Harian Metro: Arena |
- Ramdan nekad demi idola
- LionsXII baham ATM
- Jaringan Zairul legakan peminat
- Irfan belum puas hati
- Malang tak berbau
- Fandi tidak mudah panik
- 'Ini bukan aksi terbaik kami'
- Sesiapa saja berhak bertanding”
- Jawatankuasa Status tentukan kemelut Norshahrul
- Isu Affize: PBSNT ambil sikap tunggu dan lihat
| Posted: 09 Jan 2013 08:58 AM PST Kuala Lumpur: Misbun Ramdan Misbun mengambil keputusan nekad untuk keluar daripada naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana ingin berlatih dengan idola yang juga bapanya, Datuk Misbun Sidek. Ramdan menolak sama sekali tindakannya itu dipengaruhi bapanya, malah menegaskan yang Misbun langsung tidak tahu dan kedua-dua beranak itu belum berbincang mengenainya.
Misbun dikatakan melarang anaknya keluar dari BAM demi masa depannya dan mahu Ramdan menuntut ilmu di bawah Hendrawan.
Ketika ditanya adakah dia sedia menghadapi cabaran di luar, tanpa kemudahan latihan sempurna berbanding seperti di BAM, dia berkata: "Saya pasti bapa akan bantu. Bapa mana yang sanggup biarkan anaknya terkapai-kapai sendirian.
Sepanjang menjadi jurulatih, Misbun berjaya membawa adiknya Rashid memenangi pingat perak Olimpik Atlanta, menaikkan nama adik beradik Hashim, dengan Roslin muncul juara di kejohanan antarabangsa dan Muhd Hafiz meraih kejayaan terbesar di Seluruh England, membimbing Wong Choong Hann memenangi perak Kejohanan Dunia 2003 serta membawa Datuk Lee Chong Wei berada di ranking nombor satu dunia paling lama dalam sejarah pemain Malaysia selain memenangi perak Olimpik Beijing.
|
| Posted: 09 Jan 2013 08:43 AM PST Seremban: JUARA Piala Sumbangsih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gagal melebarkan kemenangan mereka selepas tewas kepada LionsXII 0-1 pada perlawanan pertama saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi. Kapten LionsXII, Shahril Ishak muncul wira pasukan pelawat apabila bijak memanfaatkan peluang hasil sepakan sudut pada minit ke-66.
Peluang ATM untuk berada di depan diperoleh pada minit ke-20 menerusi Marlon yang berjaya merembat deras tapi ditepis Izwan manakala cubaan pemain sama pada minit ke-23 sedikit tersasar.
Bersambung separuh masa kedua, anak buah B Sathianathan menggandakan asakan ke kubu lawan dan peluang mereka menembusi benteng pelawat itu diperoleh pada minit ke-49 tapi tendangan bebas Irwan Fadly Idrus dari jarak kira-kira 25 meter terus ke dakapan Izwan.
Ketika ATM ghairah memburu gol, kapten LionsXII, Shahril meletakkan pasukan itu di depan selepas menanduk kemas bola sepakan sudut Nazrul Nazari untuk gol pertama pelawat.
|
| Jaringan Zairul legakan peminat Posted: 09 Jan 2013 08:43 AM PST Kota Bharu: Jaringan pemain pertahan, Mohd Zairul Fitree Ishak pada minit akhir perlawanan melegakan puluhan ribu penyokong Kelantan yang sanggup berhujan selepas gergasi Pantai Timur itu mengutip tiga mata penuh dengan menewaskan PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi. Mohd Zairul menjadi 'wira' Kelantan apabila menjaringkan gol pada minit ke-92 hasil sepakan percuma, dirembat dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol PKNS FC, Mohd Remezey.
Tersentak dengan keadaan itu, Kelantan menggandakan serangan dan hanya dalam tempoh lima minit, kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi meledak gol penyamaan selepas memanfaatkan suasana kelam kabut di kotak penalti PKNS FC dengan merembat kencang bagi menewaskan Remezey.
|
| Posted: 09 Jan 2013 08:42 AM PST Kuala Lumpur: Tiga mata diraih Selangor pada perlawanan pertama ketika bertemu Negeri Sembilan, kelmarin masih belum cukup untuk memuaskan hati pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim yang agak bimbang dengan ketumpulan jentera serangan. Tanpa berselindung, Irfan mengaku anak buahnya terutama awang import, Forkey Doe hilang arah ketika melakukan penyudah sekali gus menyaksikan mereka gagal menyempurnakan banyak peluang terhidang.
"Saya nampak perlawanan pertama ini agak susah sikit kerana pemain sering hilang arah apabila sampai ke penghujung serangan," katanya.
"Yang penting kami perlu lebih agresif di depan gol apabila bertandang ke Singapura dan Terengganu.
|
| Posted: 09 Jan 2013 08:38 AM PST Kuala Terengganu: Maafkan saya! Ungkapan itu tidak lekang dari bibir Nuraliff Zainal Abidin sebaik saja dia menanduk bola ke gol sendiri pada minit terakhir perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium TLDM, Lumut kelmarin. Pemain pertahanan T-Team itu mengaku sanggup melakukan apa saja andai dapat mengundurkan masa bagi menghalang Seladang memenangi perlawanan itu.
"Saya amat menyesal kerana cubaan saya mengeluarkan bola menuju gawang sendiri dan gol itu pasti menghantui saya selama-lamanya.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, namun saya harus terus tabah dan cekal menghadapi cabaran akan datang walaupun agak sukar buat masa ini untuk saya memaafkan diri sendiri." Ketua jurulatih, Peter Butler juga sukar menerima kenyataan pasukan bimbingannya pulang tanpa sebarang mata ke Kuala Terengganu kerana memang mahukan T-Team bermula cemerlang dalam saingan liga musim ini.
"Memang Perak bermain lebih baik pada babak pertama namun kami menunjukkan peningkatan selepas rehat dan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol." Butler yang juga pengurus pasukan berkata, malang memang tidak berbau namun semua pemain harus memastikan kesilapan yang merugikan pasukan dapat dielakkan.
|
| Posted: 09 Jan 2013 08:37 AM PST Johor Bahru: Ketua jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad tidak panik dengan kekalahan 2-3 kepada Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Darulmakmur, kelmarin, sebaliknya yakin melakukan kebangkitan pada aksi seterusnya. Pengendali skuad Harimau Selatan itu memberi alasan aksi pertama saingan liga sememangnya memberi tekanan tapi tidak mustahil pasukan bimbingannya bakal melakar kemenangan menentang Perak di Stadium Larkin, kelak.
"Inilah bola sepak, jika leka dan terlalu beri ruang kepada lawan pasti akan dihukum dan saya kecewa dengan barisan pertahanan yang tidak konsisten walaupun pada babak pertama cukup mantap.
Dengan formasi 4-4-2, corak permainan kemas mula ditonjolkan kesebelasan utama Harimau Selatan apabila menguasai perlawanan dan Guiza menjadi pencetus jaringan menerusi dua gerakan untuk membuka ruang buat kapten Safiq Rahim dan Norshahrul menjaringkan gol bagi mendahului 2-0.
"Saya ada dua hari saja untuk memperkemas kembali pasukan dan membuat persiapan lebih rapi memburu kemenangan pertama di laman sendiri," kata Fandi. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/10 |
| Posted: 09 Jan 2013 08:37 AM PST Ipoh: "Ini bukan yang terbaik dari kami!" Namun buat pengendali Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah tiga mata diraih ke atas T-Team amat berharga pada permulaan kempen Liga Super musim ini. Anak buahnya yang tidak memiliki sebarang kelebihan beraksi di Stadium TLDM, Lumut kerana pertama kali beraksi di situ, Azraai mampu menguntum senyum sebaik wisel penamat ditiup selepas 'dihadiahkan' kemenangan oleh pemain lawan, Nuraliff Zainal Abidin yang tertanduk bola ke gawang sendiri.
"Saya bersyukur kami memulakan kempen dengan nota kemenangan," kata Azraai yang puas hati persembahan keseluruhan anak buahnya.
"Masih ada kelemahan. Apapun ini baru perlawanan pertama. Saya yakin pemain mampu meningkatkan keupayaan pada perlawanan akan datang," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/10 |
| Sesiapa saja berhak bertanding” Posted: 09 Jan 2013 08:36 AM PST Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) menolak andaian yang beliau calon pilihan untuk mengisi kerusi tertinggi badan induk bola sepak tanah air itu andainya Sultan Ahmad Shah bersedia melepaskan jawatannya. Menurutnya, sesiapa saja berhak untuk merebut jawatan itu jika berasakan diri mereka berkemampuan untuk menerajui FAM ke tahap lebih tinggi.
"Jawatan itu terbuka untuk semua, jika anda mahukan perubahan, anda perlu memilih orang baru." Bagaimanapun, itu tidak bermakna Tengku Abdullah yang juga Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tidak berminat menerajui FAM sekiranya beliau mendapat kepercayaan kesemua ahli gabungan.
Kumpulan itu yang menggelarkan diri sebagai 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan' (PFSLJ) mula berkempen sejak 2009 menuntut rombakan dalam pucuk pimpinan FAM yang didakwa masih berada di takuk lama.
Tengku Abdullah berkata, semua orang berhak menyuarakan pandangan tapi adalah tidak wajar untuk mengetepikan sumbangan yang diberikan selama ini oleh presiden.
|
| Jawatankuasa Status tentukan kemelut Norshahrul Posted: 09 Jan 2013 08:36 AM PST Kuala Lumpur: Liga Malaysia sudah bermula namun kontroversi perpindahan pemain masih belum reda. Paling mendapat perhatian isu perpindahan pemain paling bernilai kebangsaan tiga tahun berturut-turut, Norshahrul Idlan Talaha dari Kelantan ke Johor Darul Takzim FC (JDT) musim ini. Soal bayaran tebus kontrak pemain itu mencetuskan 'perang mulut' orang kuat kedua-dua pasukan itu iaitu Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Sehingga kini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) enggan memberikan kenyataan jelas kerana mahu perkara ini diputuskan menerusi mesyuarat jawatankuasa Status yang bersidang hari ini.
Selain isu bayaran, aksi Norshahrul bersama JDT pada perlawanan pertama Liga Super menentang Pahang kelmarin menjadi tanda tanya apabila Annuar mendakwa pemain berusia 26 tahun itu tidak sepatutnya diturunkan kerana masalah sijil perpindahan yang belum selesai.
PBATM sudah mendaftar Affize untuk beraksi bersama skuad Gladiators musim ini, namun PBSNT mendakwa Affize sepatutnya mewakili negeri kelahirannya mengikut peraturan FAM selepas bebas kontrak dengan Harimau Muda A. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/10 |
| Isu Affize: PBSNT ambil sikap tunggu dan lihat Posted: 09 Jan 2013 08:35 AM PST Kuala Terengganu: Bagi mengelak suasana menjadi lebih keruh, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil sikap tunggu dan lihat selain menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan berhubung kemelut dihadapi bekas tonggak Harimau Muda A, Mohd Affize Faisal Mamat yang gagal mengikut peraturan badan induk itu. Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata, beliau menyerahkan keputusan mengenai pemain itu kepada kebijaksanaan FAM yang dijangka bermesyuarat hari ini dan keputusan terbaik diharap akan dapat dicapai dalam perbincangan itu.
"Bagaimanapun, saya berharap keputusan yang bakal diputuskan perlu diteliti daripada pelbagai sudut termasuk peraturan FAM yang jelas menyatakan pemain yang tamat kontrak bersama pasukan Harimau Muda A perlu kembali ke pasukan negeri kelahiran," katanya.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment