Harian Metro: Global |
- Ular jaga anak
- Itu bukan isteri saya!
- Nama saya Osama bin Laden, bapa saya Bill Clinton
- Terkejut 'si mati' jawab telefon
- Hakim tidur dipecat
- Rambo sokong akta larangan senjata api
- DNA babi dalam daging halal
- Pelajar Harvard digantung pengajian
- Buang mayat di tepi jalan
- Penentang Morsi serang istana
| Posted: Dongguan: Seorang bapa menemui penjaga sempurna untuk anaknya, seekor ular sawa. Chan Liu meninggalkan anaknya, Azhe, 13, bersendirian dengan ular seberat 100 kilogram itu di kediamannya di Dongguan, selatan China. Ular itu tidak disimpan dalam kandang. Malah Azhe mengejutkan penduduk tempatan dengan sering mengucup dan memeluk ular sepanjang 4.6 meter itu. "Dia begitu berhati-hati dengan saya. Tidak pernah dia membelit saya dengan kuat," kata Azhe. AZHE bersama 'penjaganya' di bilik tidur. Kanak-kanak itu mencium ular sawa yang enam tahun lebih tua daripadanya.
"Selepas yakin ular itu tidak akan mencederakannya, kami mula meninggalkan mereka bersama bersendirian. Mereka kini tidak boleh berpisah." Akhirnya, keluarga itu mula menganggap ular sawa Burma itu sebagai penjaga anak mereka. "Saya tidak fikir penculik berani untuk bergelut dengannya," kata Chan. - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/03 |
| Posted: Capetown: Seorang suami terkejut semalam apabila membuka keranda di majlis pengebumian isterinya di sebuah gereja dan mendapati mayat orang lain di dalamnya. Keluarga Galant mengatur majlis itu untuk Magdalene Galant, 58, yang mati pada 26 Januari lalu akibat serangan sakit jantung.
Si suami, Michael Galant berkata, dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila membuka keranda itu.
Anak Galant, Leota Lakay berkata, pekerja terbabit tidak dapat menjelaskan bagaimana mayat itu boleh tertukar.
"Mereka kemudian mengaku silap, menarik laci yang salah di rumah mayat," kata Leota.
|
| Nama saya Osama bin Laden, bapa saya Bill Clinton Posted: New Delhi: Seorang pemohon jawatan guru di Uttar Pradesh, mengisi borang secara online untuk mendapatkan jawatan guru dengan menggunakan nama 'Osama bin Laden.' Tidak cukup dengan itu, dia meletakkan Bill Clinton' sebagai nama bapanya.
Tetapi, bukan dia seorang yang berbuat demikian, malah ratusan pemohon turut menggunakan nama palsu yang pelik dengan harapan menarik perhatian pihak berkuasa untuk dipilih mengisi jawatan guru di sekolah di negeri di utara India itu.
Dan tidak mengejutkan apabila semua pemohon itu meletakkan kelulusan akademik paling tinggi, dengan markah 100 peratus untuk semua peperiksaan, bagi mencerahkan peluang dipilih mengisi kekosongan jawatan itu. Jurucakap Jabatan Pelajaran Uttar Pradesh berkata, pihaknya menerima jutaan permohonan untuk mengisi 72,825 kekosongan jawatan guru sekolah rendah tetapi hanya 20 peratus daripadanya dipercayai jujur. - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/03 |
| Terkejut 'si mati' jawab telefon Posted: Darlington: Seorang pesara terpaksa meyakinkan rakan dan anggota keluarganya bahawa dia masih hidup dan sihat selepas sebuah akhbar menyiarkan makluman mengenai kematiannya. Akhbar Northern Echo menyiarkan makluman itu, mendorong kenalan George Simpson menelefon keluarganya untuk mengucapkan takziah. Mereka terkejut apabila yang menjawabnya ialah Simpson sendiri.
"Saya menerima panggilang hingga dari Australia, mengucapkan takziah atas kematian saya," kata Simpson. - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/03 |
| Posted: Moscow: Seorang hakim dipecat selepas dia tertidur di mahkamah dan kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang defendan. Hakim Yevgeny Makhno dari Mahkamah Bandar Blagoveshchensk di timur jauh Russia dipaksa melepaskan jawatannya kerana tertidur beberapa kali ketika membicarakan seorang ahli perniagaan atas tuduhan menipu.
Sebuah mahkamah lebih tinggi bagaimanapun enggan menghukumnya, sebaliknya menyuruh dia mengambil ujian sebelum dilantik semula menjadi hakim.
|
| Rambo sokong akta larangan senjata api Posted: Beverly Hills: Aktor Sylvester Stallone berkata, walaupun terkenal dengan imej Rambo dan terbabit dalam aksi tembak-menembak dalam filem terbarunya, "Bullet to the Head", dia menyokong undang-undang pengawalan senjata. Stallone menyokong akta Brady Bill 1994 yang sudah lupus yang menggariskan pengharaman senjata dan berharap larangan itu dapat dilaksanakan semula. "Saya tahu orang marah dan berkata: 'Mereka akan mengharamkan senjata api.' Siapa yang memerlukan senjata api kecuali anda ingin melakukan serangan. Anda tidak boleh memburu dengannya. Siapa yang akan menyerang kediaman anda, tentera?," katanya. Aktor, penulis dan pengarah berusia 66 tahun itu berkata, dia juga berharap lebih banyak tumpuan diberikan terhadap kesihatan mental bagi mengelak kejadian pembunuhan beramai-ramai terus berlaku. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/03 |
| Posted: London: Kementerian Kehakiman Britain semalam menggantung sebuah syarikat pembekal daging ke penjara selepas ujian mendapati daging yang dicop halal yang dibekalkannya mengandungi babi. Dalam satu kenyataan, kementerian berkenaan berkata, pai daging yang dilebelkan halal ditarik balik serta-merta selepas DNA babi ditemui di dalamnya.
Agensi Standard Makanan berkata, pihak berkuasa sudah mula menyiasat bagaimana ia boleh berlaku dan setakat mana produk itu diedarkan ke seluruh negara itu.
|
| Pelajar Harvard digantung pengajian Posted: New York: Kira-kira 60 pelajar Universiti Harvard digantung dan yang lain berdepan tindakan disiplin ekoran skandal penipuan secara besar-besaran di kolej elit itu, lapor akhbar kampus berkenaan semalam. Harvard Crimson memetik e-mel daripada Dekan Fakulti Sastera dan Sains, Michael Smith yang mengatakan lebih separuh kes dalam skandal itu berlaku tahun lalu menyebabkan keputusan menggantung pengajian dilakukan. Kira-kira separuh daripada pelajar lain yang disiasat berdepan tindakan disiplin, lapor akhbar terbabit. Pegawai di Harvard tidak dapat dihubungi untuk pengesahan. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/03 |
| Posted: Bekasi: Seorang peniaga buluh ditangkap selepas dia dituduh membuang mayat anak saudaranya, Ading Bin Ersin yang mati selepas terjatuh dari lori. Kejadian berlaku kelmarin ketika peniaga berkenaan, AD, 42, bersama-sama Ading, 43, menghantar pesanan buluh kepada seorang pelanggan di Bogor. Ading yang menjadi kuli bapa saudaranya, terjatuh dari lori yang mereka naiki, menyebabkan dia mati. Kerana panik, AD membuang mayat anak saudaranya berhampiran kediamannya sementara motosikal milik Ading ditinggalkan kira-kira satu kilometer dari tempat mayat dibuang.
"Sebelum dibuang, AD membawa mayat mangsa sekeliling Bekasi dan Karawang kerana memikirkan cara untuk membuangnya," kata Ketua Polis Bekasi, Bambang Wahyudi. AD berdepan hukuman penjara sembilan tahun jika sabit kesalahan. - Detik Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/03 |
| Posted: Kaherah: Penentang Presiden Mohamed Morsi melontar batu dan bom api ke arah pintu masuk istananya kelmarin, bertempur dengan polis yang melepaskan gas pemedih mata serta meriam air. Ini adalah kali pertama istana presiden menjadi sasaran serangan selepas keganasan politik Mesir meletus minggu lalu. Pasukan keselamatan membenarkan mereka berarak merapati pintu pagar utama tetapi beberapa penunjuk perasaan mengambil kesempatan melontar batu dan kasut menerusi pagar. Ada yang memanjat pagar itu untuk mendapat sudut lebih baik bagi melontar batu.
Pertempuran berlaku selama beberapa jam sehingga lewat malam. Penunjuk perasaan turut membakar tayar dan mercun. Seorang pemuda berusia 23 tahun mati selepas ditembak di dada dan dahi sementara 50 lagi cedera, kata Kementerian Kesihatan, Morsi bagaimanapun tidak berada di istana itu. Tunjuk perasaan di depan istana itu adalah sebahagian daripada demonstrasi di bandar raya di seluruh negara yang dianjurkan oleh pembangkang selepas kira-kira 60 orang terbunuh dalam tunjuk perasaan, pertempuran dan rusuhan sebelum ini. Ramai penunjuk perasaan mendesak Morsi meletak jawatan dan menuduh Ikhwanul Muslimin yang diketuainya memonopoli kuasa dan gagal menangani masalah yang semakin meningkat di negara itu. Tindakan Morsi memuji pasukan keselamatan Mesir selepas jumlah kematian yang tinggi turut menyemarakkan lagi kemarahan penentangnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/03 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment