Harian Metro: Global |
- 'Lampin kokain'
- Ditawar RM210,702 bagi 'muntah paus'
- Lindsay mungkin dipenjara
- Ketua PKS ditangkap
- Penahanan Luthfi bawa impak besar
- Irwansyah, Zaskia sedia bela Raffi
- Dadah bahaya di rumah Raffi
- Israel hanya membisu
- Puteri Bahrain seksa tahanan
- Kazakhstan larang azan bayi baru lahir
| Posted: New York: Dua wanita dari Bronx ditangkap kerana menyeludup enam setengah kilogram (kg) kokain dalam 'lampin' di dalam seluar panjang mereka. Menaiki penerbangan JetBlue ke lapangan terbang John F Kennedy di New York dari Republik Dominican, Priscilla Pena dan Michelle Blassingale mengenakan lampin kokain untuk tampil biasa-biasa saja. Bagaimanapun, pegawai kastam curiga apabila dua wanita itu yang terbang dari Santo Domingo diekori anjing pengesan yang mula bertindak liar.
Michelle ditahan di penjara oleh hakim persekutuan Brooklyn, manakala Priscilla dibebaskan dengan ikat jamin AS$150,000 (RM 466,049) menurut laporan New York Post.
KOKAIN ditemui disembunyikan dalam lampin. LAMPIN berisi kokain yang dipakai dua wanita ditahan di Lapangan Terbang JFK di New York. "Bagaimana saya boleh terima tuduhan yang tidak saya lakukan?," soalnya lelaki dari Barbados itu.
|
| Ditawar RM210,702 bagi 'muntah paus' Posted: London: Seorang lelaki British ditawarkan 50,000 euro (RM210,702) untuk sebutir batu yang berbau aneh ditemui anjingnya di pantai sama seperti bentuk muntah paus digunakan dalam minyak wangi, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam. Ken Wilman berjalan dengan anjingnya, Madge di tepi pantai dekat bandar Morecambe di barat laut England ketika ternampak 'sebuah batu besar' dengan tekstur lilin berwarna kuning.
"Apabila saya mengutip dan menghidunya, saya campakkannya kembali kerana baunya sangat busuk," katanya kepada BBC. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01 |
| Posted: Los Angeles: Aktres Lindsay Lohan akan menghadapi perbicaraan pada 18 Mac atas dakwaan menipu polis California mengenai nahas kereta Jun tahun lalu dan melanggar tempoh percubaan, meningkatkan kemungkinan dia mungkin dihantar semula ke penjara. Hakim di Los Angeles, kelmarin menetapkan tarikh perbicaraan atas dakwaan berhubung dengan nahas kereta itu dan berkata, mahkamah akan menangguhkan perbicaraan pada masa sama berikutan sama ada Lindsay melanggar tempoh percubaan dalam insiden itu seperti pada insiden kecurian barang kemas pada 2011. Bintang Mean Girls itu yang masuk dan keluar dari pusat pemulihan dan penjara sejak 2007, memakai baju hitam tanpa lengan dan kelihatan letih dalam sesi ringkas mahkamah itu.
Lindsay membuat pengakuan tidak bersalah terhadap tiga dakwaan salah laku cuai ketika memandu, menipu dan menghalang polis apabila mengatakan dia tidak memandu kereta sport miliknya itu yang merempuh sebuah trak di Santa Monica Jun tahun lalu.
|
| Posted: Jakarta: Agensi pencegah rasuah semalam menahan ketua parti Islam terbesar Indonesia yang juga menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran negara itu. Suruhanjaya Penghapusan Rasuan (KPK) menahan Pengerusi Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Luthfi Hassan Ishaaq selepas beliau disoal siasat kelmarin berhubung kes rasuah import daging lembu.
Suruhanjaya itu berkata, Luthfi, 51, ditahan kerana disyaki menerima rasuah daripada syarikat pengimport daging, PT Indoguna Utama untuk mendapatkan kontrak kerajaan.
"Luthfi terbabit dalam kes ini. Kami mengesyaki wang berkenaan adalah untuk beliau," kata Johan.
Sementara itu, Lutfi turut memberitahu wartawan di depan pejabat KPK bahawa beliau sudah meletak jawatan sebagai pengerusi parti berkenaan. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01 |
| Penahanan Luthfi bawa impak besar Posted: Jakarta: Pengerusi Muhammadiyah, pertubuhan Islam kedua terbesar Indonesia, berkata semalam, penahanan Pengerusi Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Luthfi Hassan Ishaaq berkait dengan kes rasuah import daging lembu memberi tamparan kepada imej parti berlandaskan Islam. "Saya amat terkejut dan ia akan memberi kesan besar, bukan saja pada dirinya, tetapi juga parti berlandaskan Islam," kata Din ketika diminta mengulas mengenai penahanan itu. Menurutnya, kes rasuah membabitkan parti Islam mencetuskan masalah besar kepada umat Islam di negara itu. Katanya, keadaan itu menggambarkan parti Islam tidak boleh melaksanakan sepenuhnya nilai Islam dalam kegiatan mereka.
|
| Irwansyah, Zaskia sedia bela Raffi Posted: Jakarta: Hubungan persahabatan antara pelakon Irwansyah dan Raffi Ahmad memang akrab. Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar berkata, mereka bersedia untuk membela Raffi yang kini masih di soal siasat Badan Narkotika Nasional (BNN). Malah, jika perlu melakukan bantahan, Irwansyah sanggup bertindak demikian demi Raffi.
"Sukar untuk dipercayai teman kami, Raffi positif dadah atau perlu dihantar ke pusat pemulihan. "Jika kami perlu membantah, ya, kami akan melakukan demikian," katanya.
|
| Posted: Jakarta: Dadah yang diperoleh hasil siasatan beberapa orang yang ditahan di kediaman Raffi Ahmad ternyata lebih berbahaya daripada ecstasy dan ganja. Pendakwaan terhadap Raffi dan enam lagi rakannya masih disiasat Badan Narkotika Nasional (BNN) semalam.
Mufti berkata, bahan derifat methynone yang terkandung dalam cathinone jauh lebih berbahaya daripada ecstasy dan ganja.
|
| Posted: Baitulmaqdis: Israel semalam mengambil sikap membisu berhubung dakwaan ia mengebom pangkalan tentera Syria di Damsyik. Rejim Zionis enggan mengesah atau menafikan sebarang pembabitan dalam serangan itu. Ia juga enggan mengulas satu lagi laporan yang mendakwa pesawatnya menyerang satu konvoi membawa senjata di sempadan Syria-Lubnan. Tentera Syria sebelum ini berkata, tentera Israel melancarkan serangan awal pagi semalam menyasarkan pusat penyelidikan sains dekat Damsyik.
Rejim Zionis itu juga menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan peluru berpandu jarak jauh Scud atau senjata lain yang lebih canggih seperti sistem antipesawat dan peluru berpandu darat ke darat milik Syria jatuh ke tangan kumpulan Hizbullah. Serangan semalam menjadi tajuk utama akhbar Israel dengan pihak berkuasa dan pengkritik segera menegaskan bahawa Israel tidak akan membenarkan pemindahan senjata canggih kepada Hizbullah, sekutu rapat Iran dan Syria. "Perkara terbaik yang diharapkan Israel ialah Barat akan mengawal senjata berkenaan," kata ahli Parlimen Parti Likud, Tzahi HaNegbi yang dikenali sebagai kenalan rapat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. "Tetapi dunia belum bersedia berbuat demikian. Kerana Israel saja boleh menyelesaikannya," katanya. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01 |
| Posted: Abu Dhabi: Seorang puteri Bahrain yang bertugas sebagai pegawai polis menghadapi perbicaraan kerana menyeksa dua doktor ketika mereka dalam tahanan. Kejadian beraku ketika negara itu berdepan dengan pergolakan politik, menurut seorang pegawai kanan pejabat pendakwa raya. Shaikha Noora Bint Ebrahim Al Khalifa, 29, turut berdepan perbicaraan menyerang seorang wanita yang juga aktivis pembangkang, Aayat Al Qormozi secara fizikal ketika dia ditahan pada tempoh sama, kata Ketua Unit Siasatan Khas Pendakwa Raya, Nawaf Hamza. "Shaikha Noora dituduh menggunakan penyeksaan, paksaan dan ancaman terhadap mangsa Zahra Al Sammak dan Kholoud Al Durazi agar mereka mengaku melakukan jenayah," kata Hamza merujuk kepada dua doktor terbabit.
|
| Kazakhstan larang azan bayi baru lahir Posted: Mangistau: Jabatan Kehakiman Kazakhstan melarang perbuatan mengazan dan iqamahkan bayi yang baru lahir. Larangan itu terkandung dalam surat arahan jabatan berkenaan di Mangistau yang melarang azan dan iqamah dibisikkan ke telinga bayi di bilik bersalin. Sejak arahan itu dikeluarkan, beberapa hospital di Kazakhstan mula akur dengan melarang waris melaksanakan amalan turun temurun itu. Jabatan Kehakiman memberi alasan, keputusan itu dibuat kerana bacaan azan dan iqamah ke telinga bayi tidak selaras dengan undang-undang Kazakhstan.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment