tidak berfungsi.
"Pemandu bas berusia 40-an itu dalam perjalanan menuju ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor tidak sempat mengelak sebelum merempuh motosikal dinaiki mangsa.
Beliau berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan kecemasan dan laporan polis berhubung kejadian dibuat pemandu bas berkenaan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/03 |
| 'Perbuatan ibu beri kesan negatif kepada anak' Posted: Kuala Lumpur: "Membiarkan anak melihat ibu melakukan kerja tidak bermoral akan membawa kesan negatif. Ia memberi kesan jangka panjang kepada anak itu," kata Pegawai Psikologi Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sulaiman Selamat. Menurutnya, perkara itu akan menyebabkan konflik dalaman berlaku terhadap anak kerana mereka menyaksikan setiap pekerjaan ibu sebagai jalan mudah mendapatkan wang.
"Bahkan, tindakan ibu bapa terbabit dengan kerja haram itu sedikit sebanyak menular dalam pemikiran anak dan ia dikhuatiri membentuk ikutan anak itu nanti pada masa akan datang.
Selain ibu bapa, katanya, guru dan masyarakat perlu memainkan peranan membentuk generasi berakhlak yang bebas daripada maksiat. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/03 |
| Insaflah! Usah gadai maruah kerana wang Posted: Kuala Lumpur: "Jangan gadai maruah kerana wang," tegas pendakwah dan tokoh agama, Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz mengulas pendedahan Metro Ahad mengenai segelintir suri rumah sanggup melakukan kerja tidak bermoral untuk mencari nafkah tanpa dibantah suami. Hassan berkata, lebih parah lagi jika suami mengetahui pekerjaan itu dilakukan isteri, namun tetap membenarkannya disebabkan mahu mendapatkan wang.
Katanya, Islam jelas menerangkan peranan isteri serta ibu untuk menjaga maruah dan bukan melakukan pekerjaan terkutuk dengan berlaku sentuhan dengan bukan mahram seperti mengurut.
Berhubung tindakan Suraya dan Maya sebagaimana dilaporkan, Hassan berkata, mereka perlu insaf dan kembali ke pangkal jalan dengan mencari pekerjaan lebih baik kerana punca rezeki halal membawa kebahagiaan dalam rumah tangga.
"Umat Islam yang melakukan pekerjaan ditegah agama akan menerima azab seksa yang sangat pedih di akhirat nanti," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/03 |
| Pencuri kabel lagak kontraktor Posted: Batu Pahat: Taktik berlakon umpama kontraktor membaiki wayar elektrik atau pencari barangan lusuh ketika mencuri kabel digunakan satu sindiket yang bergerak aktif melakukan kegiatan terbabit di daerah ini sejak berbulan lalu. Kumpulan dianggotai lima individu itu menjadikan rumah kosong di sekitar Senggarang, Rengit dan Ayer Hitam sebagai sasaran utama mereka. Namun kelicikan penjenayah berkenaan tidak berpanjangan apabila kelima-limanya ditahan polis pada Isnin lalu di sekitar Senggarang, di sini, hasil maklumat awam dan risikan. Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan mendapati lima suspek berusia 20 hingga 32 tahun itu mencuri kabel bagi memperoleh pendapatan dengan cara mudah.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/03 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment